Saturday, February 16, 2013

Deepak Membayangkan Barang Razak Baginda Di Alam Fantasinya...


Sekali lagi khidmat penjual karpet, Deepak Jaikishan yang sedang tertekan dengan masalah tuntutan hutang beratus juta ringgit dari institusi kewangan dimanfaatkan oleh jentera propaganda PR untuk memanaskan kembali ceritera mengenai Altantuya.

Kian dekat musim pilihan raya, ada sahaja propaganda murahan dan fitnah adu domba akan bergentanyangan kerana sudah menjadi tabie pemimpin dan penyokong PR untuk mencari keuntungan politik melalui kaedah sedemikian rupa.

Kali ini, PR melalui Deepak melontarkan satu lagi propaganda versi baru kononnya Razak Baginda mengalami masalah mati pucuk dengan demikian mustahil untuk teman wanitanya yang merupakan model dari Mongolia, Altantuya mengandung.

Seperti mana umum ketahui, PR seboleh mungkin cuba mengaitkan kematian Altantuya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan isterinya.

Kononnya PM mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya sehingga menyebabkan wanita itu mengandung kemudian terbabit mengarahkan pembunuhan model Mongolia itu untuk menyembunyikan kes tersebut.

Maksud tersirat melalui dakwaan terbaru Deepak itu jelas menghala ke arah membantu jentera propaganda PR yang masih cuba membina persepsi bahawa anak yang berada dalam kandungan Altantuya semasa wanita itu dibunuh ada kaitan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Orang lain yang sedap-sedap, tak pasal-pasal PM pula yang kena getah nangkanya.

Walhal hakikatnya PM langsung tidak mengenali siapa Altantunya, malah Datuk Seri Najib sendiri sudah beberapa kali mengangkat sumpah di dalam masjid dengan menyebut "Wallahi, Wabillahi, Wataallahi" menafikan penglibatannya.

Dalam Islam sumpah sedemikian sah di sisi syarak dan sekiranya sumpah itu adalah palsu tentunya dalam jangka waktu seawal 40 hari atau dua bulan ataupun selewat-lewatnya satu tahun laknat daripada Allah S.W.T pastinya telah menimpa PM.

Dalam versi yang lain pula, isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor difitnah kononnya telah terlibat secara langsung melepaskan tembakan ke arah perut Altantuya sementara satu versi lagi mendakwa Datin Seri Rosmah turut berada lokasi pembunuhan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam untuk menyaksikan sendiri Altantuya diletupkan dengan bom C4.

Sedangkan ketika kejadian berlaku,Datin Seri Rosmah berada di majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Kuala Lumpur, sama sekali bertentangan dengan fitnah yang disebarkan oleh PR dan jentera propaganda mereka.

Hakikatnya,pembunuh sebenar sudah pun dikenal pasti dan kedua-dua suspek pula disahkan telah bertindak di luar batasan apabila berlaku salah faham dengan arahan Razak Baginda.

Tiada kaitan dengan PM malah tiada kaitan langsung dengan Datin Seri Rosmah.Sebaliknya bekas pemimpin PKR yang juga adalah bekas peguam Anwar Ibrahim yakni Zulkifli Noordin pernah mendedahkan yang Ketua Umum PKR itu pernah meminta tertuduh iaitu Sirul dan Azilah membuat pengakuan palsu bahawa Datuk Seri Najib yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan Altantuya.

Jelas sekali kemunculan terbaru Deepak dengan versi terkini berkaitan isu Altantuya sebenarnya hanyalah garapan semula kisah sensasi itu untuk dimanipulasikan sempena PRU 13 yan kian hampir.

Bezanya cubaan terbaru ini hanya menyebabkan khalayak umum semakin sangsi dengan kredibiliti Deepak yang sebelum nya sudah tercalar berikutan terdedah konspirasinya dengan beberapa pemimpin PKR untuk memfitnah PM.

Lebih menambah kesangsian umum apabila Deepak dengan agak yakin bercerita mengenai kegagalan fungsi yang kononnya dialami Razak Baginda.

Fakta klinikal menunjukkan jarang benar seseorang lelaki sanggup berkongsi rahsia kegagalan fungsi kemaluannya dengan orang lain. Biasanya hanya isteri,rakan seksualnya (gay ? pelacur ? kekasih gelap ?) dan yang pastinya doktor pakar sahaja yang mengetahui sama ada seseorang lelaki itu mati pucuk atau sebaliknya.

Deepak bukannya isteri Razak Baginda, bukan juga teman wanita Razak malah bukan juga doktor pakar kepada Razak Baginda atau sebenarnya, Deepak adalah rakan seksual gay kepada Razak Baginda disebabkan itu Deepak dapat mengetahui sama ada kemaluan Razak Baginda mati pucuk atau tidak atau sebenarnya Deepak yang menghadapi masalah mati pucuk memandangkan statusnya yang terus membujang hingga kini, sedangkan Razak Baginda dan isterinya sudah sah memiliki seorang anak hasil dari perkahwinan mereka.

