Saturday, June 2, 2012

Azmin Ali Diserang 20 Samseng Malam Tadi


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata lebih 20 samseng, mengganggu keluarganya di rumah mereka di Ampang kira-kira dua jam lewat malam tadi.

Kumpulan itu dikatakan berada di pekarangan rumah Azmin, di Taman TAR, dan disuraikan oleh polis yang tiba sekitar jam 11.30 malam.

Dalam mesej menerusi Twitter lewat malam tadi, Azmin membuat tuduhan yang liar kononnya samseng tersebut adalah Pemuda UMNO.

Katanya polis tiba di rumah untuk memantau serangan lebih 20 ahli Pemuda, yang bermotosikal "untuk ganggu kacau keselamatan keluarga saya."

Seorang pegawainya memberitahu bahawa mereka berada di kawasan rumah Azmin sejak 10 malam dan hanya bersurai selepas polis tiba pada jam 11.30 malam.

Azmin berhadapan dengan insiden ini beberapa hari selepas pendedahan sebuah portal bahawa beliau tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa dalam isu rasuah yang berlaku 17 tahun yang lalu.

Dari sudut pandangan aku ada besar kemungkinan, musuh dalamannya sendiri yang hantar samseng untuk mengugut Azmin agar beliau meninggalkan parti tersebut dengan segera! Ini kerana Azmin membawa terlalu banyak masalah dalam PKR!!

Himpunan Hijau PAS... Tak Lah Ramai Sangat! Gempak Je Lebih...


Menurut laporan dari sahabat McTheory yang berada di lokasi mengesahkan taklah.. ramai sangat orang yang hadir di himpunan hijau Pas.. Walau dikumpul dan dikerah seluruh Malaysia, paling tinggi boleh bagi hanya 50k saja la..

Menurut Mc lagi, itu pun bila depa kata nak kutip derma, ramai orang dah blah.. Agaknya orang Pas pun dah bosan bab kutip derma ni..

Kalo orang Pas kata himpunan ni boleh lawan sambutan ulang tahun UMNO. Sorry la der.. Jauh panggang dari api..





Dari sudut laporan dari MYKMU pula: Hari ini berlangsung satu Himpunan Hijau anjuran PAS yang diadakan di Stadium Darul Aman, Kedah. Sasaran kehadiran yang digembar gemburkan ialah 100,000 orang.

Surat pekeliling telah lama dihantar oleh Setiausaha Agung PAS sejak 19 Mei lepas meminta ahli-ahli PAS hadir bagi memenuhkan stadium sebab kalau ada sedikitpun ruang kosong alamatnya hasrat nak meniru Gelombang Merah tak kesampaian.

Tajuk surat bunyinya mengarut dan terdesak betul. Kerahan Ahli PAS Ke Himpunan Hijau menuju Putrajaya. Ini dah nama paksaan dah macam kerahan tenaga kalau tak ikut sama tiket syurga ditarik balik agaknya.

Nampak seperti terdesak sangat nak lawan Gelombang Merah yang menghimpunkan lebih 100,000 rakyat dan penyokong UMNO di Stadium Bukit Jalil.

Mengikut maklumat rakan-rakan banyak juga bas-bas yang parking di sekitar Stadium Darul Aman, betul ke? T-shirt free dan elaun serta upah wang kehadiran pun ada. Biar betul. Bukankah benda sebegitu kerap puak PAS kaitkan dengan UMNO?

Seperti kita sedia maklum, kapasiti tempat duduk Stadium Darul Aman ialah lebih kurang 32,000 dan sekiranya ruang berdiri tingkat atas dan ruang pejalan kaki setiap pintu dan ruang depan dipenuhi, total kapasiti akan menjadi sekitar 35,000 orang.

Bagi stadium size biasa seperti Stadium Darul Aman jika semua ruang duduk, ruang padang dan olahraga stadium dipenuhi tanpa sedikitpun ruang kosong jumlah hampir 50,000 orang lebih logik, itupun dalam keadaan berhimpit-himpit dan sukar untuk bergerak.

