Wednesday, July 18, 2012

Lynas: 20,000 VS 28 juta rakyat


Pada 14 Julai lalu, sebuah NGO yang menamakan diri mereka Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) telah mengadakan undian di 19 buah bandar dan pekan di seluruh Malaysia bertujuan untuk mencari jumlah sokongan terhadap usaha mereka menentang operasi kilang Lynas di Kuantan.

Kesemuanya 28 lokasi di Malaysia yang dijadualkan menyertai program tersebut tetapi hanya 19 tempat sahaja yang mengadakan undian manakala tempat-tempat lain mengadakan aktiviti seperti mengumpul tandatangan, piket dan ‘flash mob’.

Undian yang yang bermula pada jam 5 petang dan ditutup pada jam 9 malam mendapati 20,194 orang mengundi menentang Lynas sementara hanya 6 yang menyokong.

Berdasarkan pengiraaan ini, SMSL di dalam laman web rasmi mereka telah secara tidak langsung seolah-olah mengisytiharkan bahawa majoriti rakyat Malaysia menentang Lynas!

Persoalannya, bagaimana SMSL mengira 20,194 sebagai majoriti sedangkan rakyat Malaysia keseluruhannya ialah 28 juta orang? Secara pecahannya pula, dari keseluruhan 19 kawasan membuang undi dan SMSL hanya mampu mendapat sokongan dari lebih kurang 20,000 orang bermakna, secara puratanya tidak sampai 1,000 orang yang menentang Lynas di satu-satu tempat.

Justeru, apakah layak dikatakan 1,000 sebagai suara majoriti setempat? Berapa ramaikah penduduk di setiap tempat membuang undi tersebut?

Hakikatnya, 20,000 dari 28 juta adalah angka yang memalukan bagi SMSL. Lebih buruk, undian juga menunjukkan dari kelompok bangsa yang sama iaitu Cina iaitu tidak menggambarkan pendirian realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Lebih dari itu, apakah jaminan yang proses pengundian yang dijalankan oleh SMSL adalah adil? Bagaimana kita memastikan yang tiada ahli-ahli SMSL yang membuang lebih dari satu undi? Apakah mereka menggunakan dakwat kekal? Sistem Biometrik? Atau menggunakan prosedur apa?

Siapakah yang memantau proses pengundian SMSL? Kenapakah undian dibuat secara ‘main pondok-pondok’ sedangkan di masa yang sama sebahagian besar pihak penganjur memakai baju kuning BERSIH yang kononnya amat mementingkan sistem pengundian yang bersih? Di manakah prinsip undian yang bersih yang dilaungkan mereka jika tiada pemantau dan tiada prosedur rasmi yang diwartakan?

Dan bolehkah kita mempercayai SMSL jika program pengudian tersebut juga dicampur aduk dengan isu kematian Teoh Beng Hock, di mana gambar mendiang menghiasi banner dan kotak undi di dalam program ini? Sedangkan Teoh Beng Hock bukannya meninggal dunia kerana terdedah kepada radioaktif Lynas tetapi kerana terjebak menjadi ‘kunci’ yang boleh membongkar skandal rasuah DAP di Selangor.

Lalu, bagaimana kita mempercayai pihak yang sanggup mempolitikkan kematian ‘orang mereka sendiri’ demi untuk menutup skandal rasuah yang dilakukan oleh parti politik yang disokong mereka?

Semua ini menunjukkan yang SMSL bersikap dwi-standard, tidak adil, tiada integriti, tiada moral sekali gus, tidak layak mempersoalkan apa-apa jua termasuk Lynas.

Kesimpulannya kini, terbuktilah sudah bahawa HANYA 20,000 ORANG YANG MENENTANG LYNAS berbanding 28 juta rakyat Malaysia. Dengan itu, secara rasminya diisytiharkan bahawa SMSL telah kalah atau telah gagal sama sekali. Dan jika benar SMSL memperjuangkan Malaysia yang “adil dan selamat” seperti yang tertulis di banner mereka, maka mereka perlu menerima keputusan demokrasi ini dengan matang dan tenang. Kata orang, dah kalah, buat cara kalah, jangan lagi terkinja-kinja membuat bising, mengganggu semua orang.

