Monday, May 21, 2012

Muzakarah PAS-UMNO Hanya Fiksyen


Isu muzakarah PAS dengan UMNO bukannya isu baru, sudah kerapkali timbul dan sudah acapkali ia senyap begitu saja. Panas dipermulaan kemudian sejuk berpanjangan saling tak ubah seperti hangat-hangat tahi ayam.

Acapkalinya isu muzakarah sering menjadi senjata terakhir PAS bilamana berdepan dengan gelombang kebangkitan umat Islam yang saban waktu semakin jelik dan meluat dengan tingkah laku PAS.

Dan kerapkali juga apabila UMNO menyahut salam perdamaian dari PAS, watak hipokrasi dan munafik Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat akan muncul dengan pelbagai syarat - motifnya satu, supaya isu muzakarah yang sudah disambut oleh UMNO akan padam begitu saja.

Walhal jika benar ikhlas untuk membicarakan masalah umat dan bermuzakarah mencari titik temu yang tersembunyi disebalik ketegangan sesama kita, apa perlunya menetapkan syarat itu ini? Sepatutnya cukuplah sekadar memiliki keikhlasan hati dan fikiran.

Sedangkan semasa PAS kelihatan begitu taat mengiku kehendak DAP dan PKR sepanjang kerjasama mereka dalam pakatan pembangkang, tidak kedengaran satu pun syarat yang menetapkan kedua-dua rakan sekatil itu mengikut telunjuk & kehendak PAS. Ironi sekali bila kita fikirkannya.

UMNO sejak dulu hingga kini sentiasa terbuka sebagaimana terbukti selepas pilihanraya umum 2008, tanpa soal jawab UMNO pernah menerima ajakan Presiden PAS yang menganjurkan kerajaan perpaduan malah pimpinan UMNO tidak lokek untuk menyerahkan jawatan MB dan exco Perak & Selangor kepada PAS sekalipun dari segi jumlah kerusi sepatutnya ia milik UMNO.

Namun apa yang terjadi kemudiannya selepas kata putus hampir dicapai? Nik Aziz campurtangan memusing cerita dan membantah penyatuan kerjasama tersebut hinggalah akhirnya UMNO pula yang dipersalahkan konon sengaja mahu memecahkan kerjasaman PAS dengan DAP dan PKR.

Episod muzakarah terbaru yang masih hangat diperkatakan kini, tidak mustahil bakal mengulangi adegan sama atau setidak-tidaknya sekadar satu drama fiksyen untuk menggertak rakan-rakan sekatil PAS dalam pakatan pembangkang supaya memberi lebih perhatian terhadap kehadiran PAS dalam pakatan tersebut.

Ternampak jelas tatkala PAS melihat rakyat khususnya umat Melayu Islam semakin menyedari PAS telah hanyut dalam dakapan DAP dan PKR hingga menggadai kesucian Islam dan prinsip Islamik yang selama ini gah digembur-gemburkan, tidak semena-mena tika itulah PAS akan mencetuskan idea muzakarah dengan UMNO.

Segalanya dilakukan oleh PAS atas prioriti kepentingan politik kepartian dan bukannya semata-mata untuk kesejahteraan serta perpaduan ummah

Debat KJ VS Rafizi Malam Esok! #KJvRafiziDebate


Setelah tertangguh dari jadual asalnya 3 Mei lalu kerana situasi politik ketika itu panas kerana demo Bersih, debat antara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mengenai isu PTPTN akan diadakan jam 10 malam Selasa 22 Mei, malam esok.

Debat tersebut sepatutnya diadakan awal bulan lalu tetapi ditangguhkan berikutan keadaan yang agak 'panas' kerana ia dijadualkan hanya selepas lima hari selepas himpunan Bersih 3.0 pada 28 April.

Berbanding lokasi asal di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, debat anjuran Kumpulan Media Karangkraf ini akan diadakan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam.

Debat melibatkan dua pemimpin kanan Umno dan PKR ini bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi.

