Wednesday, August 29, 2012

Selangor Tipu Rakyat Tentang Harga Air


Sejak pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan Selangor, negeri tersebut tidak pernah sunyi dari kecelaruan pentadbirannya yang serba serbi tidak kena.

Daripada hal sampah sarap yang berhari-hari berlonggok tidak diangkut, soal masa depan UNISEL yang terancam hinggalah masalah bekalan air bersih, pendek kata segalanya menjadi satu masalah rumit sedangkan tatkala zaman pemerintahan BN semuanya berjalan lancar tanpa celaru.

Segalanya berpunca dari sikap Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang agak taksub untuk menonjolkan kebijaksanaan tapi yang lebih terserlah pula ialah bangangnya melampau kewarasan akal manusia.

Dalam hal bekalan air bersih misalnya, waktu heboh diperkatakan ramai risiko bekalan air bersih akan tergendala, kerajaan negeri pimpinan Khalid pula memusing tumpuan umum kepada paras air di empangan dan sungai yang masih penuh bagi menafikan keperluan menyiapkan segera projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Sedangkan tujuan dan keutamaan projek tersebut ialah untuk memastikan bekalan air bersih yang sudah dirawat sentiasa mencukupi untuk keperluan penduduk setelah mengambil kira kapasiti semasa loji-loji sedia ada yang semakin kritikal.

Orang ramai termasuklah sepupu sepapat MB Selangor mana ada yang minum dan guna air seharian dari sumber air mentah empangan atau sungai, semuanya sekarang bergantung penuh pada bekalan air bersih yang sudah menjalani proses rawatan di loji-loji rawatan air.

Tak cukup dengan alasan air penuh di empangan dan sungai, untuk mengukuhkan lagi langkah songsang kerajaan negeri menolak pembangunan projek Langat 2, dijadikan pula alasan pembinaan loji baru di Kuala Langat itu akan menyebabkan harga air naik mencanak sehingga 70%.

Sekali lagi ternampak bangang dan tak cerdiknya kepimpinan kerajaan PKR Selangor. Mereka cuba bersandar pada alasan karut yang seakan lojik tapi sebenarnya satu cubaan untuk menipu dan mengaburi mata rakyat.

Hakikatnya pembinaan loji Langat 2 tidakpun memerlukan tarif air naik mencanak sedemikian rupa kerana kos pembinaan loji Langat 2 sepenuhnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan melalui pembiayaan Agensi Koperasi Antarabangsa Jepun (JICA).

Urusan mewartakan tarif air bukannya hak mutlak Kerajaan Pusat. Tanpa persetujuan kerajaan negeri, tiada sesiapa pun yang berhak untuk menentukan tarif air naik atau turun.

Demikian juga soal pemberian air percuma 20 meter padu, sekiranya ia mahu diteruskan juga selepas loji Langat 2 siap dibina, langsung tiada kaitan antara satu sama lain.

Jika rasa kantung kewangan negeri masih mampu untuk menanggung kos ratusan juta RM setiap tahun untuk pemberian air percuma itu, itu terpulang pada budi bicara kerajaan negeri.

Malah apabila sebuah loji baru di Sungai labu dengan keupayaan tambahan merawat dan membekalkan 45 JLH air bersih telah beroperasi Mac lalu dengan kos pembinaannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat, sampai sekarang pun tidak menyebabkan harga air naik.

Tiadapun penduduk Selangor di sekitar Sepang, Sungai Pelek, Bagan Lalang, Tanjung Sepat serta Kundang yang merungut tarif air mereka berubah naik tiba-tiba sebaliknya masing-masing berasa lega kerana bekalan air bersih semakin terjamin dengan siapnya loji baru itu.

Jelaslah sebenarnya polemik yang dicetuskan oleh kerajaan PKR Selangor dalam isu ini bukan sahaja untuk mengalih perhatian rakyat diatas kesilapan awal kerajaan negeri menolak pembangunan Langat 2, malah ianya satu penipuan nyata untuk menutup kegagalan pimpinan negeri dalam mengurus tadbir amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Tuesday, August 28, 2012

DAP Sokong Hudud, Hanya Karpal Yang Tentang


Walaupun pendirian DAP mengenai hudud adalah tetap iaitu menentangnya, tetapi parti tersebut nampaknya sudah malas melayan salakan PAS yang ingin melaksanakannya. Sebaliknya, hanya Karpal Singh seorang yang masih bersemangat menyergah PAS.

Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara ‘rasminya’ meletakkan isu tersebut di atas bahu Karpal seorang dengan menyatakan yang DAP tiada hak untuk menjawab mengenai prosiding mahkamah terhadap Nasharuddin, ahli Majlis Syura PAS mengenai isu hudud.

Mungkinkah akhirnya DAP menyedari bahawa mereka juga perlukan PAS untuk merealisasikan impian ke Putrajaya? Justeru, mereka mengambil jalan selamat dengan menghantar seorang saja ‘pejuang’ (Karpal Singh) untuk menghadapi beribu-ribu ekor anjing (akar umbi PAS). Ini lebih baik dari terpaksa berkelahi dengan anjing-anjing suruhan dan memalukan diri sendiri di depan musuh.

DAP pastinya telah mencongak-congak akibat jika ‘pejuang’ yang seorang itu terkorban dibaham anjing-anjing dan apa yang mereka jangkakan ialah ia bukan merupakan satu kerugian yang besar. Namun begitu, DAP lebih yakin yang anjing-anjing tersebut tidak akan membaham sesiapa tetapi hanya akan terus menyalak-nyalak bising sekadar untuk menarik perhatian media dan pengundi.

Walaubagaimanapun, di kalangan pengundi Cina, mereka masih lagi ragu-ragu akan strategi menghantar Karpal Singh seorang menghadapi tekanan akar-umbi dan segelintir pemimpin PAS. Tindakan Guan Eng, Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain yang berdiam diri dikhuatiri akan memakan diri.

Kaum Cina tidak lupa akan pesanan orang lama bahawa jangan sekali-kali memandang rendah akan kebolehan orang Melayu berpolitik, termasuklah Melayu PAS.

Selain itu, sikap Guan Eng yang angkuh dan sombong membuka ruang kepada kesilapan dalam menyusun strategi dan isu hudud ini kemungkinan besar adalah kesilapan yang masih tidak disedarinya.

Kaum Cina ingin melihat DAP yang tegas dan lantang serta berada lebih tinggi dari PAS. Sokongan kaum Cina yang cenderung kepada DAP akhir-akhir ini adalah kerana mereka percaya yang DAP sentiasa menguasai PAS dari belakang.

Dengan sikap pasif DAP mengenai hudud akhir-akhir ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya, ‘apa sudah jadi?’.

Benar, ia mungkin hanya strategi politik untuk mengelak pertelagahan secara terbuka di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat. Tetapi, selama ini pun DAP sering berbalah dengan PAS mengenai isu hudud secara terbuka. Justeru, kenapa hanya akhir-akhir ini, DAP perlu berselindung dalam menyanggah PAS? Kenapa tidak lagi lantang dan garang seperti biasa? DAP dihormati kerana keterbukaan dan kelantangan dalam memperkatakan prinsip serta tidak perlu dan tidak akan tunduk atau berselindung dari sesiapa.

Apakah PAS telah berjaya mentarbiah DAP? Inilah yang menjadi topik perbualan di kalangan kaum Cina hari ini.

Hudud tiada dalam Buku Jingga kerana ia telah dipersetujui secara bersama bahawa ia tidak akan dilaksanakan di bawah pemerintahan PR . Oleh itu, kaum Cina melihat adalah tidak menjadi kesalahan malah merupakan kewajiban bagi DAP untuk mempersoal atau menyanggah sesiapa sahaja yang menyatakan sebaliknya.

Jelas, menyanggah PAS secara berselindung tidak membawa kebaikan apa-apa kepada DAP. Sebaliknya, ia mampu menggoyahkan kepercayaan kaum Cina ke atas kewibawaan parti itu.

Di pihak PAS pula, menyerang Karpal seorang tidak akan memulihkan keyakinan kaum Melayu kepada parti itu kerana prinsip Karpal menolak hudud adalah juga prinsip DAP yang mana ia tidak pernah berubah, tegas dan kekal. PAS perlu dilihat menentang DAP secara keseluruhan, secara berani, terbuka, tegas dan lantang atas nama Allah S.W.T - jika benar ikhlas ingin melaksanakan hudud.

Pemimpin PAS nampaknya gagal menilai kesan dari mengajak Karpal Singh bersilat seorang diri.

