Wednesday, January 9, 2013

Penipuan Undi DAP: Ambiga, Pak Samad, Mahukan Adakan Himpunan BERSIH 3 Suku


Kalau nak menipu pun, agak-agaklah janganlah sampai nampak sangat bodohnya. Kalau benar bodoh pun, agak-agaklah juga, takkanlah sampai mengira beberapa ribu undi pun tak reti.

Tetapi itulah halnya dengan pemilihan CEC DAP yang menjadi bahan lawak jenaka tahap antarabangsa di Malaysia hari ini. Laporan mengenainya di media alternatif membawa tajuk yang cukup menghina seperti ‘Kisah Budak Darjah 4 DAP’, ‘Excel Pun Tak Tau Guna ka DAP?’ dan lain-lain lagi.

Tiada siapa boleh memahami bagaimana kiraan pertama dan kedua boleh lari sehingga 500 undi sehinggakan si Vincent Woo yang pada awalnya di tangga ke 6 dengan 1,202 undi, turun ke tangga 26 dengan hanya 669 undi. Dan entah matematik apa yang digunakan untuk mengira sehinggakan dalam kiraan kedua, si Zairil anak Cina yang guna nama Melayu yang berada di tangga ke 39 dalam kiraan pertama, boleh mengatasi Melayu seperti si Senator Ariffin S.M. Omar di tangga 37 dan Ahmad Ton di tangga 38. Kita merasa kagum jugalah memikirkan program apa yang DAP guna sehingga boleh mengesan ‘bangsa’ seseorang dalam mengira undi.

Semua pihak yang terlibat berkata ‘tak tahu’ dan ‘tiada komen’ apabila diajukan persoalan ini. Sangka DAP, dengan perletakan jawatan Pooi Weng Keong, Pengarah Pilihanraya DAP maka semuanya menjadi ‘tidak apa’ lagi. Namun, tidak semena-mena perlantikan si Ah Pooi ini ke jawatan tersebut sebelum ini pula dipersoalkan memandangkan beliau hanya berkelulusan SPM dan tidak punya kredibiliti untuk memikul tanggungjawab sedemikian. Orang luar mula bertanya, siapakah yang melantiknya atau kenapa dia? Apakah supaya senang untuk dikambing-hitamkan?

Kalau ya pun kaum Cina pakar dalam ‘mental arithmetic’, takkanlah nak memberikan alasan seperti orang sakit mental?

Nampaknya, Tun Mahathir telah menggambarkan semua kebodohan ini dengan tepat sekali iaitu ‘karut’ semata-mata.

Hakikatnya, DAP adalah parti yang paling kotor atau sama kotor sahaja dengan PKR di mana pemilihan parti sendiri pun tidak dapat diadakan secara telus. Sekurang-kurangnya ahli-ahli PKR cuba bangun memprotes pemilihan parti tersebut yang menyaksikan huru-hara sehingga lintang pukang habis jadinya tempat mengundi. Tetapi ini tidak belaku dalam DAP kerana DAP adalah parti kukubesi.

Begitulah korupnya DAP ini sehingga langsung tidak berfikir dua kali untuk menipu, sekiranya keputusan tidak menepati kepentingan parti atau pemimpinnya.

Dari sikap ahli-ahli DAP yang mendiamkan diri, seolah-olah menerima penipuan pemimpin mereka sebagai perkara biasa, menunjukkan sama ada mereka benar-benar bodoh sehingga tidak sedar yang mereka telah diperbodohkan, atau mereka juga sebenarnya merestui penipuan tersebut. Atau, tidak mustahil juga mereka sebenarnya terlalu takut kepada kepimpinan atasan yang terkenal dengan gelaran Tokong serta suka mengugut sesiapa sahaja yang berani mencabarnya.

Jelas, keangkuhan DAP telah menyebabkan mereka terlepas pandang yang orang lain tidak sebodoh mereka dan kini sedang mentertawakan mereka.

DAP mungkin masih tidak sedar bahawa penipuan mereka meletakkan rakan-rakan mereka di dalam BERSIH menjadi serba salah. Jangan lupa bahawa DAP turut berkawad bersama Ambiga dan Pak Samad konon menuntut pilihanraya bersih, dan kini DAP seolah-olah meludah ke muka Ambiga dan Pak Samad kerana mengadakan pemilihan parti yang paling kotor.

Sedangkan, rakyat telah pun diperlihatkan bahawa DAP, BERSIH, PKR, PAS, merupakan satu entiti dalam konteks perjuangan BERSIH. Konon kerana perjuangan ini, pemimpin-pemimpin mereka telah ‘bersusah payah’ bersama-sama, meredah panas, mengambil risiko ditangkap dan tercedera dalam usaha untuk menghuru-harakan negara demi untuk ‘membersihkannya’.

