Saturday, March 23, 2013

Nurul Izzah Nafi Hina Polis... Dasar Lidah Bercabang Sama Macam Papa Dia Jugak!


Mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi!!! Itulah antara perumpamaan yang sering digunakan oleh masyarakat kita, bagi mengambarkan persamaan sifat dan perwatakan antara seorang bapa dan anak. Contohnya sekiranya bapanya merupakan seorang penipu, penyamun, penyangak, peliwat, penzina dan sebagainya (tidak ditujukan kepada sesiapa) sedikit sebanyak perangai buruknya itu akan diwariskan kepada anaknya.

Dan ternyata perumpamaan itu amat tepat dan sesuai sekiranya dibuat perbandingan antara sifat Anwar dengan anak kesayangannya itu. Ini kerana acapkali dua beranak ini dilihat mencabuli hak dan kebebasan bersuara yang diberikan dengan mengeluarkan kenyataan biadap dan menghina.

Sebagai salah seorang Naib Presiden di dalam sebuah parti ‘Anak Beranak’ yang dikenali sebagai PKR, Nurul Izzah ketika menyampaikan ceramah baru-baru ini sekali lagi memperlihatkan sikap kurang ajar.

Berucap di Kampung Jemapoh, Kuala Pilah pada 20 Mac yang lalu, Nurul Izzah mengatakan bahawa polis di negara tidak mempunyai kerja lain selain mengintip para pimpinan pakatan pembangkang.

Atau dalam bahasa mudah, dia mengatakan bahawa pencerobohon bersenjata yang diketui oleh Kiram di Sabah adalah disebabkan kerana pasukan polis terlalu sibuk menghabiskan masa untuk mengintip pergerakan Anwar sehingga gagal menjaga perairan negara.

Tak habis-habis mereka di kalangan pembangkang khususnya PKR cuba menarik perhatian rakyat dari terus memberikan perhatian dan simpati terhadap tragedi berdarah yang telah mengorbankan 10 orang perwira negara itu.

Sandiwara, konspirasi, kematian polis dan tentera di Sabah tidak syahid dan berbagai-bagai lagi kenyataan bodah lagi biadap telah dikeluarkan mereka, yang bertujuan untuk menghina dan merosakkan intergriti pasukan beruniform itu.

Namun, apabila menyedari ketelanjuran yang telah dilakukan itu, dia dengan pantas menafikan, kononnya kenyataan itu telah diputar belitkan oleh media. Sedangkan semua mereka yang hadir pada program ceramah itu, mendengar jelas setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya.

Nampaknya, perangai seorang PENIPU dan suka memutar belitkan fakta ini sudah menjadi kebiasaan dan sebati dengan dirinya. Contohnya, tentu ramai yang masih ingat kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, yang suatu ketika dahulu mahu agar rakyat negara ini diberikan hak kebebasan dalam memilih agama dan tidak terkecuali kepada bangsa Melayu dan mereka yang telah beragama Islam.

Apabila ia mendapat bantahan dari majoriti rakyat, dia segera menyalahkan media dan Umno yang kononnya cuba memfitnah dirinya. Sedangkan apabila diteliti semula rekod rakaman kenyataan tersebut, ia jelas membuktikan bahawa kenyataan Nurul Izzah itu membawa maksud menyokong ideologi ‘Pluralisme’ (kesamarataan dalam agama).

Inilah yang dikatakan perangai yang saling tidak tumpah dengan bapanya yang sering meletakkan kesalahan kepada media yang hanya melaporkan berita berdasarkan konsep jurnalisme ‘5W-1H’ (who, what, where, when, whay dan how).

Namun apabila satu-satu laporan berita yang dikeluarkan oleh wartawan tersebut tidak menepati citarasa dan kehendak mereka, istilah saman akan digunakan sebagai salah satu cara untuk mengugut para petugas media.

Strategi mereka mudah, iaitu menakut-nakutkan para wartawan agar mengambil jalan selamat dengan tidak membuat sebarang laporan. Maka dengan itu, pendekatan pakatan pembangkang untuk terus memperbodohkan masyarakat dengan isu fitnah apabila berceramah akan tercapai.

Kesimpulannya, apabila tiada sebarang laporan berita yang dikeluarkan, Anwar dan para pencacainya akan mengatakan, Umno/BN telah mencabuli hak kebebasan media dengan tidak memberikan sebarang liputan berkenaan program pembangkang.

