Monday, July 9, 2012

Betty Chew dan Wan Azizah Mangsa Kelicikan Suami


Ketika Betty Chew, ADUN Kota Laksamana, ditanya di dalam Dewan mengenai dakwaan hubungan sulit suaminya, Lim Guan Eng, dengan bekas pegawai khasnya bernama Ng Phaik Kheng, Betty Chew telah bertindak keluar dewan dalam keadaan marah, tanpa mengia atau menidakkan soalan yang dikemukakan.

Tindakan beliau telah mengundang perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat bukan sahaja kerana tidak mendapat penjelasan mengenai isu tersebut tetapi juga kerana sikap yang ditunjukkan Betty amat tidak menepati kapasitinya sebagai seorang ahli politik.

Betty memarahi Datuk Gan Tian Loo yang membangkitkan perkara tesebut di dalam dewan dengan berkata ‘shame on you’ atau ‘tak malu’, malah beliau juga menempelak Speaker Dewan dengan kata-kata yang sama.

Siapa yang sebenarnya tidak malu di sini?

Sepatutnya Betty Chew yang malu kerana bersikap tidak matang dan tidak professional dalam menangani perkara ini. Jika beliau ingin meminta masyarakat melihat perkara ini sebagai isu peribadi rumahtangganya, maka beliau dan suaminya harus terlebih dahulu bersara sebagai ahli politik.

Sedangkan DAP juga sering menyerang musuh politik mereka dengan isu peribadi, jadi kenapakah perlu ada dwi-standard apabila perkara yang sama menimpa mereka? Tidak cukupkah dengan bersikap dwi-standard dari segi layanan terhadap kaum dalam menguruskan negeri yang ditadbir DAP, apakah DAP ingin menunjukkan bahawa parti itu adalah dwi-standard dalam segala segi?

Mungkin menyedari bahawa sikapnya yang marah-marah telah tidak membantu DAP dan suaminya, hatta dirinya sendiri juga, maka Betty Chew dan Guan Eng akhirnya muncul secara rasmi untuk ‘membersihkan’ nama mereka. Betty menafikan yang suaminya mempunyai hubungan sulit dan juga menafikan yang beliau telah menyerang Phaik Kheng ataupun suaminya.

Namun, sekali lagi Betty tersilap kerana dalam kenyataannya membela dirinya, beliau telah mengaitkan isu peribadi Presiden MCA, Dato’ Seri Chua Soi Lek berkenaan skandal beliau tidak lama dahulu. Malah, Betty juga mengaitkan nama isteri Dato’ Seri Chua, iaitu Datin Seri Wong Sek Hin yang langsung tiada jawatan atau kena mengena dengan politik, dengan meminta beliau menasihati Soi Lek agar tidak memanjangkan isu skandal Lim Guan Eng. Lebih lucu lagi, beliau juga meminta Datin Seri Wong menyeru rakyat agar menolak MCA atas alasan skandal Soi Lek itu.

Sebelum menasihati orang lain, Betty harus terlebih dahulu membuat keputusan sama ada skandal peribadi wajar dipolitikkan atau tidak. Kenapakah DAP tidak boleh diserang kerana skandal peribadi tetapi MCA tidak mendapat keistimewaan yang sama?

Kemudiannya, Betty harus membandingkan dirinya dengan Datin Seri Wong Sek Hin yang mana kedudukan mereka langsung tidak setara. Datin Seri Wong bukanlah seorang ahli politik, seperti dirinya dan Datin Seri Wong telah menunjukkan betapa beliau seorang wanita yang jauh lebih kental dari Betty dalam menghadapi isu yang sama membabitkan suaminya. Beliau tidak melatah dan tidak mengamuk apabila ditanya mengenainya. Sebaliknya, seperti juga suaminya, beliau menunjukkan sikap matang, mengakui seadanya dan melakukan yang terbaik untuk mengatasi dan memperbaiki rumahtangga mereka.

Sebaliknya, Betty mengambil masa untuk menafikan dakwaan skandal Lim Guan Eng dan sudah semestinya penafian yang agak terlambat sudah tidak bermakna lagi. Syak wasangka orang ramai terhadap suaminya kini diperkuatkan lagi dengan sikap Betty sendiri.

Lebih buruk bagi Betty ialah apabila Phaik Kheng juga mengambil sikap sama iaitu tidak menafi atau mengiakan apa-apa. Sebaliknya wanita itu meminta Betty menjelaskan sendiri semuanya.

