Sunday, April 7, 2013

#PRU13 #TolakPR - Sukarnya Wan Azizah Menjadi Isteri Anwar Ibrahim


Memang besar pengorbanan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada suami dan partinya. Beliau sanggup menjadi “pemanas” kerusi Presiden parti bagi memberi laluan kepada pihak suaminya, Anwar Ibrahim memerintah PKR tanpa perlu bertanding.

Malah beliau juga sanggup, atas arahan Anwar, untuk memendamkan hasratnya bertanding dalam pilihanraya umum kali ini. Kak Wan sudah buka mulut pada media bahawa beliau mungkin bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor sahaja.

Seperti biasa Kak Wan dengan takzimnya cakap berlapik. Beliau berkata, keputusan muktamad sama ada beliau jadi atau tidak bertanding bergantung pada keputusan pimpinan PKR, walhal beliau adalah presiden parti.

Demi Anwar, Kak Wan terpaksa akur. Namun bagaimana pula pendirian Kak Wan sebagai presiden PKR? Tidakkah beliau perlu bertegas bahwa demi parti, beliau perlu juga bertanding.

Jika tidak umum akan percaya bahawa dakwaan Setiausaha Politik Ketua Wanita PKR, Mohd Fareez Kamal Intidzam bahawa Kak Wan tidak berusaha memelihara maruah parti kerana tidak bertanding dalam PRU adalah benar

Namun hasrat Kak Wan bertanding lebur apabila Anwar dalam wawancara dengan stesen televisyen satelit Al Jazeera menegaskan bahawa Kak Wan tidak akan bertanding dalam PRU kali ini.

Sedihnya dalam PRU ke 13 ini Kak Wan tidak boleh bertanding kerusi parlimen kerana pada 2008 beliau melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh kepada Anwar sebelum penggal khidmatnya tamat. Kini untuk bertanding kerusi DUN Selangor Anwar tidak benarkan.

Lebih mengkagumkan Kak Wan yang dikurniakan anugerah Siti Khadijah sempena nama isteri Rasulullah s.a.w. oleh Angkatan Belia Islam (Abim) itu hanya menerima dan redha sahaja “penjelasan” Pengarah Pilihanraya PKR, Azmin Ali yang juga Timbalannya dalam parti.

Azmin berkata PKR lebih memerlukan khidmat Kak Wan terutama dalam menyertai kempen di seluruh negara bagi mencapai matlamat lebih besar iaitu menuju Putrajaya.

“Presiden mempunyai pengaruh yang kuat terutama di kalangan wanita. Parti secara keseluruhannya memerlukan beliau dalam konteks yang lebih besar.

“Jadi mengapa kita perlu sekat Presiden hanya di satu kerusi DUN sahaja sedangkan semua pihak di seluruh negara perlukannya,” kata Azmin.

Mungkin kenyataan ini berniat baik. Namun jika diambil kira kenyataan pengasas PKR, Ng Lam Yong, Azmin sebenarnya melihat keadaan itu peluang baginya mempersiapkan diri bertanding jawatan presiden dalam kongres PKR akan datang.

Bagi Azmin, buat masa ini biarlah Kak Wan selesa dengan “harapan tinggi” yang disandarkan kepadanya untuk meraih undi pengundi wanita buat PKR dalam PRU kali ini.

Peranan peraih undi dan simpati ini mudah lekat pada imej Kak Wan seorang Presiden yang mempunyai perwatakan keibuan untuk menjadi “pom pom girl” PKR sahaja. Maka akan lebih mudah Azmin mengatur langkah merampas jawatan nombor satu itu kelak.

Namun nasib Kak Wan tetap mendapat pembelaan. Anak sulungnya yang juga seorang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah bingkas menolak kenyataan bapanya Anwar Ibrahim dan alasan Azmin yang meremehkan sumbangan Kak Wan.

“Itu hanya cakap-cakap politik…itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP). Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan calon,” kata Nurul Izzah mengulas laporan portal berita rasmi PKR, Keadilandaily.com.

Mungkin hanya Nurul Izzah memahami bahawa maruah ibunya sebagai Presiden parti diperlekehkan sedemikian rupa hingga dikatakan tidak layak disenaraikan sebagai calon kerusi dewan undangan negeri dalam PRU kali ini.

