Saturday, April 20, 2013

#PRU13 Senarai Calon Bertanding Di Parlimen Rembau


Proses pencalonan berjalan lancar. Semua borang pencalonan calon BN Parlimen dan DUN Rembau diterima.


Kerusi Parlimen Rembau menyaksikan saingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini apabila penyandang dari Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaludin bertanding dengan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Radzali A. Ghani dan seorang calon Bebas, Abdul Aziz Hasan.

Sementara itu, di DUN Rantau menyaksikan saingan satu lawan satu apabila calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan akan ditentang calon PKR, Aisah Lamsah.

Manakala di DUN Paroi, calon pas yang juga Pesurujaya Pas Negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani ditentang calon BN, Mohd. Ghazali Wahid.

Di DUN Chembong, calon BN, Datuk Zaifulbahri Idris yang menyandang kerusi itu akan dilawan calon Pas, Kamarol Ridzuan Mohd Zain.

Bagi DUN Kota, penyandang dari BN, Datuk Dr. Awaluddin Said akan ditentang calon Pas, Ghazali Mohd Shom. Semua nama ini diumumkan pengurus pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau, Mohamad Rawi Baharom.

#PRU13 Saingan Tiga Penjuru Di Parlimen Rembau #Rembau


Saingan tiga penjuru berlaku di Parlimen Rembau, P131 Rembau Calon Barisan Nasional BN - Khairy Jamaluddin, Pas - Radzali A Ghani, Bebas - Abdul Aziz Hassan.

Nampak PRU13 kali ini meriah dengan adanya tiga calon bertanding... walau bagaimanapun di hari penamaan calon lebih memihak kepada penyokong BN, berdasarkan kehadiran penyokong parti masing-masing.

Khairy bersaman dengan calon PKR Radzali A Ghani

#PRU13 BN Sudah Menang Satu Kerusi?


BANDARAYA MELAKA - Barisan Nasional (BN) mungkin akan menang satu kerusi tanpa bertanding, sekiranya DAP masih gagal memutuskan calon mewakili kerusi Dun Kota Laksamana, menjelang penamaan calon hari ini.

Sehingga 9.30 malam tadi, DAP belum dapat menamakan calon sesuai bagi mengisi kerusi disandang Betty Chew itu akibat percanggahan pemilihan calon membabitkan DAP Melaka dan ibu pejabat di Kuala Lumpur, sekaligus menyaksikan kemungkinan DAP tidak meletakkan sebarang calon di Dun berkenaan.

Sambil menyuarakan kebimbangan insiden itu mampu mengugat saingan DAP untuk mempertahankan kerusi terbabit, Pengarah Operasi DAP Melaka, Sim Tong Him berkata, sehingga malam tadi masih belum ada sebarang perkembangan positif dalam isu pemilihan calon di situ.

Menurutnya, isu berkenaan juga memberi impak negatif kepada DAP Melaka apabila wujud segelintir penyokong meluahkan rasa tidak puas hati serta melabelkan kepimpinan DAP sebagai sombong kerana tidak mendengar pendapat dari penyokong akar umbi.

“Perkembangan terbaru ini telah meletak DAP pada kedudukan tidak baik, lebih-lebih lagi menjelang penamaan calon esok (hari ini). Kami bimbang isu ini sekiranya tidak diselesaikan secepat mungkin boleh menjejaskan hasrat DAP dan Pakatan Rakyat untuk bersaing pada pilihan raya ini.

“Sebagai mewakili DAP, saya ingin memohon maaf kepada semua penyokong kami atas apa yang berlaku ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media tergempar yang diadakan di Ibu Pejabat DAP Melaka, di sini malam tadi.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan beberapa nama yang dikemukakan DAP Melaka sebagai calon Dun Kota Laksamana tidak dipersetujui DAP pusat atas alasan bimbang kehilangan kerusi Dun yang telah dipegang parti berkenaan selama 45 tahun.

Kemelut ini turut menyebabkan seorang calon DAP secara terbuka mengugut menarik diri sekiranya ada invidividu tertentu terus campur tangan dalam pemilihan calon Dun berkenaan.

Menurut Tong Him, beliau turut bimbang akan ada sesetengah penyokong yang akan bertindak bertanding sebagai calon bebas kerana tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku ini.

“Kita masih dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini. Mudah-mudahan dalam masa beberapa jam sebelum penamaan calon ini kita dapat menyelesaikannya,” katanya.

Pada PRU12 lalu, Betty Chew menewaskan Lee Kiat Lee (BN) dengan majoriti 7,242 undi.-SH

#PRU13 Sekitar Hari Penamaan Calon Parlimen Rembau


Hampir lima ribu penyokong Barisan Nasional turun memberi sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional... Manakala tak sampai dua ratus orang pun penyokong pembangkang yang turun hari ini...





#PRU13 Rakyat Ditipu Lagi... 'Klon' Anwar Tidak Muncul, Konon Ditahan Di Sempadan


PERMATANG PAUH 20 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal membawa saksi yang didakwa menyerupai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung skandal video seks yang dikaitkan dengan beliau dalam majlis di Yayasan An Nahdhoh, Kubang Semang, di sini malam tadi.

Lebih memalukan, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendakwa, peguam yang membawa saksi dari Thailand itu ditahan polis di Bukit Kayu Hitam, Kedah petang semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 5,000 penyokong dalam majlis solat hajat dan bacaan Yasin sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang turut dihadiri Anwar.

Dakwa Badrul Hisham atau lebih dikenali Chegubard, peguam itu, Mohamad Shabrimi Sidek kini ditahan di balai polis Bukit Kayu Hitam bersama beberapa saksi dari Thailand.

Chegubard turut memainkan dua rakaman suara kononnya dibuat Mohamad Shabrimi sejurus ditahan polis dan Jabatan Imigresen di sempadan Bukit Kayu Hitam.

Anwar sebelum ini dilaporkan akan menampilkan seorang lelaki dari Thailand yang menyerupai wajahnya dalam video seks yang dikaitkan dengan beliau sekali gus cuba membuktikan lelaki berkenaan merupakan individu sebenar dalam rakam video tersebut.

HAMPA.... Sebahagian orang ramai yang hadir mendengar ceramah khas Anwar Ibrahim hampa selepas orang yang akan ditampilkan sebagai pelakon video seks yang mengaitkan Ketua Pembangkang itu tidak muncul pada ceramah tersebut di Kubang Semang, Bukit Mertajam malam tadi.

Tindakan itu diselar banyak pihak kerana memperlihatkan Anwar semakin terdesak mengembalikan maruahnya yang tercemar sedangkan beliau enggan bersumpah laknat iaitu perbuatan yang jauh lebih mudah dilakukan berbanding membawa `pelakon’ tersebut.

Pendedahan video seks yang dikaitkan dengan beliau dipercayai dengan seorang pelacur dari China dibuat 'Trio Datuk T' pada 21 Mac 2011 di Hotel Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Rakaman video seks membabitkan pelaku didakwa mirip Anwar itu juga disahkan tulen oleh pakar pengimejan video dari luar negara. - UTUSAN ONLINE

#PRU13 Penyokong BN Dijemput Memberi Sokongan Di Hari Penamaan Calon #Rembau


Penyokong BN di jemput hadir beramai-ramai esok ke hari penamaan calon PRU 13!

Laman blog http://p131-rembau.blogspot.com akan membuat liputan live dari Dewan Merdeka Rembau. ::::Pengumuman nama nama calon Barisan Nasional Negeri Sembilan :::

Proses penamaan calon untuk Parlimen Rembau, DUN Rantau, Kota, Chembong dan Paroi bagi BN akan bermula di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau pada jam 8am, 20hb April. Calon-calon akan bergerak ke Dewan Seri Rembau pada jam 8.50am untuk berdaftar dengan SPR. Semua dijemput hadir!

Alamat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau:
PT 565 Jalan Seremban-Tampin
(Berhampiran Restoran Rembau Ria)
71300 Rembau
Tel: 06 685 8001