Saturday, December 1, 2012

Video: Reezal Merican Tegas Tentang Pengkhianat Dalam Islam #PAU2012 #UMB



Dato Seri Reezal Merican Naina Merican Perbahasan PAU2012 di PWTC

Lagu Anak Kecil Main Api Hangatkan Perhimpunan... #PAU2012 #UMB


Lagu ‘Anak kecil main api’ cukup bermakna dalam perjuangan orang Melayu khususnya UMNO satu ketika dahulu. Lagu itu menghangatkan lagi hari kedua perhimpunan agung UMNO di Dewan Merdeka, PWTC pada Jumaat apabila perwakilan Kelab UMNO Tokyo, Arif Yasir Zulkafli, yang berbahas tiba-tiba menyanyikan lagu warisan itu.

Selesai dua baris lirik pertama lagu itu, ianya disambut Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruldin Amiruddin dan kemudian oleh pemimpin serta perwakilan UMNO yang berada di dewan termasuk Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kesemua mereka bangun dan terus menyanyikan lagu tersebut.

Ada antara perwakilan menitiskan air mata menghayati lirik lagu itu yang antaranya berbunyi “ air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang”.

Arif Yasir juga turut hiba dipentas dengan suaranya tenggelam timbul tidak dapat meneruskan nyanyian tetapi Badruldin meneruskan lagu bersama perwakilan.

Di luar dewan, orang ramai yang mengikuti persidangan melalui skrin besar turut bersama-sama menyanyikan lagu tersebut dengan pernah semangat.

Selesai lagu itu, Badruldin yang membahasakan dirinya Pak Din, memohon maaf kerana terlalu teruja dan bersemangat mendengar lagu itu.
Beliau kemudian meminta Arif Yasir meneruskan ucapan.

Pelajar berasal dari Pokok Sena dan kini menuntut di Tokyo, beberapa kali mencuit hati perwakilan dengan ucapan spontan dan caranya bercakap.

Perwakilan kerap memberikan tepukan terhadapnya.

Beliau turut menunjukkan pasport serta membaca peraturan di lampiran pasport itu yang sah digunakan untuk mana-mana negara kecuali Israel.

“Bangganya saya jadi anak Malaysia kerana kita tegas tidak mengiktiraf Israel dan kekejaman mereka,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana ketegasan tersebut.

Beliau turut memuji tindakan Kelab Putera 1 Malaysia memberi bantuan kepada beberapa negara luar yang ditimpa musibah dan peperangan.

Ini termasuk usaha membawa pulang anak-anak Malaysia tanpa kira fahaman politik keluarga masing-masing ketika negara tempat mereka belajar bergolak.

“Tak kira depa anak sapa, sokong sapa, semua depa pakat bawak balik,” katanya.

Satu ketika Arif Yasir mengeluh ….aduihh..dan disambut Pak Din, “ aik, baru sikit celah (berucap) dah aduh, Pak Long hang duduk atas ni dah berapa hari tak beraduh pun,”. – disambut gelak semua perwakilan.

Dalam ucapannya, beliau mencadangkan golongan muda atau belia sepertinya yang berada di luar negara terus diberi ruang dalam perhimpunan UMNO akan datang.

“Bawalah orang muda supaya ada idea sempoi,” katanya.

Beliau juga mahu ahli-ahli Kelab UMNO luar negara diserap masuk sama ada dalam Pemuda atau Puteri UMNO bagi membolehkan mereka meneruskan perjuangan parti.

Sambil berseloroh katanya, “Kami bukan nak jadi Ketua Bahagian atau CEO…kami sanggup bertatih asah bakat,”.

Diakhirnya ucapannya beliau berharap UMNO terus kekal kerana dengan perjuangan parti itu anak-anak muda sepertinya dapat meneruskan peluang belajar terutama di liuar negara. -Agendadaily

Berikut lirik lagu: Anak kecil main api.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Friday, November 30, 2012

Foto Cabutan Bertuah Sempena AFF Suzuki #PAU2012 #UMB


Foto Cabutan Bertuah Sempena AFF Suzuki Seterusnya klik di sini...

Lagu Keramat 'ANAK KECIL' Dinyanyikan Oleh Wakil Kelab UMNO Luar Negara #PAU2012 #UMB



Seluruh perwakilan menangis apabila lagu keramat 'Anak Kecil' dinyanyikan oleh wakil Kelab UMNO Luar Negara. Semangat ini perlu dalam jiwa generasi anak muda kini! Syabas!

Hidup UMNO!
Hidup UMNO!
Hidup UMNO!

Ucapan Perbahasan Ketua Pemuda Perak, Khairul Azwan Dato' Harun #PAU2012 #UMB



Umno harus ada zuriat politik yang berkualiti untuk memastikan kelangsungan kuasa terutama dalam suasana politik semasa yang kian mencabar, kata wakil Perak Khairul Azwan Harun.

Katanya, zuriat berkualiti yang dimaksudkan itu harus memiliki ciri-ciri taat setia, mesra islah dan mensyukuri nikmat.

"Taat setia ini penting kerana jika kita lihat pihak di sebelah sana yang ditanam bukanlah perjuangan untuk mengangkat citra agama bangsa dan negara, sebaliknya membentuk generasi yang patuh membuta tuli kepada pemimpin yang ingin merosakkan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.

"Dalam konteks parti keramat ini, kita ingin melahirkan zuriat yang sentiasa meletakkan perjuangan serta matlamat parti mengatasi kepentingan lain dan pada sepanjang masa menggalas nama Umno di pundak mereka.

"Ini sekaligus melenyapkan sifat individualistik mensabotaj perjuangan," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden di perhimpunan agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC.