Tuesday, June 12, 2012

Karpal Singh Karam Di Hospital.... Khabarnya Sudah Gila?


Semalam heboh dengan berita yang mengatakan Karpal Singh sudah gila...

Cerita tersebut di sebarkan melalui email yang memaklumkan Karpal Singh telah dimasukkan ke wad urology sebuah hospital kerajaan sejak tiga hari yang lalu.

Karpal Singh dilaporkan mengalami penyakit ‘delerium’ iaitu sejenis penyakit bagi orang yang keliru atau khayal atau separuh sedar.

Menurut wikipedia ‘delerium’ berkaitan dengan kecelaruan mental yang mempunyai ciri-ciri psikotik seperti halusinasi dan delusi.

“Dia (Karpal) sudah mula bercakap-cakap seorang diri dah,” kata sumber itu.



Dari sumber terbaru, Anak kedua Karpal Singh mengesahkan bapanya dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan susulan.

Gobind Singh Deo mengesahkan perkara itu ketika ditanya oleh Mstar online.

“Memang benar bapa saya dimasukkan ke hospital, tetapi bukan kerana beliau tiba-tiba jatuh sakit.

“Beliau hanya mendapatkan rawatan susulan seperti yang dijadualkan oleh doktor,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Monday, June 11, 2012

Cerita Anwar Lagi: Mansuh PTPTN - Anwar Pelawak Politik Tanahair


Pada Ahad lepas, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang masih juga tidak serik mendendangkan janji pendidikan percuma, tentu saja ramai yang ketawa berdekah mendengar propaganda tersebut.

Dalam ceramahnya di Stadium Kajang itu, katanya pakatan pembangkang optimis untuk menyediakan pendidikan percuma dan PTPTN tetap akan dimansuhkan.

Menurutnya, dengan cuma RM5 bilion setahun tanggungan untuk pendidikan percuma, bukan satu masalah kerana kos itu nanti boleh diambil dari hasil keuntungan jualan minyak negara yang berjumlah RM80 bilion.

Nampak mudah dan ringkas penyelesaiannya, seolah-olah segala hasil minyak itu akan kekal selamanya manakala sektor lain seperti kesihatan, pertahanan, pengurusan, bayaran pencen, kos subsidi dan lain-lain tidak memerlukan perbelanjaan.

Pada minggu lepas, kita dipertontonkan dengan aksi kalut malut menyelubungi kem pakatan pembangkang gara-gara langlah pembekuan sementara pinjaman PTPTN kepada UNISEL milik kerajaan negeri Selangor.

Paling penting, dalam tempoh pembekuan sementara itu kita berpeluang melihat model pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini rupanya berkonsepkan gadai dan jual aset milik universiti.

Penyelesaian mudah ala korporat keparat yang jika menjadi budaya dalam urus tadbir kerajaan tentunya bakal melingkupkan semua harta benda rakyat, negeri dan negara.

Itu baru melibatkan keperluan menanggung sebuah IPT dan jumlah pelajar yang terlibat pula cuma 1000 orang. Jika semuanya mengambil pengajian ijazah, bermakna sejumlah RM7 juta setahun sahaja diperlukan untuk menampung seribu orang pelajar tersebut.

Tapi dek kerana ura-ura menyediakan pendidikan percuma hanyalah propaganda politik semata-mata, mereka hilang punca untuk mempraktikkan janji tersebut. Yang terlintas di kepala mereka jual dan gadai tanah.

RM5 bilion seakan dipandang sebelah mata oleh Anwar tapi RM7 juta setahun untuk UNISEL pun sampai timbul ura-ura bergolok gadai tanah. Haru.

Jika angka sekecil RM7 juta setahun pun tidak mampu ditanggung sekalipun dikatakan kantung kerajaan negeri memiliki aliran tunai RM1.8 bilion, sebaliknya tanah milik universiti juga yang mahu dijual.

Bukankkah lawak namanya bila begitu yakin Anwar mahu menyelesaikan kos tanggungan yang lebih besar sehingga mencecah RM berbilion setahun?

Tidak syak lagi dengan sikapnya yang bermuka tebal dan gemar menabur janji tanpa mengukur baju di badan sendiri, Anwar layak digelar sebagai satu-satunya politikus yang memiliki pakej yang lengkap untuk dianugerahkan sebagai pelawak politik tanahair.

Barangkali untuk sekurang-kurangnya 100 tahun akan mendatang, Anwar Ibrahim akan dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pelawak politik paling tersohor yang sukar dicari ganti.

Akaun RM3 Bilion: Anwar Terpaksa Bersilat Lidah


Sekali lagi Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Pembangkang terpaksa bersilat lidah untuk menepis isu akaun RM3 bilion yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Perkara ini penting menuntut penjelasan dan jawapan yang ampuh. Nilai RM3 bilion bukannya kecil anak dan ia didakwa berlaku ketika Anwar adalah Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Tapi sudah tabiat Anwar, tiap kali dirinya terbelit dengan isu panas ada saja caranya mengelakkan diri dari menjawab persoalan yang timbul.

Selalunya pemimpin UMNO yang akan dijadikan sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan sekaligus dengan harapan dirinya tidak akan dipersoalkan oleh penyokong pembangkang.

Bendanya bukanlah susah, jawab YA atau TIDAK, itu sahaja. Jika YA, rakyat nak tahu dari mana datangnya aset dan wang tersebut. Jika TIDAK, kenapa tidak di saman sahaja Timbalan Gabenor Negara, Abdul Murad yang mendedahkannya.

Ini tidak, hanya dek kerana panas punggung disuruhnya pula Tan Sri Muhyidin Yassin pula mendedahkan akaun beliau. Tiada kaitan langsung dengan isu RM3 bilion yang heboh diperkatakan sejak 13 tahun dulu.

Penulis teringat kejadian dalam satu sidang akhbar setahun yang lalu membabitkan isu chinadoll. Bila wartawan tanya komennya tentang isu tersebut, tak semena-mena ditunjukkan perutnya yang konon tidak boroi. Pun bersilat lidah juga. Mengarut sungguh caranya menjawab.

Songsang betul cara pemikiran Anwar saling tak tumpah dengan perwatakan dan kegemarannya. Kaedah menjawab yang langsung tidak mencapai tahap intelektual sebagai seorang pemimpin.