Tuesday, April 9, 2013

#PRU13 #SaveKedah Panas - Senarai Nama Calon PAS Terkini Selepas Azizan Jumpa Hadi


Senarai terkini calon PAS yang dikatakan semakin panas di kawasan DUN masing-masing... ada yang terima ada yang dah nak tutup bilik Gerakan Pilihanraya UPU... ada juga yang berhasrat untuk meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati dengan senarai nama calon tersebut.

Senarai ini keluar selepas Azizan berjumpa Presiden PAS Hadi yang datang ke Kedah baru-baru ni...  Walaubagaimana pun senarai ini masih dalam pertimbangan Hadi... Dipercayai bermungkinan akan berlaku sabotaj dari pihak dalaman yang tidak berpuashati dengan senarai nama calon ini.

Sg Limau - Azizan Razak
Guar Chempedak - Musoddak Ahmad
Belantik - Md Isa Shafie
Jeneri - Yahaya Abdullah
Pkln Kundor - Phahrolrazi Zawawi
Kbg Rotan - Nasir Mustafa
Anak Bukit - Amiruddin Hamzah
Ayer Itam - Abd Ghani Ahmad
Bukit Pinang - Mahfuz Omar
Bukit Lada - Ahmad Izzat Shauki
Tokai - Taulan Rasul
Sg Tiang - Mohd Hayati Othman
Alor Mengkudu - Ahmad Yahaya
Tg Dawai - Hamdan Khaleb
Pantai Merdeka - Abdullah Jusoh
Kuala Ketil - Md Zuki
Kupang - Johari Abdullah
Bayu - Rosli Azmi
Merbau Pulas - Aishah Ghazali
Bandar Bharu - Hassan Razak
Kota Siputeh - Cikgu Azhar
Kuala Nerang - Ust Azam

Kami masih memburu senarai nama calon Parlimen PAS pula...

#TolakPR PAS Menipu Duit Kutipan Tabung Perajurit Tragedi #LahadDatu


Tindakan mengutip derma untuk atas nama anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu menggunakan akaun parti politik merupakan satu tindakan pecah amanah yang serius. Ini kerana adalah mustahil untuk sesebuah parti atau pertubuhan mengetahui yang mana satu derma untuk pertubuhan mereka yang mana satu derma untuk perajurit.

Tindakan Parti Islam se-Malaysia mengutip derma untuk perajurit yang terkorban di Lahad Datu menggunakan akaun parti sendiri merupakan satu kesalahan serius. Malahan tidak mustahil sumbangan dan derma tersebut telah pun disalahgunakan.

Apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mendiamkan diri dengan perbuatan sebegini?

Sudah puas menghina dan mempermainkan perasaan wira-wira negara yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, puak-puak PAS cuba membuat “damage control” dengan umpan “tabung Lahad Datu” versi Pakatan Haram.

Terpampang di media online rasmi PAS, Harakahdaily, tentang kempen “tabung Lahad Datu” yang kononnya dikutip untuk waris-waris wira negara yang terkorban dari “sandiwara Tian Chua” itu.

Kononnya, “tabung” mereka itu adalah “tabung khas” yang sama seperti “Tabung Wira Lahad Datu” yang dianjurkan Kumpulan Media Prima. Betulkah begitu? Dan apakah hasil derma dan sumbangan itu akan terus disalurkan kepada waris-waris mangsa?

Di iklan “tabung” anjuran PAS itu tertera nombor akaun Maybank bernombor 5640 2540 0414. Cuba bawa wang RM10 dan cuba tekan nombor tersebut di mesin “cash deposit” di bank berkenaan.

Jangan terkejut “beruk” sekiranya anda dapati bahawa akaun “tabung khas PAS” itu didaftarkan di atas nama “Parti Islam Se-Malaysia” atau lebih dikenali sebagai PAS!

Ia berbeza dengan akaun Maybank anjuran Kumpulan Media Prima yang bernombor 5142 7133 9000, di mana jelas menunjukkan bahawa akaun itu didaftarkan khas di atas nama “Tabung Wira Lahad Datu”.

