Saturday, April 13, 2013

#PRU13 #TolakPR DAP Pahang Dakwa PKR Tamak


Kemelut dalaman yang melanda Pakatan Pembangkang dalam isu perebutan kerusi sejak akhir -akhir ni semakin menjadi - jadi dengan tuduhan yang tak tentu arah.

Yang paling menghairankan, kenyataan - kenyataan pedas dari pimpinan Pakatan itu diluahkan secara terang - terangan di media - media massa tanpa segan silu.

Tambah memeranjatkan ialah apabila pimpinan DAP Pahang mendakwa tindakan PKR meletakkan lebih ramai calon mereka sebagai satu tindakan yang tamak.

Naib Pengerusi DAP Pahang, J. Apalasamy meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan yang dilakukan oleh PKR secara berleluasa diseluruh Negara.

Jelas J. Apalasamy, apa yang dilakukan oleh PKR Pusat itu hanya akan menjejaskan peluang parti lain didalam Pakatan Pembangkang untuk bertanding.

Hakikatnya, kenyataan J. Apalasamy itu menjurus kepada kekecewaannya terhadap pimpinan PKR yang enggan meletakkan calon dari kaum India sendiri.

“PKR harus menghentikan sikap tamaknya jika Pakatan serius mahu menawan Putrajaya,” kata Apalasamy.

“DAP tidak boleh tunduk terlalu banyak kepada sikap tamak rakan parti komponen dalam Pakatan,” tegas Apalasamy.

Ironiknya, di Pahang sendiri, PKR pulak menundingkan jari terhadap DAP dan menyifatkan mereka sebagai sebuah parti yang tamak.

Perkara tersebut jelas dinyatakan oleh Pengerusi PKR sendiri tatkala diawal pengumuman calon bagi Parlimen Bentong oleh Setiausaha Agun DAP sendiri.

PKR menyelar tindakan Guan Eng yang menamakan Wong Tack sebagai calon untuk berhadapan dengan Barisan Nasional tanpa sebarang persetujuan dari PKR sendiri.

Sebelum ini, kerusi Parlimen Bentong ditandingi oleh PKR yang menyaksikan kekalahan teruk kepada penyandang Datuk Seri Liow Tiong Lai merangkap Menteri Kesihatan Malaysia.

Itu baru perbalahan yang berlaku diantara PKR dan DAP. Belum lagi diceritakan mengenai perebutan kerusi yang berlaku diantara PAS dan PKR. Lagi teruk keadaannya.

Kesimpulannya cukup mudah. Belum pun mereka ini dapat memerintah, masing – masing sudah menunjukkan sikap tamak masing – masing. Semuanya atas dasar perjuangan demi kepentingan diri sendiri. Bukannya mereka hendak memperjuangkan rakyat!!!

#PRU13 #Vote4BN Pengumuman Calon BN Isnin Atau Pagi Selasa


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada petang Isnin atau selewatnya sebelum pukul 11 pagi hari Selasa.

Demikian menurut sumber esok pula, Najib dijangka akan menandatangani watikah untuk calon-calon bertanding pada PRU kali ini.

Pengumuman calon BN adalah antara yang paling dinantikan kerana Najib dijangka akan membawa masuk sehingga 60 peratus muka baru sebagai sebahagian daripada usaha transformasi beliau.

Keadaan itu menandakan kabinet dan kerajaan negeri di bawah BN akan dibarisi muka-muka baru yang telah ditapis sebagai calon yang disenangi rakyat dan boleh buat kerja.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian untuk PRU13 ditetapkan pada 5 Mei.

#PRU13: PRK Merbau Pulas Lumpuh! 150 Ahli Dan Penyokong Sertai UMNO


Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Merbau Pulas lumpuh apabila seramai 150 ahli dan penyokong parti itu bertindak keluar parti untuk menyertai UMNO dalam satu majlis di Kampung Beka, Merbau Pulas malam tadi.

Mereka termasuk Timbalan Ketua Cabang PKR Merbau Pulas, Johari Teh yang menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Halim Hassan.

Johari berkata, mereka berbuat demikian kerana sudah hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan PKR terutama apabila tidak memberi layanan yang sewajarnya semasa pemilihan parti baru-baru ini.