Tuesday, April 23, 2013

#PRU13 TolakPR Angan-Angan Mat Jenin Anwar Ibrahim


"Mereka umum (kemenangan) lewat 2 pagi, jadi tidak boleh angkat sumpah sebab Yang di-Pertuan Agong sudah tidur, kena buat esoknya. Lepas (angkat sumpah) itu, TV3 dan RTM datang, beratur nak temu ramah. Saya kata pergi belakang dulu, kasi ajar sikit."

Kenyataan di atas bukannya rekaan sesiapa tetapi itulah imaginasi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang diluahkan sendiri dalam satu kempen politiknya di hadapan kira-kira 1,500 orang penyokong PR di Parit, Perak sehari dua lepas.

Imaginasinya itu menggambarkan dirinya adalah Perdana Menteri selepas PRU-13 meski pun realitinya kempen pilihan raya baru sahaja masuk hari kedua. Pakatan pembangkang sedang tunggang terbalik bercakaran sesama sendiri, dia sempat lagi berfantasi.

Begitu tinggi sekali angan-angan Anwar, melayang-layang mencecah awan tapi itulah hakikatnya yang menggambarkan betapa kemaruk sekali suami kepada Presiden PKR itu mahu menggapai impian untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tatkala BN sibuk menabur bakti menggandakan kerja buat bermanfaat untuk rakyat dan negara, Anwar pula tak habis-habis dengan angan-angannya sambil menabur janji dicapati dari manifesto bukan janji.

Lain tak ada kerana kerusi empuk PM itu juga yang dia nak kejar dan asyik terbayang dalam kepalanya. Dia punya kemaruk mengalahkan Mat Jenin punya angan-angan, sampaikan terbawa-bawa ke alam fantasi.

Tapi tak kisahlah, sama ada Anwar nak jadi Mat Jenin dan berfantasi siang dan malam, namun Ketua Umum PKR yang kemaruk nak menjadi PM itu perlu sedar, medan pilihan raya bukannya pentas untuk mencapai kepentingan peribadi.

Umum tahu Anwar sebenarnya terdesak untuk mencapai angan-angan Mat Jeninnya, dah tak terdaya untuk menanggung kekecewaan berulang kali termasuklah kegagalan paling mengaibkan dalam projek lompat 16 September 2008 yang sampai sekarang masih menjadi gelak tawa orang ramai.

Lagi pun Anwar tahu senario semasa sudah tidak memihak padanya, malah PAS yang dulunya kuat menyokongnya sekarang pun semakin was-was dan meragui kelayakan Anwar untuk menjadi PM. Mahu tak mahu, terpaksalah Anwar mencanangkan imaginasinya untuk menghiburkan hati.

Monday, April 22, 2013

#PRU13 Pakatan Ranap


Tidak boleh beri kepercayaan untuk urus tadbir negara

Pekan: Pakatan parti pembangkang sudah ranap sejak hari penamaan kelmarin kerana berbalah dalam menentukan calon masing-masing, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, rakyat perlu menolak pembangkang kerana jika diberi peluang memerintah, mereka akan meranapkan masa depan negara.
“Nama sahaja pakatan rakyat, tetapi tidak boleh berpakat. Pakatan rakyat di mana pakatannya sudah ranap. Ini belum lagi nak mengendalikan sebuah kerajaan.


Tidak sepakat

“Dalam pembangkang, waktu pilihan raya hakikatnya mereka tidak boleh berpakat... kalau tidak ada sesuatu gabungan yang bersatu dan suara yang satu, matlamat yang satu dan falsafah yang satu, maknanya ranap negara kita kalau kita beri kepercayaan kepada mereka.

“Sebaliknya, (rakyat) teruslah beri kepercayaan kepada BN... lebih-lebih lagi puak sana (pembangkang) sudah tak boleh pakai lagi sebab bila malam hari penamaan calon dah berbalah sama dia kerana ada kawasan PAS letak calon dan PKR pun letak calon,” katanya ketika merasmikan Projek Sentuhan Kasih FELDA Chini Timur 2 dan Kompleks Perumahan Kakitangan FELDA, di sini, semalam.

Najib juga berkata, rakyat tidak boleh memberi kepercayaan kepada pakatan seumpama itu untuk mengurus tadbir negara yang sedang mengalami perubahan besar menerusi dasar transformasi oleh BN.
Katanya, rakyat hendaklah terus memberi kepercayaan kepada BN yang turut melaksanakan perubahan membawa masa depan negara dan taraf hidup rakyat yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu sedar bahawa pakatan pembangkang sehingga kini tidak melakukan sesuatu untuk meyakinkan rakyat.

“Adakah mereka ini boleh dipercayai untuk membawa negara kita kepada keadaan lebih baik. Percayalah jika mereka kata nak ubah kepada perubahan... BN pun nak ubah kepada perubahan tapi yang bezanya kita berubah daripada dalam,” katanya.

#PRU13: 500 Ahli PKR Paya Besar Keluar Parti


KUANTAN - Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat menjelang hari mengundi 5 Mei ini apabila Ketua Cabang Paya Besar di sini, Zahari Mamat bersama 500 ahli bertindak keluar parti itu berkuat kuasa hari ini.

