Sunday, April 7, 2013

#PRU13 #Vote4BN - Masyarakat India Kembali Menyokong BN Selepas Tertipu Dengan PR


Sokongan masyarakat India di negara ini terhadap Barisan Nasional (BN) dilihat semakin meningkat dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin mandat daripada komuniti tersebut akan membantu BN mencapai kemenangan dalam Pilihan raya Umum ke-13.

Najib ketika wawancara eksklusif bersama Bernama turut melihat trend dan corak pemikiran masyarakat India telah mula memilih BN sebagai parti untuk disokong dalam pilihan raya akan datang.

Perkara itu juga sebelum ini telah diakui oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau yakin bahawa masyarakat India telah sedar bahawa kerajaan BN lebih cekap berbanding kerajaan pembangkang khususnya dalam memberi bantuan kepada kaum terbabit.

Sokongan itu kembali hasil daripada usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memperkenalkan dasar transformasi dan bantuan kepada rakyat yang turut menitik berat masa depan masyarakat India.

“Situasi sudah jauh berubah… mungkin di pilihan raya lalu dia terpengaruh oleh parti pembangkang dan beberapa isu seperti Hindraf menyebabkan masyarakat India marah beberapa tahun lalu tetapi kini masyarakat India seperti kaum lain perlukan bantuan dan sokongan daripada kerajaan,” kata Timbalan Perdana Menteri lagi.

“Beberapa isu khusus yang dihadapi masyarakat India seperti soal perkembangan dan pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang kita beri peruntukan besar begitu juga soal guru dimana soal pendidikan diberikan perhatian.

“Soal keduanya berkaitan tempat beribadah kuil mereka di mana sebahagian besar diberi bantuan dan pertolongan dan ketiga soal membangunkan pendapatan mereka dari soal pendapatan perniagaan dan pinjaman di bawah TEKUN dan bantuan lain yang memberi impak besar.

“Kami dalam BN rasa yakin bahawa sokongan kita daripada masyarakat India jauh lebih baik,” jelasnya.

Penerimaan Najib berjumpa dan berbincang dengan pemimpin Hindraf ternyata memberikan kesan positif kepada BN yang dilihat lebih ke hadapan menangani isu masyarakat Pakatan Rakyat yang ternyata selama ini gagal membela nasib kaum ketiga terbesar di negara ini.

Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian juga berpendapat bahawa sokongan masyarakat India, terutama masyarakat India luar bandar terhadap BN semakin meningkat berbanding senario pada PRU 2008 sebelum ini.

Masyarakat India jelasnya mengakui pentadbiran Najib berjaya membantu mereka daripada pelbagai sudut dan ia merupakan faktor yang menyebabkan sokongan masyarakat India kembali semula kepada BN.

“Bagi saya, faktor Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri memainkan peranan yang besar untuk menarik semula sokongan masyarakat India terhada BN. Saya yakin 55 peratus sokongan masyarakat India hari ini telah kembali semula kepada BN.

“Faktor kejayaan gagasan 1 Malaysia serta transformasi kerajaan dengan mewujudkan pelbagai program bantuan rakyat di negara ini tanpa mengira faktor bangsa dan warna kulit, merupakan salah satu perkara yang meningkatkan keyakinan masyarakat India terhadap BN,” katanya.

“Faktor calon juga merupakan satu asas dan elemen yang penting dalam menarik kembali sokongan daripada majoriti masyarakat India.

Ini kerana, selain faktor kepimpinan Najib, faktor calon juga merupakan satu perkara penting yang menjadi sebab bertambah atau beralihnya sokongan masyarakat India terhadap BN,” tambahnya.

Masyarakat India kini sedar hanya BN yang mampu memberikan yang terbaik untuk mereka serta menjamin masa depan bangsa mereka berbanding PR yang hanya pandai menipu dan menabur janji, sedangkan jauh panggang dari api untuk ditunaikan.