Krisis Air: Khalid Ibrahim Sengaja Mengundang Bala


Air adalah sumber kehidupan. Tanpa air, bukan sahaja manusia yang akan berdepan dengan masalah malah kegiatan ekonomi juga terencat dan kesannya bila berlarutan amat memeritkan.

Tapi di Selangor, kerajaan negeri memandang remeh isu air dan lebih selesa bermain politik berbanding mencari penyelesaian jangka masa panjang demi kebaikan lebih 7 juta pengguna termasuk Kuala Lumpur & Putrajaya.

Laporan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) secara terperinci menyebut Selangor bakal berdepan dengan krisis air menjelang tahun 2014, sepatutnya tidak dipandang enteng begitu sahaja.

Malah laporan itu turut disokong pula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang mengesahkan simpanan bekalan air bersih kini berada di tahap kritikal yakni hanya pada tahap 6 peratus sahaja..

Melihat pada sikap acuh tak acuh Kerajaan Selangor yang masih berdolak dalik dalam isu perlaksanaan projek Loji Rawatan Air langat 2 (Langat 2), jelas memperlihatkan kegagalan urus tadbirnya untuk memandang jauh ke hadapan.

Sedangkan tujuan pembinaan loji baru (Langat 2) tersebut bersama dengan terowong air melalui Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor (PPAMPS) bertujuan untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi sekaligus mengelakkan krisis air 1998 berulang.

Namun bila Kerajaan Selangor mengganggu kelancaran projek tersebut, akibatnya hingga kini beberapa kawasan Lembah Klang termasuk Selangor ada yang terpaksa menghadapi catuan air memandangkan rezab simpanan air di seluruh loji rawatan air bersih semakin berkurangan.

Andaian Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim kononnya bekalan air bersih mampu bertahan hingga tahun 2019 bukan sahaja tidak disokong oleh fakta, sebaliknya sengaja mahu meredakan kegusaran orang ramai saling tidak ubah seperti tindakan dangkal menyapu sampah ke bawah karpet.

Hakikatnya daripada 33 loji rawatan di seluruh Selangor yang membekalkan air bagi seluruh Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, hanya beberapa loji rawatan air sahaja yang masih beroperasi di bawah paras pengeluaran maksima.

Salah satu darinya ialah loji rawatan air di Sungai Rasa yang beroperasi pada tahap pengeluaran 138.71 JLH sedangkan tahap pengeluaran maksimanya ialah 250 JLH (Juta Liter Sehari).

Bagaimanapun disebabkan beberapa loji rawatan air yang sedang beroperasi bawah tahap sebenar ini tidak memiliki paip penghubung yang membolehkannya membekalkan air ke kawasan lain.

Sebahagian besar loji rawatan air yang lain pula terpaksa beroperasi melebihi tahap maksima antaranya loji rawatan air Sungai Langat yang mengeluarkan sejumlah 447.42 JLH berbanding 386 JLH kemampuan sebenarnya.

Loji rawatan air Sungai Semenyih pula membekalkan 665.92 JLH air bersih sedangkan kemampuan rekabentuk hanyalah untuk 546 JLH sahaja.

Loji-loji yang beroperasi melebihi kemampuannya lama-lamaan akan menghadapi masalah yang sekiranya berlaku serentak misalnya, beban kesusahan bukan sahaja dihadapi oleh rakyat malah kesannya menjejaskan operasi kilang-kilang yang menjana ekonomi negeri.

Secara keseluruhan, pengguna di Lembaha Klang menggunakan sejumlah 4,219 JLH manakala jumlah air bersih yang mampu dibekalkan oleh semua 33 loji rawatan air tersebut cuma 4,326 JLH.

Saban hari permintaan akan terus meningkat dan selagi tiada loji baru segera disiapkan, bermakna bila-bila masa sahaja para pengguna dan aktiviti ekonomi perkilangan akan menghadapi krisis yang lebih teruk.

Bukankah jelas di sini tindakan dolak dalik Kerajaan Selangor menangguhkan perlaksanaan projek langat 2 bukan sahaja bakal meningkatkan kos pembinaannya malah seumpama menjemput bala kepada rakyatnya.