Oleh itu, suka kita menasihatkan Betty agar berfikir sebelum berkata-kata. Jangan terlalu angkuh ingin menempelak sesiapa sahaja yang mampu menggugat dan mengancam kedudukannya. Sikap angkuh akan mengaburi fikiran sehingga menyebabkan seseorang bertindak tidak matang dan diluar kawalan.

Daripada Betty menasihati Datin Seri Wong yang cukup mulia peribadinya, lebih baik Betty memberi nasihat kepada Wan Azizah, isteri kepada Ketua Pembangkang merangkap Anugerah Tuhan iaitu Anwar Ibrahim.

Apakah jenis wanita yang sanggup menjadi isteri kepada seorang biseksual tegar yang terlibat dengan berbagai skandal? Apa jenis wanita yang tetap mengagungkan suami yang tidak boleh menolak tarikan seks dengan lelaki lain walaupun tahu yang ianya sebuah perangkap, seperti yang didedahkan oleh perisikan Singapura? Apakah jenis wanita yang saban hari menyeru orang ramai agar menyokong dan menyanjung suami yang penipu dan pengkhianat kepada negara?

Tak perlu Betty Chew mengganggu Datin Seri Wong Sek Hin, jika terlalu terdesak untuk membela diri dan mengalihkan pandangan rakyat.

Walau apapun yang berlaku, seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa suami Datin Seri Wong, bukan seorang penipu tetapi suami Betty Chew, tidak banyak bezanya dengan suami Wan Azizah, iaitu sama-sama ada skandal tetapi tidak mahu mengaku, selain penipu, pembohong, kaki belit, diktator, gila kuasa dan pengkhianat negara.

PKR Makin Bercelaru Menjelang PRU 13


Ada sebab kenapa Anwar Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk bersara dari politik, selain ianya sebagai satu tektik terdesak untuk meraih simpati, ia juga berkait rapat dengan kegagalan PKR menemui calon-calon yang berkaliber untuk dipertaruhkan dalam PRU 13.

Selama ini kita kerap di hidangkan dengan propaganda murahan pakatan pembangkang kononnya dalam pilihanraya akan datang mereka berpeluang untuk merampas Putrajaya seterusnya mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

Namun, realiti semasa bukan sahaja jauh panggang dari api malah langsung tak seindah seperti di propagandakan dalam media dan pentas politik.

Untuk PRU 13 ini, PKR bukan sahaja terpaksa mengalah kepada DAP dari segi pembahagian kerusi bertanding apabila hanya bertanding di 66 kawasan sahaja berbanding 97 kawasan pada PRU 12, malah untuk menyediakan calon-calon pun amat sukar untuk dicapai.

Daripada jumlah 66 itu pula hanya di 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan' itu dengan sebahagian darinya adalah muka lama.

Sebahagian kecil muka lama yang pernah menyandang kerusi parlimen tertentu pula tidak dicalonkan kembali. Antaranya Khalid Ibrahim yang juga MB Selangor, berkemungkinan seorang yang rapat dengan Azmin Ali akan mengisi kekosongan di Bandar Tun Razak.

Bagi parlimen Kelana Jaya tempat Loh Gwo Burne yang siang malam tidur bersama kameranya pula bakal dibersarakan dan tempatnya digantikan oleh Nik Nazmi yang juga orang kanan Azmin Ali.

Anwar Ibrahim yang sebelum ini diketahui sedang panas di Permatang Pauh seakan hampir pasti merantau ke Nibong Tebal dan merupakan satu-satunya calon bagi kawasan tersebut walaupun di masa yang sama masih memikirkan untuk kekal di Permatang Pauh.

Manakala itu, hampir satu pertiga lagi kawasan langsung tiada satu nama calon pun yang dapat dikemukakan menggambarkan betapa sukarnya untuk PKR menghadapi cabaran PRU 13 yang akan menentukan hayat politik Anwar.

Baki lebih satu pertiga lagi hanya calon-calon recycle dan expired sahaja yang dikemukakan sebagai 'calon dalam pertimbangan'.

Dalam pada itu daripada 8 kawasan parlimen di Sabah yang dikhususkan untuk ditandingi PKR, hanya tiga kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan', bakinya samaada kosong ataupun hanya bersandarkan satu dua nama 'calon dalam pertimbangan'.

