Saturday, March 16, 2013

Dunia Siber Gelanggang Utama PRU13 - Khairy


Kejayaan menguasai dunia siber antara faktor yang dapat memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, pandangan itu kerana lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda berusia bawah 40 tahun.

Khairy menyampaikan penghargaan kepada Nabil

“Golongan baharu ini gemar mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain selain memperolehnya melalui media arus perdana.

“Oleh itu jika PRU 2004 dan 2008 dunia siber merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat tetapi pada PRU13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Mutiara Damansara, Damansara yang dihadiri lebih 3,000 orang di sini hari ini.

Khairy bagaimanapun mengingatkan pemuda BN supaya menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber.

Menurut beliau, pemuda BN tidak boleh terikut-ikut dengan pemikiran pembangkang yang gemar menggunakan fitnah dan penipuan dalam dunia siber untuk memerangi parti pemerintah.

“Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat. Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna,” jelas beliau.

Beliau seterusnya mengambarkan peperangan di alam siber umpama ‘permainan di tempat lawan’ dalam bola sepak yang pasti lebih manis kemenangannya berbanding bermain di tempat sendiri.

Ia kerana pembangkang dilihat mempunyai kelebihan di dunia siber apabila boleh menabur fitnah dan penipuan tanpa sebarang kekangan dan tindakan balas.

“Inilah juga sebabnya pembangkang tidak mampu menguasai media arus perdana, kerana media arus perdana tidak sama sekali berkompromi terhadap fitnah dan penipuan,” ujar beliau.

Justeru beliau turut mengingatkan pemuda BN bahawa usaha memerangi pembangkang perlu dilakukan secara berterusan dan terus diperkasa terutamanya semasa menghadapi ‘garisan penamat’ PRU13.

“Tiada guna jika kita berperang dengan hebat tiga atau empat tahun lepas PRU 2008 kalau sampai tempoh kempen PRU13 nanti kita lemah. Pada garisan penamat itu akan terjawab kemenangan kita,” tegas beliau.

Perang Azmin, Khalid Semakin Parah!


Perselisihan antara Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semakin memburuk apabila Pengarah Pilihan Raya PKR negeri itu langsung tidak tahu menahu tentang tarikh bubar DUN yang dicapai PKR Selangor.

Khalid sebelum ini mengumumkan pihaknya sudah mempunyai tarikh yang sesuai untuk membubarkan DUN namun beliau enggan mengumumkan tarikh itu.

Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata Azmin dan Khalid kini tidak lagi mampu menutup pertelingkahan antara mereka sehingga gagal merencana kemana hala tuju politik PKR negeri itu bersama-sama.

Ismail juga mempersoalkan bagaimana Khalid boleh membuat keputusan penting seumpama itu tanpa merujuk kepada hirarki parti.

"Tapi saya tidak tahu macam mana Menteri Besar berkuasa sendiri seolah-olah dia hebat daripada yang lain.

"Jelas saya nampak antara Azmin Ali dan MB memang ada terdapat satu tidak sehaluan," katanya ketika dihubungi Antarapos.

"Kalau mereka saling mempercayai pemimpin lain sepatutnya tiindakan peringkat negeri diberitahu di peringkat jentera parti, apa pun yang nak dibuat perlu dirujuk kepada peringkat jentera parti di perngkat negeri dan federal.

Ismail berkata Azmin sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor sepatutnya dirujuk Khalid kerana hakikatnya parti itu tidak mampu menang jika strategi pilihan raya tidak disusun dengan baik.

"Sepatutnya dia berbincang dengan Pengarah Pilihan Raya kerana itu adalah tugasnya sebagai Menteri Besar tidak sama," katanya.

Sebelum ini, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa PKR belum dimaklumkan tentang tarikh pembubaran DUN Selangor.

Khalid sebelum ini mengumumkan akan membubarkan DUN lebih awal iaitu selepas sambutan Chap Goh Meh walaupun tanpa persetujuan daripada Putrajaya.

-AntaraPos

PI Bala : Letih Jadi Alat Politik


Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam sempat bercakap buat kali terakhir dengan Utusan Malaysia semalam, sebelum meninggal dunia hari ini.

Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Sebelum itu, dia dikatakan mengalami sesak nafas ketika sedang makan di sebuah restoran berdekatan rumahnya di Rawang, Selangor.

Dalam wawancara itu, beliau meluahkan berasa ‘sangat letih’ menjadi alat politik pihak tertentu dan ingin berehat bersama keluarganya.

Menurutnya, sejak terjebak dalam kontroversi politik beliau seolah-olah hidup seperti pelarian di negara sendiri selain melalui penderitaan yang panjang beberapa tahun kebelakangan ini.

Tambahnya, beliau juga sudah tidak berminat berceramah kerana faktor kesihatannya yang tidak lagi mengizinkan.

“Lagipun saya bukan orang politik, saya tidak minat berpolitik.

“Keluarga saya juga turut menjadi mangsa, kini tumpuan saya hanya untuk kesihatan dan keluarga saya. Itu lebih penting, cukuplah (berpolitik),” katanya.

Balasubramaniam sebelum ini juga pernah menafikan disihir seperti didakwa portal propembangkang, KeadilanDaily.com.

“Mengarut sahaja perkara itu, saya kuat meditasi. Saya rasa ini mengarut,” katanya. – UTUSAN