Tuesday, April 16, 2013

#PRU13 #Vote4BN - Selangor : Zulkifli Nordin Rentap Khalid Saman


Barisan Nasional (BN) Selangor mengumumkan senarai penuh calon yang akan bertanding di negeri ini pada Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Pengerusi BN negeri melibatkan jumlah keseluruhan calon seramai 78 orang yang mana 22 daripadanya adalah calon untuk bertanding kerusi Parlimen manakala 56 orang lagi adalah calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada senarai tersebut, BN Selangor turut mempertaruhkan muka-muka baharu untuk bersaing dalam PRU13 selain mengetengahkan calon termuda parti itu berumur 33 tahun, Mohd. Faisul Sufar untuk bertanding kerusi DUN Chempaka.

Pada masa yang sama, BN Selangor turut mengumumkan pencalonan 'rakan BN', Datuk Zulkifli Nordin untuk bertanding di Parlimen Shah Alam orang termasuklah menampilkan semula bekas Ahli Parlimen Serdang, Yap Pian Hon untuk bertanding kerusi parlimen itu.

Rakan BN, Zulkifli Nordin akan berentap dengan calon PAS Khalid Samad di Shah Alam.

Khalid selalu cakap besar sekarang amacam Khalid ada berani...

#PRU13 #Vote4BN - Nong Chik Rentap Nurul Izzah Di Lembah Pantai!


Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau akan menentang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.


Nurul Izzah sudah boleh ucapkan selamat tinggal pada rakyat Lembah Pantai dan bolehlah jadi surirumah tetap 'full time'...

Manakala Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya akan berhadapan dengan calon PAS Datuk Husam Musa.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media mengumumkan calon BN Wilayah Persekutuan pada PRU-13, sebentar tadi.

Muhyiddin turut mengumumkan 12 muka baru bagi calon Wilayah Persekutuan pada PRU13.

Sementara itu di Johor Bharu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bertukar ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas. Beliau sebelum ini bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang.

Pengumuman calon BN Johor dibuat oleh Setiausaha Kerja BN Johor, Ramli Bohani.

#PRU13 #Vote4BN Ghani Othman Rentap Kit Siang di Gelang Patah


Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman akan bertanding di Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah dipindahkan ke kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Permas sementara Datuk Nur Jazlan Mohamaed kekal bertanding di kerusi Parlimen Pulai.

Nama mereka diumumkan ketika pengumuman rasmi calon BN di Johor.

Ketika nama Ghani diumumkan sebagai calon hadirin memberikan gemuruh kepada beliau.

Ghani ketika ditemui berkata berasa lega sejak 20 hari yang lalu.

Sekurang-kurangnya tiga kerusi tidak diumumkan iaitu, Parlimen Tanjung Piai, dan kerusi Dun Senai serta Pekan Nenas.

Ketiga-tiga kerusi berkenaan merupakan kerusi milik MCA dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Wakil BN memberitahu penangguhan itu disebabkan oleh penukaran di saat akhir dalam senarai nama calon.

#PRU13 #Vote4BN Senarai Penuh Calon BN Wilayah Persekutuan


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memgumumkan calon-calon Barisan Nasional (BN) untuk 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.

Mereka ialah;

1. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Lembah Pantai)

2. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)

3. Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju)

4. Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa)

5. Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa)

6. Rozman Isli (Labuan)

7. Datuk A.Chandrakumanan (Kepong)

8. Dr. Dominic Lau Hoe Chai (Batu)

9. Jayanthi Devi Balaguru (Segambut)

10. Frankie Gan Joon Zin (Bukit Bintang)

11. Nicole Wong Siaw Ting (Seputeh)

12. Teoh Chee Hooi (Cheras)

13. Tan Kok Eng (Bandar Tun Razak)

#PRU13 #Vote4BN Fathul Bari Rentap Juanda Di Kangar!

PRU13 kali ini menyaksikan pertarungan diantara dua ulama muda di Kangar....

Pertarungan merebut kerusi Parlimen Kangar, Perlis pastinya antara yang paling mendapat perhatian dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Ini kerana, ia akan menyaksikan pertembungan dua ulama muda yang mewakili perti berlainan.

Pakatan Rakyat akan meletakan Mufti Perlis, Dr Juanda Yahya manakala Barisan Nasional (BN) dijangka akan meletak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya.


Fathul Bari yang lahir di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 4 November 1980 memiliki latar belakang pendidikan seperti berikut;

-Maahad Tahfidz al-Qur’an, Negeri Terengganu (1996-1999)

-Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1999-2000)

-Fakulti Hadis dan Pengajian Islam, Universiti Islam Madinah peringkat ijazah Sarjana Muda B.A Hadith dan Pengajian Islam (2000-2004)

-Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Yarmouk Jordan peringkat Sarjana M.A Usuluddin (Hadith) (2005-2006)

-Fakulti Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia peringkat Doktor Falsafah Ph.D. Quran Sunnah (Hadith) (2007-2013)


Manakala Dr. Juanda dilahirkan di Sibu, Sarawak. Beliau dipinjamkan oleh kerajaan Sarawak bagi memenuhi kekosongan jawatan Mufti Perlis bermula 27 Januari 2009.

Beliau telah melanjutkan pelajaran menengahnya di Kolej Islam Kelang, kemudiannya menuntut di Universiti Al-Azhar dari 1991 hingga 1995 dalam jurusan syariah.

Desas-desus mengatakan Dr Juanda yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dilantik ke jawatan Menteri Agama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Ini kerana kelayakan beliau lebih tinggi berbanding kalangan ulama PAS.

#PRU13 - Gambar Nik Aziz Terpaksa Diusung...


Bukan niat hendak mengutuk... Tapi aku berasa simpati... Sampai bila Nik Aziz harus dipergunakan sebagai alat politik PAS! Sampai bila....?


UZUR… Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa dikendung kerana terlalu keletihan ketika menyampaikan ceramah di Johor beberapa hari lalu

Agendadaily – Gambar ini popular di media sosial bermula Ahad lagi, ramai yang kongsikan di Facebook dan twitter, agak pelik tengok Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat satu macam punya kena usung.
Ramai yang tertanya-tanya… pasal apa pulak ini…

Risik sana risik sini, dapatlah khabar mengenai apa yang sebenarnya yang terjadi pada MB Kelantan selama 23 tahun itu.

Mengikut empunya cerita, kejadian ini berlaku Johor pada Sabtu, hari yang sama Nik Aziz mengumumkan senarai calon PAS negeri itu di Hotel New York Johor Bahru.

Selepas umum calon, Nik Aziz khabarnya round sakan untuk bertemu ahli-ahli PAS negeri itu.

Terjadi di Segamat, berikutan terlalu kuat berkempen, Nik Aziz yang kini berusia 82 tahun mengalami kekejangan otot kaki.

Maka terpaksalah diusung oleh pengawal peribadinya untuk diberikan rawatan segera.

Dengar cerita tak ada apa-apa, beliau kemudiannya membatalkan acara hari Sabtu dan terus pulang ke Kuala Lumpur.