Tuesday, April 16, 2013

#PRU13 Sekitar Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #BN4Rembau


Majlis ramah mesra pemimpin bersama rakyat di Taman Kelab Tuanku, Rantau negeri sembilan hari ini berlangsung dengan suasana yang penuh meriah...

Diantara pemimpin yang turun padang hari ini ialah YAB Datuk Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hasan dan juga Sdr Khairy Jamaluddin.

Rata-rata rakyat di kawasan ini menyambut baik calon-calon pilihan Barisan Nasional dan memberi sokongan padu terhadap kepimpinan UMNO/BN...




#PRU13 Protes Pengundi Balik Pulau, Tunjuk Sokongan Kepada Yusmadi


Tindakan Anwar Ibrahim meletakkan calon bukan orang tempatan di Balik Pulau untuk menggantikan penyandang Ahli Parlimen Yusmadi Yusoff terus mendapat tentangan dari pengundi-pengundi Balik Pulau sendiri. Terbaru, kira-kira 70 orang penduduk Balik Pulau mengadakan protes secara terbuka terhadap pimpinan tertinggi PKR yang dikatakan membelakangkan kehendak dan keperluan masyarakat di kawasan parlimen tersebut.

Tindakan Anwar tidak mengendahkan ketidakpuasan hati penduduk Balik Pulau juga dilihat sebagai satu penghinaan kepada pengundi-pengundi yang merasakan Anwar Ibrahim hanya mementingkan diri sendiri dan rakan-rakan rapat beliau semata-mata. Anwar dalam ceramahnya minggu lepas mengumumkan calon bidan terjun yang tidak dikenali di Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik sebagai calon PKR bagi parlimen tersebut.

Sejak beberapa bulan lalu, sudah terdengar beberapa spekulasi Yusmadi tidak akan dicalonkan di Parlimen Balik Pulau. Malah Yusmadi sendiri, sudah memberikan peringatan kepada kepimpinan tertinggi PKR bahawasanya penduduk tempatan hanya mahukan anak tempatan menjadi wakil rakyat di sana.

Jadi, pengumuman itu membenarkan spekulasi mengenai calon Balik Pulau yang terbang beberapa bulan lepas.

Jelas di sini, tidak ada tempat di dalam PKR untuk mereka yang mempunyai gaya kepimpinan yang bersih dan tidak banyak masalah seperti Yusmadi. Gaya kepimpinan yang bersih, pandai cakap tapi tak pandai buat kerja pun masalah juga. Yusmadi ni jarang balik kawasan. Almaklumlah, takde lesen kereta.

Itu pasallah semua rungutan dan permohonan daripada penduduk tidak dipedulikan oleh beliau. Tapi orang macam ni pun masih ade yang nak protes menyokong. Parti PKR ni memang parti kelakarlah. Dari akar umbi sampi ke ketua umum, semuanya tak boleh pakai.

Tapi ada juga desas-desus penyingkiran Yusmadi ini disebabkan desakan daripada DAP Penang. Tapi itu setakat cerita kedai kopi laa.

Berita yang lebih meyakinkan, Anwar mencalonkan Bakhtiar kerana beliau seorang tokoh korporat yang mampu memberikan sumbangan kewangan kepada parti dan menolak calon pokai si Yusmadi.

Dalam ceramah anjuran pakatan pembangkang di pasar awam di sini yang dihadiri 300 orang, Bakhtiar yang juga seorang aktivis reformasi sejak 1998, berkata: “Esok selepas kita menang, anda semua tukar kereta Camry daripada Proton Wira yang digunakan sekarang.”

Kekayaan Bakhtiar telah membuatkan Anwar senyum lebar kerana calon bebal ini mempunyai duit sendiri tanpa perlu bergantung kepada duit poket Anwar.

Apa dah jadi dengan PKR ni, hari-hari gaduh. Kalau bukan gaduh dengan Pas, gaduh dengan Dap, kalau bukan dengan parti lain, mereka gaduh sesama sendiri. PKR ni memang parti untuk protes saja ka? Hari-hari mesti gaduh pasal calon..

#PRU13 Zul Noordin Tekad Tumbangkan PAkatan Haram Di Shah Alam


SHAH ALAM - Bekas anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin bertekad untuk menumbangkan calon pembangkang di Parlimen Shah Alam bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menakluk kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau percaya kejatuhan pembangkang di Shah Alam, yang merupakan ibu negeri Selangor dan paksi kepada kekuatan sesebuah kerajaan negeri di sini, bakal membuka jalan yang cukup luas bagi BN merampas kembali Selangor daripada tangan pembangkang.

"Saya cukup yakin dengan sokongan yang ditunjukkan jentera BN di sini, kita akan jatuhkan calon pembangkang di Shah Alam dan mengembalikan Selangor kepada BN. Saya bersama jentera BN akan merangka strategi terbaik memastikan kemenangan BN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi BN Selangor hari ini mengumumkan bahawa Zulkifli yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai 'calon rakan BN' di Parlimen Shah Alam di sini.

Kerusi Parlimen Shah Alam disandang Abdul Khalid Samad daripada Pas apabila memperoleh 33,356 undi berbanding calon BN, Abdul Aziz Shamsuddin yang mendapat 24,042 undi pada PRU12 2008.

Ditanya mengapa bertanding di bawah tiket BN, Zulkifli hanya menjawab ringkas: "hanya BN yang mampu membela nasib rakyat", tanpa menjelaskannya dengan terperinci.

Mengulas kedudukan pencalonannya pada PRU13 sama ada menjadi calon bebas atau bakal menyertai Umno dan BN selepas ini, beliau menjawab: "Buat masa ini saya di bawah BN, sebagai calon BN,".

Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin yang dinamakan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri Batu Tiga di sini menyifatkan Zulkifli sebagai aset berharga yang dapat memastikan kemenangan BN di Shah Alam.

"Kami di peringkat akar umbi akur dengan keputusan Presiden (Najib) dan akan memberikan sokongan penuh dan padu di Parlimen Shah Alam kepada beliau (Zulkifli).

"Akar umbi yakin Zulkifli merupakan calon terbaik bagi merampas kembali Parlimen Shah Alam dan percaya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat, beliau dapat membawa perubahan besar kepada Shah Alam nanti," katanya. - Bernama