Namun di masa yang sama, apabila para wartawan cuba melakukan tugas selari dengan prinsip dalam menunaikan tanggungjawab dan hak masyarakat untuk mengetahui kebenaran, mereka akan diugut dengan tindakan undang-undang.

Sungguh pelik ‘Hak Kebebasan Media’ yang ingin diperjuangankan oleh pakatan pembangkang ini. Semoga rakyat yang bijak di negara ini dapat menilai agenda buruk dan sonsang yang cuba diterapkan oleh pakatan pembangkang.


You ulang, I saman!!!!!

300 Wakil NGO Protes Terhadap Guan Eng


Kira-kira 300 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), majoritinya belia Cina dan India semalam berarak sejauh satu kilometer dari Jalan Macalister menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) untuk menyerahkan memorandum membantah pembinaan terowong dasar laut oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Mereka yang terlibat itu merupakan wakil daripada tiga NGO iaitu Pergerakan Hak Belia Malaysia, 1Malaysia Brother dan Pertubuhan Belia Komuniti Pulau Pinang.

Presiden Pergerakan Hak belia Malaysia, Shen Yee Aun berkata, bantahan terhadap projek mega bernilai RM6.3 bilion itu dibuat memandangkan pihaknya beranggapan projek berkenaan hanya membazirkan wang rakyat.

Tegasnya, banyak NGO dan rakyat negeri menyatakan bantahan terhadap projek berkenaan kerana dilihat mampu mengundung kesesakan lalu lintas yang lebih teruk terutamanya di bahagian pulau.

"Kami rakyat Pulau Pinang tidak memerlukan penghubung ketiga antara pulau dan tanah besar. Cukup dengan dua jambatan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil Pejabat Ketua Menteri di perkarangan Komtar.

Mereka yang berarak dengan menggunakan baju berwarna biru muda itu turut membawa pelbagai sepanduk yang mengecam kegagalan kerajaan negeri mengotakan janji-janji yang dibuat dalam pilihan raya umum lalu.

Video url: http://youtu.be/4hQWHUYNmDg


Himpunan kira-kira jam 1 petang itu berlangsung secara aman dengan kawalan keselamatan daripada anggota polis.

Yee Aun dalam pada itu menambah, memorandum yang dihantar itu turut mengandungi sembilan desakan lain yang perlu diperjelaskan Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP.

"Sembilan perkara itu adalah kami mahu Guan Eng menjelaskan berhubung ancaman bunuh dan rogol yang dibuat oleh penyangak cyber yang dipercayai mempunyai pertalian dengan DAP terhadap seorang gadis yang merupakan penyokong Barisan Nasional (BN); menjelaskan mengenai janji-janji palsu yang gagal ditunaikan DAP sepanjang lima tahun mentadbir Pulau Pinang dan Kegagalan kerajaan negeri membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri ini.

"Selain itu kami juga mahu penjelasan mengenai manisfesto yang dibuat DAP; Pendirian melompat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kilang Lynas di Kuantan, Pahang; penjelasn mengenai lokasi untuk kaum Cina dan India di dalam manisfeto, bajet dan buku jingga pembangkang; kenyataan bercanggah Guan Eng yang mahu menghapuskan tol tetapi mahu membina terowong bertol; pendirian DAP terhadap calon Perdana Menteri pembangkang dan internet percuma yang gagal diakses oleh rakyat pulau pinang," katanya.

Beliau dalam pada itu menegaskan, sekiranya Guan Eng gagal menjelaskan semua tuntutan berkenaan dalam masa dua minggu bermula hari ini, pihaknya akan bermesyuarat untuk menentukan tindakan susulan yang akan diambil seterusnya.

"Kami mahu Guan Eng berfikir, sekiranya tidak mahu menjawab segala tuntutan kami, apakah beliau sudah tidak memerlukan undi kami dalam pilihan raya umum akan datang?

"Bagaimanapun kami mungkin tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Guan Eng seperti bangkitnya rakyat Selangor mengheret Menteri Besar mereka ke Mahkamah," tegasnya.

PAS Kelantan Tindas Rakyat Miskin


Sejak beberapa tahun lepas bagaikan sudah menjadi pemandangan biasa di Kelantan apabila sering kali wujud protes dan bantahan rakyatnya terhadap kegagalan Kerajaan Negeri menguruskan hak milik tanah di negeri ini.