Dijangkakan esok malam juga akan diadakan secara langsung daripada beberapa pusat tontonan diseluruh negara.

Terima Kasih The Star Kerana Mendedahkan Nama-Nama Pelik Pengundi


Jika the Star tidak mendedahkan beberapa nama pelik yang terkandung dalam senarai pengundi berdaftar, pasti pembangkang dan BERSIH akan meroyan lagi kerana tidak percaya bahawa nama-nama tersebut adalah sah.

Sekali pandang, nama-nama pelik tersebut memang kelihatan seperti ‘main-main’ atau rekaan. Antaranya, ‘S’, ‘Atas Jalan’, ‘Tepi Jalan’, ‘Machine Gun’, ‘Boeing’, ‘Elvis Presley’ dan macam-macam lagi. Namun, menurut SPR, nama-nama tersebut benar-benar wujud kerana terdapat rekod kad pengenalan yang sah. Selain itu, SPR mengakui bahawa terdapat lebih kurang 15,000 nama di mana rekod pendaftaran undi dengan rekod kad pengenalan mereka adalah tidak sama. Bagi kes seperti ini, SPR tidak ada hak untuk membuang mereka dari senarai pengundi selagi mereka berdaftar sebagai warganegera yang sah.

Begitu juga dengan masalah di mana terdapat lebih kurang 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun yang menimbulkan berbagai keraguan dan tandatanya. Bagaimanapun, SPR tidak berhak untuk membuang nama mereka dari senarai pengundian selagi tiada rekod kematian yang dikemaskini oleh waris mereka.

Menurut SPR juga, kini terdapat lebih kurang 3.7 juta warga yang layak mengundi tetapi belum berdaftar dengan mereka.

Apa yang pasti SPR telah melakukan segala-galanya bagi memastikan senarai undi benar-benar bersih namun beberapa perkara seperti yang disebut di atas telah menyukarkan kerja-kerja pembersihan ini.

Walau apapun, ini adalah perkara biasa bagi semua negara demokrasi di dunia menghadapi kesukaran memastikan senarai undi benar-benar bersih.

Memandangkan pengundi berdaftar masa kini adalah berjumlah 12.5 juta, maka jumlah senarai yang meragukan iaitu 15,000 – 16,000 adalah amat rendah sekali. Lebih-lebih lagi, bukan semua pengundi tersebut berada di daerah yang sama. Selain itu, dengan meletakkan status sebagai ‘senarai meragukan’ tidak bermakna kesemua 15,000 – 16,000 itu adalah benar-benar tidak sah.

Kerana itulah kita menyatakan bahawa tindakan membawa perjuangan BERSIH ke jalanraya adalah satu tindakan yang tidak masuk akal atau lakonan yang berlebihan. Lebih pelik lagi bila kedengaran laungan untuk menjatuhkan kerajaan dalam perhimpunan BERSIH 3.0. Apakah logik untuk menggulingkan kerajaan hanya kerana terdapat 15,000 – 16,000 nama yang meragukan dalam senarai undi?

Apakah pembangkang yakin yang mereka boleh menang dan menjadi pemerintah sekiranya dapat mengesahkan bahawa kesemua 16,000 orang itu tidak wujud?

Hakikat yang perlu pembangkang terima ialah SPR telah melakukan yang terbaik dan sekiranya pembangkang kalah lagi dalam pilihanraya kali ini, ia adalah kerana rakyat semakin muak dengan lakonan keterlaluan pemimpin-pemimpin pembangkang dan menyampah dengan BERSIH.

Jika pembangkang ingin menang pilihanraya, sebenarnya mereka tidak perlu berdemonstrasi atau menuduh polis, SPR dan kerajaan itu dan ini.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah tunjukkan kematangan, bekerja dengan sopan dan cakaplah serupa bikin. Sebaliknya, sikap pembangkang terhadap SPR dan kerajaan telah menjauhkan lagi rakyat dari mereka. Justeru, walaupun senarai undi dapat dibersihkan seratus-peratus kita tidak yakin yang mereka akan mampu menang pilihanraya.