Friday, March 8, 2013

Saiful Bukhari Bidas Permainan Jijik Anwar!


Berikut adalah kenyataan Media Saiful Bukhari...

Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita bapa saya. Saya sedih bapa saya jadi mangsa kerasukan politik makhluk bernama Anwar Ibrahim.

Demi Allah, agama, bangsa, negara tercinta saya tegaskan tidak sama sekali berganjak dengan dakwaan saya.

Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya dan segala keterangan saya di mahkamah juga sumpah lakhnat yang telah saya lafazkan sehingga akhir hayat.

Anwar Ibrahim bertaubatlah. Saya telah lima tahun bertahan dan berdiri teguh walau sukar, saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan.

Sungguh terdesak dan jijik sekali. Saya beri amaran pada Anwar, jangan babitkan bapa saya untuk putar-belit keadaan.

Saya percaya isu sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu pengkhianat negara yang sedang berlaku.

Saya berdoa Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali ke jalan Allah, pertahankan anak kandungnya yang menjadi mangsa.

Sebagai anak, kasih sayang dan hormat kepada ayah akan kekal sehingga akhir hayat.

Pada rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar.

Kedaulatan negara sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu. Sudah ramai perwira kita yang terkorban, marilah berdoa dan pertahankan.

Didalam sidang media tersebut juga Saiful berharap Anwar Ibrahim bertaubat dan jangan pergunakan keluargannya demi kerakusan untuk menjadi Perdana Menteri.

"Bertaubat dari terus meliwat anak muda dan saya sendiri minta Anwar Ibrahim jangan gunakan wang ringgit bagi membeli keluarga saya" kata saiful.

Wakil Rakyat Lahad Datu Mahu Tian Chua Diharam Masuki Sabah


Lahad Datu - Seorang wakil rakyat Sabah menggesa kerajaan negeri mengharamkan kemasukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua ke negeri itu kerana mendakwa pencerobohan militan Filipina di Kampung Tanduo adalah sandiwara Umno.

Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Nasrun Datu Mansur berkata kenyataan Tian Chua itu adalah fitnah dan menggambarkan pemimpin pembangkang terbabit langsung tidak menghargai nyawa manusia.

"Kita tidak mahu dia bawa budaya songsang ke negeri ini dan kita berharap dia tidak dibenarkan pijak kaki di Sabah sampai bila-bila," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Tian Chua di Balai Polis Lahad Datu, di sini hari ini.

Nasrun yang juga Ketua Umno Bahagian Silam, berkata rakyat pelbagai suku kaum di negara ini, khususnya di Sabah, harus menolak individu yang membawa budaya asing dan biadab.

Mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan lima daerah di pantai timur Sabah sebagai kawasan keselamatan khas, Nasrun berkata pengumuman itu amat dinantikan oleh penduduk Lahad Datu.

"Inilah jawapan yang kita tunggu-tunggu. Kawalan keselamatan ketat sangat perlu di sini kerana melibatkan kawasan pantai yang luas," katanya.

Semalam, Najib mengumumkan Lahad Datu, Tawau, Semporna, Sandakan dan Kudat sebagai Kawasan Keselamatan Khas dengan Lahad Datu sebagai pusat kawalan. - Bernama

"Bapak Dipergunakan" - Saiful Bukhari


Ini pesanan masej yang disampaikan oleh Saiful Bukhari tengahari tadi "Bapak dipergunakan, saya tetap istiqamah dan tidak sesekali berganjak dan juga tidak mahu melatah... Salam buat rakan-rakan lain..."

Saiful juga berkata beliau akan membuat tindakan selanjutnya...

Berita mengejut diterima apabila bapa Saiful, Azlan Lazim membuat sidang media 'korner baring' yang mendakwa anaknya telah dipergunakan untuk kenakan Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.

Yang menjadi persoalan sekarang ini siapa yang diliwat Anwar? Saiful atau Azlan?

Dakwaan konspirasi UMNO tidak langsung menghalalkan apa yang Anwar lakukan terhadap Saiful. Sungguhpun ianya berlaku secara suka sama suka seperti mana diungkapkan olehKarpal Singh semasa proceeding mahkamah, apa yang penting rakyat negara ini layak mendapat seorang perdana menteri yang tidak membuat aktiviti terkutuk tersebut.


Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalu selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.

Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Perani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim seperti berikut:

“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Walau bagaimanapun Saiful Bukhari akan memberi tindakbalas dalam masa terdekat.

Lahad Datu: 71 Suspek Ditahan Suspek Pengganas


Pasukan keselamatan menahan 71 orang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Sulu di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, dekat sini, serta kejadian polis diserang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mereka ditahan sejak 12 Februari lalu hingga semalam.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan sama ada mereka benar-benar pengganas Sulu atau pihak yang membantu penceroboh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Ketua Polis Negara, Tan sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di sini, sebentar tadi. – BH

Kejam! Gambar Pengganas Sulu Penggal Leher Serta Cebisan Paru Paru & Hati Anggota Keselamatan Kita..!


Bukan untuk mengaibkan perwira negara yang telah terkorban tapi rasanya sudah tiba masanya untuk aku dedahkan kezaliman yang telah dilakukan oleh pihak pengganas! Mayat anggota polis yang ditemui telah dicacatkan dengan kejam oleh penganas bersenjata!

Dibawah laporan utusan:

Keadaan mayat salah seorang anggota polis yang dipenggal kepalanya ketika diserang hendap oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, baru baru ini. Bulatan atas, anggota badan manakala bulatan bawah, kepala - UTUSAN


Cebisan organ paru paru dan hati salah seorang anggota polis yang dibunuh kejam oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Sabah, baru baru ini - UTUSAN

Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Ceramah Anwar Cetus Pergaduhan - 5 Anggota Polis Cedera


Lima anggota polis cedera di kepala dibaling objek keras dipercayai oleh penyokong pembangkang dalam majlis ceramah yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Bukit Katil, melaka malam tadi.

Ketika kejadian, anggota polis itu cuba meleraikan ketegangan antara kumpulan penyokong pembangkang dan penyokong Barisan Nasional (BN) yang turut berkumpul bagi mendengar ceramah yang disampaikan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali.

Lokasi kedua-dua ceramah itu yang dihadiri kira-kira 500 penyokong pembangkang dan BN hanya dipisahkan dalam jarak kira-kira 50 meter.

Ketegangan itu meletus ketika Anwar dan Ummi Hafilda masing-masing sedang menyampaikan ceramah. Penyokong Anwar yang hadir dilihat melakukan provokasi terhadap penyokong BN.

Penyokong Anwar yang datang dari luar kawasan dikatakan melakukan provokasi melampau hingga tercetusnya pergaduhan.

Anggota polis dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapat rawatan.