Monday, August 20, 2012

Pemuda BN Buat Laporan Polis Facebook Palsu Pemuda Umno


Setiausaha kerja Pemuda BN Ibdilillah Ishak telah membuat laporan polis hari ini berhubung satu posting yang didakwa berunsur 'hasutan' di laman Facebook palsu Pemuda Umno.

Menurutnya, ia bukan laman rasmi milik pergerakan itu, sambil menambah, di Facebook ramai orang boleh membuka akaun dan menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahu.

"Jadi ia bukan (laman Facebook) rasmi Pemuda Umno, dan mereka menggunakan nama Pemuda Umno tanpa pengetahuan kami," kata Ibdilillah.

Beliau membuat laporan itu pada kira-kira jam 4 petang di balai polis Tun HS Lee bagi pihak Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Posting pertama muncul pada hari Sabtu di satu laman peminat yang dipanggil 'Pemuda Umno Malaysia' yang kemudiannya tersebar di internet sebelum diturunkan.

Ketika ditemui pemberita di luar balai polis, Ibdilillah berkata beliau berpendapat posting itu berunsur hasutan kerana ia meminta pembaca mempertimbangkan sama ada agama Kristian sebagai agama rasmi.

Di samping menggesa pihak polis menyiasat perkara itu, Ibdilillah, yang juga ketua Pemuda Umno Taman Tun Dr Ismail berkata, laporan itu membuat untuk menunjukkan Pemuda Umno tidak mahu membiarkan perbuatan yang didakwanya menghasut itu.-mkini

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya - Bro Jinggo


Dalam kerendahan hati... ada ketinggian budi... 
Dalam kemiskinan harta... ada kekayaan jiwa....

Dalam kelembutan lidah... ada juga keterlanjuran kata...
Dalam gurau dan senda tentu ada khalif dan dosa.

Dikesempatan ini kepada semua yang mengenali saya,
pembaca laman blog ini serta rakan seperjuangan...
Mohon ampun dan maaf di atas segalanya....

Selamat Hari Raya Adilfitri...
Moga silaturahim diberkati Allah.

-Bro Jinggo

P/S: klu nak bagi duit raya atau mohon maaf kepada saya sila add BBM pin 28B1061C :D
Apa celop!

Thursday, August 16, 2012

Video BNYV Raya


Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari YB Khairy Jamaluddin Dan BNYV