Tuesday, April 9, 2013

#PRU13 #TolakPR 3 Pemimpin DAP Johor Letak Jawatan, 5 Bakal Menyusul


Belum pun mengundi, jauh sekali menang dan menjadi kerajaan, hendak menamakan calon juga Pakatan Rakyat sudah kelam-kabut, atau lebih tepat, gagal sama sekali.

Jika di Perlis kita menyaksikan PKR dan PAS berbalah, di Kedah PAS dan DAP berbalah, yang terkini, di Johor kita boleh menyaksikan bagaimana DAP dan DAP serta PKR pula berbalah.

Pergolakan dalaman parti sendiri dan pertelagahan antara rakan sekutu sudah tidak dapat ditutup lagi, sehingga Anwar sendiri terpaksa mengaku di dalam ceramahnya di Melaka semalam bahawa terdapat gaduh-gaduh ‘sedikit’, namun boleh diselesaikan.

Kerana ‘gaduh-gaduh sedikit itulah’ maka hari ini 3 pemimpin DAP telah sah meletakkan jawatan akibat tidak berpuas hati dengan tindakan anak beranak kuku besi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang masuk campur dalam urusan parti itu di Johor. Mereka yang meletakkan jawatan adalah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Chen Hau, Timbalannya Norman Fernandez dan Setiausahanya, Tan Chen Choon.

Jelas, ‘gaduh-gaduh’ itu bukanlah sedikit seperti kata Anwar, tetapi benar-benar serius.

Bayangkan, mereka yang meletakkan jawatan itu bukannya calang-calang tetapi merupakan pemimpin DAP peringkat tinggi di negeri itu. Justeru, tidak hairanlah apabila 5 lagi dikhabarkan telah bersedia untuk menurut langkah mereka, antaranya, ADUN Mengkibol, Ng Lam Hua.

Dr. Boo Chen Hau diketahui bermati-matian mempertahankan DAP sehingga bergaduh sakan dengan Datuk Chua Jui Meng. Namun, setelah mendapat keyakinan untuk menang, DAP sanggup menolak Dr. Boo bagi memberi laluan kepada ‘orang-orang pilihan’ keluarga Lim. Sehingga meletakkan jawatan, Dr. Boo masih belum disahkan sama ada akan bertanding.

Dari situ, pergolakan dalaman DAP turut menular kepada PKR apabila calon PKR sendiri terpaksa mengalah dan tercampak ke kawasan-kawasan yang kurang selamat lalu menyebabkan ketidakpuasan hati semakin memuncak. Antara pemimpin PKR yang menjadi mangsa ialah Chua Jui Meng sendiri, di mana beliau telah ‘ditendang’ ke Segamat daripada kawasan selesanya, Gelang Patah, atas keterpaksaan untuk memberi laluan kepada Tokong Lim Kit Siang.

Sebelum ini, Chua pernah meminta antara parlimen Bakri atau Kulai apabila dinafikan pencalonan di Gelang Patah. Tetapi, permintaan Chua telah ditolak mentah-mentah di mana DAP bertegas tetap akan meletakkan calonnya di kedua-dua kerusi itu juga.

Selain itu, kita juga menyaksikan perebutan kerusi Johor Jaya di mana kedua-dua DAP dan PKR telah mengumumkan calon masing-masing, iaitu Liow Cai Tung dan Jimmy Phua. Setakat ini, masih tiada kata putus mengenai pertindihan kerusi tersebut.

Desas-desus mengkhabarkan bahawa akan berlaku lagi perletakan jawatan oleh beberapa pemimpin DAP negeri itu dalam masa terdekat. Jumlah yang dianggarkan ialah 8 orang, termasuk yang telah dinamakan sebagai calon kerana tidak puas hati dengan kawasan yang diberi. Dalam pada itu, dalam satu program minggu lepas, ahli DAP sendiri telah berpiket kerana tidak puas hati terhadap kepimpinan yang meletakkan calon luar.

PKR juga dikhabarkan sudah mula memboikot semua program DAP dan hanya memberi kerjasama di dalam program-program PAS.

Dari senario di atas, apa yang dapat kita simpulkan ialah Lim Kit Siang benar-benar seorang kuku besi dan Anwar Ibrahim langsung tidak dihormati oleh DAP sebagai bakal Perdana Menteri PR.

Anwar tidak mampu mempertahankan parti dan calon pilihannya, Anwar tidak mampu mengawal keadaan dan Anwar bukanlah seorang Ketua yang efektif. DAP pula terbukti sebagai parti chauvinis dan kiasu yang tidak menghormati sesiapa termasuk rakan dan ketua sendiri.

Lebih dari itu, ia memperlihatkan bagaimana PR tidak mampu duduk semeja, berbincang dan membuat keputusan yang kemudiannya dipatuhi oleh semua pihak.

Justeru, rakyat kini dapat menilai sendiri di mana adalah mustahil PR akan mampu menguruskan negara sekiranya mereka memerintah, sedangkan untuk mengurus gerak kerja awal pilihanraya juga, mereka telah gagal sepenuhnya.

#PRU13 #SaveKedah Panas - Senarai Nama Calon PAS Terkini Selepas Azizan Jumpa Hadi


Senarai terkini calon PAS yang dikatakan semakin panas di kawasan DUN masing-masing... ada yang terima ada yang dah nak tutup bilik Gerakan Pilihanraya UPU... ada juga yang berhasrat untuk meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati dengan senarai nama calon tersebut.

Senarai ini keluar selepas Azizan berjumpa Presiden PAS Hadi yang datang ke Kedah baru-baru ni...  Walaubagaimana pun senarai ini masih dalam pertimbangan Hadi... Dipercayai bermungkinan akan berlaku sabotaj dari pihak dalaman yang tidak berpuashati dengan senarai nama calon ini.

Sg Limau - Azizan Razak
Guar Chempedak - Musoddak Ahmad
Belantik - Md Isa Shafie
Jeneri - Yahaya Abdullah
Pkln Kundor - Phahrolrazi Zawawi
Kbg Rotan - Nasir Mustafa
Anak Bukit - Amiruddin Hamzah
Ayer Itam - Abd Ghani Ahmad
Bukit Pinang - Mahfuz Omar
Bukit Lada - Ahmad Izzat Shauki
Tokai - Taulan Rasul
Sg Tiang - Mohd Hayati Othman
Alor Mengkudu - Ahmad Yahaya
Tg Dawai - Hamdan Khaleb
Pantai Merdeka - Abdullah Jusoh
Kuala Ketil - Md Zuki
Kupang - Johari Abdullah
Bayu - Rosli Azmi
Merbau Pulas - Aishah Ghazali
Bandar Bharu - Hassan Razak
Kota Siputeh - Cikgu Azhar
Kuala Nerang - Ust Azam

Kami masih memburu senarai nama calon Parlimen PAS pula...

#TolakPR PAS Menipu Duit Kutipan Tabung Perajurit Tragedi #LahadDatu


Tindakan mengutip derma untuk atas nama anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu menggunakan akaun parti politik merupakan satu tindakan pecah amanah yang serius. Ini kerana adalah mustahil untuk sesebuah parti atau pertubuhan mengetahui yang mana satu derma untuk pertubuhan mereka yang mana satu derma untuk perajurit.

Tindakan Parti Islam se-Malaysia mengutip derma untuk perajurit yang terkorban di Lahad Datu menggunakan akaun parti sendiri merupakan satu kesalahan serius. Malahan tidak mustahil sumbangan dan derma tersebut telah pun disalahgunakan.

Apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mendiamkan diri dengan perbuatan sebegini?

Sudah puas menghina dan mempermainkan perasaan wira-wira negara yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, puak-puak PAS cuba membuat “damage control” dengan umpan “tabung Lahad Datu” versi Pakatan Haram.

Terpampang di media online rasmi PAS, Harakahdaily, tentang kempen “tabung Lahad Datu” yang kononnya dikutip untuk waris-waris wira negara yang terkorban dari “sandiwara Tian Chua” itu.

Kononnya, “tabung” mereka itu adalah “tabung khas” yang sama seperti “Tabung Wira Lahad Datu” yang dianjurkan Kumpulan Media Prima. Betulkah begitu? Dan apakah hasil derma dan sumbangan itu akan terus disalurkan kepada waris-waris mangsa?

Di iklan “tabung” anjuran PAS itu tertera nombor akaun Maybank bernombor 5640 2540 0414. Cuba bawa wang RM10 dan cuba tekan nombor tersebut di mesin “cash deposit” di bank berkenaan.

Jangan terkejut “beruk” sekiranya anda dapati bahawa akaun “tabung khas PAS” itu didaftarkan di atas nama “Parti Islam Se-Malaysia” atau lebih dikenali sebagai PAS!

Ia berbeza dengan akaun Maybank anjuran Kumpulan Media Prima yang bernombor 5142 7133 9000, di mana jelas menunjukkan bahawa akaun itu didaftarkan khas di atas nama “Tabung Wira Lahad Datu”.

Sebenarnya, saya was-was dengan segala tabung yang dicipta atau dianjurkan oleh PAS. Sejarah menunjukkan PAS sememangnya “pantang” dan “allergic” dengan perkataan “tabung” dan sebarang perkara yang berkaitan dengannya.

Misalnya, “Tabung Memali”. Tabung tersebut kononnya dikutip oleh PAS dan dikhaskan untuk membantu waris-waris tragedi Memali di Baling, Kedah, beberapa puluh tahun dulu. Namun “tabung” tersebut lesap entah ke mana.

Malah waris-waris tragedi Memali sendiri merungut dan kecewa apabila hak mereka dinafikan dan wang yang terkumpul untuk mereka itu tidak disalurkan secara telus. Mesing jahit yang kononnya dibeli untuk mereka menyara diri pun habis dijual puak-puak PAS!

Kalau jumlah kutipan tabung Memali itu hanya berjumlah RM2, mungkin kita boleh tolong gantikan. Tapi kalau hasil kutipannya yang berjumlah berjuta-juta ringgit, padanlah PAS bersikap “kelam mata” dan memaksa Cikgu Non untuk tutup mulut, bukan?

Selain itu, tabung Koperasi Kohilal yang ditubuhkan PAS yang kononnya bertujuan untuk meningkatkan ekonomi para pengikut ajaran mereka juga khabarnya diseleweng teruk dan didiamkan begitu saja.

Sehingga kini, tiada sesiapa pun di dalam PAS yang mampu merungkai kehilangan dan kerugian yang ditanggung oleh Kohilal. Kehilangan wang itu kekal menjadi “misteri” yang mungkin “ghaib” bagaikan “dicuri bunian kayangan”…

Jadi, apakah kita boleh percaya dengan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu yang dianjurkan PAS itu?

Sudahlah didaftarkan di atas nama “Parti Islam Se-Malaysia”, kita khuatir dan ragu-ragu sekiranya wang tersebut sebenarnya akan digunakan sebagai dana PRU ke-13 bagi membiayai kempen PAS kali ini di seluruh Malaysia.

Saya faham, mungkin PAS tak cukup lagi mengutip wang dari para pengikutnya menerusi tabung, tong, karung dan guni yang diedarkan ketika mereka mengadakan majlis ceramah. Tapi kalau terdesak sangat pun nak pakai duit, tak payahlah buat cara begini. Buruk sangat caranya…

Kalau betul nak kutip wang untuk waris-waris wira Lahad Datu, apa kata kalau PAS pergi bertemu sendiri dengan waris-waris berkenaan dan minta nombor akaun mereka. Siarkan nombor akaun tersebut supaya wang sumbangan itu terus disalurkan ke akaun yang terlibat. Susah sangat, kah?

Bukan apa, melalui sejarah “tabung” yang dianjurkan PAS, saya yakin ramai rakyat di negara ini yang was-was dan tidak percaya dengan cara parti itu mengendalikan amanah rakyat itu. Kalau duit pengikut sendiri pun PAS “kebas”, apatah lagi wang rakyat? Lesap lagilah nampaknya…

Sumber: MyKMU