Saturday, March 2, 2013

DS Najib Iringgi Jenazah Perwira Negara


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya memberikan penghormatan terakhir.

Jenazah anggota polis komando Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabaruddin Daud, 46, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu.

Jenazah kedua-dua Allahyarham diberi penghormatan terakhir semasa ketibaan.





Jenazah Perwira Negara Selamat Tiba Di Pangkalan TUDM Subang




Pesawat tentera TUDM yang membawa jenazah dua perwira negara tiba di pangkalan TUDM Subang.



Terdahulu Suasana pilu menyelubungi pangkalan TUDM ketika orang ramai menunggu ketibaan jenazah dua anggota polis Komando itu dari Tawau.

Isteri Inspektor Zulkifli Mamat, Noraziah Noor yang dibawa menggunakan kerusi roda kelihatan sayu dikelilingi oleh ahli keluarga manakala isteri Koperal Sabaruddin Daud, Noranisa Abu Bakar terdiam sebaik saja polis dan media mula berkumpul di Pangkalan TUDM.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya turut memberikan penghormatan terakhir.

Amat Memalukan, Hanya 60 Orang Dengar Ceramah Pembangkang



ALOR SETAR, Pembangkang di Kedah kelihatan semakin ditinggalkan penyokongnya apabila sambutan untuk majlis-majlis ceramah mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin dingin, termasuk ceramah yang diadakan di Taman Saga, dekat sini malam tadi.

Kehadiran lima penceramah termasuk Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri, Datuk Dr. Ismail Salleh ternyata masih belum mampu menarik minat orang ramai apabila hanya kira-kira 60 orang sahaja menghadiri ceramah tersebut.

Dalam ceramah hampir tiga jam itu, mereka cuba menggambarkan bahawa Barisan Nasional (BN) adalah seburuk-buruk kerajaan termasuk tuduhan rasuah dan amalan kronisne yang kononnya tidak berlaku dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang.

Dr. Ismail umpamanya, mendakwa negeri di bawah pakatan pembangkang lebih cekap diurus tadbir berbanding semasa di bawah kerajaan BN.

Namun beliau yang juga Exco kerajaan negeri tidak pula menggunakan pentas ceramah itu untuk menjelaskan isu status kewangan Kedah yang didakwa menanggung beban hutang mencecah RM3 bilion iaitu tertinggi sejak pakatan pembangkang menerajui negeri ini.

Utusan