Terbaru di Gua Musang, sekumpulan lebih 300 orang rakyat marhaen dari Kampung Sungai Badong, Kuala Betis bangkit memprotes tindakan Kerajaan PAS Kelantan merampas tanah yang diusahakan mereka sejak berpuluh tahun lalu untuk diberikan kepada syarikat swasta.

Sukar untuk mereka terima hakikat bagaimana mungkin tanah seluas 378.8 hektar yang telah mereka usahakan sekian lama dengan tanaman getah, kelapa sawit dan lain-lain tanaman tiba-tiba sahaja bertukar hak milik sejak 5 bulan lalu.

Segala wang ringgit berupa duit deposit, cukai dan premium tanah yang saban tahun dilangsaikan kepada Pejabat Tanah bagaikan menjadi debu, sia-sia sebegitu sahaja tanpa sebarang makna.

Apa yang berlaku pada mereka hanyalah secebis kisah daripada pelbagai kes penindasan lain yang sedang dan telah dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Penindasan dan kezaliman sebegini memperlihatkan PAS bagaikan alat kapitalis yang menindas rakyat miskin untuk menjaga kepentingan orang lain.

Video url: http://youtu.be/_KEzrwybJQE


Dulu sewaktu PAS memerintah pada dekad 1960-an hingga pertengahan 1970-an, rakyat Kelantan pernah menangis keluar air mata darah bila mana kehilangan hak ke atas lebih 300,000 ekar tanah di Hulu Kelantan selepas tanah itu dipajakkan kepada syarikat dari Singapura.

Adakah pajakan tanah seluas mata memandang itu menguntungkan rakyat atau negeri? Tidak sama sekali, sebaliknya hanya menguntungkan golongan kapitalis dan segelintir pemimpin parti, manakala rakyat hanya mampu memandang sayu melihat tanah yang dipijak telah menjadi milik orang.

Tidak cukup dengan sejarah hitam itu, kini melalui idea projek Ladang Rakyat yang kononnya bertujuan untuk membasmi masalah kemiskinan, lebih 80,000 ekar tanah lagi dipajakkan yang hasilnya hanya sedikit untuk kantung Kerajaan Negeri manakala rakyat marhaen pula hanya melopong termangu sendirian.

Hak milik pajakan tanah yang serba luas dari Kuala Krai, Gua Musang hingga ke Jeli itu berserta hasil kekayaan kayu kayannya tetap juga hanya berlegar di kalangan segelintir pihak terutama mengenyangkan tauke-tauke balak yang merupakan kroni yang rapat dengan PAS.

Lebih menyakitkan hati kebanyakan pemimpin PAS di Kelantan termasuklah anak pinak mereka yang tiada kaitan dengan Ladang Rakyat pun boleh juga memiliki tanah di sekitar kawasan itu. Sedangkan rakyat yang bersengkang mata mengusahakan tanah demi mencari sesuap nasi dinafikan haknya.

Malah orang luar seperti pemimpin DAP bersaudara dari Perak, iaitu Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min juga sebegitu mudah memiliki hak milik tanah yang keluasannya mencecah 10,000 ekar hampir sebesar Putrajaya dengan pajakan sehingga tahun 2092, melalui pengambilan sebuah syarikat swasta.

Rakyat negeri sendiri termasuk golongan miskin yang sudah berpuluh tahun meneroka tanah membanting tulang demi mencari nafkah untuk keluarga, terkebil-kebil melihat tanah sendiri kini menjadi milik orang.

Apabila di sana sini rakyat bangkit memperjuangkan hak mereka dan mempertikaikan kenapa tanah milik mereka jatuh ke tangan lain, pemimpin PAS Kelantan lebih banyak bersilat lidah tanpa berusaha mengenal pasti punca berlakunya penindasan sebegini.

Pemimpin PAS merasakan kepentingan golongan kapitalis jauh lebih utama berbanding rintihan rakyat marhaen yang tertindas hanya mampu memprotes dan membantah.

Namun tanah itu maruah, bila mana ia dirampas atau dipindah milik tanpa pengetahuan mereka, siapa yang tidak marah? Amarah yang sekian lama membebani hati nurani rakyat tiba saatnya pasti meletup jua, tika itu agaknya baru PAS mahu sedar tinggi rendah langit dari bumi.

-Mykmu