Saturday, April 28, 2012

Video Kerakusan Puak Bersih 3.0 Membelasah Anggota Polis!


Polis telah menjalankan tugas secara profesional dalam menangani perhimpunan Haram ini.. namun ini balasan yang mereka dapat! Terdahulu penganjur menjanjikan perhimpunan aman sebaliknya bertukar menjadi tidak terkawal.

Amat menyedihkan pihak penganjur dan peserta sanggup memperjudikan keselamatan umum demi kepentingan minoriti seperti mereka.




Anggota polis wanita jatuh motosikal ditendang penunjuk perasaan

Seorang anggota polis trafik wanita terjatuh apabila motosikal yang ditunggangnya ditendang oleh seorang penunjuk perasaan ketika beliau melakukan pusingan U di hadapan Pudu Sentral.

Mangsa yang bertugas mengawasi perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan terbabit, kemudiannya dikerumuni penunjuk perasaan termasuk segelintir yang cuba bertindak agresif terhadap beliau.

Bagaimanapun tindakan sekumpulan penunjuk perasaan lain yang menahan mereka yang cuba bertindak agresif terhadap anggota polis berkenaan, telah memberi ruang kepadanya untuk mendapatkan semula motosikal dan beredar dari tempat kejadian.

Keadaan itu berlaku selepas penunjuk perasaan dikatakan berang dengan tindakan polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan yang menjadi tidak terkawal.

Malah, penunjuk perasaan juga dilihat bersorak dan membaling objek ke arah kenderaan polis yang melintas di hadapan mereka

BERSIH 3.0: Motor Polis Hancur

Mengapa perkara seperti ini harus berlaku!

Kerana Ambiga melayu berpecah! Hancur! Hancurkan bumi yang tercinta ini! Hancurkan lah!!! Aku sudah bosan dan jijik dengan permainan kotor dari puak-puak yang mahu menghancurkan Malaysia ini!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bersih:3.0 Polis Cedera Parah Di ICU

Difahamkan seorang anggota polis trafik yang cedera dipukul perusuh kini berada dalam keadaan parah dan sedang dirawat di ICU HKL. Harap berita kematian angota yang disebarkan tidak benar.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Penyokong BERSIH 3.0 Bertindak Ganas! Kenderaan Polis Di Hancurkan!!!





Keadaan semakin buruk apabila beberapa penyokong Ambiga menghancurkan kenderaan polis! Ini dah melampau!!!!!

BERSIH 3.0 : Perusuh Di Dataran Bersurai, Yang Tinggal Hanya Sampah!!





Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong-penyokong perhimpunan Bersih 3.0 di beberapa kawasan di ibu negara termasuk di Dataran Merdeka sebentar tadi.

Difahamkan kira-kira 100 orang, yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0, dipercayai ditahan berhampiran kawasan Dataran Merdeka petang ini selepas tidak mematuhi arahan polis dan merempuh sekatan yang didirikan.

Sebahagian daripada mereka juga kanak-kanak.

Tengoklah... apa kesudahannya... DBKL juga yang kena BERSIHkan sampah-sampah yang di tinggalkan oleh penyokong yang mengaku diri mereka BERSIH! Bullshit!

Foto by McTheory