Tindakan tersebut dibuat selepas hilang kepercayaan terhadap pemimpin tertinggi PKR yang meletakkan calon luar untuk bertanding di kerusi Parlimen Paya Besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

#PRU13 Sokongan Rakyat Kepada BN di Parlimen Rembau Semakin Meningkat


Rantau - Khairy Jamaluddin penyandang ahli parlimen P131 Rembau bertanding di PRU13 bagi mengekalkan jawatannya sebagai ahli Parlimen Rembau buat kali ke-2.

Beliau di dalam siri kempen memenangi hati rakyat (pengundi) agar kekal mengundi parti BN di PRU ini.

Beliau hadir mengiringi Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, di majlis bersama pemimpin di Rumah Rakyat Sri Lalang, malam tadi bagi bertemu pengundi-pengundi di PDM Sri Lalang yang juga merupakan kubu kuat BN di beberapa PRU sebelumnya.

Beliau bakal menentang dua calon lawan yang mewakili PKR, Saudara Radzali A. Ghani, seorang lagi calon Bebas, Abdul Aziz Hasan.

Katanya di dalam ucapan, sepanjang tempoh kempen selama dua hari ini meyaksikan kembalinya sokongan masyarakat kepada parti BN berbeza dengan apa yang berlaku di tahun 2008.

Sebelah petang di Ladang Kombok dan Taman Permata juga begitu, tahun 2008, suasananya agak suram dan lenggang kerana tidak ramai ke ceramah BN, tetapi setelah semua sedar dan dengan kehadiran hari ini menunjukkan parti BN telah pulih.

“2013, telah berubah, rakyat telah kembali kepada BN. Saya yakin dan percaya bahawa Sri Lalang ini merupakan kubu kuat BN.” katanya.

Sambung beliau lagi, kekuatan ini dan undi kita kelak yang paling utamanya ialah, pertama, memilih wakil rakyat di kalangan ahli parlimen untuk kita mengekalkan perdana menteri kita, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Keduanya pula, memilih wakil rakyat Rantau, bukan sahaja wakil rakyat untuk rakyat Rantau, tetapi sekaligus mengekalkan Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.”

Kontrak yang diberi oleh rakyat ini penting, penting kerana memastikan hidup mati dan halatuju negara di masa akan datang.

Ujar beliau, “2008, kita tidak sangka akan tewas di 5 buah negeri. Malah, pembangkang juga begitu. Namun dengan perancangan dan tahap keyakinan yang tinggi parti lawan untuk memenangi PRU kali ini, mereka telah menghantar perwira mereka untuk bertanding di negeri asal. Lim Kit Siang akan bertanding di parlimen Gelang Patah.

Begitu juga Salahuddin Ayub yang selama ini bertanding di Kelantan umum bertanding di negeri asal, Johor di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya.

Sementara Husam pula kekal bertanding di DUN Salor, tetapi menawarkan diri menentang Tunku Adnan Tunku Mansor, di Putrajaya di dalam misi menawan Putrajaya.

Ujar Khairy Jamaluddin, mereka penuh yakin mereka akan menang PRU kali ini, akan ke Putajaya pada 06 Mei ini, mereka mengira berapa BN akan kalah.”

Tegas beliau lagi, “pastikan PRU kali ini, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia, dengan syarat undi ahli parlimen Rembau, calon P131 Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar.”

Turut hadir, isteri beliau Pn Nori Tun Abdullah Ahmad Badawi, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan.

#PRU13 Sumpah Laknat Ummi Hafilda - Pegang Al-Qur’an



Ummi Hafilda Ali membuat sumpah laknat sekali lagi bagi membuktikan segala dakwaan sikap curang kakak iparnya, Shamsidar Taharin dengan Anwar Ibrahim adalah benar.

Kali ini, ia dirakam dengan begitu jelas sekali di mana Ummi memegang al-qur’an selama 8 minit semasa melafaskan sumpah laknat.

Video URL: http://youtu.be/ewlJ2FPfqwo

"TIDAK SANGKA SAYA HARUS MELALUINYA SEKALI LAGI SELEPAS 13 TAHUN BERLALU, SEMUANYA KERANA KASIH SAYANG SAYA YG MENDALAM KEPADA AGAMA SAYA, BANGSA SAYA DAN NEGARA SAYA.INI LAH PENGORBANAN TERBESAR SAYA KEPADA UMMAH DAN NEGARA. APA PUN PANDANGAN MANUSIA TERHADAP SAYA, YG PENTING ALLAH TAU NIAT ATAU NAWAITU SAYA. SEKIRANYA SAYA BERNIAT JAHAT SAYA MOHON ALLAH HUKUM SAYA , TETAPI SEBALIKNYA SEKIRANYA NAWAITU SAYA ITU DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH , MAKA SAYA MOHON ALLAH LINDUNGI SAYA DAN MEMBERI KEMENANGAN BESAR KEPADA SAYA.

KEPADA PENYOKONG-PENYOKONG SETIA SAYA ,SOKONGAN ANDA DAN DOA ANDA AMAT SAYA HARAPKAN DAN HARGAI. HANYA ALLAH YG BALAS SEGALA BUDI BAIK ANDA. YG PENTING DOA UNTUK NEGARA AMAN, SELAMAT DARI GANGGUAN PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA DAN DARI ANASIR-ANASIR LUAR.
AMIN YA ROB BAL ALAMIN." Ummie Halfida