Friday, June 22, 2012

Sidang Media #BNYV



KENYATAAN MEDIA BENGKEL SUKARELAWAN PEMUDA BN: “TAKE CHARGE, MAKE A DIFFERENCE” - 24 JUN 2012

Sukarelawan Pemuda BN/ Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV), satu inisiatif baru Pemuda Barisan Nasional akan menganjurkan Bengkel Sukarelawan Pemuda BN yang bakal melibatkan penyertaan kira-kira 400 sukarelawan berdaftar pada 24 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dari 0900 hingga 1800. Bengkel satu-hari ini akan disertai oleh sukarelawan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Objektif bengkel ini ialah untuk mempersediakan para sukaralewan BN untuk mengkoordinasi gerakan sukarelawan politik untuk membantu jentera pilihanraya Barisan Nasional (BN) di seluruh negara. Pelbagai pengisian menarik akan diadakan seanjang bengkel yang akan berlangsung selama sehari itu termasuk perbentangan kertas kerja oleh para ko-ordinator BNYV dalam lima bidang tugas utama iaitu pengurusan majlis/organisasi, komunikasi, penyelidikan, kempen umum dan pidato umum. Bengkel ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan para sukaralewan dalam proses pilihanraya Malaysia dan menjalankna kempen politik secara sukarela mempereratkan hubungan silaturrahim antara para sukarelwan yang berbilang bangsa dari seluruh pelusuk negara.

Sesi pembentangan kertas kerja ini akan disusuli dengan sesi khas bersama Setiausaha Agung BN, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pemuda BN, YB Khairy Jamaluddin. Setelah majlis disempurnakan, para sukarelawan akan mengambil bahagian dalam program “Amazing Race” di mana para sukarelawan akan dibahagikan dalam kumpulan kecil berempat dan ditugaskan untuk mendapat butiran informasi umum dari seluruh Kuala Lumpur.

Bengkel ini akan diakhiri dengan “Satay Gathering” di Pejabat Operasi BNYV di 73,Jalan Telawi, Bangsar Baru yang akan bermula pada 8.30 malam pada hari yang sama.

Tentang BNYV

BNYV adalah program sukarelawan di bawah Pemuda BN dan merupakan satu platform bagi penyokong muda BN yang tidak menjadi sebahagian dari jentera rasmi parti untuk membantu dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Ia juga menawarkan peluang yang menarik dan hebat kepada mereka yang ingin mengecapi sendiri pengalaman mengambil bahagin di dalam mengelolai proses kempen pilihanraya dan demokrasi di negara kita Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BNYV, orang ramai boleh mengikutinya melalui Facebook, http://www.facebook.com/bnyv2012, Twitter @BNYV2012 atau emel pertanyaan anda di bnyv.workshop@gmail.com.

Ainul Aizat Ahmad Ishak
Head of Communications
BN Youth Volunteers 2012
E: stone.aizat@gmail.com
M: +60123938884 Twitter: @ainulaizat

Letak Jawatan: Rafizi Minta Anwar Pujuk Tu..


SEMUA orang dalam inner circle PKR tahu yang Rafizi dan Anwar adalah 2 lelaki berlainan sama sekali. Selain berbeza generasi, mereka berdua juga tidak mempunyai talian persaudaraan tapi intimnya mengalahkan laki bini yang baru balik honeymoon. Bak kata pepatah gay, “cubit punggung kanan, punggung kiri terasa juga tau”, begitulah.

Justeru bila Rafizi meletakkan jawatan sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor semalam, ia agak mengejutkan ramai orang kerana memikirkan siapa yang berani beri masalah kepada Rafizi sehingga menyebabkannya mengambil keputusan sedrastik itu. Mengusik Rafizi sama seperti mengusik Anwar, mengusik Anwar, faham-faham sajalah.

Even Azmin pun difahamkan tak berani mengusik Rafizi, cakap-cakap belakang bolehlah – itupun bisik-bisik.

Justeru penulis yakin apa pun masalahnya yang menyebabkan Rafizi meletakkan jawatan, ia ada kaitan antara dia dengan Anwar. Sama ada Anwar sudah tidak mahu melayan dia lagi atau Anwar tidak menolongnya berhadapan dengan semakin ramai puak dalam PKR yang tidak senang dengan kehadirannya memotong jalan ramai di antara mereka yang lebih lama dalam parti tersebut.

Umum tahu, kerana Rafizi seorang, begitu banyak nama yang tenggelam, antaranya Shamsul Iskandar (Ketua AMK) dan Chegu Bard. Sedangkan inilah dia pun yang satu ketika dahulu menjadi hulubalang utama Anwar di zaman susah dan senangnya, sedangkan Rafizi bila saja munculnya? Tau-tau sudah jadi Pengarah Strategik PKR.

Itu di peringkat parti, di peringkat kerajaan negeri lain pula ceritanya.

Untuk makluman semua, pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sebenarnya terletak dibawah Pejabat Menteri Besar, di zaman pemerintahan BN, pejabat ini tidak wujud pun. Sesuai dengan kedudkkannya dibawah Menteri Besar, pejabat ini sepatutnyalah perlu melapor segala aktivitinya kepada pejabat Menteri Besar Selangor.

Itu kalau nak dihujah dari segi logik. Tapi dengan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor itu dipegang oleh Anwar Ibrahim, tidak mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim (yang dilantik ke jawatan Menteri Besar oleh Anwar) ada kuasa ke atas pejabat tersebut, menjadikan semua kakitangan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri yang diketuai Rafizi, beraja di mata bersultan di hati.

