Thursday, September 27, 2012

Belanjawan Pembangkang Tidak Munasabah


Pakar ekonomi menyifatkan bajet bayangan yang dikemukakan pakatan pembangkang semalam sukar dilaksanakan kerana ia menggugat kestabilan pasaran, selain menjejaskan perolehan kerajaan.

Cadangan menghapukan tol dan menurunkan cukai kereta kepada 20 peratus, potongan cukai eksais secara mendadak juga tidak sesuai ketika ketidaktentuan ekonomi global.

Mereka berpendapat cadangan itu dilihat 'mesra rakyat' tetapi persoalannya sejauh mana ia boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan pasaran dan pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng berkata cadangan penghapusan tol PLUS dan dua konsesi lain dalam masa yang singkat sukar dilakukan kerana ia memberi kesan negetif kepada pendapatan kerajaan.

Cadangan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pula tidak munasabah kerana pinjaman pelajaran diperlukan untuk membantu rakyat mendapat pendidikan di peringkat lebih tinggi.

Katanya, pinjaman adalah saluran yang relevan untuk digunakan oleh pelajar yang menghadapi masalah kewangan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Adalah tidak munasabah untuk menghapuskan pinjaman pelajaran. Pembiayaan berkesan yang disediakan untuk pelajar yang layak mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) sejajar dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan," katanya.

"Jika dilihat dari sudut sosial, ia tidak adil kepada pelajar yang sudah membuat pembayaran balik pinjaman mereka dengan penghapusan pinjaman itu," katanya.

Ketua Ekonomi Alliance Research, Manokaran Mottain juga berpendapat tidak wajar menghapuskan pinjaman kepada pelajar kerana ia mengundang kepada peningkatan sikap kebergantungan kepada subsidi kerajaan.

Beliau berkata pergantungan kepada subsidi kerajaan adalah tidak positif bagi perkembangan ekonomi negara.

"Apa yang sepatutnya perlu dilakukan adalah melanjutkan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga pelajar mempunyai pekerjaan," katanya.

Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Shazali Abu Mansor, pula berkata penghapusan pembiayaan pelajaran dan tol bersifat terkebelakang dalam proses merangka kemajuan negara.

Penghapusan memaksa kerajaan mencari pendapatan bagi menampung perbelanjaan, di samping wujud masalah seperti pengurangan tenaga kerja, penurunan kualiti infrastruktur jalan serta sekatan mendapat akses pendidikan tinggi.

"Dengan sumber negara terhad, kerajaan tidak mamapu menampung sektor yang memerlukan belanja besar seperti pembinaan infrastruktur dan pendidikan.

"Jadi mereka perlu memaklumkan sumber pendapatan bagi menampung kos kerana penghapusan tol dan pinjaman pelajaran akan menyebabkan perbelanjaan kerajaan semakin tinggi," katanya.

Penganalisis politik, Prof Ahmad Atory Hussain, berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya mengurangkan semangat daya saing pelajar, di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak IPT awam bagi memberi akses pendidikan percuma.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rafiee pula berpendapat penghapusan kedua-duanya akan menyebabkan perbelanjaan bagi sektor lain seperti perkhidmatan, kesihatan, pendidikan dan pelaburan mungkin terjejas.

Jika semua pelajar memilih IPT awam kerana mahu mendapatkan pendidikan percuma, ramai mungkin tidak berpeluang menyambung pelajaran peringkat lebih tinggi. -BH

70 Peratus Rakyat Percaya PR Kalah PRU 13


Bagi para pembaca yang gemar melayari internet dari satu blog ke satu blog tentu saja ada terbaca beberapa artikel pro pembangkang yang isinya gah melambung-lambung meraikan angka 30% yang tercatat dalam laporan Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Angka 30% yang penulis maksudkan itu merujuk pada laporan kajiselidik yang disediakan oleh UMCEDEL yang menyatakan peratusan keyakinan umum terhadap PR untuk memenangi PRU 13 telah meningkat dari 21% kepada 30% respondan.