Sarawak pula yang sebelum ini digembar gemburkan oleh Anwar bakal ditembusi oleh PKR dan pembangkang lain, namun pembahagian kerusi yang diberikan kepada PKR cuma 7 kerusi sahaja dan agak sadis bila hanya satu nama sahaja yang masuk senarai mungkin akan bertanding.

Lebih parah lagi beberapa kawasan yang mahu ditandingi oleh PKR ada antaranya masih bertindih dan berebut hak dengan PAS dan DAP misalnya di Bentong, Temerloh, Bagan Serai dan beberapa lagi kawasan lain.

Bagi kawasan parlimen Sungai Siput yang sekarang disandang oleh Presiden PSM, Dr Jeyakumar pula sedang diusahakan untuk ditandingi sendiri oleh PKR sekalipun satu namapun belum mampu disediakan oleh Anwar Ibrahim.

Melihat pada kemelut dan betapa celarunya PKR dalam persediaan menentukan calon-calon yang akan mewakili PKR dalam pilihanraya, ternampak jelas yang PKR mahupun Anwar sendiri tiada keyakinan untuk menghadapi PRU akan datang.

Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa beralih semula ke tabiat kesukaannya - guna tektik raih simpati buat muka kesian dengan harapan masih ada rakyat yang akan terpedaya sebagaimana suatu ketika dulu ramai yang terpedaya dengan lakonan arsenik, patah pinggang dan lain-lain.

Friday, July 6, 2012

Sukar Mencari Calon: Tanda-tanda Kekalahan Pembangkang


Di kala Barisan Nasional semakin bersemangat menunggu pilihanraya, parti-parti pembangkang terutamanya PKR kelihatan resah gelisah. Malah, keresahan mereka terserlah apabila Ketua mereka sendiri iaitu, Anwar Ibrahim menyatakan yang beliau sanggup bersara jika kalah dalam PRU ini, sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Financial Times (FT).

Bagaimana PKR boleh mengharapkan kemenangan jika mencari calon yang sesuai dan layak juga amat sukar sekali? Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, PKR akan bertanding sejumlah 66 kerusi dalam PRU ke-13 ini, dengan pecahan mengikut negeri seperti berikut:

Kedah – 7

Pulau Pinang – 4

Perak – 9

Selangor – 11

Terengganu – 1

Kelantan – 3

Pahang - 4

Johor - 4

Melaka - 1

Negeri Sembilan – 2

Wilayah Persekutuan – 5

Sabah – 8

Sarawak – 7


Dalam PRU 2008 yang lalu, PKR berjaya memenangi 31 kerusi dan banyak meraih undi Melayu.

Tetapi, pendekatan liberal PKR yang semakin menyerlah kini nampaknya telah menyukarkan parti ini meraih undi kaum Melayu. Manakala masyarakat Cina lebih selesa dengan DAP dari PKR. Masyarakat India pula, ramai yang telah serik ditipu dan diberi harapan palsu oleh PKR lalu bertindak menolak parti itu. Justeru, mahu tidak mahu, PKR terpaksa bergantung kepada undi masyarakat Cina dalam PRU ke-13 nanti.

Sumber yang sama juga mendedahkan bahawa daripada 66 kerusi yang bakal mereka tandingi, hanya 14 calon Melayu dan 8 calon dari lain-lain kaum, yang dapat dimuktamadkan. 25 kerusi pula masih di dalam dilemma dalam meletakkan calon. Sekurang-kurangnya 5 kerusi mengalami pertindihan dengan PAS dan DAP. Di masa yang sama juga, PKR langsung tidak punya ‘calon pilihan’ mahupun ‘calon dalam pertimbangan’ untuk 19 kerusi lain.

Ini bermakna daripada 66 kerusi, hanya 22 sahaja yang dapat dimuktamadkan sementara 44 yang lain masih lagi samar. Ini menunjukkan betapa sukarnya PKR untuk mencari calon yang sesuai, jauh sekali yang layak dan mampu menang untuk menghadapi pilihanraya kali ini.

Lebih buruk lagi, Anwar sendiri dikatakan masih mengalami dilemma sama ada untuk bertanding di Permatang Pauh, kubu kuatnya, atau di Nibong Tebal yang dikatakan memberi jaminan yang lebih baik untuk menang. Anwar dikatakan sedar bahawa sokongan rakyat Permatang Pauh terhadapnya telah merosot teruk sehinggakan ceramah-ceramahnya di sana tidak lagi mendapat sambutan.

Apabila seseorang politikus sudah hilang sokongan di kawasannya sendiri, ia sekali gus menunjukkan yang riwayat politik mereka semakin pendek. Mungkin kerana inilah Anwar sudah mula membayangkan persaraannya dari arena politik jika kalah dalam PRU kali ini.

Dengan Ketua yang sebegitu lemah, PAS dan DAP turut terheret sama. PAS sebelum ini membayangkan akan bertanding 80 kerusi berbanding hanya 67 kerusi pada PRU yang lalu. Namun, keinginan PAS untuk menjadi parti dominan dalam kabinet Pakatan Rakyat pastinya tidak disenangi DAP dan PKR. Dan seperti biasa PAS akhirnya akan terpaksa akur atas apa saja keputusan yang dibuat oleh DAP dan PKR.

Jika ini berlaku, maka DAP akhirnya akan menjadi parti dominan secara nyata dengan 89 kerusi mutlak untuk partinya, berbanding PKR 66 kerusi dan PAS 67 kerusi. Ini bermakna, puak rasis dan chauvinis DAP akan lebih mudah untuk meratah kaum-kaum lain andainya Pakatan Rakyat berjaya memenangi PRU nanti.

Nasib kaum-kaum bukan Cina di Malaysia, jatidiri bangsa Malaysia yang kita impikan, serta identiti Malaysia itu sendiri pasti berada dalam risiko terhapus sama sekali di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat yang didominasi DAP.

Maka, senario ini juga merupakan faktor yang bakal membawa kekalahan kepada Pakatan Rakyat.

Tuesday, July 3, 2012

Video Skandal Khalid Ibrahim Tersebar


Nampaknya niat untuk terus bunuh membunuh sesama sendiri semakin rancak! Dan pertembungan antara kem Khalid Ibrahim dan Azmin Ali kini bertambah hangat dan panas.

Pendedahan video ini mencetuskan lagi pertelingkahan antara kem Azmin dan Khalid Ibrahim.


PAS Berangan Bertanding Di 80 Kerusi Parlimen


Buat kali kedua dalam jangka waktu setahun PAS menyatakan keinginannya untuk bertanding di lebih 80 kerusi parlimen untuk PRU 13, peningkatan 25% berbanding pilihanraya sebelumnya.

Pertengahan tahun lalu, PAS pernah menyuarakan hasrat yang sama namun beberapa bulan kemudiannya terpaksa akur dengan tekanan Anwar Ibrahim dan PKR yang mahu PAS kekal bertanding di 66 kerusi seperti dalam PRU 2008.

Menurut Presiden PAS, Hadi Awang, "Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang".

Tinggi angan-angan PAS nak menjadi tulang belakang, walhal situasi sejak dulu hingga sekarang, PAS nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja mesyuarat pemimpin pembangkang pun tak mampu dilakukan.

Waima prinsip juang sendiri untuk mendirikan Negara Islam ala PAS dan hukum Hudud pun PAS terpaksa digadaikan demi mengikut kehendak DAP dan PKR, agaknya di mana pula logik untuk PAS menjadi tulang belakang pakatan?

Sebetulnya dalam mesyuarat pimpinan PAS beberapa minggu lalu, satu unjuran telah dibentangkan membayangkan PAS hanya berpeluang menang di 20 buah kerusi parlimen sahaja berikutan penolakan besar-besaran oleh pengundi Melayu Islam.

Satu cara untuk mengurangkan impak penolakan tersebut ialah dengan menunjukkan 'kejantanan' dalam pembahagian kerusi dengan PKR khususnya.

PAS berpendapat dengan merampas beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh rakan sebatalnya PKR, para pengundi Melayu Islam akan melihat PAS 'masih jantan' dan bukannya keldai jantan yang asyik ditunggang oleh Anwar dan pembangkang.

Himpunan Hijau yang PAS laksanakan di merata negeri di seluruh negara sekarang inipun matlamat utamanya untuk tunjukkan dirinya ada kekuatan bagi memberi isyarat pada Anwar, PKR dan DAP konon PAS bukannya seekor keldai sebarangan.

Walau hakikatnya sebahagian besar peserta himpunan yang datang diimport khas dengan bas dan kereta serta mendapat upah pengangkutan, tapi PAS berpendapat itu satu-satunya cara bagi memenangi pertarungan merebut kerusi dengan rakan sepakatan.

