Friday, March 29, 2013

#TolakPR - Wan Azizah cabar kedudukan MB Khalid: Dr Atory


Keputusan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah mengumumkan untuk bertanding di kerusi DUN Selangor disifatkan sebagai mesej 'keras' kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kedudukannya sebagai Menteri Besar kini sedia dicabar.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, ini berdasarkan rekod sepenggal Khalid sebagai ketua negeri Selangor yang tidak memuaskan.

Kata beliau, sekiranya Wan Azizah menang di Selangor pada pilihan raya umum nanti dengan mengambil kira status beliau sebagai pemimpin tertinggi dalam PKR, tidak mustahil sekiranya Khalid disingkirkan.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan pembangkang cuba untuk menampilkan wanita pertama menjadi menteri besar.

"MB Selangor banyak buat hal, banyak masalah, saya rasa PR kalau menang di Selangor, mereka tidak akan memberi lagi sokongan kepada Khalid Ibrahim, jadi sebab itu mereka terpaksa meletakkan Datin Seri Wan Azizah, ada kemungkinan dia akan menjadi MB Selangor kalau dia menang," katanya kepada Antarapos.

"Buat apa letak Wan Azizah di DUN saja, kalau tidak dinaikkan jadi Menteri Besar lebih baik dia tidak bertanding di DUN, parlimen lebih baik," katanya lagi.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah mengumumkan bahawa Khalid akan dikekalkan sebagai calon kerusi parlimen Bandar Tun Razak namun tidak menyatakan sebarang keputusan bersabit kerusi DUN Ijok.

Pengarah Pilihan Raya PKR Pusat Azmin Ali sebelum ini dipetik sebagai berkata mungkin peranan Khalid akan lebih tertumpu di peringkat persekutuan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya kerana beliau disifatkan sebagai 'material' parlimen.

Rakyat P. Pinang hilang keyakinan terhadap Anwar

Dr Atory kemudian membayangkan keengganan Presiden PKR itu bertanding sama ada di DUN di Pulau Pinang adalah disebabkan penolakan kuat oleh rakyat di situ yang semakin hilang keyakinan terhadap kepimpinan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sekarang ini di Pulau Pinang gelombang hendak menjatuhkan Anwar Ibrahim sangat kuat, soal menang tak menang itu lain.

"Dulunya pemimpin Umno Permatang Pauh yang berpecah kini sudah bersatu dan menumpu sepenuhnya di situ, sebab itu saya rasa Anwar Ibrahim terkena 'penangan' ini biarpun Anwar kata dia bertanding di mana-mana pun dia akan menang.

"Tetapi dalam situasi sekarang ini belum tahu lagi, itu dulu 2009 bolehlah tetapi dalam masa empat tahun ini sudah banyak perubahan berlaku ekoran transformasi yang dilakukan oleh kerajaan," katanya lagi.

Anwar pada minggu lalu membayangkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh sebaliknya berhasrat untuk bertanding di Perak ataupun Selangor.

Semalam Azizah memberi bayangan kemungkinan akan bertanding di DUN Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun menurutnya keputusan itu belum diputuskan parti memandangkan pembubaran Parlimen masih menjadi teka-teki.

Sementara itu, Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar tidak menyatakan sebarang sokongan mahupun menolak cadangan Wan Azizah untuk bertanding di DUN Selangor.

Katanya itu hak beliau sebagai presiden parti untuk bertanding di mana-mana kerusi.

"Sebagai presiden dia boleh bertanding di mana-mana. Saya bukan setuju ke tidak, saya tak boleh kata apa-apa. Itu hak presiden, kalau dia nak bertanding, kalau bincang dalam mesyuarat politik, lepas tu ada kefahaman itu keputusan parti," kata beliau ketika dihubungi.

#LahadDatu - Musuh Kini Kurang Daripada 10 Orang


LAHAD DATU: Selepas 25 hari Operasi Daulat dilancarkan, pasukan keselamatan mengesahkan jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata angka itu mengambil kira jumlah musuh yang ditembak mati dan ditangkap berbanding bilangan musuh semasa mula bertapak di Kampung Tanduo, 12 Februari lepas iaitu kira-kira 200 orang.

"Saya tidak boleh mengatakan bahawa musuh tidak ada atau sebaliknya...kami yakin musuh memang ada tetapi jumlahnya amat berkurangan, mungkin kurang dari 10 orang," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini Jumaat.

Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Beliau berkata gerakan ofensif yang disusuli operasi menggeledah dan membersih sehingga kini berjaya membersihkan tiga dari lima kampung yang menjadi lokasi persembunyian dan pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas.

Hamza berkata selepas Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian dibersihkan, pasukan keselamatan kini memberi tumpuan kepada kawasan Tanjung Bilis dan Lok Buani.

Beliau berkata penduduk Kampung Tanjung Labian akan dibenar pulang selepas ketua-ketua keluarga dan ketua kampung dibawa melawat ke kediaman mereka bersama-sama pasukan penilaian esok.

Bagi penduduk Kampung Tanjung Batu, Hamza berkata seramai 20 hingga 25 penghuni yang rumah mereka tidak mengalami kerosakan teruk akan dibenar pulang ke rumah masing-masing esok, manakala pemilik yang rumahnya musnah dibenar untuk terus tinggal di pusat pemindahan sementara.

Beliau berkata sebagai langkah keselamatan, anggota keselamatan akan terus ditempatkan di kampung berkenaan untuk berkawal dan mendominasi kawasan itu.

"Selain itu kami juga akan melaksanakan khidmat kepolisan lain untuk memulihkan keyakinan penduduk apabila berada di kampung itu," katanya. - BERNAMA

Perang Besar Berlaku Dalam PKR... Ini Game Siapa?


Bunyi macam ada perang Keluarga 69 dalam PKR...ini game siapa?

Kisah keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tak ubah macam Keluarga 69. Keluarga yang cacamarba sebab politik melebihi segala-galanya.

Allahyarham Tan Sri P Ramlee mungkin tak terfikir nak oleh skrip sejauh ini semasa buat filem Keluarga 69 dulu.

Bayangkan, bos besar terpalit dengan macam-macam dakwaan. Paling serius kes dakwaan liwat,video China Doll dan pendedahan di blog raja goyang.

Nurul Izzah pun tak kurang dengan masalah. Tentu ramai masih ingat pasal kenyataannya mengenai kebebasan memilih agama dalam satu forum
tahun lalu.

Dalam pada itu, ada juga suara-suara nakal dalam PKR tuduh ahli parlimen Lembah Pantai itu begitu begini.

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula sudah jadi pemimpin boneka walaupun ada styatus sebagai Presiden PKR.Hakikat ini bukan saja tidak dapat diselindung malah terus merus menjadi bualan ramai.

Ini kerana beliau tidak berfungsi sebagai seorang presiden sebuah parti seperti orang lain.

Sebab itu juga pembantu kepada ahli parlimen Ampang mengaku tulis surat pada Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mempersoal relevankah isteri Anwar kekal sebagai presiden parti.

Mohd Fareez Kamal Intidzam mendakwa Wan Azizah tidak berfungsi sebagai presiden dan kerap berlagak macam tak tahu apa-apa isu babitkan parti.

Malah, beliau mencadangkan kepada Hadi supaya Timbalan Presiden, Azmin Ali menggantikan Wan Azizah.

Pasal nak bertanding PRU 13, Wan Azizah sendiri pun cakap tunggang langgang.Sekejap kata nak, sekejap kata tak nak. Macam sandiwara lawak Tan Sri Khalid Ibrahim yang hu ha pasal nak bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Dua bulan lepas, entah apa punya rajuk, Wan Azizah kata tak mahu bertanding walaupun sebelum itu kata kemungkinan nak bertanding di Pulau Pinang.

Pada Khamis, beliau bikin panas pulak kata akan bertanding kerusi DUN Selangor.

“Ya, saya akan bertanding di Dun Selangor tetapi saya rasa kita perlukan adakan satu perbincangan bagi menentukan kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi.

“Perbincangan ini perlu bagi memudahkan saya untuk menjalankan sesi kempen pilihan raya dan membolehkan fokus diberikan kepada kawasan tumpuan,” katanya ketika ditemui S  elepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Waris Wira Lahad Datu, di Shah Alam Khamis.

Tambahnya, “DUN mana masih belum diputuskan, tetapi saya tidak kisah di kawasan mana.

Pelik tidak,seorang Presiden yang patut ada kuasa istimewa bercakap dengan nada teragak-agak.

Di Selangor terdapat 14 kerusi DUN yang dimenangi PKR pada pilihan raya 2008 lalu dan tidak mustahil salah satu daripada kerusi itu akan menempatkan Dr Wan Azizah.

Sebab itulah boleh kata keluarga Anwar macam Keluarga 69...Keluarga tunggang langgang.

Satu sebab lain boleh rakyat ramai-ramai fikir kenapa jadi macam ni.

Dengar cerita ada kalangan ahli PKR berbunyi kenapa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail tiba-tiba buat cerita pasal ‘mungkin ada video Nurul Izzah dan Khalid’ selepas ada video hubungan intim lelaki menyerupai Anwar dengan pemuda yang didedahkan Papagomo baru-baru ini.

Semua itu ada kaitan pasal Keluarga 69 ini.

Bukan rahsia lagi dalam PKR ada kem Azmin dan Khalid dalam perebutan jawatan Menteri Besar Selangor jika pembangkang kekal di negeri itu.

Ramai juga tahu Azmin tak ngam dengan Wan Azizah dan juga Nurul Izzah.

Siapa agaknya merancang supaya Mohd Fareez tulis surat pada Hadi pasal Wan Azizah?

Siapa agaknya merancang supaya Khalid hanya tanding Parlimen Bandar Tun Razak sahaja seperti diumumkan Anwar hingga sebabkan Wan Azizah yang rapat dengan Khalid ‘merajuk’ dan umum tak mahu tanding apa-apa?

Siapa agaknya merancang cerita kononnya ada video skandal babitkan Nurul Izzah yang dikatakan Saifuddin Nasution?

Ada yang membuat andaian kenyataan ahli Parlimen Machang itu macam ‘beri isyarat’ pada Nurul Izzah dan Khalid supaya jangan cakap banyak.

Khalid tentu kecut perut juga kerana dua tahun lalu heboh pasal ada rakaman video ditemui dalam pejabatnya di Bangunan SUK di Shah Alam.

Rakaman atau video apakah itu? Siapa punya kerja?

Melihat perkembangan ini semua jangan marah jika ramai pihak merasa mungkin ada gerakan menyingkirkan Wan Azizah, Nurul Izzah dan Khalid daripada PKR.

Wan Azizah mungkin menyedari ‘permainan kotor’ ini justeru itu beliau tiba-tiba umum mahu bertanding di Selangor.

Beranikah Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor menolak hasrat Wan Azizah?

Perang dingin sudah lama mengelegak dalam PKR.Kini timbul tandatanya apakah ia akan bertukar kepada perang terbuka.

Dalam bab soksek mengenai pergelutan dalaman jangan cuba nak cakap ini semua kerja orang luar.

Pusing sana ...pusing sini...tak mungkin ada orang di luar parti boleh tekan swis.

Cuma teka tekinya...ini game siapa?

-Agendadaily

PRU13: Selangor Negeri ‘Paling Panas’ #TolakPR


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengibaratkan Selangor sebagai ‘pemenang pingat emas’ Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antara lain kerana dilihat sebagai negeri “paling panas” kali ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Selangor juga akan menjadi negeri paling panas berikutan perkembangan yang disaksikan sejak kebelakangan ini.

Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR), sejak Mac 2008, ini sering menjadi tumpuan media.

Abdul Aziz berkata, Selangor diperuntukkan hampir 10 peratus atau RM35 juta daripada RM400 juta bajet keseluruhan, bagi mengendalikan pilihan raya umum negeri itu.

Dari segi jumlah pengundi pula, 2,051,708 daripada 13,291,385 pengundi berada di Selangor.

“… Selangor akan dikawal oleh ramai pihak penguat kuasa, ini satu lagi yang mendapat pingat emas. Selangor akan menjadi fokus media, semua yang kita lakukan akan menjadi tumpuan umum.

“Kawasan ini akan menjadi persaingan pelbagai penjuru oleh Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang akan terus (cuba) mengekalkan kuasa pemerintahan mereka,” kata beliau pada majlis penyerahan surat watikah pelantikan kepada pegawai pengurus pilihan raya Selangor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, sejak beliau menjadi Pengerusi SPR, pelbagai perkara diperkenalkan buat pertama kali.

Pada PRU13 ini pertama kalinya akan menggunakan dakwat kekal, undi pos untuk warganegara yang menetap di luar negara, akses media berkaitan penyiaran manifesto, dan sebagainya. – Sinar Harian

#SavePenang - Pulau Pinang Semakin Menjunam Di Bawah Lim Guan Eng Dan DAP



Setelah lima tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di Pulau Pinang bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, serta keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.

Ramai percaya LGE berjaya kurangkan hutang negeri tetapi ramai yang tidak tahu itu sebenarnya dibuat dengan bantuan Kerajaan Persekutuan.

Pulau Pinang alami defisit selama 4 tahun berturut-turut di bawah DAP dan Lim Guan Eng. Bajet defisit yang dicapai itu menunjukkan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak cekap untuk mentadbir dan keadaan sedemikian jika dibiarkan berterusan akan menjadi lebih buruk kepada pembangunan.

Keadaan ini bermakna perbelanjaan negeri termasuk hutang mengatasi pendapatan dan rakyat tidak nampak perubahan yang dibawa oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Secara fizikal kita tidak dapat melihat pembangunan oleh kerajaan negeri. Projek mega yang ada dibuat oleh Kerajaan Persekutuan seperti jambatan, lapangan terbang, landasan berkembar keretapi, jalan raya dan kemudahan pelajaran serta kebajikan.




Projek terowong mega RM6.3 bilion Lim Guan Eng turut menerima kritikan hebat dari CAP.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyelar kerajaan negeri yang terburu-buru mahu membina projek terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer menghubungkan tanah besar ke pulau itu.

Projek tersebut bukanlah satu penyelesaian jangka panjang kepada masalah lalu lintas di Pulau Pinang! Rejim DAP Pulau Pinang digesa menimbang semula projek itu dengan memikirkan semula asas dasar pengangkutan semasa secara keseluruhan.

Rakyat Mahukan Perubahan



Penduduk marah Guan Eng!! Video url: http://youtu.be/UDWxBoCMb-4



Artikel berkaitan:

Penang’s Deficit Hits RM262 Million in 2013

Penang BN Youth wants Guan Eng clarify cost hike of tunnel

CAP chief hits out at Guan Eng's intolerance

#TolakPR - Kebebasan Bersuara Hanya Retorik Murahan PKR Dan Rejim PR



KEBEBASAN MEDIA YANG DILAUNGKAN PKR !!

Slogan kebebasan bersuara hanya retorik murahan PKR dan Rejim Pembangkang. Bayangkan, baru empat tahun memerintah pelbagai sekatan luar biasa telah dikeluarkan oleh mereka terhadap media yang menyokong kerajaan.

Puak pembangkang yang kononnya akan memberi sepenuhnya kebebasan media sekiranya dipilih rakyat untuk menjadi kerajaan... terbukti satu pembohongan yang paling jijis!

Sebelum 2008, mereka cuba menjadi jaguh kebebasan media, kebebasan bersuara dan sebagainya, kenapa pula sekarang ini tiba-tiba mereka menjadi marah dengan kebebasan media yang diamalkan oleh media arus perdana?

Aku percaya sekatan terhadap media akan bertambah parah sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat penuh untuk memerintah negara.

Kebebasan media yang ada kini akan terus lenyap sekiranya pembangkang memerintah, mereka akan cuba untuk memansuhkan media arus perdana yang sedia ada atas alasan media tersebut berat sebelah.

Banyak kejadian membabitkan media sekarang ini membuktikan parti-parti pembangkang terutama PKR dan DAP hanya pandai bercakap mengenai kebebasan media tapi sebetulnya, mereka sendiri pun tak boleh bertahan dengan soalan, terutama yang tidak sehaluan dengan perjuangan mereka.

Paling ketara sudah tentulah gandingan mentor dan protege - Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli dalam mengendalikan soalan panas dari wartawan. Nampak pasagan mentor dan protege ini lemah dari segi mental, macam mana kata nak beri kebebasan media?

Pandai komplen orang lain, rupanya mereka lebih teruk lagi. Dimana prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan oleh Puak Pembangkang PKR, DAP dan PAS?

Belum memerintah takde kebebasan yang diberi kepada media!