Apakah ini yang kita kehendaki?

Tuesday, July 17, 2012

Tony Pua Pergunakan Rakyat Demi Kepentingan Diri Sendiri!



Lihat sendiri bagaimana Tony Pua dan DAP mempergunakan rakyat untuk mengumpul wang sedangkan Tony sendiri dah kaya dan dia boleh minta mana-mana syarikat DAP namun inilah masanya dia nak tunjuk dia mampu kawal dan mempergunakan rakyat.




Ini merupakan jemputan yang dibuat khas untuk mengumpul dana. Jika pembaca perasan tiba-tiba ada Dr Dzulkefly dalam list VIP. Kenapa? Sebab nanti orang-orang PAS akan datang dan DAP tahu orang PAS memang mudah dipergunakan untuk derma ini. Sebab itu wujud tabung DAP dimana dahulu mereka tak pernah pun menggunakan modus tersebut. Baca Lagi....

Saham FGVH: MB Kedah Memalukan PAS


Maka benarlah bahawa Pakatan Rakyat itu tidak sepakat. Bukan sahaja tidak sepakat sesama parti sekutu tetapi juga di dalam parti sendiri. PKR sudah lama diketahui mempunyai masalah dalaman antara kumpulan penyokong Azmin dengan penyokong Khalid Ibrahim. Dan PAS pula antara Anwarinas dengan pro-Ulama.

Tetapi, akhir-akhir ini semakin terserlah satu lagi kumpulan atau individu di dalam PAS yang tidak pro sesiapa, tidak terlibat dengan apa-apa perancangan, aspirasi atau strategi parti tetapi hanya mengikut kepala sendiri, iaitu Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah.

Sebelum ini, Ustaz Azizan telah mencipta masalah kepada PAS dan PR dalam isu-isu agama dengan ‘menyinggung’ perasaan DAP, serta isu pentadbiran negeri sehingga beberapa EXCO bertindak biadap dengan menolak kepimpinannya secara terang-terangan. Akibatnya, beliau diletakkan di bawah ‘seliaan’ Jawatankuasa Pemandu untuk memastikan beliau tidak ‘memandu’ Kedah ke arah yang berlainan dari destinasi yang ditetapkan oleh PR.

Di kalangan rakyat pula, Ustaz Azizan dilihat sebagai Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa. Tiada satu projek pun yang dapat dijayakan di bawah pemerintahannya. Malah segala masalah dalam negeri seperti balak yang sudah sampai di tahap kronik, perobohan madrasah, krisis dalaman KUIN, dan pembaziran yang berleluasa di Kulim Hi-Tech Park diketepikan saja oleh Ustaz Azizan sebagai ‘serangan tidak berasas UMNO’ terhadapnya.

Masalah-masalah lain seperti isu air dan sampah pula ditepisnya sebagai berpunca dari kerajaan terdahulu. Pendek kata, mudah sungguh menjadi Menteri Besar di negeri Kedah di mana semua masalah akan diabaikan saja dengan kenyataan, “tiada masalah” atau “semua sudah selesai”.

Kenapa terjadi begini ialah kerana Ustaz Azizan tidak mengambil pusing terhadap apa yang dilaporkan di media sama ada media pro-kerajaan mahupun pembangkang. Beliau juga buta IT selain angkuh dan enggan mendengar kata atau nasihat orang. Beliau ‘menguruskan’ negeri serta ‘menyiasat’ sebarang masalah dengan cara mendengar laporan dari orang-orang kelilingnya sahaja. Jika orang yang melapor itu menipu, maka penipuan itulah yang akan dipercayainya.

Justeru, tidak mustahil Ustaz Azizan sebenarnya tidak tahu menahu mengenai pendirian PAS yang menentang penyenaraian Felda selama ini. Malah, beliau juga mungkin tidak tahu menahu mengenai ‘seruan rasmi’ kerahan kepada ahli-ahli PAS agar meramaikan Himpunan Oren.

Oleh itu, apabila Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datuk Abdul Rahman Ibrahim menyuarakan hasrat untuk melabur sejumlah RM2,275,000 atau 500,000 unit ke dalam saham Felda, Ustaz Azizan langsung mengiakannya kerana baginya ia pastilah sesuatu yang baik.

