Wednesday, February 20, 2013

Anwar Semakin Hilang Akal, Kehabisan Peluru Serang UMNO/BN


Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kalan dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.

Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.

Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional.

Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda.

Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.

Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.

Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci, memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih maju dan makmur.

Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.

Maka apa saja isu yang boleh memberi 'political mileage' atau keuntungan politik akan digunakan walau pun kadangkala jelas remeh temeh.

Oleh itu untuk mengalih pandangan, beliau membuat kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjaykan agenda politiknya.

Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia, Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini.

Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan, Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya ditolak mentah-mentah.

Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang.

Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 juga tidak mampu memberi kesan kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak di jalanraya mendesak tuntutan mereka dipenuhi.

Anwar juga mendalangi tindakan pertubuhan haram Suaram yang cuba menjadi plaintif dalam penyiasatan kes Scorpene di Perancis.

Ini pun gagal apabila identiti sebenar pertubuhan itu didedahkan sebagai agen pihak asing yang menerima dana asing.

Pembangkang juga berusaha untuk mengagalkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dan telah mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.

Malah Pengerusi Himpunan Hijau yang didokong parti pembangkang telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut untuk membakar kilang Lynas dan kilang perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

Anwar juga menafikan tidak terlibat memperalatkan Deepak Jaikishan untuk memburuk-buru serta memfitnah pemimpin negara tetapi rakyat tahu beliaulah tok dalang yang mengawal penjual karpet itu.

Usaha ini nampaknya gagal kerana rakyat tidak berminat untuk mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari individu yang tidak bermoral dan tida mempunyai kredibiliti ini.

Anwar sudah hilang punca untuk terus menyerang kerajaan kerana semua pelurunya sudah digunakan.

Pepecahan di antara Pas dan Dap semakin hari semakin bertambah buruk.

Setiap hari ada saja ahli-ahli Pas yang berdemonstrasi dan memijak-mijak gambar pemimpin Dap kerana tida bersetuju pendirian parti mereka berhubung isu kalimah ALLAH.

Jika Pas dan Dap berpecah daripada Pakatan Rakyat maka punahlah harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya Pas dan Dap masih kekal dalam Pakatan Rakyat, rakyat juga akan menolak mereka kerana pendirian pembangkang yang mempermainkan agama Islam demi kepentingan politik.

Anwar dalang sebenar atau tangan ghaib disebalik isu kalimah ALLAH dengan dibantu oleh Dap.

Taktik Anwar ialah untuk memecah belahkan kuasa politik melayu supaya senang Dap dan pengaruh gerakan Kristian bertapak di Malaysia

Itulah sebabnya itu beliau bermati-matian mempertahan serta menyokong Dap dalam isu kalimah ALLAH.

Panas!! Teresa Kok Digesa Letak Jawatan


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok digesa supaya meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Selangor ekoran kegagalannya melaksanakan tugas dengan baik selain dakwaan bahawa ahli-ahli akar umbi semakin hilang kepercayaan terhadapnya.

Isu tersebut timbul berikutan banyak masalah berlaku sejak kebelakangan ini seperti banjir, perjudian, rasuah dan sampah sarap selain tidak menjaga kebajikan rakyat di negeri berkenaan.


Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, perkara itu dapat dibuktikan dengan jumlah kehadiran ahli dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) parti berkenaan di negeri tersebut pada 4 November lalu apabila kurang mendapat sambutan.

"Mesyuarat itu hanya menerima 27 peratus kehadiran iaitu sebanyak 311 orang termasuk Ahli Jawatankuasa (AJK) dan delegasi hadir berbanding 1,153 ahli. Meskipun kurang mendapat sambutan, Teresa masih tidak mahu mengakui kepimpinannya yang lemah dan komitmen beliau terhadap ahli-ahli akar umbi.

"Teresa perlu mencontohi sikap pemimpin seperti Presiden China, Hu Jin Tao yang mana selepas sedekad memegang jawatan sebagai ketua parti, akhirnya berundur kerana dikecam dan dikritik rakyat berhubung pimpinan beliau," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Tuan Tat, setakat ini, masalah-masalah yang melanda Selangor juga tidak pernah diselesaikan secara menyeluruh.

"Sebelum ini beberapa memorandum telah dihantar kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung masalah di Selangor untuk tindakan susulan dan beliau telah mengarahkan Teresa dan Ronnie Liu untuk memantau isu tersebut.

"Sehingga kini, masalah tersebut tidak diselesaikan, jadi bayangkan jika seorang pemimpin gagal menyelesaikan masalah sebegini bagaimana mereka hendak memimpin negara, oleh itu saya serahkan kepada rakyat untuk membuat pertimbangan sewajarnya dalam pilihan raya yang akan datang ini," katanya.

Beliau turut menyeru semua bekas dan ahli DAP tampil menyuarakan rungutan mereka terhadap kepemimpinan Pengerusi DAP Selangor yang tidak cekap dan lemah itu.

Dalam perkembangan lain, Tuan Tat menyelar sikap pemimpin pembangkang yang asyik berebut jawatan Perdana Menteri ketika ini.

Disebabkan perkara itu katanya, pakatan pembangkang gagal mengemukakan Kabinet bayangan seperti yang dijanjikan hingga kini.

-Utusan

Haron Din Perlu Tinggalkan Pas



Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din tampil mengeluarkan dirinya dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas yang latang bersuara menentangnya.


Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang dari akidah.

Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Sura Ulama Pas.

"Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik.

"Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu dengan menggantikan perkataan God.

Keputusan berkenaan dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu sebelum Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menentang penggunaannya.

Mengulas lanjut, keadaan ini sebagaimana Nabi Muhammad SAW yang memimpin umatnya meninggalkan Makkah ke Madinah apabila gagal kerjasama dengan golongan musyrikin.

Katanya, beliau menyedari kesusahan yang dialami Haron dalam menentang hal ini secara bersendirian.

"Kita perlu memberikan sokongan kepada beliau. Tengok bagaimana Ustaz Nasha (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa) melaluinya berseorangan," katanya.

Sementara itu, mengulas berkenaan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berulang kali memperkatakan PR tetap dengan pendirian 8 Januari itu, beliau yang juga seorang peguam pernah mengendalikan kes qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan sebagai pengamal undang-undang, "Karpal jangan mengajar rakyat langgar undang-undang".

“Sebagai peguam, ingin saya ingatkan Karpal Singh bahawa adalah satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah mengikut Enakmen Syariah negeri-negeri yang dibuat berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan.

“Untuk Selangor, Enakmen Jenayah Syariah menetapkan 32 perkataan termasuk Allah, wahyu, rahmat dan lain-lain yang tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

“Jadi Karpal sebagai peguam sepatutnya tidak mengajar orang melanggar undang-undang,” katanya.

Apakah Pendirian Muslim PKR Dalam Isu Kalimah?


Apakah sebenarnya pendirian PKR dalam isu kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu? Jawapan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpinnya nampaknya bercelaru.

Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata bahawa PKR akur pada butir ketetapan Majlis Syura Ulama PAS bahawa bukan Muslim tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Katanya, dalam isu ini PKR akan sentiasa di belakang dewan tertinggi penggubal dasar PAS itu. Adakah maksud Azmin bahawasanya PKR sedia bergabung dengan PAS dalam ketetapan melarang penggunaan Allah dalam Bible?

Pendirian PKR dalam isu kalimah Allah kabur

Pendirian PKR ini kabur. Ini mungkin kerana PAS sendiri tidak mengumumkan bahawa ia mahu ketetapan itu menjadi dasar Pakatan Rakyat. Maksudnya jika pakatan itu menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, PAS tidak pula berjanji bahawa ia akan menggunakan kuasa untuk melarang perbuatan menggunakan kalimah Allah dalam Bible!

Ini bermakna PAS masih belum ada pegangan rasmi dalam isu ini. Maka benarlah hujah Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa Majlis Syura Ulama hanyalah satu komponen kecil dalam PAS.

Malah, Ketua Penerangan DAP, Tony Pua menganggap pandangan lantang beberapa pemimpin PAS dalam Majlis Syura itu seperti Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib, bukanlah datang daripada kalangan pemimpin berkedudukan tinggi dalam PAS.

Maka beliau mengesahkan pandangan Karpal itu sebenarnya adalah suara rasmi DAP.

Fuziah Salleh sokong Guan Eng, tolak ketetapan Majlis Syura

Ketika Majlis Syura Ulama menjilat luka kerana “kejahilan Karpal dan pemimpin DAP lain”, seorang Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh pula tampil dan mengusutkan lagi keadaan dengan memberi sokongan terbuka kepada syor Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya Bible berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah diberi keizinan digunakan di seluruh Malaysia.

Secara langsung kenyataan Fuziah Salleh ini menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible bahasa Melayu.

Fuziah mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.

“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau.

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam.

“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” kata Fuziah.

Kalimah Allah: Anwar hanya sokong pendirian Abdul Hadi

Pada 13 Januari lalu Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam sebarang penerbitan bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Bagaimanapun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.

Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hadi setakat ini belum mengemukakan pendirian Majlis Syura itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Lebih mengusutkan keadaan, Pengerusi DAP Karpal Singh pula berkata partinya mahu Majlis Syura mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan Rakyat.

Berikutan itu beliau dicemuh oleh pemimpin-pemimpin parti itu termasuk Datuk Harun Taib yang menegaskan bahawa PAS tidak akan berkompromi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.

Nampaknya pendirian Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mengenai isu kalimah senada dengan pendirian DAP walaupun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berkata PKR menyokong keputusan Majlis Syura PAS.

PKR sentiasa “di belakang” Majlis Syura PAS

Azmin pula membayangkan pendirian Syura itu tidak akan diangkat untuk mengganti atau dijadikan tambahan kepada ketetapan Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu.

Azmin berkata, PKR sentiasa “di belakang” Majlis Syura PAS. Namun realiti kini jelas menunjukkan PKR lebih “liberal” dari itu. Ia mahu terus menjalin kerjasama dengan DAP dan pada masa yang sama tidak mahu mengecilkan hati PAS.

Malangnya, isu ini bukan lagi soal menjaga hati dan emosi mana-mana parti politik. Ia soal akidah. PKR perlu lebih jelas dan tegas pendiriannya dalam hal ini.

Rakyat perlu tahu sejauh mana PKR mahu bersama PAS pertahankan kesucian akidah umat Islam

Melontarkan tohmah pada media arus perdana bahawa ia mahu memecahbelahkan kesatuan dan perpaduan Pakatan Rakyat hanyalah satu sikap dan alasan yang kurang bertanggungjawab.

Yang perlu dinyatakan oleh PKR ialah adakah ia menyokong pendirian DAP dalam polemik ini. Majoriti ahli PKR beragama Islam. Mereka juga ingin tahu. Begitu juga dengan ahli-ahli PAS. Mereka ingin kepastian sejauh mana PKR mahu bersama PAS mempertahankan kesucian akidah umat Islam.

Lebih penting lagi ialah pengundi-pengundi PRU 13 yang 60 peratus beragama Islam. Mereka ingin penjelasan adakah PKR menyokong pendirian Majlis Syura Ulama PAS?

Pengundi juga ingin tahu apakah perjuangan Datuk Dr Haron Din dan Datuk Harun Taib yang tidak merelakan kalimah Allah digunakan dalam Bible disokong oleh PAS sebagai sebuah parti politik Islam dan pemimpin Islam dalam PKR sendiri?

Berhentilah mengelirukan umat. Pengundi muslim mahu tahu jika mereka memilih Pakatan Rakyat dalam PRU 13, adakah DAP akan berhenti memperjuangkan ketetapannya mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible?

Yang pastinya, orang Islam yang benar imannya tidak akan mengampunkan dosa PAS dan PKR mengizinkan kesucian nama khas Allah dicampur-adukkan dalam Bible berbahasa Melayu. Itu sahaja.

-AntaraPos

Gambar Panas Pemimpin Kanan PKR Buat Maksiat Didedahkan?


Ada yang kata ini gambar Ustad yang di tangkap kerana memberi kaunseling kepada isteri orang dalam bilik hotel berdua- duaan jam 3 pagi dulu...

Mmmm.... Kelakuannya nampak melampau sangat pun iya juga. Yalah, kalau nak buat maksiat pun, tanggalkanlah dulu jubah dengan kopiah itu. Namun, penyebar asal foto di atas mendakwa itu adalah Ustad yang dimaksudkan ketika berlibur di negara jiran.

Hendak kata foto edit pun susah juga. Memang nampak keasliannya. Mungkin pelanduk dua serupa kot?!!

Harap penafian dibuat oleh pelaku didalam gambar ini....

Sumber:

http://www.facebook.com/#!/photo.php?fbid=215118418633194&set=a.105612446250459.9703.100004051123183&type=1&theater

Info-Mymassa

Nasarudin Tantawi Kesal Dengan Serangan Dari Pihaknya Ke Atas Dr Fadzilah Kamsah


Terima Kasih Nasaruddin Tantawi kerana mendedahkan sikap Trooper Pakatan yang sebenarnya...

HarakahDaily - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan melahirkan kekesalan terhadap apa yang dilakukan ke atas pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

“Biarpun kita tidak bersetuju dengan pandangan dan kritikan beliau, namun janganlah sampai menghina dan mengaibkannya sedemikian rupa, itu bukan akhlak kita berjuang,” tulis beliau di Facebooknya.

Justeru, penegasan beliau buat kesekian kalinya, khas dihulurkan kepada semua rakan-rakan pimpinan, penceramah, facebooker, blogger, websiter dari Pakatan Rakyat agar tidak membalas hujah dengan kejian dan makian atau menyerang lawan dengan memburukkan peribadi dan hal anak beranaknya.

“Kekalkan rentak menentang penyelewengan, penipuan dan fitnah lawan atau mana-mana pihak dengan hujah yang berasaskan nas, fakta dan figure,” ujarnya lagi.

Jenis iblis dan syaitan ni kalau di bacakan ayat ayat suci al- quran pasti akan lari atau terbakar! Itu ler contoh yang terjadi kepada kuda belang pembangkang apabila kebenaran yang diungkapkan oleh Dr Fadzilah Kamsah berkenaan doa sesat lagi jahat telah menyebabkan puak PAS tidak reti duduk diam.. panas!

Maka di usahakan agar keperibadian Dr Fadzilah Kamsah khususnya agar boleh di pertikai serta maruah beliau sekeluarga sedang cuba digadai! Puak pembangkang telah mengeluarkan gambar yang dikatakan anak lelaki dan perempuan Dr Fadzilah Kamsah yang tidak menutup aurat serta berposing bergambar yang dilihat tidak islamik.

Persoalannya adakah benar gambar yang di dakwa itu benar benar gambar anak Dr Fadzilah? Kalau kebenarannya tidak dapat dipastikan maka buat apa la nak tabur fitnah dan mengaibkan Dr Fadzilah Kamsah sekeluarga?

Salah Dr Fadzilah Kamsah menyatakan kebenaran yang telah digariskan oleh agama?

Bagi mereka siapa jua yang tidak bersama mereka adalah musuh! siapa jua yang menolak ajaran sesat mereka adalah lawan...!

Video Di bawah buat Puak PAS panas terbakar  URL: http://youtu.be/t69sQNE-zD0