Wednesday, February 20, 2013

Harun Taib Tibai Fauziah Toron... PKR Sudah Jauh Menyimpang Dari Landasan Jalan Allah?


Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyelar kenyataan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang mahu terjemahan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi Bahasa Melayu sambil menyifatkan parti itu 'sama taraf' dengan DAP tentang pengetahuan agama dan akidah.

Dengan nada tegas, Harun sekali lagi meminta PKR dan DAP agar menghormati ketetapan dibuat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu yang memutuskan kalimah Allah tidak dibenarkan kepada penganut agama lain termasuk dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Badan tertinggi PAS itu juga menetapkan menterjemah kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan nyata, sekali gus perlu dicegah.

Bagaimanapun Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata Pakatan Rakyat sudah bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya PAS yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura Ulama yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama...tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja.

"PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah. Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa...saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama," kata Harun kepada Antarapos.

Fauziah Toron

Beliau diminta mengulas Fuziah yang menolak pendirian entiti tertinggi PAS itu selain turut menyokong desakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng agar penganut Kristian di Semenanjung dibenarkan menggunakan Bible versi Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Menurut Fuziah, adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.

“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau.

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya.

“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Islam asalkan tidak menghina Islam.

Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Setakat ini Abdul Hadi belum mengemukakan pendirian Majlis Syura Ulama itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Karpal mahu Majlis Syura Ulama mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan.

PRU 13 - Ramai Calon Pas Digugurkan


Majlis Syura Ulama Pas terpaksa menggugurkan ramai calon yang disenaraikan oleh pimpinan parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang atas beberapa sebab.

Setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, antara sebab utama ialah mereka yang berkenaan didapati tidak menepati syarat ketat ditetapkan parti termasuk kemungkinan akan melompat parti setelah dipilih sebagai wakil rakyat.

“Setelah dicadangkan di peringkat kawasan dan negeri, tapisan yang paling mustahak ialah di peringkat Majlis Syura Ulama. Pada peringkat ini, kita akan menentukan calon mengikut ciri-ciri kepimpinan Islam, tidak melakukan dosa besar dan tidak meneruskan dosa-dosa kecil.

"Selain itu, banyak lagi perkara-perkara lain yang kita fokuskan," katanya.

Apa yang paling diutamakan, kata Nik Muhammad Zawawi ialah setiap calon dipilih mampu mempertahankan dasar dan imej parti, sama ada mereka kalah ataupun menang dalam pilihan raya.

Ditanya pada peringkat manakah proses pemilihan akhir itu sekarang, katanya, pihaknya sudah menyelesaikan 95 peratus proses tapisan dan ia akan diumumkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

"Calon yang kita gugurkan dalam proses di peringkat Majlis Syura Ulama kerana syaratnya tidak mencukupi dan nama ini dikembalikan semula kepada Jawatan Kuasa Kerja Pas Pusat dengan senarai yang bersih," katanya.

Mereka yang disenaraikan sebagai calon, katanya, mempunyai ciri-ciri yang diyakini untuk mempertahankan dasar parti serta boleh menjaga keperibadian supaya tidak menjejaskan imej parti.

“Ciri-ciri ini kita yakin, dia boleh mempertahankan dasar parti dan boleh jaga keperibadian supaya tidak keluar parti...

"Alhamdulillah, setakat ini tiada calon yang melompat dalam Pas," katanya.

Nota:

1. Rupa-rupanya Majlis Syura Ulama Pas dan atau Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi ni adalah Malaikat yang mencatit dosa-dosa kecil/besar calon. Boleh kemukakan rekod dan mesti ada saksi.

2. Jika Nama "Mat Sabu" masih ada dalam senarai dan dianggap menepati "ciri-ciri kepimpinan Islam" maka keputusan Majlis Syura masih boleh dipertikai.. wallahualam..

Isu Xenophon: Wanita BN Tuntut Penjelasan Wan Azizah


Wanita Barisan Nasional menuntut penjelasan dari Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah sama ada benar penasihat PKR merupakan individu yang bertanggungjawab menjemput Senator bebas dari Australia Nick Xenophon datang ke Malaysia.

