Thursday, May 2, 2013

#PRU13 Peguam PKR Sahkan Penahanan Blogger Pembangkang Milo Suam


Peguam PKR, R Sivarasa mengesahkan makluman mengenai penahanan blogger Milo Suam malam tadi dan ketika ini pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada pihak polis sebelum dapat mengambil tindakan selanjutnya.

“Barisan peguam sedang cuba mendapatkan respons dari pihak polis pagi ini sebelum bincang langkah seterusnya yang perlu diambil.

“Saya akan maklumkan perkembangan mengenai perkara ini sejam lagi."

Sementara itu, satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR lewat malam tadi memaklumkan penahanan Milo Suam atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddique Suratman, 29, oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman.

Menurut kenyataan media itu juga, pihak polis juga berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya.

Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar palsu yang mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

#PRU13 Video CheguBard Kantoikan Anwar


Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku. http://youtu.be/_sDevEcOwiI

Wednesday, May 1, 2013

Malaysiakini Ramal Nurul Izzah Tewas Di Lembah Pantai ?


Daripada seorang ‘bintang’ kini telah bertukar menjadi ‘underdog’ di Lembah Pantai, begitulah rumusan portal pro-pembangkang, Malaysiakini yang merujuk kepada penyandang kerusi itu, Nurul Izzah Anwar.

“Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sedang menghadapi laluan sukar untuk mengekalkan kerusi Parlimen Lembah Pantai yang disandangnya menentang Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dan calon Bebas Rusli Baba dalam persaingan tiga penjuru.

“Masalah utama bagi Nurul Izzah, 32, ibu kepada dua anak, apabila terdapat 16,500 pengundi baru di kawasannya – yang beliau yakin 5,000 daripadanya pengundi hantu kerana tidak boleh dikesannya, “lapor Malaysiakini yang mula meletakkan kambing hitam -pengundi hantu- satu alasan semborono tanpa bukti konkrit.

Sepatut Raja Nong Chik sebagai ‘underdog’ dan bukannya Nurul Izzah, namun kini strategi diterbalikkan.

“Walaupun sebagai penyandang, Nurul Izzah kini dilihat sebagai calon underdog atau bukan pilihan menentang jentera besar dan bertenaga Raja Nong Chik, yang juga mempunyai reputasi baik berkhidmat kepada rakyat pada masa mudanya.

“Raja Nong Chik, 60, pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai sekitar tahun 80-an.

“Malah, gambar-gambar lamanya yang menunjukkan beliau menolong orang ramai, seperti mangsa banjir dan kebakaran di setinggan masih boleh dilihat sampai hari ini.

“Beliau juga dilihat sebagai pemimpin akar umbi,” lapor portal itu lagi.

Sebelum ini, portal yang sama pada 29 April melaporkan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula risau dengan prestasi anaknya, Nurul Izzah sebaik sahaja penamaan calon di Lembah Pantai bermula.

“Nurul Izzah (mesti) bekerja keras dua kali ganda memandangkan semua kekuatan yang menentangnya,” kata Anwar dalam sidang media di Petaling Jaya.

Bekas Setiausaha Politik Zuraida Kamaruddin, Fareez K. Intidzam dilaporkan FMT berkata Nurul izzah adalah seorang yang sangat bijak memanipulasi keadaan dan rakyat dengan berbekalkan peribadi santun dan Islamik walhal hakikatnya moralnya adalah sangat buruk.

Menurut beliau, umat Islam harus kenang kembali bahawa Nurul Izzah secara terbuka pernah menyokong pelaksanaan akta kebebasan beragama dan hak LGBT andai Pakatan menang kelak.

Sebagai seorang Islam, tambah beliau setiap umat Islam sama ada ahli PKR, PAS, Umno hatta DAP sekalipun harus sedar bahawa setinggi mana inspirasi politik, kedaulatan Islam tidak sepatutnya diinjak-injak sewenangnya.

Fareez juga mendakwa, indeks pencapaian prestasi (KPI ) khidmat Nurul Izzah kepada penduduk Lembah Pantai juga layak dipersoal.

