Friday, March 8, 2013

Kebodohan Tian Chua Turut Diiktiraf PAS


Tindakan ahli Pas yang membuat laporan terhadap kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Batu itu turut tidak dipersetujui oleh rakan Pakatan Pembangkang, kerana dilihat sebagai satu kenyataan yang tidak mempunyai semangat patriotik dan menghina dan memperlekehkan anggota keselamatan negara.

Beratus laporan terhadap Naib Presiden PKR itu termasuklah dari parti Pas cukup untuk membuktikan, kenyataan biadap Tian Chua itu tidak dapat diterima oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama, demikian kata Pengerusi Barisan NGO Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar.

“Kenyataan Tian Chua yang menganggap tragedi berdarah itu hanya sandiwara UMNO adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal. Saya hairan bagaimana Tian Chua berfikir. Apakah beliau anggap apa yang berlaku di Sabah itu seumpama filem hollywood yang boleh dirancang mengikut skrip?

“Berdasarkan kenyataan beliau, kita lihat bagaimana pemikiran beliau penuh sarat dengan politik kebencian semata-mata. Begitu taksub beliau berpolitik, sehinggakan tragedi yang telah mengakibatkan lapan anggota keselamatan terkorban pun dianggap sebagai perkara main-main,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, kenyataan mengarut daripada Tian Chua membayangkan sikap taksub dan totok dalam berpolitik sehingga segala perkara yang berlaku di dalam negara dianggap angkara UMNO dan Barisan Nasional

“Ia memperlihatkan betapa jumud dan dangkalnya pemikiran pemimpin pembangkang sehingga tidak tahu membezakan isu politik kepartian dan isu keselamatan negara. Apa yang mereka tahu hanyalah untuk memburukkan negara dan kerajaan sehingga negara isu negara diceroboh pun mahu dijadikan modal politik mereka,” ujarnya.

Beliau juga yakin, hari ini rakyat dapat melihat dengan jelas bagaimana sikap pemimpin pembangkang seperti Tian Chua yang langsung tidak mempunyai semangat patriotik dan menganggap kematian anggota keselamatan dalam mempertahankan negara hanya sebagai satu sandiwara politik.

“Untuk pengetahuan Tian Chua, kerajaan BN ataupun UMNO tidak akan sanggup bermain politik sehingga menggadaikan maruah negara atau menggugat keselamatan negara. Selama ini di bawah pemerintahan kerajaan BN, keharmonian, kemakmuran dan keamanan dinikmati oleh semua rakyat di negara ini termasuk pemimpin, ahli dan penyokong pembangkang sendiri.

“BN bukanlah seperti pembangkang yang terlalu totok berpolitik sehingga sanggup untuk memburuk-burukkan negara sendiri, sanggup menipu rakyat dengan melakukan adegan mati olok-olok seperti yang mereka buat ketika perhimpunan bersih dan giat menabur fitnah di dalam negara sehingga menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat di negara ini,” tegasnya.

Umno-Online

Kronologi Selepas Hari Ketiga Pencerobohan Pengganas Sulu

Berikut adalah kronologi selepas hari ketiga Op Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu, Sabah:

Sebuah helikopter Nuri berlepas dari Kolej Integrasi Ilmu berhampiran Kampung Tanduo, lokasi pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Lahad Datu.

5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh bersenjata Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di sekitar kampung itu.

5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

Anggota Polis dari Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) membawa dua suspek yang berjaya ditahan ketika "Ops Daulat" di sebuah ladang sawit di sini. Dalam operasi itu polis berjaya menahan empat lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh untuk di soal siasat.

5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu sidang akhbar operasi susulan dan penggeledahan diteruskan kerana percaya masih ada musuh di kawasan itu.

6 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara sahkan kumpulan penceroboh mula menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan gambar anggota pengganas Sulu yang mati dalam "Ops Daulat" pada sidang media di Felda Beach Resort di sini. Turut sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan). Sebanyak tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu.