Mereka semua pernah dirakam berjalan beriring-iringan keluar dari hotel yang sama untuk menyertai perarakan lembu-lembu pendemonstrasi BERSIH.

Justeru, apabila DAP terbukti tidak bersih, di mana Ambiga dan Pak Samad nak letak muka?

Patutlah kedua-dua mereka tunduk menikus, tidak berani menghulurkan kepala. Mereka tahu, jika kepala mereka dilihat, pasti akan diludah dan diketuk kuat-kuat. Hari ini, mereka berdua wajar diterajang sahaja sehingga duduk tersepuk sekiranya berani lagi menyebut perkataan bersih.

Jika mereka enggan mengakuinya, maka kita cabar Ambiga dan Pak Samad muncul dalam kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari ini yang dikatakan sebagai kesinambungan dari BERSIH. Kita ingin lihat sejauh mana tebalnya muka kedua-dua manusia ini dan sejauh mana mereka sanggup menayangkan punggung sendiri yang penuh tahi sambil terhegeh-hegeh memekik menuduh SPR dan kerajaan sebagai tidak bersih.

Seharusnya hari ini Ambiga telah pun sedar kenapa Australia memalingkan muka darinya apabila beliau memohon pertolongan dari negara itu tempoh hari, iaitu kerana benda yang kotor sememangnya berbau, samalah juga dengan manusia yang kotor.

Bila lagi Ambiga nak buat BERSIH 3 suku...

Lebih 40 NGO Selangor Sertai Sekretariat Jom Tolak Pakatan


Jom kita like page "Jom Tolak Pakatan Rakyat"

SHAH ALAM - Lebih 40 badan bukan kerajaan (NGO) dengan keanggotaan kira-kira 150,000 hari ini menyertai 'Sekretariat Jom Tolak Pakatan' kerana mendakwa serik dengan gelagat dan sandiwara pentadbiran kerajaan Selangor pimpinan PKR, DAP dan Pas.

Jurucakap sekretariat Hamidzun Khairuddin berkata, mereka mewakili sekumpulan rakyat Selangor menolak pemerintahan rejim pakatan pembangkang kerana selepas hampir lima tahun berkuasa, Selangor terus dibelenggu pelbagai krisis, polemik, penyelewengan dan masalah yang tidak pernah selesai.

Antara NGO yang menyertainya ialah Jaringan Melayu Malaysia, Jaringan Cina Malaysia, Kelab Perpaduan Insan Selangor, 4Justice, TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), Jalur Tiga (JATI) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor.

Hamidzun yang juga Pengerusi GAPS dalam sidang media di sini berkata, mereka akan melahirkan gelombang menolak pakatan PKR-DAP-PAS menerusi sekretariat itu.

Antara gerakan sekretariat ialah untuk menyedarkan orang ramai mengena 20 dalil mengapa pakatan pembangkang perlu ditolak rakyat Selangor antaranya kegagalan menunaikan 31 janji manifesto pilihan raya umum 2008, masalah air Selangor, isu pengambilalihan hutang Talam, kegagalan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menyediakan rumah murah, isu penutupan asrama Yayasan Selangor dan percambahan rumah urut dan hotel murah.

Beliau berkata, buat permulaan Sekretariat Jom Tolak Pakatan akan mengadakan ceramah di Meru pada malam esok. - Bernama

Tuesday, January 8, 2013

Kalimah Allah: Hasan Ali Sifatkan Ulama Pas Terpinggir


Tidak perlu untuk berhujah panjang... Hanya satu persoalan yang kini bermain di minda .. khas buat puak PAS... Sampai bila PAS harus jadi 'kaldai tunggangan' Pakatan Rakyat?

Utusan: Keputusan mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang hari ini yang membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah menyerlahkan ketidakupayaan Pas mempertahankan diri ketika berhadapan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam persoalan akidah.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Pas terpaksa memilih DAP dan PKR, bukannya ulama-ulama besar dalam parti seperti Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang telah menyuarakan pandangan mereka apabila isu kalimah Allah timbul dua tahun lalu.

Menurut beliau, sikap Pas yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya pasti amat disanjungi DAP dan PKR.

"Jelas kepada kita golongan ulama di dalam Pas semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengari dan tidak hairanlah kalau golongan ini terus dipencilkan.

"Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam Pas. Setakat ini, mereka begitu berjaya mengubah hala tuju parti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

PAS Bagi Tanah Kepada DAP Untuk Apa?



Sehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan PAS Kelantan meluluskan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak.

Rakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak milik tanah sekalipun sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092.

Untuk baki selama 79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus menjadi milik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min melalui syarikat swasta Upaya Padu sdn Bhd yang baru mereka ambil alih baru-baru ini.

Soalnya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu kepada negeri ini sehinggakan keutamaan pajakan tanah yang luas mata memandang itu hanya dinikmati oleh mereka? Sedangkan sekelumit manfaat daripada mereka untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat marhaen negeri ini langsung tak kelihatan.

Padahal bukannya tidak ada syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri daripada anak Melayu Kelantan yang jika diberi peluang seperti itu tentu sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan sendiri.

Kedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar belakang sebagai usahawan genuine yang berjaya, sebaliknya sekadar pemimpin politik.

Kalau pun PAS begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin PAS Perak, Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tidak berapa lama dulu, bukan begini caranya.

Cukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999 tanah di sana kepada Cina-Cina DAP, buat apa lagi di beri habuan tanah pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula.

Dengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya, sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mengikut kaedah penganugerahan hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah seluas 10 ekar tiap-tiap keluarga.

Tapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa yang tidak pasti, akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya memberi manfaat kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP dalam syarikat itu sahaja.

Lebih menyakitkan hati rakyat bila mana hasil bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit terus mengalir ke tangan orang lain. Bagaikan mengulangi sejarah air mata rakyat di awal dekad 1960-an dan 1970-an dulu di mana hasil bumi negeri di lebih 300,000 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah.

Patutlah lebih 90% para peneroka FELDA di serata tanah rancangan seluruh negara begitu alergik dengan PAS, tentunya berkait rapat dengan kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajak kepada Cina DAP atau Cina SIngapura seandainya PAS diberi muka memijak sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan.

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dengan ancaman tindakan undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran, namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP.

Dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan Kelantan di setiap jajahan negeri ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan konkrit. Kenapa, mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi milik DAP?

Rakyat Kelantan menanti jawapan hari demi hari, namun yang ada cuma jawapan bersimpang siur daripada Kerajaan Negeri yang terus berbelit sambil menegakkan benang yang basah.

Jika beginilah gaya PAS memerintah negeri, sikit-sikit pajak tanah, sikit-sikit tebang balak yang sebahagian besar hasilnya hanya menguntungkan segelintir manusia haprak sahaja, usahlah menangis tak berlagu bila PRU 13 tiba kelak rakyat bangkit membuang PAS jauh terperosok ke dalam longkang.

Isu Kalimah Allah : Hadi Arah Pemimpin Pas Tutup Mulut


Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang didakwa mengarahkan pemimpin kanan parti itu suaya 'menutup mulut' berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.

Arahan itu dikatakan dikeluarkan pada mesyuarat Dewan Harian Pas Pusat di sini malam kelmarin, dipercayai untuk meredakan ketidaksepakatan pemimpin Pas berhubung isu berkenaan.

Difahamkan, arahan itu ada kaitan kenyataan bercanggah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Rawa.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar pada sidang media berasingan di Ibu Pejabat Pas, disini semalam, turut keberatan mengulas kenyataan Harun bahawa penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.

Salahuddin pada sidang media mengenai tindakan undang-undang bakal diambil terhadap projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, berkata Abdul Hadi yang mempengerusikan mesyuarat itu akan menyatakan pendirian Pas mengenai kalimah Allah tidak lama lagi.

"Malam tadi (kelmarin) kami ada mesyuarat. Hanya Presiden akan bercakap mengenai hal ini. Presiden akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi. Anda tunggulah beliau membuat kenyataan itu," katanya.

BH semalam memetik Harun sebagai berkata, agama lain termasuk Kristian tidak berhak menggunakan Kalimah Allah, manakala Mohamad berkata Hadi sudah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain menggunakan kalimah suci itu.

Mujahid pula dalam sesi dialog di sebuah gereja di Prai, Pulau Pinang, dua tahun lalau turut dilaporkan berkata, beliau tiada masalah dengan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana Allah membenarkan ia digunakan orang bukan Islam.

Sementara itu Mahfuz ketika diminta mengulas berkata, isu berkenaan hanya boleh diulas Hadi sejajar keputusan mesyuarat malam kelmarin.

Terdahulu, Salahuddin berkata PAS akan membantu penduduk 10 kampung di pengerang yang terbabit dalam pengambilan tanah projek RAPID untuk memohon semakan kehakiman bagi menghentikan sementara projek itu esok. Beliau mendakwa projek itu menyebabkan 249 kubur orang Islam di empat kampung sekitar Penggerang yang dipindahkan selama 7 hari mulai 21 Disember lalu, tidak memenuhi syarak.

Bagaimanapun, Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohd Taufik Shamsuddin menafikan dakwaan itu.-BH