Sebenarnya, saya was-was dengan segala tabung yang dicipta atau dianjurkan oleh PAS. Sejarah menunjukkan PAS sememangnya “pantang” dan “allergic” dengan perkataan “tabung” dan sebarang perkara yang berkaitan dengannya.

Misalnya, “Tabung Memali”. Tabung tersebut kononnya dikutip oleh PAS dan dikhaskan untuk membantu waris-waris tragedi Memali di Baling, Kedah, beberapa puluh tahun dulu. Namun “tabung” tersebut lesap entah ke mana.

Malah waris-waris tragedi Memali sendiri merungut dan kecewa apabila hak mereka dinafikan dan wang yang terkumpul untuk mereka itu tidak disalurkan secara telus. Mesing jahit yang kononnya dibeli untuk mereka menyara diri pun habis dijual puak-puak PAS!

Kalau jumlah kutipan tabung Memali itu hanya berjumlah RM2, mungkin kita boleh tolong gantikan. Tapi kalau hasil kutipannya yang berjumlah berjuta-juta ringgit, padanlah PAS bersikap “kelam mata” dan memaksa Cikgu Non untuk tutup mulut, bukan?

Selain itu, tabung Koperasi Kohilal yang ditubuhkan PAS yang kononnya bertujuan untuk meningkatkan ekonomi para pengikut ajaran mereka juga khabarnya diseleweng teruk dan didiamkan begitu saja.

Sehingga kini, tiada sesiapa pun di dalam PAS yang mampu merungkai kehilangan dan kerugian yang ditanggung oleh Kohilal. Kehilangan wang itu kekal menjadi “misteri” yang mungkin “ghaib” bagaikan “dicuri bunian kayangan”…

Jadi, apakah kita boleh percaya dengan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu yang dianjurkan PAS itu?

Sudahlah didaftarkan di atas nama “Parti Islam Se-Malaysia”, kita khuatir dan ragu-ragu sekiranya wang tersebut sebenarnya akan digunakan sebagai dana PRU ke-13 bagi membiayai kempen PAS kali ini di seluruh Malaysia.

Saya faham, mungkin PAS tak cukup lagi mengutip wang dari para pengikutnya menerusi tabung, tong, karung dan guni yang diedarkan ketika mereka mengadakan majlis ceramah. Tapi kalau terdesak sangat pun nak pakai duit, tak payahlah buat cara begini. Buruk sangat caranya…

Kalau betul nak kutip wang untuk waris-waris wira Lahad Datu, apa kata kalau PAS pergi bertemu sendiri dengan waris-waris berkenaan dan minta nombor akaun mereka. Siarkan nombor akaun tersebut supaya wang sumbangan itu terus disalurkan ke akaun yang terlibat. Susah sangat, kah?

Bukan apa, melalui sejarah “tabung” yang dianjurkan PAS, saya yakin ramai rakyat di negara ini yang was-was dan tidak percaya dengan cara parti itu mengendalikan amanah rakyat itu. Kalau duit pengikut sendiri pun PAS “kebas”, apatah lagi wang rakyat? Lesap lagilah nampaknya…

Sumber: MyKMU

#PRU13 PKR Semakin Hancur... 250 Ahli PKR Cabang Gombak Sertai UMNO #TolakPR


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak yang diketuai Timbalan Presiden, Azmin Ali kini tempang selepas sebanyak 250 ahlinya dengan diketuai Timbalan Ketua Cabang, Abu Bakar Ninggal dan Ahli Jawatankuasa Cabang, Mazlan Abdul Rashid keluar daripada parti itu.

Serentak itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin.

Abu Bakar ketika ditemui berkata, PKR telah jauh tersasar daripada perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara kerana Anwar serta Azmin dilihat meletakkan kepentingan peribadi melebihi segalanya selain turut diselubungi masalah moral yang kronik.

