Tuesday, January 22, 2013

Video Yang Buat Pemimpin PAS Panas Terbakar!


Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Saidin Berkata derma jihad oleh PAS ibarat air hujan naik ke langit... Beliau yang terkenal dengan panggilan Ustaz Kamal Saidin menjelaskan sepatutnya rakyat tidak perlu menderma kepada pemimpin PAS... Apa yang dibuat oleh PAS hanya semata-mata untuk derma Pilihanraya untuk menjatuhkan kerajaan, bukan untuk perjuangan yang berlandaskan Islam.

Maksud beliau pemimpin PAS pi ceramah dengan kereta mewah minta derma dari rakyat tetapi pemimpin BN jika turun padang mereka menghulurkan bantuan kepada rakyat!

Bila Majlis Syura PAS Nak Kaji Semula Hubungan Dengan “Kafir Harbi”?


Sebagaimana yang kita maklum, Pengerusi DAP, Karpal Singh telah memanggil media baru-baru ini bagi menyuarakan “arahan” terbarunya kepada PAS untuk menarik balik keputusan melarang penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu untuk edaran Semenanjung.

Bagi Karpal, keputusan PAS itu tidak senada dengan kehendak dan keputusan “Majlis Syura” Pakatan Haram yang turut disokong oleh Pak Syiekh Anwar Ibrahim “Al-Liwati” dan “Khalifah” Lim Guan Eng “Abdul PASpispus”!

DAP, PKR Pandang Hina Majlis Syura PAS


Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR.

AMK Bakar Risalah Lucah Anwar... Alahai Taktik Lapok Der.....

Dengar cerita AMK sudah pun mengisi borang untuk masuk pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013....

Seperti yang aku katakan sebelum ini.... Ketua pembangang Anwar Ibrahim akan arahkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk mencetuskan isu baru bagi menutup isu besar yang sedang bergelora dalam Pakatan Haram.... Tak lama lagi berpecah belahlah tu...

PM DS Najib Tiba Di Gaza


Perdana menteri Dato Seri Najib Razak telah tiba di Kaherah bagi menjalankan misinya ke Gaza... Perdana Menteri adalah satu-satunya Perdana Menteri yang akanmasuk ke Gaza tanpa ada perlindungan atau jaminan keselamatan melainkan pasukan pengawal yang menjaga kewalan keselamatan PM kerana Malaysia tidak mempunyaihubungan diplomatik dengan Israel, merekadiberi jaminan keselamatan oleh pihak Israel...

Sama-sama kita doakan keselamatan beliau, kami bangga dengan keberanian PM Dato Seri Najib Tun Razak!!! Hidup PM!!!

Demo PAS Di Hadapan Pejabat Karpal Singh



Lebih kurang jam 9.35, beberapa kumpulan penyokong-penyokong dan ahli-ahli PAS berkumpul di hadapan pejabat guaman Karpal Singh & Co, Jalan Green Hall, Georgetown bagi membantah campurtangan Karpal Singh dalam isu Kalimah Allah.

Demo diketuai oleh Mantan Ketua DPP Pulau Pinang, Saudara Hafiz Nordin. Mereka berarak dari perkarangan Dewan Seri Pinang ke pejabat guaman Karpal Singh sejauh 80 meter dengan membawa plakad dan banner.