-AIDC

#PRU13 - SURE (Suara Rakyat Rembau) Episod 9 - 12




Kg Pabai Miku telah menerima dua buah jambatan dan anak benih pokok getah sumbangan dari Khairy Jamaluddin. Ianya sedikit sebanyak telah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat orang asli di kampung tersebut. http://www.youtube.com/watch?v=44ZBxLs98zQ&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Tanah Puan Zaiton Ibrahim dan 27 penduduk yang kain di Kota pada mulanya ingin diambil oleh KTMB untuk projek Landasan Keretapi Berkembar. Hasil usaha Khairy Jamaluddin, KTMB bersetuju mengubah suai laluan tersebut dan rumah mereka selamat. http://www.youtube.com/watch?v=w340iASE_ds&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Seow Lee Nyun yang menetap di Kuala Sawah, Rantau menyatakan sokongan padu terhadap Khairy Jamaluddin yang telah banyak membantu rakyat terutama warga emas, OKU dan golongan yang susah. http://www.youtube.com/watch?v=NPC3de4MdFM&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Dengan bantuan dari Khairy Jamaluddin, Sek Keb Jenis (T) Ladang Seremban telah dapat membina laluan khas baru berbumbung dan tempat menunggu van sekolah. Dimana murid-murid tidak lagi dibasahi hujan ketika mahu menaiki van sekolah. Dan tempat menunggu van tersebut dinamakan sebagai "Gajah Menyusu". http://www.youtube.com/watch?v=llpcO0f9MnQ&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ

#PRU13 HOT! Azlan Mengaku Kejadian Saiful Bukhari Diliwat Anwar Benar

Azlan menunjukkan kenyataan beliau kepada pihak media.

Bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim hari ini menarik balik kenyataan beliau sebelum ini dan mengaku kejadian liwat ke atas anaknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Azlan mengaku kejadian ke atas anaknya itu bukan konspirasi politik seperti kenyataannya beberapa bulan lalu.

Beliau seterusnya menarik balik permohonan maaf kepada Anwar sekeluarga dan mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta-merta tetapi tidak bercadang menyertai mana-mana parti lain.

"Sebagai manusia biasa, saya terpengaruh dengan beberapa pihak. Buat keputusan sebegitu rupa pada 8 Mac. Tidak timbul soal ganjaran. Tak terlajak.

Hubungan baik dengan anak. Tak bawa Saiful hari ini. Terpulang kepada Saiful untuk buat sidang akhbar lain. Saiful tahu saya buat sidang akhbar hari ini.

Kebetulan nak pilihan raya saya tampil buat keterangan. Saya ada buat solat istikharah mohon petunjuk dan pedoman. Bersedia hadapi tohmahan orang sekeliling.

Kenyataan saya adalah atas keinsafan diri saya. Saya lega dan tidak terkongkong dengan mana mana pihak."-Azlan.

#PRU13 Calon BN Kuala Kubu Baru Dikasari Calon DAP


HULU SELANGOR - Calon Barisan Nasional di kerusi DUN Kuala Kubu Baharu, Jessie Ooi mendakwa bahunya lebam selepas ditolak calon DAP, Lee Kee Hion.

Ketika mengadakan walkabout di pasar malam lewat petang semalam, Ooi bertembung dengan Lee yang turut sama melakukan program ramah mesra di lokasi yang sama.

Mereka kemudiannya berjabat tangan dan mengambil gambar bersama sebelum Lee bertindak menolak bahunya.

Ia ekoran Ooi menolak tawaran Lee untuk berdebat.

"Saya menghulurkan tangan kepada Lee dan kami berjabat tangan serta bergambar bersama-sama untuk jurugambar akhbar.

"Namun ketika kami berjabat tangan, tangan kirinya terus menolak bahu saya. Pada ketika itu, Lee tersenyum dan mencabar saya untuk berdebat.

"Saya memberitahu beliau ia membazirkan masa dan dia terus menolak bahu saya. Ibu saya melihat Lee bertindak sedemikian dan terus menarik saya," kata Ooi kepada The Star.

Ooi berkata, memandangkan penyokong Lee kebanyakannya lelaki, beliau segera meninggalkan tempat itu dan kembali ke pejabat MCA di bandar.

Ooi kemudiannya membuat laporan polis.

Sementara itu, Lee berkata beliau turut melaporkan mengenai perkara yang sama kepada polis.

Lee berkata, beliau hanya menepuk bahu Ooi.

Selain mereka, Yoong Tham Fook, Pritpal Singh Mender Singh dan Nadarajah Subramaniam bertanding sebagai calon Bebas di kerusi DUN itu.