Thursday, April 11, 2013

#PRU13 Kubur Besar Pembangkang Sudah Disediakan!


SPR telah pun menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon, manakala 5 Mei 2013 ditetapkan sebagai hari pengundian. Tarikh 30 April 2013 untuk proses pengundian awal (pengundi pos) yang terdiri daripada anggota tentera, polis, kakitangan SPR dan pengundi luar negara.

Dengan penetapan tarikh ini bermakna ia akan menyemarakkan lagi bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan kempen perang bendera akan memasuki fasa yang lebih meriah sementara menantikan hari penamaan calon dan pengundian.

Namun demikian belum pun tiba tarikh-tarikh itu, suasana politik semasa sudah agak hangat apabila sana sini ramai pemimpin politik khususnya dari PR sibuk bercakaran sesama sendiri kerana merebutkan kawasan yang ingin ditandingi.

DAP yang merupakan abang besar dalam PR semakin berani menerjah kawasan yang sepatutnya ditandingi oleh PKR, PAS yang terasa dipijak-pijak selama ini mula menonjolkan belangnya menuntut diri dihormati. PKR yang terasa besar dari yang lain makin terasa cabaran rakan-rakan sepakatan.

Kebanyakan kawasan yang direbut dianggap selamat dan bakal membawa pemimpin PR menuju puncak, tapi hakikat kawasan yang sama boleh berubah menjadi kubur besar untuk mereka tak pula terdetik di hati sesiapa.

Tak berapa lama dulu, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim pernah mengisytiharkan lebih 90% nama-nama calon PR sudah selesai. Tapi hakikat yang berlaku gayanya seperti 10% sahaja yang benar-benar sudah muktamad dan baki 90% lagi masih berkecamuk berebut sesama sendiri.

Seandainya benar sudah wujud persetujuan yang kononnya sudah dicapai dan dimuktamadkan, maknanya kini ia sengaja dilanggar gara-gara kehendak nafsu masing-masing yang semakin menggila. Macam ini punya gaya jangan diharap PR mampu mentadbir negara dengan sebaiknya.

Dari utara sampai ke selatan, dari timur ke barat, masing-masing parti dalam PR sibuk bertelagah sesama sendiri, kerana apa?. Tak lain tak bukan kerana setiap parti dalam PR merasakan inilah masanya untuk menuju puncak dengan menaruh harapan bahang tsunami PRU 12 2008 dulu akan berterusan.

Para penyokong yang dulunya mengharap pada PR kini tambah meluat melihat keangkuhan dan sikap tamak yang menguasai pimpinannya. Baru diuji sedikit kuasa sudah pandai lupa diri.

DAP, PKR dan PAS sudah lupa hakikat letak duduknya mereka saat ini bukannya atas kekuatan sendiri. Mereka lupa setiap yang naik mendadak jatuhnya akan merudum cepat menyembah bumi.

Jika diamati corak dan trendnya, PRU13 bukan lagi satu gelanggang yang menjanjikan keuntungan untuk PR. Ia jauh berbeza dengan suasana PRU 12 yang lalu. Kecenderungan pengundi Melayu Islam dan India kini ternyata lebih solid bersama BN.

Pengundi Cina yang dianggap deposit PR kini sedang dalam persimpangan dilema, tanpa sokongan majoriti Melayu Islam dan India kepada PR ia ibarat pertaruhan yang berisiko tinggi - untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Justeru itu tak mustahil, PRU13 akan menyaksikan ramai pemimpin PR yang mendadak naik dulu bakal jatuh terhumban. Sekiranya ini menjadi realiti, maka PRU13 bakal mencatat rekod sebagai kubur besar untuk pimpinan pembangkang.

Wednesday, April 10, 2013

KL Sesak, Banjir Kilat!






Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, hujanlebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesakteruk di beberapa laluan utama.

"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan.

Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.

Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. -Bernama

#PRU13 #TolakPR - Tikam Belakang Anwar... Ternyata Hadi Masih Idam Jadi PM...


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus bermain politik dengan rakan Pakatannya apabila enggan mengulas lanjut siapa akan jadi PM sekiranya Pakatan menang.

Dikala Dap dan PKR sudah sepakat menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon PM, Hadi yang turut bercita-cita menjadi PM, terus membisu enggan menamakan calon PM Pakatan sekiranya menang PRU13.

Terbaru, ketika program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, Hadi hanya mampu memberi alasan, beliau tidak boleh mendahului rakyat dalam membuat keputusan siapa bakal PM sekiranya BN tewas. Kononya menghormati sistem Raja Berperlembagaan.

Isu siapa PM ini bukan baru bagi pakatan. Pada suatu ketika dulu, Hadi pernah turut bersetuju untuk menerima Anwar sebagai PM sekiranya berjaya ke Putrajaya.

Setelah diasak teruk oleh akar umbi, Hadi mengatakan ianya belum dimuktamadkan lagi dan Pas perlu menang besar sebelum memikirkan siapa bakal jadi PM.

Setelah sekian lama isu ini reda, ianya sekali lagi meletus di Muktamar Pas di Kelantan pada November lepas, apabila pemimpin dari Dewan Muslimat dan Dewan Ulama Pas mencadangkan Hadi dilantik sebagai PM.

Maka bersilat pemimpin-pemimpin Pakatan memberi penerangan kepada akar umbi masing-masing untuk menunjukkan mereka telah sepakat.

Terdahulu, Pas sebelum ini dikatakan telah berunding secara sulit untuk meletakkan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon PM manggantikan Anwar yang dilihat terlalu banyak skandal dan kontroversi.

Difahamkan penentangan untuk menolak Anwar sebagai calon PM sangat kuat di dalam Pas sehingga dikatakan pemimpin tertinggi Pas menyatakan HARAM bagi Anwar untuk meminta jawatan PM dari Pas.

Majlis Syura Ulama Pas, dalam perbincangan tertutup baru-baru ini juga telah sepakat menolak Anwar sebagai PM dan akan melantik calon luar untuk menggalas tugas tersebut.

Tapi dalam kesibukan Pas untuk menjadi PM, mereka tidak sedar mereka hanya bertanding 70 daripada 222 kerusi yang dipertanding dan membiarkan Pkr dan Pas mengambil yang selebihnya.

Hadi, Anwar dan Kit Siang tidak perlu putar belit bila jawab soalan wartawan. Semua orang dah tahu sebenarnya mereka tak ada jawapan yang objektif langsung. Menangkan dulu baru fikir siapa nak jadi PM? Mana boleh! Anwar? Hadi? Lim Kit Siang? Sorang pun tak cukup bagus untuk jadi PM Malaysia.

#PRU13 #TolakPR - Tiada Kata Sepakat.... Kerana Kuasa Pembangkang Bergaduh, Bertekak Sesama Sendiri



Berbulan-bulan pembangkang menyalak di ceramah-ceramah mereka, Perdana Menteri seorang yang penakut kerana tidak berani membubarkan parlimen.

Dituduhnya Najib sedang merancang untuk mencetuskan huru-hara yang akan menyebabkan wujudnya darurat sebelum pilihan raya dilaksanakan.

Difitnahnya, pencerobohan tentera sultan kiram merupakan satu sandiwara umno sedangkan pengawal keselamatan kita bermatian-matian berjuang mempertahankan negara.

Tetapi segala fitnah itu terjawab apabila Najib mengumumkan pembubaran parlimen lebih awal pada 4 April 2013 sedangkan beliau mempunyai tempoh sehingga 28 April 2013sebelum parlimen terbubar dengan sendirinya.

Maka bertepuk tanganlah para jentera pembangkang kerana mereka sudah menunggu saat parlimen dibubarkan. Persediaan mereka selama berbulan-bulan kini akan digerakkan sepenuhnya.

Hah!!! Najib dah bubar parlimen!!! Bertempiaran pemimpin-pemimpin pembangkang ke sana sini cuba menyelesaikan masalah pembahagian kerusi Pakatan.

Rupa-rupanya pembangkang masih belum memuktamadkan isu pokok pembahagian kerusi di antara mereka. Selama ini mereka gelar Najib penakut bubar parlimen hanya sekadar 'Reverse Psycology' supaya Najib melewatkan pembubaran parlimen. Haramjadah.

Menjelang PRU13, Pakatan Rakyat dilihat semakin berkecamuk sesama sendiri kerana berebut kerusi. Hampir semua negeri pembangkang hadapi masalah pertindihan kerusi. Ini yang mereka kata bersedia untuk pilihan raya? Hahahaa...

Kita ambil contoh dari negeri paling utara, Perlis. Setelah berhempas pulas memujuk mufti Perlis untuk menjadi calon, harapan PKR musnah untuk melihat Dr. Juanda bertanding atas tiket parti itu apabila Pas enggan memberi kerusi parlimen Kangar.

Kita pergi ke negeri yang paling selatan pula, Johor. Perebutan kerusi yang bermula di Gelang Patah kini sudah merebak sehingga ke Segamat.

Negeri Selangor yang selama ini cuba menggertak kerajaan pusat untuk membubar DUN lebih awal, sehingga kini masih belum mengumumkan nama calon. Khalid Gagap selaku MB juga masih tidak tahu nasib sama ada bertanding atau tidak.

Isu pemilihan calon saja dah timbulkan banyak masalah kepada Pakatan. Camna nak tadbir negara Pakatan oiiii?

Inilah jadinya bila 3 parti tak sehaluan berlakon “bersatu” padahal bertekak sesama sendiri.

Kalau isu calon pun tak selesai dan bergaduh, camna nak ke Putrajaya?

#PRU13 #TolakPR - Perang Rebut Kerusi PR Semakin Menuju Kehancuran


Nampaknya, semakin dekat pilihanraya, semakin ghairah berkempen, semakin celaru Pakatan Rakyat jadinya. Hampir di semua negeri dan semua kawasan akan berlaku perebutan kerusi, ketidakpuasan hati dan sakit hati.

Di Kedah, DAP telah diketepikan oleh PAS. Di Perlis, PKR telah dipermainkan oleh PAS. Di Johor, DAP telah mengenepikan DAP sendiri dan juga PKR. Di Selangor dan Pahang, PKR bermain tolak-tolak sesama sendiri. Di Terengganu PAS dan PKR berhempas pulas menepis dan menekan sesama sendiri. Di Perak, kita menyaksikan ‘pertandingan pencak-silat kalah maki’ antara DAP-PKR, DAP-PAS, PKR-PAS. Di Negeri Sembilan pula berlaku ‘perebutan tiga penjuru’ di beberapa tempat.

Apa yang berlaku membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai susunan hierarki kepimpinan yang jelas mahupun sifat setiakawan yang ikhlas. Malah, sifat hormat-menghormati sesama sendiri, termasuk sesama pemimpin parti sekutu juga tidak ada langsung.

Mungkin kerana terlalu sangat mempromosi sikap tidak menghormati dan suka menghina orang lain, maka akhirnya apa yang diterapkan oleh PR itu kini berbalik kepada diri mereka sendiri di mana tiada siapa lagi yang menghormati mereka.

Maka kerana itu, kita melihat pilihan Anwar diboo oleh penyokongnya sendiri. Pilihan Lim Kit Siang dicemuh penyokong sendiri sehingga membawa kepada perletakan jawatan.

Mungkin hanya penyokong PAS masih mempunyai rasa hormat kepada pemimpin sendiri tetapi jelas mereka juga tidak hormat kepada pemimpin PKR dan DAP kerana DAP dan PKR tidak pernah menghormati pemimpin mereka.

Dalam keadaan di mana ‘carta aliran’ kuasa di dalam pakatan tidak dapat dipastikan, bagaimana PR begitu yakin yang mereka mampu memerintah negara? Bayangkanlah, ini baru soal calon dan kerusi, belum lagi soal prinsip, halatuju dan ekonomi.

Kita pasti, jika PR menang maka isu hudud, isu salon, arak, judi, murtad, Kalimah Allah, semuanya akan dibangkitkan kembali kerana isu-isu ini, pada hakikatnya tidak pernah selesai. Pada ketika itu, apa agaknya akan terjadi kepada negara kita?

Mungkin DAP yakin akan dapat mengawal keadaan kerana PAS selama ini hanya memilih untuk mengalah, tetapi apakah jaminan yang PAS akan mengambil sikap yang sama sekiranya benar-benar beroleh kuasa? Sedangkan, dihari-hari terakhir sebelum pilihanraya ini PAS sudah membuat percubaan untuk menjadi dominan dengan memastikan parti itu bertanding kerusi paling banyak.

Mungkin juga DAP tidak mengambil kisah tentang berapa banyak kerusi PAS bertanding kerana dahulu pun PAS bertanding lebih banyak dari DAP tetapi kemenangan yang dicatat tetap kurang dari DAP.

Namun, ini bukan petanda yang DAP harus mengambil mudah sikap emosional dan tidak rasional penyokong PAS yang benar-benar percaya bahawa perjuangan mereka menubuhkan Negara Islam adalah jihad. Ingatlah, bahawa mereka ini telah membuktikan bahawa mereka sanggup menelan dan melakukan apa saja yang ‘difatwakan’ oleh pemimpin mereka.

Lihat sahaja bagaimana dahulu mereka menganggap DAP sebagai kafir harbi, tetapi sebaik sahaja pemimpin mereka memeluk Lim Kit Siang, secara automatik DAP menjadi lebih Islam dari UMNO. Atau lihat sahaja bagaimana mereka mengkafirkan undang-undang Malaysia, tetapi sejurus selepas bersalaman dengan Karpal Singh, secara automatik undang-undang yang sama menjadi ‘cukup Islam’ untuk terus dipertahankan. Dan lihat sahaja bagaimana mereka sanggup mengambil risiko ke atas masa depan, keselamatan dan nyawa mereka, termasuk isteri dan anak-anak kecil mereka yang diheret untuk berdemonstrasi hanya kerana Ulama mereka menyatakan bahawa demonstrasi itu adalah jihad.

Justeru, tidak wajar kita melihat perang berebut kerusi di dalam PR ini sebagai perkara ringan. Sesungguhnya, ini adalah petunjuk awal akan keadaan dalam Parlimen dan dalam negara sekiranya parti mereka memerintah. Kita juga sekali-kali tidak boleh mengenepikan kemungkinan perang antara agama akan turut berlaku di bawah pemerintahan PR.

Sengaja penulis tidak membincangkan tentang kedudukan PKR dalam senario krisis pemerintahan PR, kerana setakat hari ini, PKR sebenarnya sudah tidak relevan lagi. Ini kerana tiada siapa lagi yang mendengar arahan dan kata-kata Anwar. Malah, pengumuman Anwar bahawa isterinya yang juga Presiden Parti, iaitu Wan Azizah tidak akan bertanding dalam PRU kali ini juga, telah disanggah oleh anaknya sendiri.

Inilah yang terjadi apabila antara Ketua Umum dan Presiden serta Naib Presiden yang merupakan suami isteri dan anak-beranak juga turut tidak dapat menghormati sesama sendiri.

Hakikat penting yang perlu penyokong PR terima ialah, Anwar bukanlah bakal Perdana Menteri kerana PAS akan memastikannya begitu. PAS tahu bahawa jika Anwar tidak mampu mengawal nafsu sendiri, bagaimana beliau boleh mengawal parti dan negara? Jika DAP dan PKR tetap bertegas inginkan Anwar maka bersedialah kita untuk menyaksikan perang besar di dalam kerajaan PR.

Adalah mustahil untuk PR mentadbir negara tanpa ketua yang pasti dan tanpa susunan pentadbiran yang jelas. PR seharusnya menyelesaikan perkara asas ini terlebih dahulu dan bukannya menikam belakang sesama sendiri dalam menghadapi pilihanraya.

#PRU13 #Vote4BN Senarai Calon BN Diumum Dalam Masa Terdekat


Nama senarai calon dan pembahagian kerusi Barisan Nasional akan diumukan dalam masa terdekat, kata Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata proses terakhir persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk pembahagian kerusi dan calon adalah perkara yang kompleks dan perlu diberikan penilitian yang serius sebelum diumumkan secara rasmi.

“Saya telah mengambil kesempatan dan beberapa faktor yang kita ambilkira dalam penentuan kerusi dan calon supaya mereka faham proses ini adalah proses yang kompleks dan rumit.

“Untuk menentukan calon, pertimbangan yang adil bagi menentukan beberapa aspek, kita ada parti-parti lain yang perlu diambilkira, wanita dan lain-lain,” katanya kepada pemberita tadi selepas perjumpaan khas Pengerusi BN bersama lebih 2,000 pimpinan tertinggi BN melibatkan 220 Parlimen.

Najib selain itu berkata, pembahagian kerusi masih lagi menggunakan acuan 2008 dengan terdapat sedikit penyesuaian kerusi yang akan ditukarkan di beberapa kawasan.

“Kita masih guna acuan 2008 dengan sedikit penyesuaian yang kita ambil kira PRU12 untuk pasti kita boleh menang.

“Bilangan kerusi sama cuma ada beberapa kerusi yang ditukar,” katanya.

Dua kriteria calon boleh menang bakal menjadi pertimbangan utama Barisan Nasional (BN) iaitu kebolehan diri sendiri pemimpin tersebut dan juga penerimaan para pengundi di kawasan yang diwakili dalam PPRU-13.

Perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tengah hari ini berkata,

"Objektif utama ialah menubuhkan kerajaan dan bukannya tumpuan untuk menjadi calon.

"Dan kalau ada yang tidak terpilih itu, kalau pun dia merajuk cukup setakat 24 jam sahajalah. Lepas itu turun membantu jentera," katanya.