Menurut Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kehadiran Xenophon juga dilihat membawa agenda dan unsur negatif kepada negara yang mana boleh menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat Malaysia yang selama ini hidup di bawah naungan kerajaan yang berdaulat dan berpelembagaan.

"Wanita BN juga menyokong tindakan Jabatan Imigresen Malaysia yang tidak membenarkan kemasukan Nick Xenophon ke Malaysia baru-baru ini seperti yang dilaporkan oleh media massa serta menggesa tindakan tegas seperti ini diteruskan untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara tidak tergugat,"katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pula mengatakan Xenophon ialah seorang yang berat sebelah, tidak profesional dan hanya memihak kepada sebuah parti sahaja, justeru itu tidak layak menjadi pemerhati pilihanraya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR pernah mengadakan perbincangan dengan Xenophon atas jemputan Anwar, tetapi perkara yang ditimbulkannya sama seperti isu yang dibangkitkan parti pembangkang.

"Jadi pemerhati patut bebas, tidak berat sebelah, yang tidak betul tegur walaupun siapa buat salah...Bila bias (dia) tidak dapat hendak jadi pemerhati yang adil dan saksama. Dia mewakili parti politik tertentu, (untuk) jadi pemerhati tidak bolehlah begitu," katanya.

Abdul Aziz berkata sebagai negara berdaulat, Malaysia tidak perlu mengikut telunjuk (individu dari) negara lain untuk melakukan sesuatu.

"Saya percaya negara dia pun (Australia) tidak suka kalau Malaysia beritahu perdana menterinya supaya melantik Malaysia jadi pemerhati atas sebab (kononnya) banyak perkara tidak betul berlaku, itu maknanya kita sudah campur tangan dalam kedaulatan negara lain," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata isu-isu yang cuba dibangkitkan Xenophon adalah isu yang sama yang disuarakan oleh parti pembangkang.

"Untuk makluman, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar pernah mengadakan perjumpaan dengan dia. Pertanyaan serta keraguannya boleh dikatakan tidak berbeza langsung dengan perkara-perkara yang selalu ditimbulkan parti politik (pembangkang), seratus peratus serupa.

"Walaupun sama, kami tetap beri penjelasan kepada mereka," katanya.

Menurutnya antara isu yang dibangkitkan ialah persempadanan kawasan pilihan raya dan daftar pemilih.

"Saya sendiri pernah terangkan isu itu kepada Duta Australia ke Malaysia...beliau faham dan mengatakan beliau tidak bermaksud untuk campur tangan dalam sistem kita, tetapi cuma untuk pemahaman beliau sahaja," katanya.

Khalid Gagap Tak Buat Kerja, Kegagalan Sistem Pembentung Bawah Tanah Punca Banjir Kilat


Cukup-cukuplah Menteri Basar Selangor Khalid Ibrahim, tok sah lah 24jam asyik nak ikut pungung Elizabeth Wong... Kebajikan rakyat pun kena jaga jugak...

Kegagalan sistem pembentungan bawah tanah menjadi faktor kompleks beli belah IOI Mall dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dinaiki air.

Perkara tersebut dinyatakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Asmawi Kasbi.

Jelas Asmawi keputusan awal itu dicapai selepas perbincangan bersama pihak Lingkaran Trans Kota Sendirian Berhad (Litrak) dan Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB).

Sebagai langkah berjaga-jaga pihaknya meminta MRCB memperbesarkan longkang berhampiran.

Asmawi turut memberi jaminan siasatan penuh akan dapat diketahui dalam masa dua minggu.

Sementara itu hasil tinjauan mendapati kompleks beli belah IOI Mall kembali beroperasi seperti biasa namun masih terdapat beberapa premis ditutup.

Ini disebabkan premis berkenaan terjejas teruk akibat kejadian tersebut.

Dalam kejadian pada Isnin kawasan sekitar IOI Mall dan LDP dinaiki air.

Insiden tersebut turut mengakibatkan 140 buah kenderaan

Pastikan PRU akan datang jangan tersalah pilih undi lagi....

PAS Merugikan Umat Islam


Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Zulkifli Nordin berkata PAS harus dipertanggungjawabkan terhadap kerugian umat Islam di negara ini.

Beliau ketika ditemui Antarapos menyifatkan pendirian rapuh parti itu berhubung Islam telah mengakibatkan agama rasmi negara diperlekehkan oleh kaum lain.

Zulkifli membayangkan PAS cuba lari dari prinsip yang diperjuangkan justeru mengeluarkan kenyataan berunsur retorik untuk mengekalkan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang ketika berucap di Kuala Nerus baru-baru ini menegaskan parti itu bersedia untuk keluar dari pakatan pembangkang jika kerjasama tidak mendatangkan manfaat kepada Islam dan orang Melayu.

"Hadi Awang perlu lebih realistik setakat buat komen-komen retorik tak cukup. Keadaan sekarang bukan akan merosakkan Islam, dah rosak pun.

"Jadi kalau nak kalau nak menyatakan keluar kalau Islam rugi saya ingat itu retorik politik, Islam sudah pun rosak oleh mereka sendiri," katanya ketika ditemui pada program ceramah di Shah Alam semalam.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar semalam menyifatkan dakwaan Hadi bahawa PAS akan keluar Pakatan Rakyat tidak mungkin berlaku.

Beliau berpandangan parti itu hanya mahu mengaburi mata para penyokongnya kerana menyedari sokongan kepada PAS semakin terjejas akibat isu agama yang dicetuskan DAP dilihat kini semakin membelit.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapannya di majlis sambutan Hari Krismas Disember lalu mendesak kerajaan persekutuan untuk membenarkan terjemah kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu di Semenanjung.

Tuntutan itu disokong oleh Hadi yang membuat pengumuman mewakili Majlis Presiden Pakatan Rakyat membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah asalkan ia tidak disalahguna.

Namun ketetapan itu disanggah Majlis Syura Ulama PAS yang menyifatkan kalimah Allah eksklusif untuk orang Islam.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din dalam ceramahnya agama di masjid-masjid seluruh negara menegaskan bahawa umat Islam wajib mempertahankan prinsip agama justeru mempersoalkan tujuan DAP menuntut perkara sedemikian.

Pengerusi DAP Karpal Singh sebelum ini menuntut PAS agar lebih bersikap terbuka dan menerima pendirian gabungan Pakatan Rakyat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

PKR Mempersendakan Isu Pengikut Sultan Sulu Di Lahad Datu


Tian Chua dengan bongkak mempertikai serta mempersenda isu pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Lahad Datu, Sabah. Naib Presiden PKR itu turut mengesa kerajaan menjawab persoalan yang timbul tentang ‘keaslian’ insiden tersebut.

Dalam satu sidang media, Tian Chua membuat provokasi terhadap pihak berkuasa dengan mendakwa tidak berusaha untuk melucutkan senjata penceroboh berkenaan.

Sikap yang ditunjukkan Tian Chua bukan saja tidak sensitif terhadap keselamatan penduduk Lahad Datu, malah dengan bongkak menganggap diri sebagai serba tahu.

Memang inilah gaya politik Anwar Ibrahim yang sudah menjadi darah daging orang PKR, apa saja yang dilakukan pihak kerajaan dan pasukan keselamatan akan dinafikan dengan mudah.

Kerana bagi orang PKR hanya Anwar saja mampu melakukan perkara betul, ini turut disahkan para ulama PAS yang lurus bendul.

Kenyataan Tian Chua bukan yang pertama dari kalangan pemimpin PKR, sebelum ini pun sudah ada pemimpin PKR yang mempersenda rundingan yang dibuat pihak berkuasa dengan penceroboh tersebut.

Pihak berkuasa akan dianggap cerdik dan bijaksana jika mereka mengumumkan sokongan terhadap Anwar atau PKR. Itu saja prinsip perjuangan Pakatan Rakyat...

Inikah gaya pemimpin yang ingin kita pilih untuk menjaga kepentingan rakyat, sedangkan isu berkaitan konflik keselamatan dengan mudah dijadikan 'persendaan' dan modal politik...

Cakap banyak pun tak guna kalau terer sangat pergilah selesaikan masalah di Lahad Datu... Ini semua taktik murahan Pakatan Haram... Bila kerajaan bertindak dikatanya kerajaan zalim, bla... bla... bla... Macam biasa ayat pembangkang!