Penipuan demi penipuan PR terhadap masyarakat India kini sudah nyata apabila mereka gagal menyelesaikan banyak masalah kaum India, sebaliknya menunding jari menyalahkan kerajaan BN.

#Transformasi KL Antara Bandar Raya Termurah


Dalam kajian yang dibuat oleh Deutsch Bank Market Research, Kuala Lumpur merupakan antara bandaraya termurah untuk di lawati di dunia dan didami.

Kajian yang bertajuk “Mapping the World’s Prices: KL” Kuala Lumpur menjadi destinasi utama pelancong dari pelosok dunia untuk dilawati kerana taraf hidup yang lebih rendah berbanding ibu kota negara-negara lain di Asia, mahupun Eropah, termasuk juga Singapura, London, Moscow, New York, Beijing, New Delhi, dan juga Paris.

Kajian yang dijalankan oleh Sanjeev Sanyal itu mendapati subsidi kerajaan berjaya menjadikan bandaraya itu kekal sebagai kawasan yang sesuai untuk didiami termasuk subsidi bahan api seperti petrol.

Malah, kajian itu juga turut menjelaskan Malaysia adalah antara lokasi di mana pembeli telefon seperti pengguna produk Apple membayar harga iPhone kedua terendah selepas Amerika Syarikat.

Malahan jika dibandingkan dengan negara-negara luar berkenaan, kadar penginapan di hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur juga amat rendah.

Semua itu adalah berkat usaha dan kesungguhan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana berjaya memacu ekonomi dan taraf hidup rakyat yang lebih baik.

Apabila Kuala Lumpur menjadi lokasi pilihan rakyat luar negara untuk menetap dan menjadikan rumah kedua mereka, ia bakal manyaksikan pertukaran wang asing yang besar sekaligus memberikan kesan positif terhaadap industri hiliran di negara ini.

Berbeza dengan pembangkang yang hanya kerap menganjurkan demonstrasi jalanan dan huru-hara, yang mana akan menyebabkan ekonomi negara merundum, kerajaan BN beruasaha keras memastikan imej negara membangun yang menuju negara maju menjelang 2020 akan tercapai.

Bukan mudah untuk kerajaan membersihkan imej yang dicalarkan Pakatan Rakyat dalam tiga siri demonstrasi Bersih, namun alhamdulillah … berkat kepimpinan Najib Malaysia berjaya membangun dan ekonomi negara tetap berkembang walaupun ekonomi global mengalami kelembapan.

Hal itu dibuktikan dengan pujian daripada Dana Matawang Antarabangsa (IMF) yang mengakui pembangunan ekonomi Malaysia “melepasi jangkauan.”

Ternyata Program Transformasi Kerajaan seperti Program Transformasi Ekonomi, Progran Transformasi Politik dilihat berjaya kerana tanpa kestabilan politik dan kekuatan BN, mustahil ekonomi negara akan berkembang pesat.

Kemajuan sisopolitik dan ekonomi rakyat Malaysia dan negara ini di bawah pentadbiran BN ternyata menjadi pilihan untuk warga asing singgah dan berbelanja di Malaysia.

#TolakPR Tian Chua Diusir Dari Sabah



Naib Presiden PKR, Tian Chua memberitahu dilaman twitter telah dihalang penguatkuasa imigresen di lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan terus diminta menaiki pesawat seterusnya ke Kuala Lumpur, pagi tadi.

Tian Chua sebelum ini dengan bongkak mengaitkan isu pencerobohan Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO, kenyataan tersebut telah membangkitkan kemarahan ramai pihak di seluruh negara.

Susulan penahanan tersebut, Tian Chua turut membayangkan Pakatan Rakyat akan memansuhkan kuasa autonomi seperti yang dimiliki pihak imigresen Sabah jika mereka berjaya memerintah...

Namun bukan perkara baru, bahkan setiap kali ada kes seumpama ini pihak pembangkang akan mempersoal kuasa autonomi yang dimiliki Sabah dan Sarawak.

Apakah mereka benar-benar berhasrat begitu?

Padan Muka Ko!!