Namun, melihat pada mentaliti pimpinan PAS yang masih erat dengan pemikiran pak kaduk, keputusan akhir kelak akan balik semula sama seperti pembahagian kerusi tahun 2008.

PAS akan terus tunduk pada PKR dan Dap serta kekal menjadi keldai tunggangan pembangkang kecualilah kalau Anwar Ibrahim merasakan dirinya sudah di penghujung senja.

Reformasi Jalanan Membinasakan Negara


Sehingga kini rakyat Indonesia khususnya masyarakat Tionghoa masih mengenang dan memperingati kejadian berdarah Mei 1998 sewaktu era permulaan gerakan reformasi yang berlaku di Indonesia 14 tahun lalu.

Detik cemas dan kekalutan yang berlaku semasa kejadian tersebut, agak sukar untuk dilupakan begitu sahaja apatah lagi tatkala jerit pekik meminta tolong dari gadis-gadis Cina yang dirogol kemudian dikelar kulitnya seakan masih tergiang-giang di telinga para saksi yang masih hidup.

Awalnya sebagaimana ramai rakyat Indonesia yang lain, sebahagian besar masyarakat Cina Indonesia turut meraikan gerakan reformasi Indonesia dengan harapan kebebasan dan hak kaum mereka akan lebih terbela sekiranya gerakan jalanan tersebut berjaya menumbangkan Soeharto.

Apatah lagi saat tersebut Indonesia dan beberapa negara jiran lain turut terjebak dalam kegawatan ekonomi dek kerana sang penyangak matawang yang mengakibatkan berlakunya kemelesetan ekonomi.

Dianggarkan hampir 50 juta rakyatnya mengalami kehidupan yang tidak menentu kesan dari kegawatan tersebut, ditambah lagi dengan kenaikan pelbagai harga barangan keperluan harian, lantas ia menjadi salah satu punca gerakan reformasi jalanan disambut dengan harapan baru.

Ahli politik opportunis Indonesia seperti Amien Rais yang juga sahabat baik Anwar Ibrahim adalah antara watak penting yang mengambil kesempatan disebalik keperitan hidup rakyat saat itu.

Dengan memanipulasi kemarahan yang membuak dalam hati nurani khalayak, Amien Rais yang turut didukung oleh sebahagian mahasiswa pro reformasi berjaya menyemarakkan lagi gerakan jalanan tersebut saban hari sehinggalah akhirnya mencetuskan suasana yang tidak terkawal.

Sebagaimana rakaman sejarah, gerakan reformasi jalanan nyata hanya gah secara teori yang tampak mudah saat dilaungkan di jalanan. Realiti yang berlaku lebih buruk dari jangkaan ramai.

Reformasi yang dicanang bukan sahaja gagal mencapai agenda utamanya untuk menguburkan KKN (korupsi, kronisme dan nepostisme), sebaliknya mengundang gejala KKN yang lebih teruk dalam pemerintahan pemimpin-pemimpin selepasnya.

Keganasan jalanan, kebakaran harta benda dan premis berleluasa manakala pemusuhan dan pembunuhan hasil kecurigaan antara pelbagai etnik dan agama menjadi-jadi.

Ribuan nyawa melayang sia-sia samada menjadi mangsa kebakaran ataupun dibunuh kejam dek kerana kekalutan di peringkat pemerintahan sehingga dalam apa jua pertelingkahan antara rakyat hanya undang-undang rimba dititik beratkan.

Tidak cukup dengan Tragedi Mei 98 yang mengorbankan lebih seribu nyawa etnik Tionghoa Indonesia, datang pula Tragedi Semanggi, Polo dan Ambon yang menyaksikan hubungan antara etnik dan agama kian runtuh.

Akhirnya apa yang berjaya dicapai hasil laungan reformasi jalanan itu yang kelihatan hanya api yang marak membakar bangunan, pembunuhan melata di banyak wilayah dan pengangguran kian meningkat.

Kesimpulannya, manfaat yang di kejar jauh dari kesampaian sebaliknya mudarat yang datang bertimpa-timpa sejak 1998 hingga sekarang. Melihat pada liku-liku sejarah ini, tepatlah keputusan rakyat Malaysia menolak acuan reformasi yang diciplak oleh Anwar Ibrahim dari Indonesia.

Terbukti, laungan reformasi hanya gah di bibir dengan membawa bersama harapan palsu namun realiti yang terjadi lebih banyak kebinasaan yang terpaksa dilalui.