Saturday, April 6, 2013

#PRU13 - BN Yakin Menang Semula Lembah Pantai


Barisan Nasional yakin boleh memenangi semula kawasan parlimen Lembah Pantai berdasarkan pandangan dan maklum balas daripada komuniti setempat sejak beberapa tahun lepas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keyakinan itu berdasarkan peningkatan sokongan rakyat di kawasan parlimen itu yang mahu berubah selera untuk kembali menyokong kerajaan BN.

Katanya sambutan terhadap program transformasi diperkenalkan kerajaan B Nmembuktikan rakyat semakin yakin dan menghargai usaha kerajaan meringankan kos, khususnya menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Saya melihat sambutan rakyat yang sangat menggalakkan kerana mereka sudah yakin bahawa dasar transformasi yang dibawa kerajaan BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menguntungkan rakyat dan menjamin masa depan yang jauh lebih baik," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai di sini Sabtu.

Pada pilihan raya umum 2008 Parlimen Lembah Pantai yang sebelum ini kubu kuat BN memihak kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui calonnya, Nurul Izzah Anwar dengan majoriti 2,895 undi mengalahkan calon BN, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Wilayah Persekutuan berkata rakyat mengenali dan memahami kerajaan BN, yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam menyelesaikan masalah mereka.

"Harapan BN semakin cerah untuk merampas kembali kerusi Lembah Pantai kerana kegigihan dan ketekunan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang menjadi peneraju dan penggerak utama berkhidmat buat masyarakat itu, tanpa mengira kaum sejak 2008," katanya.

Raja Nong Chik juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

"Rata-rata masyarakat setempat berkata mereka akan mengundi BN dan hanya menunggu hari pengundian. Saya ada tanya kepada mereka (penduduk), apa Nurul Izzah wakil rakyat PKR buat, mereka berkata tidak ada apa apa. Ini amat berbeda dengan wakil ketua bahagian BN kita yang memberi tumpuan kepada penduduk secara keseluruhan," jelas beliau.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan walaupun BN mempunyai harapan cerah untuk menebus kekalahan di Lembah Pantai pada pilihan raya ini, beliau turut mengingatkan semua anggota BN agar tidak terlalu 'terlebih yakin'.

"Kita tidak mahu sikap 'over confidence' di mana-mana tempat kerana dalam hari-hari sebelum hari mengundi, pelbagai perkara akan timbul seperti cabaran, mungkin ada pihak yang akan fitnah, tohmah kerana kita sudah mengandaikan pilihan raya ini begitu sengit," jelas beliau.

Muhyiddin juga meminta anggota BN agar berjaga-jaga kerana pembangkang akan menggunakan segala tipu helah seperti menakut-nakutkan pengundi seperti penggunaan dakwat hitam dan mencetus huru-hara pada hari pengundian, yang telahpun disebar luas oleh banyak pihak.

"Tetapi, yang anehnya, apabila kenyataan itu dikeluarkan, tidak ada pemimpin di pakatan pembangkang yang menafikan perkara itu, dan macam benar lah kenyataan yang dibuat itu," katanya.

Oleh itu, Muhyiddin meminta semua anggota BN agar tidak mengambil perkara ini mudah serta bekerja secara bersungguh-sungguh untuk menjamin kemenangan yang besar kepada BN.

Beliau juga berpuas hati dengan persiapan pilihan raya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi di kawasan Lembah Pantai. - Bernama

#PRU13 Kecoh Di Pahang - Siapa Bakal MB Bayangan PR?


Demikian teka teki yang berlegar – legar didalam kepala rakyat terutama sekali di Negeri Pahang pada ketika ini tatkala menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Sebelum ini, khabar angin mengatakan bahawa teraju utama bagi Negeri Pahang ini akan diserahkan kepada PKR yang dipimpin oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Namun, malangnya hasrat itu tidak menjadi nyata apabila nama Datuk Fauzi diumumkan akan bertanding di Parlimen Inderamahkota baru – baru ini.

Pencalonan Datuk Fauzi telah diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu sesi ceramah yang diadakan.

Pencalonan tersebut turut mendapat pandangan negative dari segelintir penyokong – penyokong PKR yang disambut dengan laungan ‘Boo..’.

Tidak cukup dengan itu, PKR Pahang juga turut menerima tamparan hebat apabila Bekas Pengasas parti itu di Pahang telah membuat keputusan untuk menentang Datuk Fauzi.

Jelas, penolakkan rakyat terutamanya dikalangan ahli PKR sendiri terhadap Datuk Fauzi cukup kuat. Maka mungkin sebab itulah beliau dipilih untuk bertanding di kerusi Parlimen.

Seorang lagi calon yang disebut – sebut untuk merebut jawatan sebagai teraju utama Kerajaan Negeri Pahang ialah Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pemilihan Tuan Ibrahim dibuat berdasarkan kredebiliti beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi PAS Negeri merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat.

Namun, sebelum ini, desas – desus kuat kedengaran bahawa Tuan Ibrahim bakal bertanding di kerusi Parlimen Jerantut. Pada mereka, kerusi Jerantut mudah untuk dikuasai.

Ianya ekoran pengumuman YM Tengku Azlan, penyandang kerusi tersebut telah pun membuat pengumuman untuk tidak bertanding dalam PRU kali ini.

Walaubagaimana pun, sama ada Tuan Ibrahim bertanding di kerusi DUN atau pun di kerusi Parlimen, rata – rata rakyat menolak pemilihan Tuan Ibrahim sebagai MB Pahang.

Ini disebabkan latar belakang Tuan Ibrahim sendiri. Beliau bukan anak jati Negeri Pahang. Sebaliknya Tuan Ibrahim datang ke Pahang atas sebab jawatannya sebagai Pensyarah UiTM.