Persoalan ini menanti jawapan dari Deepak dan kita harap jentera propaganda PR tidak sampai kepeningan untuk mencari alasan lain atau mencipta versi terbaru pula kelak.

Apapun, dalam bak mencipta kisah fiksyen, fitnah adu domba dan cerita sensasi tak menjejak bumi nyata memang diakui kelebihan PR, tapi kot iya pun fikirlah logiknya juga, memanjang saja versi bercanggah satu sama lain.

Khairy Jamaluddin: Pemuda UMNO Sudah Sedia Sepenuhnya Berdepan PRU 13


Pemuda UMNO hari ini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha membantu Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata persiapan itu merangkumi persiapan di peringkat negeri, parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seterusnya Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Menurut beliau tugas pergerakan itu adalah untuk mendekati pengundi muda yang telah dikenalpasti selain tugas serta tanggungjawab biasa yang dilakukan pada pilihanraya-pilihan raya sebelum ini.

“Kita sedia seratus peratus untuk mengadapi PRU-13 ini dengan mengenalpasti pengundi muda dan juga tugas berkaitan seperti keselamatan, logistik dan juga tugasan biasa sewaktu pilihan raya.

“Pemuda juga akan beri kawasan tumpuan di mana gerak kerja kita sekarang ini adalah gerak kerja yang menepati sasaran. Saya minta betul-betul kaji di setiap bahagian, kawasan parlimen dan DUN sampai ke peringkat pusat daerah mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN turut memberitahu pergerakan itu turut melaksanakan beberapa program besar dalam usaha membantu golongan muda di negara ini.

“Selain daripada kesiapsiagaan untuk menghadapi PRU-13, kita turut menjalan beberapa aktiviti lain seperti Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kedah baru-baru ini.

“Sehingga kini sebanyak 116 335 permohonan telah diterima dan memandangkan sambutan yang menggalakkan, kita telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran sehingga 1 Mac ini.

“Pada masa yang sama kita turut memperkenalkan beberapa langkah ke arah penambahbaikan seperti menambah 114 pusat pendaftaran selain bekerjasama dengan NGO seperti Majlis Belia Felda dan sebagainya lagi. Dan secara keseluruhan pusat pendaftaran BL1M berjumlah 737 di seluruh negara,” katanya.

Video URL: http://youtu.be/TNr2sTePxVM



Kata beliau lagi sambutan tersebut menujukkan kepercayaan orang muda terhadap pergerakan itu untuk mengendalikan program yang memberikan manfaat kepada mereka.

“Kita juga ada program BN Youth Job Fair iaitu di Terengganu pada 22 Februari ini, manakala lokasi kedua pula adalah di Tawau, Sabah pada 2 dan 3 Mac depan.

“Begitu juga pelancaran Kelab IPT BN. Setakat ini dua zon kita telah lancar dan adal lagi yang belum kita lancarkan. Selepas ini Kelab IPT BN yang terdiri daripada mahasiswa Universiti dan Kolej akan menjadi sukarelawan kita pada PRU nanti,” katanya.

Menjawab soalan mahasiswa yang dikatakan akan bertanding di Pekan pada pilihan raya nanti, Khairy berpendapat itu adalah dasar serta keterbukaan Perdana Menteri yang telah memberikan kebebasasn kepada mahasiswa selain kebebasan berpolitik kepada rakyat.

“Kita tengok dari sudut positif. Ini adalah hasil daripada dasar keterbukaan PM yang bagi kebebasan kepada mahasiswa dan beri kebebasan politik kepada rakyat kita. sudah pasti ada macam-macam usaha dan nak lawan sapa-sapa. kita tidak boleh sekat tetapi bagi saya kalau ada apa-apa cabaran baik di Pekan atau dimana-mana sahaja ianya adalah demokrasi.

“Sesiapa pun boleh bertanding…. mungkin mahu cari publisiti, mungkin ada ada yang menjadi ‘mastermind’ …itu saya tidak tahu. Dalam demokrasi kita kena terima….. tetapi fikir dua tiga kalilah….Ini bukannya pilihan raya kampus,” katanya.

UMNO-Online

10 Ribu Hadir Di Himpunan TUKAR Kerajaan PAS Kelantan #HTK2013





Hampir 10 ribu orang yang hadir diprogram tersebut yang diadakan di perkarangan ibu pejabat perhubungan UMNO Kelantan Semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed meminta supaya pimpinan parti itu tidak sabotaj jika tidak terpilih sebagai calon.

“Seruan saya kepada rakan saya, supaya setia pada parti, setia pada pemimpin, setia kepada saya dan pucuk pimpinan parti dan apabila kita dinamakan calon hendaklah kita bersedia serta tidak berpecah” katanya kepada pemberita.

Ahli pimpinan parti UMNO juga diminta setia kepada parti bagi memastikan UMNO Kelantan berjaya menumbangkan kerajaan PAS Kelantan.

Berdasarkan perkembangan semasa, rakyat Kelantan kini mula bangkit dan menunjukkan sokongan amat padu terhadap UMNO dan Barisan Nasional di Kelantan.

Mustapha yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan ulangtahun penubuhan Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) serta merasmikan pelancaran skuad kembara TUKAR di Kota Baru semalam.

Video URL: http://youtu.be/84s2c8-I3nc

Pendakwaan Mohon Rayuan Kes Liwat Anwar-Saiful Didengar Julai Ini


Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, didengar Julai ini.

Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin berkata perkara ini dimaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan N Kanageswari ketika pengurusan kes itu Jumaat.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi sebarang alasan mengapa rayuan itu perlu didengar Julai ini.

Noorin dan seorang daripada peguam Anwar iaitu Ram Karpal Singh bertemu Kanageswari dalam kamar untuk pengurusan kes tersebut.

Kanageswari menetapkan 22 Feb ini untuk pendakwaan dan pembelaan kembali dan memaklumkan tarikh yang sesuai untuk pendengaran rayuan.

“Pendakwaan meminta rayuan didengar dalam bulan Julai,” kata Noorin kepada pemberita.

Sementara itu, Ram Karpal berkata beliau perlu berunding dengan peguam lain sama ada tempoh yang dipohon pendakwaan sesuai dengan mereka.

Beliau berkata pembelaan lebih menumpukan perhatian terhadap pemerolehan nota prosiding sebelum mahkamah menetapkan tarikh pendengaran rayuan.

Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar, 65, daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 20 Jan tahun lepas dan petisyen rayuan pada 9 Julai 2012 yang mengandungi sembilan alasan.

Penghakiman bertulis Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah setebal 80 muka surat mendedahkan dalam kes itu, ‘ada berlaku penetrasi’ namun ia tidak disokong bukti lain.

Hakim itu berkata mahkamah tidak boleh yakin sepenuhnya terhadap integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana ia mungkin boleh terjejas sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis

Ustaz Ridhwan Mengaku Minum Air Kaki Presiden PAS


ADA orang tanya, siapa yang bina sebuah teko cantik di perkampungan Kerajaan Langit milik Ayah Pin di Besut.

Jawapannya, tanya Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus, Ustaz Ridhwan Hashim! Calon PAS yang kalah di DUN Teluk Pasu itu mungkin tahu jawapannya.

Seorang lagi pemimpin muda PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu ada cerita tentang kegilaan penyokong PAS yang suka minum air kolah Masjid Rusila di DUN Rhu Rendang, Marang.

Sejak lebih 30 tahun lalu, air kolah Masjid Rusila ‘milik’ Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang atau Ayah Chik dikatakan ‘ada berkat’ yang mampu menjadi penawar.

Sebab itulah, pada setiap kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, penyokong PAS yang berada jauh membawa botol dan bekas untuk diisi air dari kolah tersebut dan dibawa pulang ke rumah.

Seorang penyokong PAS berusia 73 tahun, yang mahu dikenali sebagai Haji Majid dari Kampung Batangan, Marang menceritakan, perkara itu benar-benar berlaku, bukan cerita rekaan.

Kata Haji Majid, Ayah Chik seorang ustaz atau tok guru yang disegani dan dihormati. Maklumlah, belajar agama tinggi dari Mesir dan banyak ilmu dikongsi dengan masyarakat.

Bekas penyokong tegar Ahli Parlimen Marang itu memberitahu, dia sanggup kayuh basikal setiap minggu untuk bertemu dan menatap muka Haji Hadi. Adakalanya di tidur di Masjid Rusila dan Qiamullai di masjid itu.

Dipendekkan cerita, satu malam dia ke Masjid Rusila. Perjalanan dari Kampung Batangan dengan menaiki basikal. Peristiwa yang berlaku sekitar pertengahan 80-an.

Tiba di Masjid itu, Haji Majid menuju ke kolah untuk mengambil air sembahyang. Sekitar pukul 3 pagi.

Tiada perkataan lagi yang boleh diberitahu selain terkejut. Atau ‘terkejut beruk’ melihat Haji Hadi sedang mandi di dalam kolah berkenaan. Cukup lama Haji Majid tunggu berhampiran kolah itu, dia adalah Ayah Chik, bukan orang lain.

Bagi orang PAS, ini cerita jenaka, tapi bagi Haji Majid, itu kali terakhir dia menjejak kaki di Masjid Rusila.

Kolah yang digunakan penyokong PAS untuk ambil air sembahyang, digunakan sebagai air solat hajat, untuk minum. Tetapi, digunakan oleh Tok Guru untuk berendam!

Sudah berapa ramai yang tertipu, minum air kaki Haji Hadi? Ustaz Mohd Nor dan Ustaz Ridhwan pasti sudah minum ‘air keramat’ dari kolah atau kolam berkenaan.

-Terengganu.net

Doa K.O BN! Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah Bersuara


Semakin lama semakin terserlah kemunafikan puak Pas... Ikuti temubual bersama Pakar motivasi terkenal Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Video URL: http://youtu.be/t69sQNE-zD0