Malah tidak keterlaluan dikatakan disini bahawa Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah jauh lebih berkuasa daripada pejabat Menteri Besar sendiri!

Dengan ‘kekuasaan’ yang begitu besar, mustahil ada pihak lain terutama di kalangan kakitangan kerajaan Negeri yang berani menyentuh Rafizi, memikirkan kepada siapa dia melapor. Itu yang penulis sebutkan di atas, apa pun masalahnya yang membawa kepada perletakkan jawatan Rafizi adalah antara dia dengan Anwar sahaja, tidak ada orang lain.

Tak tahulah kalau Azmin sudah main jarum lebih besar. Ini satu kemungkinan juga, sebab kebelakangan ini kelihatan Azmin bulldoze semua orang dalam PKR dan kerajaan negeri Selangor yang kelihatan tidak sebulu dengannya seperti Hasan Ali dan terbaru Faekah.

Mana-mana satu pun, penulis lihat ini bukan masalah yang besar mana pun. Apatah lagi memikirkan kehebatan Anwar sebagai pelakon dan pengarah yang hebat sebelum ini, lagilah penulis tak hairan mana. Psikologi menawan hati lelaki lembut ni bukan susah sangat pun, maklum, dia bukan perempuan sejati, hajat-hajat nak jadi perempuan sahaja.

Nanti Anwar tepuk mana bahagian yang patut-patut, eloklah Rafizi tu....

Wednesday, June 20, 2012

PAS Dijangka Menang 20 Kerusi Parlimen, Nasib Hudud?..


Pada Julai 2011, PAS menyatakan hasratnya untuk bertanding di 80 kerusi parlimen dengan mengambil alih beberapa kerusi milik PKR bagaimanapun tentangan keras dari PKR memungkinkan impian PAS itu tidak akan tercapai.

PKR terutama Anwar Ibrahim melihat sebarang cubaan PAS mahu merampas kerusi milik PKR sebagai satu ancaman terhadap penguasaannya dalam pakatan pembangkang.

Mengikut maklumat dalaman PAS yang terbaru, dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) akan datang, PAS dijangkakan hanya akan bertanding di 67 kerusi parlimen.

Walaupun ia belum muktamad disebabkan isu perebutan kerusi di antara PAS dan PKR masih belum diselesaikan bagi kerusi campuran, namun keputusan akhir tidak akan jauh berbeza dari angka tersebut.

Daripada kira-kira 67 kerusi yang dipertandingkan itu, pimpinan PAS meramalkan mereka hanya berkemampuan mencatat kemenangan di 20 kerusi parlimen sahaja, merosot berbanding PRU 12 2008.

Berikutan itu, timbul persoalan di mana duduk letaknya nasib hukum hudud PAS yang sebelum ini sering diwar-warkan kepada umum konon akan dilaksanakan sebaik sebelum ayam jantan habis berkokok.

Dalam konteks perancangan pakatan pembangkang kini mereka masih meletakkan harapan besar kepada undi masyarakat Cina sekalipun pasca Bersih 3.0 menyaksikan sokongan pengundi kaum itu untuk pembangkang semakin merosot.

DAP mahupun PKR tentu sahaja tidak akan membenarkan isu hudud PAS terus merencatkan peluang pakatan pembangkang yang diketahui semakin kelam selepas kekacauan dan keganasan dalam demonstrasi jalanan Bersih 3.0 tempohari.

Manakala PAS pula terpaksa menghadapi hakikat saban hari pengundi atas pagar kian menjauhi mereka disebabkan kelemahan pimpinan PAS dalam menghadapi tekanan DAP dan PKR berhubung isu hudud dan negara Islam.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beberapa mesyuarat peringkat tertinggi di antara pimpinan pakatan pembangkang merumuskan jalan menuju Putrajaya agak sukar dan terlampau jauh untuk digapai.

Sekalipun DAP diramalkan mungkin mengekalkan kedudukan sebagai parti pembangkang yang paling banyak memenangi kerusi parlimen, di masa yang sama PAS dan PKR berdepan situasi sukar untuk mengekalkan sebahagian kerusi parlimen dan DUN yang mereka miliki sekarang.

Sebagai langkah pro aktif untuk merencatkan kebangkitan BN, satu cara yang bakal mereka laksanakan ialah dengan mempertikaikan kelayakan calon-calon BN dengan harapan kemenangan tanpa bertanding akan menjadi milik calon pembangkang.

Melalui beberapa siri mesyuarat dan kursus khas pilihanraya yang telah dan sedang giat dilaksanakan sekarang, mereka juga sepakat menumpukan usaha untuk mempotretkan imej hitam pada SPR sebagai salah satu kaedah psycho war menjelang PRU 13.

Berdasarkan gerakan aggresif pemimpin pembangkang dan NGO proksi mereka tika ini, jelas sekali maklumat terbaru ini ada asasnya untuk diambil perhatian serius oleh SPR, apatah lagi beberapa pendedahan berkaitan puluhan pengundi yang beralamat sama kebanyakannya timbul selepas SPR membenarkan agen parti politik mendaftarkan pengundi.

Tak mustahil, bilamana pembangkang gagal mengekalkan prestasi mereka, maka imej buruk yang dipotretkan pada SPR itu akan diterjemahkan kononnya sebagai justifikasi wujudnya ketidakadilan dalam sistem pilihanraya kendalian badan tersebut.