Thursday, March 7, 2013

PM Akan Ke Lahad Datu Hari Ini


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan berada di Sabah bagi memantau Ops Daulat yang dilancarkan sejak tiga hari lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kedatangan Perdana Menteri ke lokasi pertempuran adalah bagi memberi semangat kepada anggota polis dan tentera yang terbabit dalam operasi berkenaan.

“Beliau juga ingin melihat sejauh mana kemudahan logistik dan beberapa peralatan yang digunakan. Selain itu, Perdana Menteri akan meninjau kebajikan anggota keselamatan bagi menyuntik semangat mereka,” katanya pada sidang media bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di sini, sebentar tadi.

Tembak Menembak Kedengaran di Kampung Tanduo Pagi Ini



Lahad Datu - Kejadian tembak-menembak dilaporkan berlaku di Kampung Tanduo kira-kira pukul 9.15 pagi ini.

Bagaimanapun, sebarang kematian atau kecederaan belum dapat disahkan.

Dua buah jet pejuang F-18D berlegar di udara pada pukul 7.30 pagi ini di sekitar kawasan pencerobohan di sini.

Pada pukul 8.30 pagi ini pula, pihak keselamatan melepaskan tembakan daripada kereta perisai APC Condor.

Berita terdahulu: Lautan, Darat Telah Dikepung...

Pertempuran Lahad Datu: Jet Pejuang Dilihat Berlegar-Legar Di Udara... Manakala Lautan, Darat Telah Dikepung...

Lahad Datu: Beberapa jet pejuang dilihat terbang di sekitar Felda Sahabat kira-kira pukul 8.35 pagi Khamis.

Pesawat dipercayai menuju ke arah Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di mana lelaki bersenjata Sulu telah terbabit dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.


Lautan, darat dikepung sekat bekalan makanan musuh

Laporan Bernama: Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihak keselamatan turut menangkap penceroboh yang cuba masuk dan keluar daripada Kampung Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan.

"Kita telah mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan laut, kita telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita telah mengadakan kepungan di lautan dan di darat.

"Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak keluar, kita berjaya menangkap mereka," katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, di sini hari ini.

Penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu yang berkubu di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu dikepung pihak keselamatan negara sejak 12 Februari dalam usaha kerajaan menyelesaikannya secara aman. Namun, pada 1 Mac kumpulan terbabit menyerang pihak keselamatan yang mengorbankan dua anggota polis komando VAT 69 dan sehari selepas itu enam lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap di sebuah perkampungan di Semporna, juga angkara kumpulan penceroboh.

Mengenai kumpulan penceroboh yang dipercayai menyamar sebagai orang awam susulan tindakan ofensif pihak keselamatan kelmarin, Hamza berkata pihaknya mengadakan kepungan di Kampung Tanjung Batu bagi memastikan tiada orang awam di situ sebelum serangan dilakukan.

"Kalau ada jalan keluar pun, 'the only way out' ialah ikut jalan laut. Bagaimanapun, saya tidak menafikan (wujud cabaran) kerana kita berhadapan dengan manusia, jadi masing-masing ada tipu helah," katanya.

Berhubung penahanan empat suspek lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, Hamza berkata polis masih menyiasat sejauh mana penglibatan suspek dengan kumpulan berkenaan.

Siapa Bekal Senjata Canggih Kepada Penceroboh Lahad Datu?


Untuk menjawab soalan di atas, mungkin kita perlu melihat kepada kenyataan Presiden Filipina, Benigno Aquino beberapa hari lepas bahawa wujud petanda dan bukti-bukti jelas pencerobohan di Lahad Datu adalah satu konspirasi.

(klik sini untuk membaca berita lengkap Mynewshub.my berhubung dakwaan itu)

Ini kerana jelas beliau, tidak mungkin Jamalul Kiram mempunyai kemampuan kewangan untuk melaksanakan operasi pada skala itu.

Aquino dilaporkan berkata, Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kurangnya 100,000 Peso (RM7,611) sekiranya mahu menyewa satu bot besar bagi membawa pasukannya ke Lahad Datu

Beliau berkata, keluarga Kiram menggunakan dua bot besar dan sebuah bot laju untuk membawa pengikut mereka ke Sabah. Justeru dari mana mereka mendapat wang yang banyak untuk menyewa bot-bot berkenaan?