-AntaraPos

#PRU13 #TolakPR Fuziah Toron Gagal Matematik


Jangan heran sangat kalau orang kata Mantan Ahli Parlimen Kuantan ni seorang yang buta matematik. Mungkin sebab itulah dia jadi pakar kaunseling pesakit mental.

Kerja tu memang lebih sesuai bagi dia memandangkan dalam Pakatan Pembangkang sekarang ni ramai yang sedang mengidap penyakit tersebut.

Tambahan pulak sebelum ini, Mantan Ahli Parlimen Kuantan ini telah pun mengantoikan dirinya sendiri dalam bab kira - kira ni sewaktu menabur fitnah terhadap Lynas.

Dalam satu sidang media di Kedutaan Australia, dia dengan yakin menyatakan bahawa penduduk disekitar kawasan Gebeng terdapat 700ribu orang penduduk.

Kenyataan itu dijelaskan sendiri dari mulut dia seperti mana yang dipaparkan dalam video dibawah. Bayangkan. Di Gebeng sahaja ada 700ribu orang. Macam mana dia kira?



Statistik penduduk di seluruh Negeri Pahang setakat tahun 2011 dicatatkan seramai 1.4juta orang. Jadi, adakah masuk akal separuh dari jumlah tersebut ada di Gebeng?

Kalau nak campur dengan penduduk di Kemaman sekali pun, jumlah tersebut tak sampai seramai itu. Di Kuantan sahaja baru ada dalam 200ribu orang. Mana datang yang lainnya?

Maka sekarang, dia sekali lagi cuba hendak membodohkan rakyat dengan menyatakan semua bekalan air di Kuantan telah habis disalurkan kepada Lynas.

Tindakan itu hanya semata - mata mahu memburuk - burukkan lagi Kerajaan Negeri dan cuba untuk memesongkan minda rakyat terhadap pembekalan air ke Selangor.

Bagaimana mungkin kilang memproses nadir bumi itu menggunakan keseluruhan air di Kuantan? Berapa banyak sebenarnya jumlah air yang diperlukan oleh kilang tersebut?

Dari satu sumber yang dimaklumkan oleh syarikat tersebut sebelum ini mendedahkan penggunaan air kilang itu secara purata adalah sebanyak 1.5juta liter sehari.

Berapa banyak pulak jumlah air yang digunakan oleh penduduk di seluruh daerah Kuantan? Pernah tidak dia mendedahkan perkara tersebut kepada rakyat?

Jawapannya tak pernah. Jika dia mendedahkan perkara tersebut secara umum, sudah tentu dia akan kehabisan peluru untuk terus memperbodohkan rakyat.

Yang paling kita takut, dia akan menyalahkan pula mesin kira atau pun komputer yang memberikan dia maklumat mengenai perkara tersebut sebelum ini. Maklum la. Puak - puak Pakatan ni memang tak de kerja lain. Asyik cari salah orang je kerja diorang pun!!!

#PRU13 #ManifestoBN: Reaksi Para Pemimpin Pergerakan UMNO


Berikut reaksi beberapa pemimpin sayap UMNO berhubung Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Ketua Pergerakan Wanita UMNO) - "Manifesto yang realistik dan mengambil kira masa depan rakyat berbilang bangsa serta memperjuangkan ideologi yang membawa perubahan kepada Malaysia ke arah negara berteknologi tinggi dalam mencapai Wawasan 2020.

"Manifesto ini juga mencakupi usaha berterusan pembangunan wanita selama lima tahun dan diyakini bakal direalisasikan apabila kerajaan diberikan mandat untuk menerajui kepimpinan negara.


Khairy Jamaluddin (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO) - "Manifesto ini adalah realistik kerana berdasarkan pendapatan rakyat dan menjiwai mereka.

“Ini adalah manifesto terbaik yang mampu mengangkat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dalam masa sama tidak meminggirkan golongan bawahan."


Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Ketua Pergerakan Puteri UMNO) - "Manifesto ini terbukti memberikan inspirasi kepada golongan muda untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara.

"Kita yakin harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa negara ini ke arah kecemerlangan akan tercapai dengan kesungguhan rakyat dalam mendukung usaha itu. - UTUSAN ONLINE

Gambar-Gambar Menarik Pelancaran #ManifestoBN AKUJANJI Bukti Rakyat Tolak #MenifestoBukanJanji PR!