Sunday, May 12, 2013

Jadikan Penyatuan Umno-PAS Agenda Berterusan - Nasharuddin


Umno dan PAS harus menjadikan agenda penyatuan kedua-dua parti itu usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini, kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.

Katanya berdasarkan perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum 2008, PAS telah memulakan usaha tersebut tetapi tidak kesampaian.

"Bagi saya penyatuan PAS dan Umno mesti menjadi agenda berterusan.

"Cuma saya tidak boleh terima apabila ada yang hendak usahakan lagi penyatuan PAS dan Umno ada yang mengatakan muka mereka hendak diludah...ini ajaran agama mana?" katanya ketika berucap pada program Wacana Kepimpinan Survival Ummah di sini Ahad.

Nasharuddin berkata perbezaan pandangan bukan isu utama demi menjayakan penyatuan kedua-dua parti yang mempunyai teras perjuangan sama iaitu mempertahankan agama Islam dan Melayu.

"Soal penyatuan ini adakah hendak tunggu dah ranap baru nak bersatu seperti di dunia Islam lain.

"Setelah ranap, jadi 'ground zero' baru ada kesedaran untuk perpaduan," katanya.

Selaku seorang yang pernah menduduki kepimpinan tertinggi PAS selama 10 tahun, Nasharuddin turut memberi rumusan mengenai Umno dan PAS.

"Berdasarkan pengalaman saya, boleh dirumuskan bahawa tidak semua Umno itu iblis, dan tidak semua dalam PAS itu malaikat," katanya.

Mengenai post mortem PRU13, Nasharuddin berkata proses penyatuan semula nasional harus dimulakan dengan penyatuan di kalangan orang Melayu.

"'Reconciliation' di kalangan orang Melayu itu harus menjadi agenda utama," katanya.

Selain Nasharuddin, beberapa tokoh termasuk tokoh pendidik Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mantan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah dan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar.

Program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan Dan Survival Ummah' dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM. - BERNAMA

Polis Perak Larang Sertai Perhimpunan Haram Malam Ini


Pihak Polis tidak mengeluarkan sebarang permit kepada penganjur kerana permohonan tidak mengikut syarat-syarat dibawah Akta Perhimpunan Aman, 2012.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan Haram malam ini bagi mengelakan sebarang kesulitan pada umum...

Amaran dah diberi... kalau kena tangkap nanti jangan nak salahkan pihak polis pulak!!


21 Penyokong PR Ditangkap Polis Singapura Kerana Demo Haram Protes Keputusan PRU13


Inilah kerja BODO yang memalukan negara!!

21 penyokong Pakatan Rakyat ditahan polis Singapura kerana mengadakan protes keputusan pilihanraya di Taman Merlion petang semalam. Polis Singapura menjelaskan, mereka yang melanggar undang-undang perlu ditangani dengan serius.


Polis menahan 21 rakyat Malaysia selepas menunjuk perasaan di Merlion Park semalam, lapor akhbar Straits Times.

Ini dilakukan walaupun polis sebelum ini memberi nasihat perhimpunan seumpama itu melanggari undang-undang Singapura.

"Pihak polis ingin menegaskan, sementara orang luar dibenar bekerja dan tinggal di sini, mereka perlu mematuhi undang-undang kita.

"Mereka tidak boleh membawa masuk isu dalaman dari negara mereka ke Singapura dan melakukan aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam, kerana mungkin terdapat kumpulan dengan pandangan yang berbeza.

"Mereka yang melanggar undang-undang akan ditangani secara serius," kata akhbar itu memetik jurucakap polis sebagai berkata menerusi satu kenyataan.

Penahanan iu dilakukan selepas amaran dikeluarkan terhadap sembilan rakyat Malaysia kerana 'mengambil bahagian secara aktif dalam perhimpunan haram' di Merlion Park kira-kira 4.50 petang pada Rabu, di mana kira-kira 100 orang berhimpunan untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia 5 Mei lalu.

Padan Muka!!!