Aquino dengan nyata menzahirkan Jamalul Kiram tidak mampu membiayai operasi seperti itu.

Malah katanya, Jamalul Kiram yang menghadapi masalah buah pinggang, terpaksa menerima sokongan kewangan dari Philippine Charity Sweepstakes Office (PCSO) untuk melakukan rawatan dialisis dengan kerap.

“Dana untuk makanan, wang yang ditinggalkan, kumpulan yang disepadukan, kritikan yang senada, semuanya berarah kepada satu konspirasi,” katanya dalam satu sidang media di Manila.

Aquino menegaskan beliau bukan bercakap tanpa bukti dalam tuduhannya bahawa wujud konspirasi dalam isu pencerobohan di Sabah.

Kini, jom kita lihat kepada satu lagi aspek dalam kes di Lahad Datu iaitu jumlah senjata canggih dan mahal yang dimiliki oleh pengikut Kiram, yakni seorang tua yang perasan dirinya sultan tetapi perlu mendapatkan bantuan kerajaan Filipina untuk rawatan dialisis.

Sumber memberitahu, antara senjata milik pengganas yang dikesan di Lahad Datu ialah;

M-16

M-14 – Rifle untuk penembak tepat

Light Machine Gun – LMG

General Purpose Machine Gun – GPMG

M203 – grenade launcher

AK47

Rocket Propelled Grenade – RPG (Anti kereta kebal)

Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan)


Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan.

Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).

Harga senjata adalah berdasarkan jenis dan aksesori tambahan pada senjata berkenaan.

Malah, jika mengikut gambar dan maklumat sebelum ini, kumpulan Kiram juga dipercayai memiliki FN FNC Para Carbine. Mereka juga dipercayai memiliki senjata-senjata yang dihasilkan sendiri.

Secara keseluruhan, dianggarkan seramai 180 pengganas memasuki Lahad Datu 4 minggu yang lalu dan jumlah senjata mereka tidak dapat dipastikan dengan tepat.

Gambar utama di atas memperlihatkan kumpulan Kiram III yang diambil pada Oktober tahun lalu dan senjata yang dimiliki mereka.

Mynewshub

Lahad Datu: Video Pengganas Sulu Ditawan


Operasi polis di Kampung Airport Semporna... Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lalu.

Pengganas berusia lingkungan 20-an hingga 50-an.

Operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna.

Pengganas menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna. Selain daripada itu mereka turut mencuri pakaian dan lain keperluan milik penduduk tempatan.

Operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.


Tawaran 5 Ribu Untuk Tampar Muka Tian Chua Bangsat


Seorang rakyat Malaysia yang juga merupakan penulis bebas hari ini menawarkan wang tunai 5 ribu ringgit kepada sesiapa saja yang sanggup menampar muka Naib Presiden PKR, Tian Chua. Selain itu, 50 ribu ringgit juga ditawarkan kepada sesiapa yang boleh membawa balik kepala Ketua Penceroboh yang bertanggungjawab di Sabah.

Tawaran berkenaan dibuat melalui blog http://satdthinks.blogspot.com. Penulis berkenaan juga menetapkan syarat supaya menyertakan rakaman video kepada sesiapa yang mahu menuntut wang ganjaran berkenaan.

Tian Chua kini menjadi sasaran kemarahan rakyat Malaysia apabila menuduh anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu ketika menentang penceroboh sebagai sandiwara dari pihak Umno. Tian Chua juga menyifatkan pencerobohan di Sabah tersebut adalah taktik kerajaan BN untuk melengah-lengahkan Pilihanraya Umum yang ke 13.

Tian Chua sehingga kini masih belum meminta maaf kepada pihak yang dituduhnya melainkan dia menganggap kenyataannya telah disalah tafsir dan difitnah oleh media perdana.

Setakat ini, beratus-ratus laporan Polis telah dibuat oleh rakyat Malaysia terhadap Tian Chua berkenaan kenyataan celuparnya. Selain itu, rakyat Malaysia menerusi NGO dan pertubuhan bebas juga mengadakan demonstrasi bagi mendesak kerajaan menghukum Tian Chua serta Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai Pengkhianat Negara. -MPP News