Wednesday, July 11, 2012

Blogger Milosuam Perlu Jelaskan Hubungan Dengan Lelaki Amuk Di JPM


Setelah negara digemparkan dengan amukan samurai di Jabatan Perdana Menteri, kini blog-blog mula mempersoalkan tentang kaitan blogger pembangkang, terutamanya Milosuam dengan arwah Khalil.

Milosuam dikatakan blogger yang pertama memuatnaik video amukan tersebut dan kehadirannya di waktu dan tempat kejadian dengan siap sedia membawa kamera video amatlah mencurigakan. Lebih-lebih lagi apabila kedengaran percakapan telefon yang disyaki sebagai jurukamera sendiri, yang seolah-olah melaporkan kepada seseorang apabila arwah telah ditembak.

Melayari blog Milosuam selepas kejadian menambahkan lagi kecurigaan kita apabila beliau seolah-olah mencuba sedaya upaya untuk mengalihkan persepsi kononnya arwah Khalil adalah penyokong kerajaan berdasarkan hanya satu ayat di blog arwah yang memuji Tun Dr. Mahathir sebagai seorang berjiwa besar.

Sedangkan jika diteliti keseluruhan post arwah di blog beliau, mahupun kedua-dua akaun facebook beliau, tiada siapa yang dapat menafikan bahawa arwah lebih cenderung kepada pembangkang. Lihat saja senarai perkara yang diminati seperti yang dinyatakan di facebook beliau:

“MRSM Pengkalan Chepa, Dr. Mahathir bin Mohamad, Lim Guan Eng, MiLo SuaM, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Jomsedut.Org, Sultan Johor, Pertubuhan Kerabat Raja Jembal ( Wilayah Tengah), Harian Metro Online (HMO Blog), HarakahDaily Blog, Dr. MAZA for PM, Bersih 3.0 [Official ], Kami Benci Saiful Bukhari!, A. Samad Said, Aku sependapat dengan orang kat atas ni 100%, KELAB SAYANGI DYMM SULTAN SELANGOR, Sukatilah, Anak Johor Sayang Sultan, Aku-Macjay Blogspot, General Mahdi and the Last Generation Army, Blog Redzuan-Ridzand 7 more..”

Malah, blog Milosuam sendiri turut tersenarai. Justeru, mana mungkin Milosuam boleh mengelak mengatakan bahawa arwah adalah peminatnya.

Blog paperwaris kemudiannya mengaitkan Milosuam dengan seorang yang bernama Hambali Idris yang juga merupakan orang yang ‘disayangi’ oleh arwah. Ini adalah antara komen arwah kepada Hambali difacebooknya:

“Patutlah aku sayang kamu Hambali Idris..... sebab kamu ni berani mengatakan kebenaran walaupun kebenaran itu sendiri pastinya membunuh kamu.”

Jika benar Milosuam adalah Hambali maka ini bermakna blogger pembangkang ini agak kerap berhubung dengan arwah melalui facebook sebelum kematian beliau. Tidak mustahil mereka juga ada berjumpa kerana dalam salah satu komen arwah, beliau ada mengajak Hambali berjumpa dan berborak.

Dan tidak mustahil juga Milosuam mengetahui tentang rancangan ‘serangan-bunuh-diri’ oleh arwah.

Dengan kepantasan Milosuam memuatnaik video tersebut dan kemudian mengaitkan arwah dengan Tun Dr. Mahathir, kita merasakan bahawa tidak mustahil juga bahawa arwah telah dipergunakan oleh blogger pembangkang ini untuk mencipta isu bagi mendapatkan sedikit keuntungan politik bagi pihak pembangkang.

Selain itu, jika kita melayari blog arwah, kita akan mendapati bahawa dalam beberapa tulisan beliau, boleh dikatakan beliau seolah-olah kecewa kerana segala kepercayaannya telah dikhianati oleh seseorang. Dan beliau kemudiannya mengutuk fatwa bai’ah PAS.

Maka, kita tertanya-tanya, mungkinkah beliau antara ahli-ahli taksub PAS yang terlalu kecewa dengan sikap cacamarba, fatwa sesat dan pendirian tunggang-terbalik PAS hari ini?

Apapun punca kecelaruan pemikiran arwah dan apapun motif arwah menyerang JPM kini sudah tidak begitu penting lagi kerana arwah sudah tiada. Yang penting kini ialah mencari kaitan arwah atau pemikiran arwah dengan mana-mana pihak yang mungkin mempunyai kepentingan dengan insiden amuk ini.

Dan yang penting juga, ialah untuk kita mengetahui apakah kaitan Milosuam dengan arwah dan apakah peranan Milosuam dalam kejadian ini. Apakah beliau merupakan sahabat, dalang, atau pemerhati yang sengaja tidak menghalang arwah menempah maut serta membahayakan kakitangan JPM, sedangkan beliau mengetahui akan rancangan arwah sejak awal lagi.

