Sunday, February 10, 2013

Retak Hancur Berkecai : SAPP Dikeluarkan Dari Pakatan Haram


Retak berkecai itulah sebenarnya yang berlaku dalam Pakatan Haram hari ini... Hari ini SAPP di keluarkan dari Pakatan Haram, esok lusa mungkin kita akan dengan PAS pula di keluarkan dari Pakatan Haram... Sememangnya Pakatan Haram tiada kata sepakat, masing-masing mempunyai agenda tersendiri untuk terus berkuasa!

Laporan dari portal Pakatan Haram Malaysian insider yang memetik kenyataan daripada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Di peringkat negeri, kata Azmin, Pakatan hanya berunding pembahagian kerusi dengan dua sekutu baru iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS).

APS diketuai oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, manakala PPPS diketuai oleh ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin.

“Tetapi SAPP dikeluarkan terus dari senarai, dikeluarkan dari formula. Saya tidak menyalahkan mereka kerana apa-apa, hanya kerana tuntutan mereka tidak munasabah,” Azmin mengesahkan.

Azmin mendakwa SAPP dikeluarkan kerana meminta kerusi tidak munasabah diperingkat negeri iaitu antara 40 atau separuh daripada 60 kerusi negeri.

“Kenapa mereka mahu 40 kerusi sekarang? Jadi apa yang tinggal untuk parti pembangkang lain dalam Pakatan, dalam APS dan PPPS?” kata Azmin.

“Saya telah mencuba sedaya upaya dan begitu juga (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)… kami berjumpa dan berbincang dengan SAPP semenjak enam bulan lalu — lebih banyak dari yang mereka dapat berbanding pilihan raya lepas,” tambah beliau.

Apabila ditanya apa tawaran PR kepada SAPP, Azmin mengatakan PR bersedia untuk memberikan 10 kerusi kepada parti berasaskan Sabah itu.

Beliau menambah ia adalah “kerusi bagus” dimana SAPP akan bertanding dan mempunyai peluang cerah untuk menang, tetapi parti tersebut menolak tawaran itu.

“Jadi kami telah membuat keputusan - kami akan terus dengan APS dan PPPS sahaja, memandangkan kesuntukkan masa,” katanya.

APS dan PPPS turut dilaporkan telah bersetuju untuk bertanding menggunakan bendera PKR dalam pilihan raya akan datang.

Portal itu turut mendakwa Bumburing telah ditugaskan untuk menguruskan kerusi Kadazandusun dan Murut (KDM) manakala Lajim pula ditugaskan untuk mendapatkan sokongan Melayu dan Islam.

Kedua-dua pemimpin itu baru-baru ini menjadi sasaran serangan mulut dari Yong, pada Selasa lalu memanggil mereka sebagai kerbau yang dicucuk hidungnya.

Yong menuduh Bumburing dan Lajim “tidak mempunyai pilihan” selain kowtow kepada rakan baru PR mereka dari Semenanjung untuk melobi kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Krisis bertambah buruk apabila Winnie Juani, yang merupakan Naib Pengerusi Wanita PKR Sabah, ketua sayap Penampang isytiharkan diri keluar dari PKR Khamis lalu bersama 13 lagi pemimpin bahagian.

Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang sebelum ini keluar dari PKR dan mengetuai Parti Pembaharuan Negeri (STAR) turut dipinggirkan daripada rundingan pembahagian kerusi PR itu.

Jeffrey bercakap kepada theborneopost telah menggesa rakyat Sabah dan Sarawak agar menolak PR kerana pakatan itu datang dari Semenanjung.

Kubu Kuat Nik Aziz Ditawan... Rakyat Mahu Tukar Kelantan




Ribuan rakyat di Pengkalan Chepa berhimpun bagi menunjukkan kesediaan mereka untuk tukar pemerintahan baru Negeri Kelantan. Parlimen Pengkalan Chepa ialah kawasan MB Kelantan dan dua EXCO tinggal dan bertanding.

Perubahan Rakyat Kelantan menyokong UMNO adalah sangat luar biasa. Buktinya, lebih 5000 berhimpun di program Semarak Gelombang Merah di kubu kuat Nik Aziz, Pengkalan Chepa semalam. Nampak gayanya rakyat Kelantan semakin tidak sabar untuk menukar kerajaan PAS Kelantan.

Gelombang merah, BN merentah, Kelate berubah!

Lagi gambar klik di sini

Himpunan Kebangkitan Rakyat Anjuran PAS dan NGO R Gagal!

Tindakan biadap R berlatarbelakangkan masjid yang dibina hasil inisiatif Tok pa

Aktivis-aktivis Royaktakreti (R) melakukan satu gimik biadap yang cuma memalukan diri mereka sendiri. Mereka menyebat patung YB Dato Seri Mustapa Mohamed dengan tuduhan Tok Pa adalah pengkhianat sedangkan upacara voodoo yang mereka lakukan itu berlatarbelakangkan Masjid Sultan Kelantan Pasir Pekan yang dibina hasil inisiatif Tok Pa sendiri!

Satu himpunan yang diberi nama Himpunan Kebangkitan Rakyat telah diadakan di Dataran Pasir Pekan pada 9 Februari 2013. Himpunan itu adalah anjuran PAS Pasir Pekan dengan kerjasama NGO R. Promosi dan iklan secara hebat dan meluas telah diadakan baik melalui banner yang digantung dan alam siber.

NGO R bermula dengan berjalan kaki dari KB Mall ke Dataran Pasir Pekan melalui Jambatan Sultan Yahya Petra 2 yang dibina oleh kerajaan persekutuan. Namun, mereka langsung tidak mendapat sambutan apabila jumlah yang hadir langsung tidak sepadan dengan promosi yang telah dibuat. Lihat gambar di bawah.


Jangkaan mereka pastinya adalah setibanya di Dataran Pasir Pekan, ribuan rakyat yang lain menanti ketibaan mereka untuk bersama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat. Namun, harapan mereka meleset sama sekali apabila kehadiran di sana cuma sekitar 100 hingga 200 orang. Lihat gambar di bawah.