"Kepercayaan saya terhadap PKR, Azmin dan Anwar semakin terhakis sejak beberapa tahun lalu rentetan pelbagai isu yang menyelubungi parti ini. PKR tidak lagi membela bangsa, agama dan negara tetapi hanya ghairah mahu menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Apatah lagi Anwar dan Azmin juga diselubungi masalah moral. Jadi kami melihat hanya UMNO sahaja dapat membela nasib bangsa setelah kami membandingkan apa yang berlaku di Selangor," katanya dalam Majlis Pengisytiharan Keluar PKR di Batu 10, Gombak, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

#PRU13 Infografik #ManifestoBN - "Menepati Janji, Membawa Harapan" #BetterNation

Rekod Kerajaan Barisan Nasional menunaikan janji cukup jelas. Perubahan sebenar telah pun berlaku, tetapi perjalanan ke arah transformasi sepenuhnya akan mengambil masa. Dalam kita menuju Pilihan Raya Ke-13, saya dengan rendah diri memohon mandat daripada anda semua untuk membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu.

Mandat daripada anda adalah sebuah janji yang membawa harapan, mandat untuk mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan. Masa depan negara ini berada di tapak tangan anda. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul.

Layari www.1malaysia.com.my/manifesto untuk mendapatkan akujanji Barisan Nasional yang lebih terperinci.


Bantuan Rakyat 1Malaysia akan diteruskan dan ditingkatkan secara beransur-ansur bagi mengurangkan beban keluarga yang memerlukan dan golongan bujang berpendapatan rendah.


PM, Datuk Seri Najib Razak sedar akan keperluan kereta kepada setiap rakyat. Sebab itulah, beliau mahu Dasar Automotif Negara disemak semula bagi membolehkan harga kereta turun sehingga 30 peratus secara berperingkat-peringkat.


Kemudahan internet adalah sangat penting kepada masyarakat kita hari ini. Ia bukan sahaja dijadikan medium komunikasi semata-mata malah membolehkan kita semua untuk mendapatkan pelbagai maklumat dengan mudah. Atas kesedaran itulah Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha untuk memastikan rakyat tidak kira latar belakang ekonomi, sama ada di bandar mahupun luar bandar mempunyai akses kepada kemudahan internet jalur lebar.


PM, Datuk Seri Najib sedar akan masalah yang dihadapi oleh generasi muda dalam memiliki kediaman sendiri kerana harga rumah yang semakin meningkat. Sebab itulah, Kerajaan Barisan Nasional telah perkenalkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang menyediakan rumah mampu milik.


Kita semua mengimpikan kediaman sendiri untuk dihuni bersama keluarga tercinta. Kerana itulah, Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha untuk mengurangkan kos pemilikan rumah bagi memastikan pembeli kali pertama mampu memiliki kediaman yang mereka impikan.


Setiap daripada kita memerlukan air untuk keperluan harian. Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat, kami akan sentiasa berusaha untuk memastikan anda semua mempunyai akses kepada kemudahan air bersih.


Kerajaan Barisan Nasional telah sekian lama berusaha membawa arus pembangunan yang pesat ke seluruh negara. Ini termasuklah dengan menyediakan pelbagai infrastruktur awam seperti jalan raya ke seluruh negara yang akan memberi manfaat kepada berjuta-juta rakyat di kawasan luar bandar.


Sepanjang pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan telah meletakkan matlamat mengurangkan kadar jenayah sebagai agenda penting negara. Pelbagai usaha dan langkah-langkah telah dilakukan bagi memastikan keselamatan kita semua terjamin.


Keamanan negara adalah amat penting untuk kita semua terutama sekali ketika Malaysia sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.


Selama ini pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha memastikan agar setiap rakyat mampu mendapat pendidikan berkualiti di negara ini. Usaha berpanjangan ini akan diteruskan lagi bagi mencapai matlamat Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai lagi rakyat berpengetahuan tinggi di negara ini.