Tuesday, July 10, 2012

Pentas Pemuda: Tsunami Biru BN Gempur Pembangkang di KL


Pemuda BN melancarkan siri ceramah Pentas Pemuda yang mana Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin berkata ia boleh mencetuskan gelombang tsunami untuk merampas semula kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Khairy, majlis di Wangsa Maju itu merupakan parlimen pertama daripada lapan bahagian yang menjadi fokus Pemuda selama dua minggu, di mana BN hanya memenangi satu kerusi daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


"Kita tak mahu jadi jaguh kampung, di luar bandar BN kuat. Pembangkang kata KL kubu kuat pembangkang jadi kita pilih pentas pemuda pertama di Wangsa maju. Nak beri isyarat (kepada Pakatan) kawasan di KL tak selamat, menang tipis. Lembah Pantai tipis, Titiwangsa tipis.

"Tranformasi Datuk Seri Najib sejak 2008 bermakna tsunami baru dalam pilihan raya akan datang," katanya di hadapan lebih 300 hadirin.

Khairy berkata BN tidak harus "hilang punca" dengan kekalahan Kuala Lumpur, sebaliknya menjadikannya sebagai satu kayu ukur demi kejayaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.-Mkini

Bukan Setakat Anwar Bersara, PKR & PAS PATUT Dibubarkan


Belum lagi pilihan raya umum, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, sudah mengangkat bendera putih.

Katanya mahu bersara daripada dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas menawan Putrajaya pada PRU-13 kelak.

Ada dua kemungkinan dalam senario ini - Anwar menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat akan kalah dan kenyataannya itu berupa satu amaran agar Pakatan Rakyat bekerja lebih keras atau ia satu lagi taktik Anwar untuk menarik simpati rakyat.

Apapun, anak beliau, Nurul Izzah, seperti yang dijangka mendesak agar ayahnya meneruskan perjuangan kerana PKR dan blok pembangkang masih memerlukan kepimpinannya.

Ini kerana tanpa Anwar, masa depan Nurul Izzah juga turut malap kerana kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dan Naib Presiden PKR banyak bergantung kepada pengaruh ayah, bukan kebolehannya sebagai politikus.

Rakan kongsi PKR, PAS pula dilihat sebagai menangguk ikan di air keruh dengan membayangkan seolah-olah ia rela melepaskan Anwar daripada menerajui pakatan pembangkang dan menggantikan daripada kalangannya.

Bagi PAS (kecuali Nik Aziz), inilah peluang keemasan yang ditunggu bagi meletakkan parti itu sebagai penggerak utama Pakatan Rakyat setelah disisihkan oleh PKR dan DAP.

Parti rasis DAP pula tetap mahu Anwar mengepalai agenda 'Tawan Putrajaya' kerana mereka tahu beliau popular dengan pengundi Cina dan tanpanya parti itu akan kehilangan sokongan daripada kaum itu.

Jadi boleh disimpulkan, PAS dan DAP sebenarnya bukanlah rakan kongsi yang ikhlas menyokong Anwar kerana masing-masing mempunyai kepentingan dan agenda tersembunyi.

Sebenarnya, PAS dan DAP melihat sebagai tokoh yang tidak lagi relevan dalam arus politik negara yang semakin berubah.

Mereka hanya akan menyokong Anwar selagi beliau boleh menyumbang kepada sokongan tambahan serta meningkatkan populariti parti masing-masing.

Jika Anwar dianggap memperkudakan PAS dan DAP, tetapi sebaliknya kedua-dua parti itulah yang mempergunakan ia selama ini.

Mungkin juga kenyataan persaraan Anwar adalah satu lagi pembohongan besarnya kepada rakyat sebagaimana ia telah lakukan dalam isu 16 September 2008.

Anwar menyebabkan rakyat berasa gusar dan bimbang, malah pelabur juga merasa ragu-ragu disebabkan khabar angin bahawa akan berlaku peralihan kerajaan.

Akhirnya tembelang Anwar pecah dan episod yang memalukan itu telah menghakis kepercayaan dan keyakinan rakat terhadap pembangkang.

Pembangkang kini dianggap sebagai 'Pakatan Penipu' yang pandai memainkan emosi rakyat, mrnabur janji palsu serta memutar belitkan fakta.

Jika diikutkan, bukan sahaja Anwar yang patut bersara, malah isterinya Wan Azizah, termasuk juga Azmin Ali, Nik Aziz, Abdul Hadi wajib bersara daripada pentas politik.

Ini kerana kehadiran mereka dalam arena siasah tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara terutamanay perpaduan bangsa Melayu dan umat Islam.

Bangsa Melayu kini berpecah tiga angkara PAS dan PKR, dan apabila ini berlaku, kekuatan Melayu akan bertambah luntur dan pihak yang menggaut keuntungan ialah DAP.

Cukuplah 14 tahun Anwar menghuru harakan politik negara dan menggugat agenda 'Ketuanan Melayu'.

Apakah rakyat telah lupa, Anwar telah mengarahkan Wan Azizah sebagai Presiden PKR untuk menghapuskan Ketuanan Melayu dalam ucapannya pada konvensyen 2010 parti itu?

Inilah rancangan sebenar Anwar untuk menghapuskan kekuatan bangsa Melayu dengan melenyapkan institusi raja-raja serta kedudukan utama Islam dan membuka ruang seluas-luasnya kepada DAP untuk melaksanakan program Malaysian Malaysia mengikut acuan Singapura.

Oleh sebab itu bubar sahaja PAS dan PKR, baru kekuatan Melayu akan pulih dan Umno akan benar-benar dapat menumpukan fokus membela nasib agama, bangsa dan negara.