6 Mac (4 petang) - Hari kedua Op Daulat: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota kumpulan penceroboh ditembak mati dan sembilan mayat ditemui di dalam lubang di kawasan ladang dekat Kampung Tanduo.

6 Mac - Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas di dalam sebuah lubang.

6 Mac - Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Al-Haj Murad Ebrahim mengakui kumpulan pemberontak terbesar di Filipina itu tidak terlibat dalam konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di timur Sabah.


6 Mac (6 petang) - Berlaku tembak menembak antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pada kira 4.15 petang semasa operasi susulan dan penggeledahan.

7 Mac (7 pagi) - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan di darat untuk mengekang bekalan makanan dan persenjataan sampai kepada pihak musuh.

7 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah dan bertemu pemimpin masyarakat kaum Suluk di Tawau; turut menyatakan kerajaaan tidak sangsi terhadap kesetiaan etnik itu berikutan insiden pencerobohan tersebut.

7 Mac (15.50 petang) Perdana Menteri mengumumkan pada sidang media di Felda Sahabat pembentukan Kawasan Keselamatan Khas di pantai timur negeri ini, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika tiba di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) dekat sini.

- Najib berkata penceroboh Filipina di Sabah perlu letak senjata tanpa syarat sebelum tawaran gencatan senjata dipertimbangkan.

- Najib umum tambahan lima batalion anggota pasukan keselamatan untuk ditempatkan di kawasan keselamatan khas di timur Sabah.

- Najib berkata Op Daulat akan diteruskan sehingga penceroboh di Sabah meletakkan senjata tanpa syarat.

- Perdana Menteri beri amaran kepada mana-mana pihak jangan pandang ringan iltizam rakyat dan kerajaan mempertahankan bumi Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia selama-lamanya.

7 Mac (5.30 petang) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang musuh terbunuh dalam Op Daulat di Tanjung Batu semalam manakala 31 lagi, termasuk seorang berpangkat jeneral terbunuh hari ini.


7 Mac - Sehingga pukul 7 petang, seramai 52 penceroboh maut sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna.
-Mstar

Bicara Jamalul Kiram III di Malaysia, Tegas Pemuda Umno


Pemuda Umno hari ini menggesa supaya Jamalul Kiram III, dibicarakan di negara ini atas dakwaaan mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun kerajaan Filipina mungkin akan mengambil tindakan terhadap kumpulan penceroboh itu, namun tindakan juga perlu diambil terhadap dalang insiden itu.

Jamalul Kiram III

"Bagi kita ini satu kesalahan di sisi undang-undang negara. Saya harap kerajaan akan dapat melakukannya dan kerajaan Filipina bersetuju (untuk mengektradisi) atas dasar rakan Asean.

"Dari segi politik, kita perlu tunjuk, sesiapa sahaja yang menjadi penceroboh perlu dibawa ke muka pengadilan. Pemuda Umno tidak akan berkompromi dalam soal kedaulatan negara," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mewakili Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan Baucar Buku 1Malaysia di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di sini.

Khairy juga menggesa Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan terhadap mana-mana individu termasuk ahli politik yang menuduh insiden pencerobohan itu sebagai sandiwara atau mempersoal tindakan yang diambil pasukan keselamatan negara dalam menangani kumpulan penceroboh itu.

Sejak isu pencerobohan kumpulan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Lahad Datu Jumaat lalu dan enam dalam serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna sehari kemudian.

Selasa lepas, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan pesawat pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan itu. - Bernama

Thursday, March 7, 2013

RPK Dedah Surat Rahsia Tentang Wan Azizah


Menulis di laman web malaysia-today.net, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan sepucuk surat tentang Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Pendedahan tersebut di lakukan semalam.

Surat yang disiarkan RPK ditulis oleh MOHD FAREEZ KAMAL INTIDZAM, nombor kad pengenalannya 890625-10-5273 berjawatan sebagai Setiausaha Politik Zuraida Kamaruddin.

Ditulis pada 4 Mac, ditujukan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan salinan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Dalam surat bertulis tangan itu, penama memohon campur tangan Presiden Pas agar menasihati Wan Azizah supaya berundur dari jawatan Presiden PKR menjelang Plihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Penama turut mendedahkan Wan Azizah mempunyai sikap pelik terhadap dirinya, iaitu cemburu apabila dia dilihat rapat dengan Anwar. Nurul Izzah Anwar juga mempunyai sikap yang sama seperti ibunya.

Menurut kata RPK “Adakah ini langkah Azmin atau kes liwat III?,”

RPK beranggapan surat tersebut mempunyai dua maksud iaitu pertama, langkah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berpakat dengan kroninya, Zuraida Kamaruddin untuk menamatkan karier politik Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah.

Atau, kedua berlaku sekali lagi kes liwat III, selepas kes liwat II membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kes liwat I membabitkan Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan Samsitaat Madja.

“Walau bagaimanapun, surat ini nampaknya adalah satu cubaan untuk menjatuhkan kem Anwar keseluruhan - ayah, ibu dan anak perempuan.

“Mari kita lihat, apa perkembangan selanjutnya, dalam tempoh beberapa jam berikutnya sebelum kita dapat membuat satu kesimpulan”, kata RPK lagi.

Nampaknya semakin menarik PRU 13 kali ini... Demi kuasa... duduk dalam satu kem pun sempat main tikam belakang lagi tuh!...

Opsss jangan sebut tikam belakang! Anwar sensitif... meh petik ayat Anwar "Saya sudah saman TV3 dan Utusan...you ulang....saya saman you pula,"

Insiden Lahad Datu Pamer Belang Anwar


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghidu peluang untuk menjadi tumpuan media apabila bingkas membidas kerajaan kerana kononnya lambat bertindak terhadap pencerobohan di Sabah.

Beliau menyelar kerajaan kerana kononnya membiarkan isu itu berlarutan begitu lama sebelum tindakan ketenteraan diambil.


Responnya untuk menyemarakkan api kebencian yang ditanam pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN) memang sudah dijangka. Beliau Ketua Pembangkang dan cukup benci kepada BN.

Dalam sekelip mata, Anwar membelakangkan segala realiti tanggungjawab yang terpaksa digalas oleh kerajaan dan pasukan keselamatan sejak hari pertama segerombolan bersenjata menceroboh masuk perkampungan pantai di Lahad Datu.

Sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar seharusnya arif tentang susur galur dan adab sopan menyelesaikan konflik bersenjata menerusi usaha diplomatik sebelum tindakan ketenteraan diambil.


Rundingan dengan penceroboh berketurunan Sulu diusahakan oleh kerajaan Malaysia dan Filipina menerusi saluran-saluran diplomatik.

Tujuan utamanya sudah tentu adalah untuk memastikan tidak ada pertumpahan darah berlaku.

Putrajaya mengambil pendirian awal untuk tidak terlalu bingkas menggelar penceroboh berkenaan sebagai pengganas, tetapi sebagai satu kumpulan bersenjata yang menyimpan rasa tidak puas hati kerana didakwa dipinggirkan oleh Manila.

Malah PAS sendiri mengaku mereka ini bukan pengganas al-Qaeda atau Jemaah Islamiyah.

Naib Presidennya Husam Musa dipetik dalam Harakah sebagai berkata kumpulan ini keturunan Sulu ada susur galurnya daripada keturunan Nabi Muhammad saw. Mereka terkenal dengan amalan Islam, kata beliau.

Jadi kenapa Anwar menganjurkan supaya kerajaan Malaysia cepat-cepat mengambil tindakan ketenteraan terhadap “golongan beriman” ini?

Sayang, Husam tidak mengupas persoalan itu dalam ceramahnya di Ketereh tiga hari lalu.

Anwar gelojoh mahu salahkan kerajaan, ATM

Realitinya ialah, Putrajaya mengambil kira segala pertimbangan, risiko di dalam dan di luar acuan diplomatik. Rundingan dijalankan tanpa putus-putus supaya kumpulan berkenaan menyerah diri dan kembali ke Filipina.

Ketika rundingan sedang berjalan, respon Anwar adalah untuk menengking kerajaan kerana kononnya tidak mempertahankan kedaulatan negara.


Anwar melakukan provokasi, mencabar kerajaan mengambil tindakan ketenteraan tanpa menerokai segala ruang diplomasi.

Semalam Anwar membariskan seorang bekas jeneral Tentera Darat (kini pengikut PKR) untuk membayangkan seolah-olah tentera darat yang ada sekarang tidak bermaya.

Tan Sri Mat Hashim Hussein dengan angkuh menyimpulkan bahawa pencerobohan di Lahad Datu tidak patut dipanjangkan kerana insiden di Kampung Sauk, Perak beberapa tahun lalu dapat diatasi dalam empat hari.

Semua kenyataan Anwar dan sipolan-sipolannya seperti Hashim bertujuan memburukkan Barisan Nasional dan mencabar integriti ATM sendiri.

Kerana apa...kerana pilihan raya umum makin dekat dan kenyataan-kenyataan sedemikian boleh mendapatkan undi untuk PKR. Itu perkiraan Anwar.

Ini belum lagi diambil kira kenyataan Naib Presiden PKR Tian Chua yang berkata pencerobohan itu adalah “drama” yang didalangi oleh BN.

Tuduhan itu membawa maksud parajurit dan anggota polis sanggup menjadi sebahagian daripada drama yang akhirnya menyaksikan lapan anggota polis terbunuh.

Tidak ada sesiapa yang menafikan bahawa usaha diplomatik untuk menyelesaikan pencerobohan di Lahad Datu gagal.

Pembangkang ghairah mahu raih sokongan

Namun kegagalan itu sendiri tidak bermaksud kerajaan melakukan kesilapan kerana bertekad dahulu untuk menyelesaikan konflik itu secara aman.

Tidak dinafikan pencerobohan itu membabitkan isu-isu kedaulatan negara.


Tetapi ia juga melibatkan keamanan jangka panjang di rantau ini yang secara langsung membabitkan nasib pelbagai suku kaum dan puak bertelagah di selatan Filipina yang dahagakan keamanan.

Jika dalil Anwar adalah bahawa dalam isu kedaulatan, tindakan tentera mesti diambil secepat mungkin, maka haruskah Putrajaya memberi arahan untuk menembak jatuh pesawat-pesawat pejuang Singapura yang saban kali bolos ke ruang udara Johor?

Tentunya Anwar akan kata tidak. Jadi kenapa beliau dan pimpinan PKR begitu ghairah mengecam Putrajaya kerana kononnya lambat mengambil tindakan ketenteraan terhadap kumpulan bersenjata dari Sulu ini?

Bukankah beliau juga pada satu masa dulu mendokong prinsip mengutamakan penyelesaian damai dalam mana-mana konflik dan sebarang tindakan kekerasan menjadi opsyen terakhir?


Anwar sering dituduh sebagai mengkarung (chamelon) yang berubah-ubah warna untuk disesuaikan dengan keadaan.

Penulis mengandaikan jika tindakan ketenteraan telah diambil lebih awal di Lahad Datu, Anwar yang pertama akan tampil dan menuduh kerajaan bertindak tergesa-gesa.

Ini belang seorang Ketua Pembangkang yang menilai sesuatu mengikut untung rugi politik kepada agenda peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri.

Baginya, tidak mengapa jika beliau dan pengikut-pengikutnya termasuk bekas-bekas tentera dan Tian Chua meremehkan pasukan polis dan tentera, asalkan tindakan itu menguntungkan PKR pada PRU 13.

Jeneral Pengganas Sulu Terbunuh, Kematian Pengganas Meningkat 52 Orang



Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang dibunuh dalam Op Daulat sehingga kini ialah seramai 52 orang.

Menerusi sidang media pada petang Khamis, Ismail berkata anggota keselamatam berjaya menembak mati seramai 31 lagi pengganas bersenjata dalam operasi mopping-up yang dijalankan pada Khamis.

Menurut Ismail, kesemua 52 musuh yang dibunuh itu termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini.

Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah.