Wednesday, April 10, 2013

#PRU13 #TolakPR : Yusmadi Jadi Mangsa Diktator Lim Guan Eng


Pengumuman calon baru PKR, untuk kerusi Balik Pulau yang dibuat oleh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim baru-baru ini bukanlah merupakan satu perkara yang memeranjatkan. Ini kerana rata-rata pencacai dan penyokong PKR di Pulau Pinang telah lama merasai bahawa penyandang bagi kerusi tersebut Yusmadi Yusoff akan digugurkan.

Ia ekoran dari ‘perang dingin’ di antara Yusmadi dengan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah berlarutan sejak sekian lama, kerana sering mengkritik dasar-dasar yang diperkenalkan oleh diktator yang bernama Lim Guan Eng.

Kelantangan anak muda yang juga merupakan seorang peguam itu yang kerap melemparkan kritikan terhadapan kepimpinan Guan Eng sebelum ini dikatakan sebagai punca utama tidak dipilih semula sebagai calon.

Namun secara dasarnya, tiada apa yang perlu dihairankan, kerana Setiausaha DAP itu sebelum ini memang diakui sebagai pemerintah kuku besi ala diktator. Inilah demokrasi ala Pakatan Rakyat, dipimpin oleh diktator!

Disebabkan itu, DAP dikatakan telah mendesak Anwar agar menggugurkan Yusmadi dari terus mempertahankan kerusi tersebut atas alasan sekiranya pakatan mahu mengekalkan kemenangan di kawasan berkenaan. Lebih malang lagi, kegagalan Yusmadi untuk mendapatkan lesen memandu, dikatakan turut dijadikan alasan dalam menyakinkan Anwar. Kah Kah Kah!

Malah ketika menjawab soalan pengikutnya di laman sosial Twitter mengenai alasan beliau tidak bertanding, Yusmadi secara berseloroh menjawab, "Setakat ini alasan yang saya ada dan mampu jawab ialah nak ambil lesen kereta yg masih saya gagal dapat."

Tidak cukup dengan itu, ada desas-desus yang mengatakan Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh yang juga MP Kuantan antara orang yang kuat berbisik kat telinga Anwar untuk menggugurkan anak jati Balik Pulau itu. Kesian Yusmadi jadi mangsa.

Selain itu Yusmadi turut mengesahkan bahawa beliau tidak dicalonkan di mana-mana kerusi sama ada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Maka untuk mengambil hati Yusmadi yang terguris, Anwar memaklumkan Yusmadi akan beralih tugas di bahagian sekretariat parti itu agar dapat memainkan peranan yang lebih besar, ‘Coffee Boy’ yang baru barangkali.

Muka baru yang mendapat perkenan Anwar dan DAP ialah Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang berasal dari Teluk Kumbar @ orang luar, merupakan seorang Ahli Majlis MPPP dari PKR. Baktiar yang juga merupakan Pengurus Sumber Manusia di Linear Semiconductor Sdn Bhd sebuah kilang di Bayan Baru adalah merupakan aktivis JIM (Pertubuhan Jemaah Islahdan) PKR sejak zaman era reformasi.

Kesimpulannya PKR ini hanya merupakan parti sampah bagi DAP, kerana mereka percaya parti ultra kiasu itu adalah dominan dan berhak untuk menentukan siapa naik dan siapa turun walaupun melibatkan parti sekutu. Hakikatnya Anwar tidaklah sehebat seperti yang digambarkan oleh geng pencacai, kerana realitinya dia tidak ubah seperti ‘lembu yang dicucuk hidungnya .

Kalau tak percaya, cuba tanya Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh yang juga merupakan penasihat dan peguam bela Anwar dalam kes-kes yang melibatkan salah laku moralnya. Kegagalan menurut semua kehendak DAP boleh menyebabkan rahsia peribadinya terlepas untuk pengetahuan umum.

#PRU13 - SPR Umum Penamaan Calon 20 April, Undi 5 Mei



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.

Kedua-dua tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan sebentar tadi.

PRU 13

Tarikh Penamaan calon : 20 April (Sabtu)

Tarikh Mengundi Awal: 30 April 2013 (Selasa)

Tarikh Mengundi : 5 Mei 2013 (Ahad)

Sebanyak 8,789 pusat pengundian akan dibuka untuk PRU 13

#PRU13 #Vote4BN PM Jumpa Calon BN Tengah Hari Ini


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan tertutup dengan calon-calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 12 tengah hari ini.

Terdahulu, pagi ini, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun sedang menyampaikan taklimat tertutup kepada semua yang hadir.

Semoga yang terpilih akan memberi kemenangan mutlak kepada BN.

Hidup BN! Hidup BN! Undilah BN demi kesejahteraan dan kemamkruan rakyat.

#PRU13 #TolakPR Hadi Masih Enggan Namakan Calon PM


Dengan cita-cita beliau untuk menjadi PM, Presiden PAS Abdul Hadi Awang masih enggan menamakan calon PM Pakatan sekiranya menang PRU13. Namun pada hakikatnya Anwar? Hadi? Lim Kit Siang? Tak seorang pun yang layak untuk jadi PM Malaysia!

Memetik laporan TMI - Teka-teki bakal calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat (PR) masih belum terjawab walaupun Pilihan Raya 2013 akan berlangsung tidak lama lagi apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih enggan mengulas berkenaan parkara itu.

Abdul Hadi dilihat mengelak ketika ditanya pemberita berkenaan perkara itu sebaliknya menegaskan perkara berkaitan calon perdana menteri daripada pakatan pembangkang hanya akan diselesaikan apabila pilihan raya umum ke-13 berakhir.

“Saya tidak boleh mendahului rakyat, kita perlu menangkan dulu, baru kita tahu siapa (perdana menteri),” katanya menjawab pertanyaan pemberita selepas Bicara Minda anjuran Sinar Harian di Kompleks Karangkraf.

Tambah presiden PAS itu lagi, beliau tidak sepatutnya mendahului rakyat dan sebagai menghormati sistem Raja Berperlembagaan, beliau tidak sepatutnya mengulas berkenaan perkara tersebut.

“Kita ada raja perlembagaan, tak boleh dahului, ini adab kita ... saya tak boleh kata saya sedia, saya hanya sedia jadi khadam kepada rakyat,” katanya lagi.

DAP sebelum ini telah bersetuju untuk melantik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya pembangkang berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam PRU 13 akan datang.

Isu itu kemudiannya kembali berbangkit apabila Muktamar PAS di Kelantan pada November tahun lalu melihatkan pemimpin dari Dewan Muslimat dan Dewan Ulama PAS mencadangkan agar Abdul Hadi dilantik menjadi perdana menteri.

“Siapa jadi perdana menteri yang penting mesti orang Islam yang diterima rakyat,” tegas Abdul Hadi lagi.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan pemimpin PAS telah mempersoalkan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya PR berjaya memenangi kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya 2013, dengan satu sumber mengesahkan mereka telah menawarkan kepada pemimpin Umno Tengku Razaleigh Hamzah jawatan tertinggi tersebut.

Sumber berkenaan berkata, persoalan tersebut timbul dalam satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR selepas kenyataan Abdul Hadi bahawa parti Islam itu tidak teragak-agak meninggalkan PR sekiranya pakatan tersebut merugikan orang-orang Melayu dan Islam.

“Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri,” kata satu sumber PR yang tidak mahu dinamakan kepada The Malaysian Insider.

“Kemudian seorang pemimpin tertinggi PKR menjawab, Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkatnya dan ini sudah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999,” tambah sumber tersebut.

Menurut satu sumber lain dari PR, satu pertemuan telah dilakukan diantara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagi menjemput bekas menteri kewangan itu untuk menjadi perdana menteri sekiranya PR berjaya mendapatkan majoriti kerusi parlimen selepas pilihan raya akan datang.

Isu siapa bakal perdana menteri PR sekiranya dapat merampas Putrajaya timbul apabila dilaporkan Majlis Syura Ulama PAS dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut menolak Anwar sebagai calon perdana menteri PR dan berkemungkinan melantik calon dari luar bagi menggalas jawatan tersebut.

Perkara itu bagaimanapun ditolak Pengerusinya Datuk Nik Aziz Nik Mat dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam PR, menurut agensi berita Bernama.

Pengerusi DAP Karpal Singh masih menegaskan Anwar akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya 2013.

PAS akan bertanding 70 daripada 222 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya 2013 yang perlu diadakan tidak lama lagi dan membiarkan selebihnya untuk ditandingi oleh rakan PR, DAP dan PKR.

#PRU13 : #ManifestoBN Mendapat Pujian Dari Pakar Ekonomi! #BetterNation

Sejak dilancarkan 6 April yang lalu, Manifesto BN terus mendapat pujian dari segenap lapisan masyarakat, termasuk dari pakar-pakar ekonomi.

ManifestoBN "Aku Janji" lebih banyak bawa faedah untuk rakyat Sabah dan Sarawak berbanding "Manifesto Bukan Janji" Pakatan.

Antara laporan tersebut boleh baca di pautan di bawah:

Economists praise BN manifesto for 'clear direction'

Reactions: BN Manifesto Is Far Better Than Pakatan's









#PRU13 #TolakPR Ceramah Tian Chua, Bob Lokman Hambar!

Berikut gambar-gambar sekitar program ceramah YB Tian Chua, Parlimen Batu dan Bob Lokman yang tidak mendapat sambutan langsung daripada penduduk sekitar. Ini menunjukkan rakyat Batu sudah muak dengan helah Pakatan Haram.








Ternyata rakyat Batu sudah bosan dengan bekas YBnya jarang turun padang, tiada sumbangan di dalam pembangunan Batu dan hanya asyik berceramah menghentam dan mencari salah Kerajaan. Nampak mulut celupar Tian Chua yang mengatakan Tragedi Lahad Datu hanya sandiwara UMNO memberi kesan yang mendalam di hati penduduk. Kali ini Parlimen Batu milik Barisan Nasional. insyaallah!!!