Dalam kajiselidik tersebut, UMCEDEL melaporkan daripada 1,536 respondan yang ditemubual, 44% mempunyai keyakinan yang BN akan kekal memerintah negara ini, 26% lagi enggan menjelaskan pendirian mereka manakala 30% atau 461 orang lagi amat yakin PR akan menguasai PRU 13.

Dan angka 30% itulah dicanang oleh para penglipurlara PR kononnya sebagai asas kukuh itulah petanda PR akan mengalahkan BN dalam PRU 13 kelak. cara propaganda yang mereka gembar gemburkan itu seolah-olah peratusan 30% itu begitu hebat walau hakikatnya ia hanyalah minoriti sahaja.

Walhal selama ini penyokong dan pemimpin pembangkang amat alergik dengan sebarangan kajiselidik kecenderungan pengundi kerana bagi mereka semuanya itu hanya propaganda BN sahaja.

Di pihak kita pula tidaklah pula menolak secara keseluruhan setiap kajian dan tidaklah juga bergantung seratus peratus pada setiap kajiselidik sedemikian memandangkan jumlah respondan yang dijadikan sampling terlalu rendah dan tidak mengambarkan senario keseluruhan.

Namun demikian, tidak salah untuk kita mengambil info dan menganalisis data yang disediakan oleh pelbagai pihak kerana ada kalanya dari beberapa sudut ada info bermanfaat yang boleh diberi perhatian sekalipun ia bertentangan dengan kajian langsung yang lebih besar samplingnya dan lebih mendalam culaan undi sebagaimana kerap kita lakukan.

Berbalik pada isu asal, tika ini pihak PR dan gerombolan penyokong mereka seperti terawang-awangan semacam sudah terlupa peratusan keyakinan respondan dalam kajiselidik UMCEDEL itu terhadap BN jauh mengatasi tahap keyakinan umum kepada PR. Seramai 676 orang respondan atau mewakili 44% dari 1,536 respondan yang terlibat dalam kajiselidik itu meletakkan keyakinan pada BN untuk memenangi PRU 13.

Manakala 26% atau 399 orang lagi yang enggan memberikan jawapan jelas biasanya dalam bahasa mudah dikenali sebagai golongan atas pagar, kelihatan seperti tidak memihak pada sesiapa. Namun sebetulnya, diam mereka berisi macam diam-diam ubi.

Dalam mana-mana rekod pilihanraya umum, kajiselidik mahupun sejarah pilihanraya kecil sebahagian besar golongan atas pagar acapkali memihak pada BN, itu realiti.

Dan kerapkali apabila melihat negara tergugat dengan porak peranda serta polemik tak berkesudahan yang dicetuskan oleh pembangkang, golongan atas pagar akan beramai-ramai keluar mengundi untuk memenangkan BN.

Itu hakikat yang sehingga kini amat memeritkan jiwa raga pemimpin pembangkang. Realiti yang sukar dicerna oleh akal pemimpin dan penyokong PR bahawa lebih ramai rakyat negara ini amat tidak menyenangi polisi PR berbanding segelintir sahaja yang menyokong mereka secara buta tuli.

Jika penyokong dan pemimpin PR masih memandang tinggi angka 30% tahap keyakinan yang ditunjukkan oleh responden dalam kajian UMCEDEL itu, nampaknya dunia sudah terbalik dan kaedah besar dan kecil angka matematik perlu diubah secara drastik.

Hatta perbezaan ketara diantara 44% dengan 30% pun kanak-kanak pra sekolah yang belum tamat belajar di taska PASTI kelolaan PAS sudah dapat membezakannya, bukankah kelakar yang amat bilamana para pemimpin dan penyokong PR masih juga melihat peratusan 30% masih besar seperti bas mewah.

Dalam mana-mana pengiraan undi, jika jumlah pengundi bagi sesatu kawasan itu ada 1,536 orang dan sejumlah 461 undi (30%) bersama PR ia tetap lebih kecil dari jumlah 676 undi (44%) yang memihak pada BN. Malah jumlah 461 undi akan tewas lebih teruk bila sejumlah 399 undi (26%) bergabung bersama dengan 676 undi yang lain.