Kot kalau ada mamat haprakdaily kata 60,000 berhimpun atas padang dan 44,000 ribu lagi duduk di kerusi sedia ada itu namanya kebanyakkan hadirin dalam keadaan berlaku tindih menindih atas perut dan atas kepala.

Kot ye pun nak cukupkan 100,000 orang kira biarlah logik dek akal, kan nampak sangat menipu namanya.

Entah dari mana dia dapat statistik 60,000 orang boleh duduk atas padang dan trek olahraga stadium, mengarut sungguh. Satu meter persegi sepuluh orang berhimpit-himpit jantan betina ka?

Setakat maklumat rakan-rakan, paling tinggipun 60,000 orang yang hadir itupun termasuk yang berada di luar stadium. Angka yang hampir tepat mungkin lagi kurang dari itu.

Dengar kata hujan mencurah-curah di Alor Setar Kedah tatkala petang tadi betul ke? Harapnya tidaklah, sebab kalau betul ada berlaku hujan automatik acara itu akan dikenali sebagai Himpunan 100,000 Katak Hijau.

Tapi hujan adalah rahmat, bukan begitu? Ya, rahmat hanya bila hujan turun waktu program PAS tapi dianggap bala bila hujan turun tatkala majlis anjuran UMNO berlangsung. Dwi standard itu biasalah dalam politik kepartian yang memperalatkan agama, tak gitu?

* Err.. Tak jadi ke nak lelong Putrajaya disebabkan pembinaannya dulu dikatakan adalah satu ‘pembaziran wang rakyat’ oleh Tun Mahathir?

Berita terdahulu yang buat puak PAS meroyan: Himpunan Hijau Ke Putrajaya Tidak Memberangsangkan

Friday, June 1, 2012

Roadshow Hasan Ali Di Serbu!!! #Rembau










Ceramah "Selamatkah Masa Depan Politik Melayu Malaysia?" yang di sampaikan oleh YB Dato' Dr Hasan Ali yang sedang berlangsung di Taman Kobena mendapat sambutan yang luar biasa! Walaupun kita semua tahu Ketua pembangkang Anwar Ibrahim juga mengadakan ceramah pada waktu yang sama di Bahau Negeri Sembilan.

Menurut sumber Anwar Ibrahim sendiri telah mengeluarkan arahan supaya orang Pas tidak menghadiri ceramah Hasan Ali, namun arahan tersebut tidak diindahkan kerana mereka mahu turun untuk mendengar sendiri luahan dari hati seorang bekas Exco Pas yang disegani ramai.

Ini juga bukti perjuangkan Dr Hasan Ali tidak keseorangan, umat Islam sentiasa menyokong dan bersamanya kerana perjuangan Hasan Ali adalah untuk menegakkan perjuangan Islam.

Syabas Dr Hasan Ali, kerana perjuangan sebegini amatlah ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam di Malaysia.

Himpunan Hijau Ke Putrajaya Tidak Memberangsangkan




'Himpunan Hijau ke Putrajaya' yang diadakan di Stadium Darul Aman hari ini nampaknya gagal menyainggi Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO yang ke 66... Kat situ je aku boleh nampak puak PAS tak mampu menuju ke pintu gerbang Putrajaya... Haha malas nak cerita banyak nanti Nik Aziz marah!

Selanjutnya baca di sini....


Al-Fatihah, Blogger D'perbatasan Kembali Ke Rahmatullah


Walaupun kita berbeza pendapat dan haluan parti... namun sebagai insan yang kerdil saya menyeru kepada para sahabat sekalian, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Amir.

Sumber dari blogger PR, Sharpshooter menyatakan beliau dimaklumkan baru menerima mesej ringkas bahawa saudara Amir yang sudah seminggu terlantar di Wad ICU, Hospital Seberang Jaya baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Saudara Amir, 38 meninggalkan seorang isteri dan seorang anak. Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang beriman, Al-Fatihah.

Salam Perjuangan....