Malah isteri beliau juga bukan orang Pahang. Perkara itu jelas dan ianya juga dipersetujui oleh kepimpinan PAS Pahang sendiri. Mereka sendiri tidak memperakuinya.

Bagi sesetengah penyokong PAS, Tuan Ibrahim hanya akan mendatangkan susah buat mereka untuk berhadapan dengan rakyat. Bagaimana mungkin rakyat dapat menerimanya?

Tambahan pulak, pemilihan Tuan Ibrahim itu jelas menghina kepimpinan PAS yang ada di Negeri Pahang ini secara tak lansung.

Apakah tidak ada calon lain yang boleh diangkat PAS untuk menjadi teraju utama pimpinan Negeri selain dari seorang yang dianggap sebagai ‘Orang Luar’ ini?

Nah! Itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan pimpinan PAS berfikir dua kali untuk menjadikan Tuan Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Jika penyokong PAS sendiri pun berfikir sedemikian, adakah kita akan membiarkan Negeri ini ditadbir oleh orang luar? Adakah tidak ada anak tempatan yang lebih layak dari beliau?

Sama – sama kita fikirkannya. Jangan menyesal dikemudian hari sudah la!!!

#TolakPR - Hot : Parti Anak Beranak Berkuasa Dalam Pakatan


Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat telah menamakan anaknya Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan di Rantau Panjang. Ahli Parlimen Pas sekarang, Siti Zailah Yussof, Ketua Dewan Muslimah Pas, telah dipindahkan ke Jeli. Zailah menolak pencalonannya di jeli dan ini menimbulkan masalah dalam Pas sekarang.

Dimanakah perjuangan Pakatan Rakyat kononnya anti kronisme dan nepotisme?


Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?

Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya. Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya?


Anwar dilantik menjadi Ketua Umum PKR tanpa sebarang pertandingan. Isterinya, Wan Azizah pula menjadi Presiden PKR. Anak sulungnya, Nurul Izzah pula berjawatan Naib Presiden PKR. Anaknya. Nurul Nuha pula dikatakan bakal dicalonkan.

Itu belum lagi disebut mengenai kroni-kroni “kekasih gelap”nya, Azmin Ali, yang kini sedang mencantas ramai pemimpin PKR yang tidak sebulu dengannya. Antara yang dikatakan bakal menjadi mangsa ialah Khalid “Gagap” yang mungkin akan kehilangan kerusi Menteri Besar.

Di dalam DAP pula, “Dinasti Lim” sedang mengatur langkah untuk keluarganya di arena politik. Lim Kit Siang yang bertanding sejak 1969, mencatur kedudukan anaknya, Lim Guan Eng dan menantu, Betty Chew. Macam mana ahli DAP tak marah..?

Begitu juga dengan Karpal Singh yang cuba mempertahankan pengaruh keluarga di dalam parti “chauvinis ultra kiasu” itu dengan mengetengahkan anak-anaknya, Gobind dan Jagdeep Singh. Mungkin dia mengharap untuk mengalahkan “Dinasti Lim”?

Terbaru, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat meletakkan nama anaknya, Nik Abduh, di kerusi Parlimen Rantau Panjang. Mungkin dia fikir pengaruhnya sebagai “nabi PAS” itu mampu menonjolkan anaknya yang selalu tersasul fatwa itu…

Khabarnya, penyandang Ahli Parlimen Rantau Panjang sekarang, Siti Zailah Yussof yang merupakan Ketua Dewan Muslimat telah dipindahkan untuk bertanding di Parlimen Jeli yang diwakili Menteri MITI, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

Gila! Zailah tak mahu dipindahkan ke Jeli. Dia tahu dia tak mampu menewaskan Tok Pa di Jeli. Lagipun, dia belum sempat buat apa-apa jasa di Rantau Panjang dan kini dia nak dipindahkan ke kubu BN? Nik Aziz nak matikan karier politiknya secara halus, kah?

Apakah Nik Aziz menyedari anaknya Nik Abduh itu tidak cukup jantan untuk bertanding di Parlimen Tok Pa? Dan sekadar menghantar seorang wanita untuk dikorbankan bagi memenuhi kehendak nafsu kronisme dan nepotismenya?

Untuk makluman, semua nama-nama di atas khabarnya bakal dicalonkan oleh bapa dan suami masing-masing di DUN dan Parlimen pada PRU ke-13 ini nanti. Hebat bukan? Pakat-pakat mencalonkan keluarga sendiri? “Parti anak-beranak”kah ini?

Itu pun puak-puak Pakatan Haram tidak malu untuk bercakap soal kronisme dan nepotisme di atas pentas politik. Terhegeh-hegeh di atas pentas menabur tohmah pada pemimpin BN, walhal mereka sendiri melakukan kronisme dan nepotisme secara terang-terangan.

Sebab itulah ramai rakyat yang “celik” menyifatkan para penyokong Pakatan Haram itu sebagai mereka yang “buta”. Orang buta pun tidak buta seperti mereka. Sanggup bertakbir tentang satu tohmahan, tapi mengutuk mereka yang benar. Tak “buta”kah begitu?

Itu belum lagi diceritakan bagaimana “anak-beranak” itu mengagih-agihkan dana parti menjelang PRU ke-13 ini. Kalau riuh rendah ketika waktu pemilihan parti dengan sampul surat tebal berisi, apatah lagi pada PRU, makin teruklah sampul “sedekah jariah” itu bertukar tangan, kan?

Apakah rakyat Malaysia mahu menyerahkan negara berdaulat ini kepada keluarga-keluarga “tidak sihat” itu? Keluarga-keluarga yang mengamalkan kronisme dan nepotisme itukah yang diharapkan memimpin kita? Nauzubillahi min zalik...

Artikel Asal -MYKMU