Apatah lagi apabila dijelaskan yang PKNK mampu mendapat keuntungan pantas sebanyak RM47,500 apabila menjual 50,000 unit pada harga RM5.50 seunit berbanding harga belian RM4.55 seunit.

Akibat dari sikap tidak ambil tahu Ustaz Azizan ini, PKNK telah membuat untung, tetapi PAS telah rugi dari segi modal politik. Ustaz Azizan telah secara ‘tidak sengaja’ memalukan PAS dan membuktikan kepada penyokong dan ahli PAS bahawa pendirian parti PAS adalah salah, sekali gus keputusan kerajaan untuk menyenaraikan Felda adalah bijak.

Beberapa pemimpin PAS telah pun menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati dengan Ustaz Azizan. Tetapi kita percaya, selagi tiada media yang bertanyakan perkara tersebut kepadanya, Ustaz Azizan tidak akan tahu apa-apa. Dan apabila beliau tersedar kesilapannya, beliau hanya akan berlagak selamba sahaja.

Kini, yang pastinya PKNK telah pun berbuat keuntungan dari penyeneraian itu dan apapun alasan Ustaz Azizan kerana bertindak bertentangan dengan pendirian parti, tidak akan mengubah hakikat ini iaitu bahawa penyenaraian FGVH membawa banyak kebaikan dan keuntungan kepada banyak pihak, termasuk negeri yang ditadbir oleh PAS. Justeru, penentangan PAS terhadap penyenaraian FGVH adalah tidak berasas dan berupa cerminan sikap hasad dengki semata-mata.

Scandal 'Blowjob' : Wanita Yang Dikaitkan Dengan Azmin Ali 'Lari' Ke Luar Negara?


April lalu seluruh negara digemparkan dengan penyiaran foto aksi panas oleh beberapa blog yang menunjukkan lelaki dalam foto-foto tersebut agak mirip rupanya dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Tak semena-mena sehari dua selepas penyiaran foto aksi panas tersebut, Azmin segera tampil menafikan yang lelaki dalam foto tersebut adalah dirinya.

Mujurlah dalam kenyataan penafiannya itu, tidak pula beliau beralasan punggung lebih kecil atau 'pedangnya' lebih tajam berbanding 'lelaki' di dalam foto itu bagi menguatkan hujah penafian.

Jikalau tidak, tentu sahaja ramai yang akan senyum sumbing menahan gelak sambil membandingkan panjang pendek antara 'pedang' Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Sebetulnya ramai pihak tertanya-tanya kenapa sehingga kini Azmin tidak membuat laporan polis bagi membolehkan satu siasatan dijalankan untuk mengetahui kebenaran foto tersebut.

Bukannya sesuatu yang sukar untuk melakukannya, cukup sekadar meluangkan sedikit waktu untuk ke Balai Polis berdekatan dan mengadu pada polis yang dirinya telah sengaja dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral.

Lagipun jika sudah begitu yakin langsung tak terlibat dengan aktiviti 'jual beli aiskrim' di dalam tandas, apa nak ditakutkan sangat dengan risiko dituduh membuat laporan polis palsu.

Dalam pada itu, terdapat beberapa maklumat dari sumber-sumber tertentu menyebut wanita 'peminat aiskrim' yang dikaitkan dengan Azmin Ali kini sudah lari dari Malaysia, betulkah?

Wanita tersebut dikatakan sengaja dihantar ke luar negara oleh seseorang demi mengelakkan kebarangkalian disiasat oleh pihak berkuasa disamping untuk melindungi lelaki yang dikaitkan dengan dirinya.

Setakat ini tiada kesahihan yang pasti berhubung maklumat tersebut, harapnya ia hanya sekadar khabar angin semata-mata. Maklumlah, entah-entah wanita itu cuma keluar melancong seketika bercuti merehatkan minda, mungkin juga.

Apapun, diharapkan Azmin Ali dapat mengumpul kekuatan dalam dirinya untuk segera membuat laporan polis supaya kebenaran dapat diketemui dan lelaki 'penjual aiskrim' itu dapat segera dikenalpasti.