Hakikatnya, selagi majoriti rakyat Malaysia kekal bersama BN dan tetap yakin mengamanahkan halatuju negara ini kepada pemimpin BN, ditambah lagi tahap keyakinan golongan atas pagar begitu besar jurang kepercayaan mereka terhadap PR, selama itulah PR perlu menerima realiti yang mereka hanya mampu berangan-angan sahaja

Bajet PR, Bajet Olok-Olok!


Gaps anggap status budget shadow pakatan ini bajet bohong. Ini serupa dengan manifesto mereka, juga bohong! Mereka menjanjikan bulan dan bintang dalam manifesto mereka namun mereka tak laksanakan.

Bila didesak oleh Rakyat untuk laksanakan janji manifesto, MB Selangor kata manifesto mereka tak perlu dilaksanakan kerana ianya bukan perjanjian. Dalam Islam orang yang tidak menunaikan janjinya bergelar munafiq.

Gaps cabar ANWAR laksanakan 3 perkara yang disebut dalam manifesto mereka dalam masa 30 yang kehadapan ini.

1. Turunkan cukai pintu 20% spt yg disebut dalam manifesto mereka.

2. Berikan 20m3 air percuma kepada semua rumah di selangor seperti yg mereka janjikan dalam manifesto mereka.

3. Berikan pendidikan percuma kepada semua Pelajar UNISEL seperti yang mereka uar-uarkan untuk menghapuskan PTPTN.

Kalau 3 perkara ini tidak dilaksanakan dalam masa 30 hari, GAPS akan nobatkan ANWAR sebagai BAPA PEMBOHONG NEGARA @ BAPA MUNAFIQ NEGARA.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
GAPS

Wednesday, September 26, 2012

Private Jet Dan Kisah 'Anwar Bapak Segala Kronisme Dan Nepotisme'




Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin pakatan pembangkang ke Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah RM96,000 (AS$30,000).

Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).

Difahamkan juga urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.

Terdahulu Anwar pusing cerita kata jet tersebut dipinjamkan oleh 'rakannya' dan tiada pembayaran dibuat oleh pihak beliau.

Isu tersebut menjadi bualan hangat di internet selepas orang kuat Anwar, Tian Chua memasukkan beberapa keping gambar di atas pesawat tersebut ke akuan twitternya.

Tian dalam reaksi awalnya mengaku pesawat tersebut disewa, bagaimanapun, Anwar dan anaknya Nurul Izzah menafikan sebaliknya kata Anwar jet tersebut ditaja oleh rakannya.

Inilah prinsip perjuangan untuk rakyat yang sering dilaungkan pembangkang. Tepuk dada tanya selera...

Ini baru terbongkar cerita private jet yang kita tahu, mungkin banyak lagi kemudahan dan bantuan yang Anwar berikan kepada kroni-kroninya... Jelaslah Anwar sentiasa memberi keselesaan kepada kroninya sejak dari dalam umno hinggalah ke pakatan jahanam!...

Inilah dia "BAPAK SEGALA KRONISME DAN NEPOTISME"

#PRKampus : Pro-Aspirasi Menang Besar... Pro-M Kecundang...


Keputusan pilihan raya kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 di 16 daripada 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) hari ini menyaksikan kemenangan besar bagi kumpulan proaspirasi.

Dalam keputusan yang diumumkan setakat pukul 10 malam tadi, kumpulan berkenaan mencapai kejayaan besar di tujuh buah IPTA iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Tuesday, September 25, 2012

Pro-Aspirasi Menang Besar di Upsi

Calon Pro-Aspirasi mendominasi kemenangan pada pilihan raya kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), hari ini.

Keputusan hari ini menyaksikan, calon Pro-Aspirasi memenangi 25 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan dan baki empat kerusi dimenangi calon Pro-Mahasiswa.

Daripada 29 kerusi tersebut, hanya lima sahaja menyaksikan berlaku pertandingan iaitu tiga dimenangi Pro Aspirasi, dua dimenangi pro mahasiswa.

Baki kerusi dimemangi tanpa bertanding.

Peratusan keluar mengundi adalah 67.8 peratus daripada 11, 640 pelajar. -SH
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone