Friday, March 15, 2013

Sekitar Sidang Media GEMPAK Pemuda!




Pembohongan demi pembohongan Pembangkag didedahkan oleh YB Khairy Jamaluddin dalam sidang media Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang (GEMPAK) #GEMPAK


Kepimpinan Pemuda BN memegang poster dan bahan-bahan yang akan diedarkan Gempak untuk diedarkan kepada rakyat di seluruh negara bagi menyedarkan masyarakat akan fitnah dan pembohongan yang telah dan akan dilakukan oleh pembangkang terhadap kepimpinan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-13









Berita selanjutnya selepas ini...

Azmin Ulang Taktik Lapok


Taktik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali membuat kenyataan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan dalam masa terdekat, bukan sesuatu yang baharu dan mengejutkan Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor

Malah bekas pemegang diari merah Anwar itu menyifatkan, tindakan seperti itu merupakan sesuatu yang biasa dilakukan Anwar serta konco-konconya bagi menarik simpati rakyat dengan menggambarkan diri mereka sebagai mangsa kezaliman.

"Ini memang taktik Anwar sejak dulu. Sebagai bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, saya dididik bagaimana untuk mendapat simpati orang ramai kerana menurut Anwar, orang Melayu mengundi berdasarkan emosi. Disebabkan itu, emosi mereka perlu dimainkan.

"Kini tiada isu yang mampu menarik simpati orang ramai kepada Anwar, jadi perkara ini ditimbulkan. Dikatakan beliau sebagai mangsa fitnah, tetapi siapa yang setiap malam memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor melalui siri-siri ceramah?

"Bagi yang tidak tahu, inilah sikap hipokrit Anwar yang sukar ditandingi sesiapa pun," kata Ezam kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Azmin seperti dilaporkan salah sebuah portal atas talian menjangkakan Anwar bakal ditahan dalam masa terdekat berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu.

'Anak emas' Ketua Pembangkang itu juga mendakwa, kerajaan sentiasa cuba menyalahkan Anwar terhadap segala masalah yang berlaku di negara ini namun tindakan untuk mengaitkannya dengan insiden di Lahad Datu merupakan sesuatu yang tidak masuk akal.

Ezam dalam pada itu mendakwa, pada waktu ini Anwar sememangnya mengharapkan agar beliau ditahan supaya elemen simpati itu dapat 'dimainkan' sepenuhnya menjelang pilihan raya akan datang.

"Laporan media luar yang mengaitkan pemimpin pembangkang dengan insiden di Lahad Datu menyebabkan mereka tertekan. Apatah lagi kini tiada isu yang kuat menyebelahi mereka, maka elemen simpati ini dilihat bakal memberi kelebihan.

"Disebabkan itu, Anwar pada ketika ini sememangnya berharap untuk ditahan. Apa pun kita perlu ingat keselamatan negara mengatasi segalanya dan siapa pun wajar ditahan serta dikenakan hukuman andainya risikan dan siasatan mendapati seseorang itu terlibat mengkhianati negara," katanya.

PI Bala Meninggal Dunia


Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini, kata peguam R Sivarasa.

Beliau menyiasat kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Kedua-dua naib presiden PKR N Surendran dan Subang MP R Sivarasa mengesahkannya.

"Saya dalam perjalanan saya ke hospital Sungai Buloh. Saya tidak mempunyai butiran lagi, "Sivarasa.

Balasubramaniam telah mengalami masalah jantung pada 5 Mac dan telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya.

Dalam akuan berkanun pertama, beliau telah dikaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya.

Beliau kemudiannya menarik balik dakwaannya itu dalam SD kedua, berikutan yang dia meninggalkan negara ini.

Sekembalinya beliau ke baru-baru ini, Balasubramaniam bersumpah pada buku Bhagavad Gita suci Hindu bahawa kandungan SD pertama beliau adalah benar.

Dua hari lepas, PI Bala berkata Altantuya tidak izinkan saya mati dulu...

Nota: Ingatan: lain kali jangan bercakap besar!

PRU 13: Rakyat Dapat Tanah Jika BN Menang Di Kelantan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan memberikan tanah kepada rakyat negeri ini sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menerajui kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau berkata, ia merupakan janji tambahan daripada tujuh perkara besar yang diumumkannya semasa melawat negeri ini pada Januari lalu.

"Pertama jangan bagi tanah kepada pemimpin DAP. Untuk apa bagi tanah pada pemimpin DAP, rakyat Kelantan dahagakan tanah, lebih 4,000 hektar tanah bagi kepada Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming, rakyat dapat apa?

"Salah satu janji tambahan, kita akan bagi tanah kepada rakyat Kelantan. Kita sebuah kerajaan kena buat yang terbaik untuk rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara hari ini.

Terdahulu Datuk Seri Najib umumkan 7 Janji Barisan Nasional Jika Menang di Kelantan

1. Membina Lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu
2. Membina stadium baru
3. Mengatasi masalah air
4. Membina 3,000 rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA)
5. Membina UiTM bandar Kota Bharu
6. Membina masjid negeri bernilai kira-kira RM50 juta
7. Menyediakan perkhidmatan bas Rapid Kota Bharu

Pemuda Lancarkan Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang (GEMPAK) Petang Ini


Rakan-rakan blogger serta penggiat alam maya di jemput hadir bersama-sama YB Khairy Jamaluddin dalam Sidang Media Ketua Pemuda UMNO Malaysia melancarkan Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang (GEMPAK) pada hari ini Jumaat 15 Mac 2013 jam 5.30 petang di Dewan Sri Endon, Tingkat 23, PWTC.

Juga kepada yang tidak berkesempatan saksi Live Streaming www.B1M.TV Sidang Media YB Khairy Jamaluddin serta melancarkan Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang (GEMPAK) dijangka keudara jam 6.00 petang.

Perang Khalid Ibrahim - Azmin Ali Semakin Hebat


Apakah PKR Selangor sedang bergolak? Ketua Perhubungannya, Azmin Ali, nampaknya tidak dapat mengawal keadaan dalam parti itu. Beliau langsung tidak tahu bahawa kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah menentukan bila hendak bubarkan Dewan Undangan Negeri.

Ini memusykilkan. Azmin bukan sahaja mengetuai PKR Selangor, malah beliau juga adalah Pengarah Pilihanraya PKR! Keadaan ini mengundang banyak persoalan. Adakah di pusingan akhir persiapan PKR menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 ini, kini berlaku perbalahan dalaman?


Di peringkat ini soal strategi amat penting. Ini termasuk isu bila mahu bubarkan dewan undangan negeri. Bagaimana boleh Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR membuat keputusan penting ini tanpa merujuk pada hiraki parti?

Azmin juga adalah Timbalan Presiden parti. Ini bermakna beliau tentu menganggotai Biro Politik PKR. Apakah dalam PKR ada Biro atau jawatankuasa lain yang menentukan perkara-perkara sensitif seperti bila hendak bubarkan Dewan Undangan Negeri?

Atau, adakah kerana di Selangor Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional adalah Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, maka pimpinan PKR berasa Azmin tidak setanding untuk menentukan strategi, maka keputusan muktamad diserahkan kepada Khalid tanpa pengetahuan Azmin?

Ini aneh. PKR sudah menetapkan bahawa sebagai Pengarah Pilihanraya parti, Azmin yang akan menentukan strategi apa dan bila hendak digunakan serta di mana. Kuasa Azmin bukan terhad di Selangor sahaja tetapi mencakupi seluruh negara.

Maka apabila beliau sendiri mendedahkan tidak tahu bahawa Khalid dan exconya sudah memutuskan bila hendak membubarkan dewan undangan negeri, ini adalah petunjuk jelas bahawa kepemimpinannya tidak diendah di Selangor.

Sehubungan itu, sebagai Ketua Perhubungan PKR Selangor, Azmin juga kelihatan tidak dirundingi oleh Khalid sebelum Menteri Besar itu membuat kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).


Khalid dilaporkan oleh akhbar rasmi kerajaan negeri Selangor bahawa beliau menegur SPR perihal ada Daerah Mengundi (DM) di Selangor mempunyai lebih ramai pemilih berbanding jumlah penduduk di tempatan.

Komen Khalid dalam akhbar Selangorkini yang dikuasai sepenuhnya oleh beliau selaku Menteri Besar itu segera mengundang reaksi daripada SPR yang menganggap Khalid cuba mengelirukan rakyat dengan kritikannya itu.

Menurut SPR, Khalid Ibrahim sepatutnya mengemukakan senarai pengundi yang didakwanya mencurigakan kepada suruhanjaya itu bagi memastikan pilihan raya akan datang berjalan dengan telus dan lancar.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata dakwaan Khalid dalam akhbar SelangorKini edisi 8-15 Mac menerusi artikel bertajuk 'Projek Pendemokrasian Bongkar Pengundi Lebih Ramai Daripada Penduduk' bahawa ada kawasan dewan undangan negeri mempunyai jumlah pengundi lebih ramai daripada penduduk adalah kurang tepat.

Katanya, pengundi lebih ramai daripada penduduk di daerah mengundi (DM) Bestari Jaya Utara dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) Ijok, berlaku kerana DM tidak terhad dalam kawasan pekan Bestari Jaya sahaja malah merangkumi 18 lokaliti.


"Laporan itu yang memetik kenyataan menteri besar Selangor, dipercayai merujuk kepada kawasan Bestari Jaya Utara yang dikatakan mempunyai penduduk sekitar 1,788 orang sahaja sedangkan jumlah pengundi dalam daftar pemilih merujuk kepada jumlah pemilih merangkumi 18 lokaliti dalam Daerah Mengundi itu.

"Berdasarkan daftar pemilih sehingga Disember 2012, jumlah pemilih bagi DM Bestari Jaya Utara ialah 3,558 orang. Berlaku peningkatan 1,317 pemilih berbanding semasa Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun 2006 disebabkan pertambahan sembilan lokaliti baharu," katanya.

Beliau berkata undang-undang memberi ruang kepada pihak yang mencurigai kemasukan nama pemilih di sesuatu bahagian pilihan raya untuk membuat bantahan semasa SPR mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi setiap suku tahun.

Jika Azmin dimaklumkan oleh Khalid tentang teguran yang hendak dibuat terhadap SPR terlebih dahulu tentu Azmin tidak bersetuju. Ini kerana sebagai Pengarah Pilihanraya Nasional PKR, Azmin tentu maklum bahawa teguran seumpama itu akan menconteng arang ke muka PKR yang kelihatan tidak faham tata-urus pilihanraya.


Ketua politik PKR di Selangor ialah Azmin. Adakah Khalid mengeluarkan kenyataan sebegini untuk membuktikan bahawa Azmin tidak layak jadi ketuanya?

Sebaliknya, adakah ini caranya Khalid mahu menunjukkan bahawa di Selangor beliau lebih mengetahui strategi politik yang patut digunakan? Adakah kerana Azmin tidak menganggotai exco Selangor maka beliau “tidak akan mengerti perkembangan politik” negeri itu?

Atau, adakah Khalid sebenarnya hendak memprotes atau mempertikaikan keputusan Azmin sebagai Ketua Perhubungan Selangor dan Pengarah Pilihanraya menentukan siapa yang akan bertanding dan siapakah yang akan digugurkan dari senarai calon PKR negeri itu, termasuk Khalid sendiri?

-AntaraPos