Friday, March 1, 2013

Senarai Pewira Negara Yang Terkorban Dan Cedera Dalam Mempertahankan Kedaulatan Negara


Gambar salah seorang dipercayai anggota komando VAT69 yang terkorban di Lahad Datu - Gambar bersama keluarga


Kemaskini..

Al-Fatihah dan takziah kepada keluarga dua pegawai Komando 69 PDRM iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud yang terkorban dalam pertempuran dengan pasukan penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah pagi tadi.

Semoga anggota lain yang cedera iaitu Koperal Azman B. Ampong, Koperal Mohd. Tarmizi Hashim dan Koperal Mohd. Qaiyum Afzal Zulkifli agar segera sembuh daripada kecederaan yang ditanggung mereka kesan daripada pertempuran tersebut.

Sesungguhnya jasa mereka semua mempertahankan negara, agama dan bangsa tercinta daripada pihak musuh yang durjana ini tidak dapat diukur dengan ayat dan kata-kata.

Senarai nama anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di tangan dan kaki) ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).

Pertempuran Lahad Datu, Si Bangsat Kit Siang Dan Tian Chua Menghina Angota Polis Yang Terkorban!


Terlebih dahulu marilah kita sama-sama sedekah al-fatihah kepada Dua angota komando polis yang terkorban setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Terbaru sibangsat Lim Kit Siang telah memperlekehkan usaha pasukan keselamatan. Bahkan beliau mendakwa, kematian dua orang anggota polis yang telah terkena mortar lanun-lanun Sulu berkenaan, sebagai Amat memalukan.

Kit Siang mencemuh kematian dua orang anggota polis tersebut yang menurutnya tidak seharusnya berlaku kerana PDRM menikmati pelbagai kemudahan serta logistik.


Naib Presiden PKR, Tian Chua pula lebih bangsat apabila menyatakan bahawa pertempuran di Lahad Datu itu merupakan satu lagi SANDIWARA UMNO dan BARISAN NASIONAL untuk menutup cerita KAD PENGENALAN BIRU dan PENDATANG ASING.

Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.

“Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.

“Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.

Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.

Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini.

Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.(www.keadilandaily.com)


Amat memalukan apabila ada dua pemimpin yang bangsat macam ni! Perbuatan terkutuk mereka ini harus dikecam dan sepatutnya mereka tak purlu mengeluarkan kenyataan seperti ini.

Kit Siang dan Tian Chua perlu memohon maaf secara terbuka kerana telah menghina angota polis yang telah terkorban dalam mempertahankan negara Malaysia!

Insiden Lahad Datu Tamat, KPN Adakan Sidang Akhbar


Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DPA) Raul Hernandez berkata pencerobohan sekumpulan pengikut sultan Sulu di Sabah sudah tamat, lapor akhbar The Philippine Inquirer.

Hernandez memberitahu satu sidang akhbar bahawa duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim bertemu dengan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert Del Rosario di Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) untuk memaklumkanbahawa pihak berkuasa Malaysia telah menyerang kampung tempat kumpulan penceroboh Sulu itu berkubu.

Memetik laporan yang diberikan oleh duta Malaysia, Hernandez berkata 10 pengikut sultan Sulu telah menyerahkan dari.
Beliau juga berkata tiga orang terbunuh – dua anggota polis Malaysia dan pemilik rumah di mana adik sultan, Azzimudie Kiram tinggal.

Hernandez berkata DFA sedang mengesahkan dakwaan sultan Sulu di Manila bahawa 10 pengikut terbunuh dalam kejadian tersebut.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, polis akan mengadakan sidang media di Lahad Datu kira-kira 5 petang ini berhubung operasi pasukan keselamatan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.


Hernandez berkata DFA sedang mengesahkan dakwaan sultan Sulu di Manila bahawa 10 pengikut terbunuh dalam kejadian tersebut.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, polis akan mengadakan sidang media di Lahad Datu kira-kira 5 petang ini berhubung operasi pasukan keselamatan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Sehingga kini dilaporkan dua komando polis terkorban dalam serangan mortar oleh kumpulan Filipina itu manakala dua lagi cedera.

Wartawan telah diarahkan keluar dari lokasi kejadian atas sebab keselamatan.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu Bernama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telahpun berada di Sabah.

Dua Komando Malaysia Dan 10 Pemberontak Sulu Dipercayai Maut


Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Jumlah individu yang maut atau cedera dalam insiden tembakan balas di antara pihak keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu dipercayai meningkat.

Selepas laporan pertama yang melaporkan dua pengikut Sulu terbunuh dan tiga anggota polis Malaysia cedera, maklumat yang diperoleh dari Kampung Tanduo di sini mendakwa sekurang-kurangnya 10 lelaki Sulu bersenjata mati dan empat lagi cedera.

Wartawan di pintu masuk Felda Sahabat 17 menuju ke Kampung Tanduo melihat dua mayat diusung menaiki jip oleh kakitangan perubatan pasukan keselamatan Malaysia.

Keluarga Sultan Kiram mengesahkan di Manila bahawa sekurang-kurangnya 10 anggotanya maut manakala empat lagi cedera.

Sejak itu, pelbagai laporan mengenai bilangan individu yang cedera atau maut mula tersebar.

Lahad Datu: Dua Komando Polis Maut Terkena Serangan Mortar


LAHAD DATU - Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.


Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

-Bernama

Mereka (Penceroboh) Melepaskan Tembakan Kearah Kita - Hishammuddin


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan berlaku tembakan di kawasan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah jam 10 pagi tadi tetapi dimulakan pihak penceroboh.

Beliau berkata, pasukan keselamatan Malaysia tidak memulakan sebarang insiden tembakan.

“Saya mengesahkan bahawa pasukan kita tidak melepaskan sebutir tembakan pun tetapi menerima tembakan pukul 10 pagi ini,” katanya.

(Lahad Datu – I confirm that our security forces have not taken a single shot but were shot at 10am this morning!- Hishamuddin Hussein).

Hisahmmuddin bagaimanapun mengesahkan keadaan masih terkawal.


Pada 12 Februari lalu, lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu dengan sebuah bot.

Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai tentera diraja Sultan Sulu dan enggan warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.

Mereka berkampung di Lahad Datu sejak dua minggu lepas. Sebahagian daripada mereka memiliki senjata berat.