Monday, May 13, 2013

Video Ustaz Nasharuddin Mat Isa Yang Perlu Ditonton Oleh Puak PAS


Video Pandangan Nasharuddin Mat Isa...Renung Renung Kan Lah.... http://youtu.be/GK1xlsxp2BY


Agenda perpaduan melibatkan umat Melayu Islam menerusi 'lapangan' kerjasama UMNO dan Pas perlu diteruskan daripada semasa ke semasa bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasakan sepanjang zaman.

Desakan tersebut disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang turut mengajak pemimpin-pemimpin Melayu Islam menginsafi realiti masa depan bangsa dan agama yang kini mula dirobek pihak-pihak tertentu.

Atas dasar itu, beliau menempelak sikap seorang pemimpin tertinggi Pas yang mengeluarkan kenyataan akan 'meludah' muka mana-mana pihak yang mengusahakan penyatuan dua parti terbesar orang Melayu di negara ini iaitu UMNO dan Pas!

MARILAH KITA BERSATU SAUDARAKU!!!!

Khairy Jamaluddin Antara Nama Yang Disebut Dalam Barisan Kabinet Najib!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyenaraikan beberapa muka baharu dalam barisan Kabinet yang mungkin diumum esok.

Antara yang disebut-sebut bakal menganggotai Kabinet kali ini ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Besut, Datuk Idris Jusoh; Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan.

Pelantikan itu ekoran kekalahan beberapa menteri dan timbalan menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Menteri yang kalah ialah Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar), Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan), Datuk Seri Chor Chee Heung (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) serta Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti).

Sementara itu, kekosongan juga berlaku bagi jawatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (Datuk Seri Dr. Rais Yatim); Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) dan Menteri Pelancongan (Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen) apabila mereka tidak mempertahankan kerusi masing-masing.

PRU-13 turut menyaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berpindah daripada Parlimen ke Dewan Undangan Negeri.

Empat timbalan menteri yang tewas pula ialah Datuk Liew Vui Keong (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dr. Mohd. Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran), Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Tan Lian Hoe (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).

Berikutan kekosongan jawatan menteri tersebut, beberapa timbalan menteri yang menunjukkan prestasi memberangsangkan dijangka dilantik sebagai menteri.

Dalam masa sama, Kabinet kali ini kemungkinan akan menyaksikan kemunculan beberapa kementerian baharu ekoran keperluan dan desakan oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam pada itu, pandangan umum turut tertumpu kepada kedudukan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri sama ada dikekalkan atau akan bertukar portfolio.

Sementara itu, kekosongan jawatan menteri yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga menjadi tumpuan.

Jawatan tersebut kini disandang sementara oleh Perdana Menteri sendiri.

Nama pengganti yang disebut-sebut memegang portfolio itu terdiri daripada mereka yang berwibawa dalam memperjuangkan hak wanita seperti Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique atau Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri.

Pelantikan ahli Kabinet dalam pentadbiran Najib penggal ini juga menimbulkan persoalan sama ada wakil MCA dan Gerakan yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) tersenarai. Ini berikutan prestasi buruk kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun, dalam berteka-teki mengenai senarai barisan Kabinet, Perdana Menteri dilihat akan memberi keutamaan kepada calon yang menang pada pilihan raya umum lalu selain memastikan kehadiran mereka diterima rakyat.

Dalam hubungan ini keutamaan kepada calon-calon BN yang menang di Sabah dan Sarawak juga dilihat akan diberi perhatian sewajarnya. -UM

SPR Mungkin Saman Anwar



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menabur fitnah terhadap badan itu.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata penyebaran fitnah itu bermula sebelum hari mengundi dan diperhebatkan pada 5 Mei lalu.

Beliau khususnya merujuk kepada pesanan Twitter Anwar yang mengisytiharkan pembangkang sudah menang PRU13 dan memberi amaran kepada SPR dan Umno untuk tidak melakukan penipuan.

Wan Omar berkata pesanan Anwar itu tidak masuk akal kerana ketika ia dihantar, hanya 2,000 daripada 52,000 peti undi telah dikira.

“Ini adalah penipuan jelas kerana pada masa itu tidak mungkin keputusan pilihan raya sudah diketahui," Wan Ahmad dipetik berkata oleh New Straits Times.

Wan Ahmad juga membidas blogger-blogger pembangkang kerana menyebarkan fitnah seawal jam 8 malam pada hari mengundi bahawa gabungan PKR-PAS-DAP itu sudah menang pilihan raya umum.

Beliau berkata fitnah itu sengaja disebarkan untuk memastikan penyokong Pakatan Rakyat menolak sebarang keputusan yang tidak memihak kepada pembangkang.

"Mereka berbuat demikian untuk meyakinkan penyokong pakatan dan rakyat bahawa tidak mungkin pembangkang boleh tewas,” kata beliau.

"Justeru jika keputusan tidak memihak kepada pakatan, mereka akan menolaknya dengan alasan penipuan berlaku,” jelas beliau lagi.

Wan Ahmad menyifatkan demonstrasi '505' anjuran pembangkang hanya akan membunuh demokrasi.

Beliau berkata pihaknya sedang mengumpul bukti terhadap fitnah yang disebarkan semasa PRU sebelum mengambil keputusan muktamad.

-AntaraPos