Saturday, April 28, 2012

Bersih:3.0 Polis Cedera Parah Di ICU

Difahamkan seorang anggota polis trafik yang cedera dipukul perusuh kini berada dalam keadaan parah dan sedang dirawat di ICU HKL. Harap berita kematian angota yang disebarkan tidak benar.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Penyokong BERSIH 3.0 Bertindak Ganas! Kenderaan Polis Di Hancurkan!!!





Keadaan semakin buruk apabila beberapa penyokong Ambiga menghancurkan kenderaan polis! Ini dah melampau!!!!!

BERSIH 3.0 : Perusuh Di Dataran Bersurai, Yang Tinggal Hanya Sampah!!





Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong-penyokong perhimpunan Bersih 3.0 di beberapa kawasan di ibu negara termasuk di Dataran Merdeka sebentar tadi.

Difahamkan kira-kira 100 orang, yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0, dipercayai ditahan berhampiran kawasan Dataran Merdeka petang ini selepas tidak mematuhi arahan polis dan merempuh sekatan yang didirikan.

Sebahagian daripada mereka juga kanak-kanak.

Tengoklah... apa kesudahannya... DBKL juga yang kena BERSIHkan sampah-sampah yang di tinggalkan oleh penyokong yang mengaku diri mereka BERSIH! Bullshit!

Foto by McTheory

BERSIH 3.0 : Polis Terpaksa Melepaskan Gas Pemedih Mata, Meriam Air



Merempuh kawat duri adalah satu tindakan yang bodo...



Polis terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata dan meriam air kira-kira jam 3 petang apabila sebahagian besar peserta perhimpunan BERSIH 3.0 mula bertindak liar merempuh hadangan di sekitar Dataran Merdeka, sebentar tadi.

Gas pemedih mata dan meriam air dilepas jam 3 petang, diikuti sekali lagi pada jam 3.05 petang.

Peserta perhimpunan kemudiannya lari ke beberapa bangunan di sekitar Jalan Raja Laut termasuk Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beberapa peserta perhimpunan kelihatan ditahan pihak berkuasa.

BERSIH 3.0 : Nurul Izzah Bawa Pengundi Hantu Di Dataran

Pengundi Hantu yang di kesan di Dataran!













Sorry der.. aku tak jumpa Nurul Izzah hari ni... 

Terima Kasih Polis kerana menjalankan tugas....
Foto: Bro Jinggo