Imej PAS sebenarnya akan lebih buruk jika masih tidak berjaya memperjuangkan hudud walaupun hanya berhadapan dengan Karpal Singh seorang dan bukannya seluruh parti DAP. Bayangkan, bagaimana PAS mampu menghadapi pengundi Melayu jika DAP menang dalam mempertahankan prinsip mereka walaupun hanya menghantar seorang pejuang - OKU pulak tu…?

Khairy: Pengendali FB Minta Maaf, Tiada Kaitan Dengan Pemuda Umno


Status sebenar sebuah akaun fanpage Facebook yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Malaysia terus menjadi perhatian dengan Khairy Jamaluddin menegaskan permohonan maaf datang daripada pengendali laman berkenaan sendiri.

Sabtu lalu, pengendali akaun itu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung poster berbaur hasutan yang dimuat naik sebelum ini.

Banyak pihak mendakwa dan membuat tanggapan bahawa permohonan datang daripada Pemuda Umno sendiri.

Khairy, Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN), semalam menjawab kekeliruan itu menerusi laman Twitternya dengan menafikan fanpage itu Facebook rasmi Pemuda Umno.

Beliau juga menegaskan bahawa permintaan maaf itu bukan dibuat oleh Pemuda Umno.

Katanya: “FB itu bukan FB laman rasmi Pemuda Umno. Yang minta maaf itu pengendali laman FB tersebut bukan Pemuda Umno.”

Beberapa mesej Khairy yang menjawab respons pengikutnya berhubung permintaan maaf itu juga membawa maksud yang sama.

Salah seorang pengikut yang bernama Daniell Rezuwan berkata: “Permohonan maaf itu wajar. Cuma, Pemuda Umno kena tahan dengan tohmahan flip-flop.”

“Apa flip-flop? Ia bukan laman kami. Pentadbir laman itu yang minta maaf. Bukan kami,” jawab Khairy ringkas.

Kemudian pemegang akaun itu mencadangkan agar akaun itu ditutup atau mengambil tindakan terhadap pentadbirnya.

Khairy menjawab: “Terserah kepada polis. Kami juga telah menulis kepada FB."

Pengikutnya yang lain juga mencadangkan agar tindakan tegas diambil ke atas pentadbir laman itu.

Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz ketika dihubungi menyokong kenyataan Khairy.

Katanya: “Kenyataan YB KJ betul. Yang mohon maaf adalah pentadbir laman tersebut dan ia bukan laman rasmi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. PPUM. Penglibatan rasmi adalah melalui YB KJ, YB Razali selaku Naib Presiden dan berita rasmi melalui laman web PPUM.

“Pergerakan Pemuda Umno Malaysia tiada akaun rasmi sama ada Facebook mahupun Twitter cuma laman rasmi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Laman web rasmi PPUM boleh diakses melalui http://www.pemudaumno.org.my.

Menurut Tun Faisal, pihaknya juga tidak pasti siapa yang mengendalikan laman itu, sama asa individu mahupun kumpulan tertentu.

“Kami pun tidak pasti siapa pentadbir laman itu sebenarnya. Ia mungkin hanya inisiatif individu atau kumpulan tertentu tetapi mereka bukan suara rasmi Pemuda Umno,” katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan laman Facebook Pemuda Umno Malaysia, yang akaunnya didakwa palsu, meminta maaf berhubung poster berbaur hasutan yang dibawa lebih seminggu lalu atas akaun pergerakan itu.

Akaun itu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi entri ringkas beberapa jam selepas Khairy berkata bahawa pihaknya sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab atas penyebaran mesej itu.

Malah status Facebook itu juga menyatakan bahawa admin yang terbabit turut sudah dikeluarkan dari fanpage tersebut.

Tiga hari lalu, Khairy nmemberitahu pemberita bahawa beliau akan menyerahkan kepada polis nama-nama orang yang disyaki mengendali akaun palsu pergerakan itu.

Minggu lalu, Setiausaha Kerja Pemuda BN, Ibdillah Ishak membuat laporan polis berhubung satu akaun Facebook yang memuat naik poster berbaur fitnah di Balai Polis Tun H S Lee.

Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pemimpin Umno khususnya dari Selangor.

Poster yang kontroversi itu membawa mesej bahawa “Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat".-Sinar

Nota: Ada kemungkinan juga FB ni di cipta oleh pihak pembangkang yang mahu mencetuskan kemarahan rakyat kepada Umno.