Untuk menjadi sebuah negara maju, Kerajaan Barisan Nasional perlu memastikan setiap rakyat mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Inilah sebabnya mengapa selama ini Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menitikberatkan kualiti sistem pendidikan negara.

#PRU13 TolakPR : Memalukan Azizan Bagi Cek Tendang Kepada Kaum India


Tindakan kerajaan PAS Kedah menyerahkan cek bernilai RM229,000 yang telah tamat tempoh untuk tujuan memberi peruntukan kepada 58 sekolah Tamil sebagai menghina kaum itu.

Ketua Pemuda MIC, T Mohan berkata, kerajaan negeri seolah-olah cuba untuk menipu rakyat melalui tindakan yang kononnya tidak disengajakan.

Cek tersebut yang tamat tempoh pada 31 Mac 2013 diserahkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada 2 April baru-baru ini.

"Memalukan dan menghina masyarakat India lagi kalau betul-betul nak buat (bagi) buatlah betul-betul, bagilah sebelum check itu tamat tarikh, bagi yang sudah tidak boleh guna, apa ini.

"Seolah-olahnya mereka nak tipu masyarakat India katakan nak bagi pun tapi check tidak boleh guna," katanya ketika dihubungi.

Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyedari perkara berkenaan apabila cek tersebut telah ditolak oleh pihak bank, justeru khuatir sekiranya cek tersebut hanya bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat India menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

T Mohan selain itu menggambarkan tindakan PAS sebagai tidak jujur terhadap rakyat minoriti di negeri itu sehingga sanggup menggunakan cek yang sudah tamat tempoh untuk menyalurkan peruntukan sektor pendidikan kaum India.

Sehubungan dengan itu beliau merumuskan tindakan ini hanya akan mengundang kemarahan kaum India yang seolah-olah ditindas oleh kerajaan negeri di Kedah.

"Tidak jujur, lagi pulak cek itu tidak boleh diguna menunjukkan pengurusan Pakatan memang teruk," ujarnya.

Exco Kerajaan Negeri S. Manikumar dalam pada itu memohon maaf dan menyifatkan perkara itu sebagai 'kesilapan teknikal'.

"Bagaimanapun, kami telah meminta PIBG sekolah untuk tukar dengan cek baru dari pejabat kewangan negeri," katanya.

#PRU13 #TolakPR : Nik Aziz Tidak Cerminkan Diri Berilmu Agama


Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal mencerminkan dirinya sebagai seorang yang tinggi ilmu agama.

Katanya kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz mengenai Umno dan pembinaan masjid bukan sahaja tidak rasional tetapi juga lebih bersifat peribadi.

"Kalaupun marah sangat dengan Umno, janganlah cakap macam itu.

"Juga, cerita sembahyang orang Umno tiada pahala...kau siapa nak kata begitu? Saya nak tanya, dia pemegang kunci syurga ke?" katanya kepada pemberita selepas penyerahan geran Program Pemulihan Dalam Komuniti Negeri Sembilan berjumlah RM3.05 juta bagi tempoh enam bulan, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilapor mendakwa orang Umno banyak membina masjid bukan kerana Islam sebaliknya kerana mahu menjadi kontraktor.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan solat anggota Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pembinaan sesebuah masjid tidak dilakukan kerajaan dengan sewenang-wenangnya, tetapi perlu mengambil kira keperluan dan permohonan umat Islam di satu-satu kawasan.

Beliau memberi contoh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang menerima banyak permohonan masjid daripada masyarakat.

"Kalau nak ikutkan permohonan daripada masyarakat, banyak orang memohon.

Tapi kita pertimbangkan dengan begitu 'detail' termasuk dari segi jauh masjid,jarak masjid, fungsi masjid tersebut dan sebagainya," katanya.

Mengenai dakwaan Tian Chua Chang tidak dibenarkan memasuki Sabah semalam, Mohamad berkata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu sepatutnya dihalau keluar daripada negara ini.

Tian Chua sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa insiden pencerobohan berdarah di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno. - Bernama