Thursday, July 25, 2013

Analisa : Kemenangan Tengku Zihan Seperti Diramal


Seperti yang telah diramalkan sebelum ini, Barisan Naisonal (BN) pasti tidak akan berdepan dengan laluan sukar, dalam misinya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Ditambah dengan gerak kerja yang mantap dan menyeluruh, faktor calon yang merupakan orang muda, golongan professional dan datang dari keluarga yang berlatarbelakang agama dilihat antara faktor yang menyumbangkan kepada kemenangan tersebut.

Malah pendekatan BN dengan mengadakan program kemasyarakatan dan bertemu pengundi secara peribadi, lawatan dari rumah ke rumah juga dilihat berjaya mengukuhkan lagi sokongan pengundi terhadap calon BN yang mesra dipanggil 'Abe Ku'.

Berbanding dengan calon Pas selain mempunyai pelbagai isu, gerak kerja kempen yang dilakukan agak hambar dan kurang mendapat sambutan. Malah pendekatan Pas yang mengunakan kaedah lama melalui program ceramah yang diadakan pada setiap malam juga antara faktor kekalahan mereka. Ini kerana majoriti masyarakat Islam-Melayu lebih berminat untuk memberikan tumpuan dengan melakukan aktiviti berbentuk keagamaan.

Ditambah dengan faktor masalah dalaman yang dihadapi oleh parti itu dengan kumpulan ulama dan jentera muslimah, jentera dan para petugas mereka dilihat gagal menarik minat pengundi khususnya kumpulan atas pagar disebabkan gerak kerja yang tidak teratur dan lesu sepanjang tempoh berkempen yang dijalankan.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, dan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan daripada jumlah itu, 17,463 ialah pengundi Melayu, Cina 125 manakala selebihnya pengundi lain-lain bangsa. Kuala Besut mempunyai kira-kira 22,986 penduduk pada keluasan 41 kilometer persegi, kebanyakan terdiri daripada golongan nelayan.

Selain nelayan faktor kakitangan awam juga turut menyumbang kepada kemenangan calon BN. Walauapun Kuala Besut bukan merupakan pusat bandar utama untuk daerah Besut, namun hampir kesemua pejabat kerajaan negeri dan pusat untuk daerah Besut terletak di Kampung Raja iaitu pekan utama yang berada di bawah UN Kuala Besut.

Ini bermakna, pengundi utama yang ada di Kuala Besut adalah golongan nelayan, pegawai kerajaan dan mereka yang terlibat dengan industri pelancongan. Pada PRK ini, BN menetapkan slogan ‘Kuala Besut bertambah Biru’ untuk kempen manakala Pas tampil dengan moto ‘16-16’. Ia merujuk kepada kedudukan kerusi Dun Terengganu sekiranya parti itu berjaya merampas DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil ini.

Hakikatnya, ramai dikalangan pengundi akur isu DUN 'tergantung' kerusi 16:16 bukanlah suatu idea yang bijak. Dengan Kuala Besut sendiri di bawah Parlimen yang diketuai Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, pengundi cukup maklum undi yang diberikan kepada Tengku Zaihan nanti tentu akan dapat merangsang ekonomi Kuala Besut.

Kalau BN menang, manfaatnya lebih banyak berbanding 'carca marba' DUN di bawah pakatan pembangkang,

Pada PRU yang lalu, BN berjaya mengekalkan penguasaanya di Terengganu apabila berjaya memenangi 17 kerusi berbanding pakatan pembangkang yang hanya mempu menguasai 15 kerusi, iaitu 14 daripada Pas dan satu kerusi yang diwakili oleh PKR.

Ketika pilihanraya umum yang lalu, BN meletakkan calonnya Datuk A Rahman Mokhtar yang berjaya memenangi kerusi Kuala Besut dengan majoriti 2,434 undi sekaligus menewaskan calon Pas Napisah Ismail. Allahyarham Rahman mendapat 8,809 undi berbanding Napisah yang terpaksa berpuas hati dengan 6,375 undi.

Sejumlah 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil kawasan itu, Rabu. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu termasuk 13,188 pengundi biasa, 911 pengundi awal dan sembilan orang pengundi pos.

Lapan pusat pengundian dibuka mulai 8 pagi hingga 5 petang kecuali pusat pengundian Pulau Perhentian ditutup lebih awal pada pukul 3 petang dengan 635 pengundi atau 86.6 peratus penduduk pulau itu telah keluar mengundi.

Perangkaan itu menepati jangkaan SPR yang menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil itu mencapai lingkungan 75 hingga 80 peratus. Pengundian berjalan lancar dengan jumlah yang keluar mengundi sejam selepas dibuka sebanyak 15 peratus dan meningkat sekali ganda pada pukul 10 pagi. Ia melebihi 50 peratus pada tengah hari.

Keadaan cuaca cerah antara faktor yang menyumbang kepada peratus keluar mengundi yang tinggi walaupun ia berlangsung pada hari bekerja. Walaupun berlaku sedikit pengurangan dari bilangan peratusan yang keluar mengundi, namun ia adalah merupakan satu perkara yang memang telah dijangkakan. Ini kerana tempoh masa yang pendek antara pilihanraya umum yang lalu telah menyebabkan pengundi luar merasa sedikit keberatan untuk pulang bagi mengundi buat kali yang kedua.

Ditambah dengan faktor sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan tidak lama lagi, ia turut menyumbangkan kepada penurunan ini. Ia kerana ramai dikalangan mereka ingin menyimpan cuti yang ada bagi digunakan untuk pulang ke kampung ketika Hari Raya nanti.

Ramai menyifatkan pilihan raya kali ini sebagai sangat tenang dan perkara itu turut diakui oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengatakan PRK ini adalah yang paling tenang sejak beliau berkhidmat dengan suruhanjaya itu.

Pihak polis juga mengesahkan tiada laporan mengenai insiden yang tidak diingini kecuali satu laporan mengenai dakwaan 'pengundi hantu' yang menurut polis individu tersebut adalah seorang lelaki yang tidak siuman. Kira-kira 3,000 anggota polis termasuk 200 pegawai terlibat dalam PRK Kuala Besut bagi mengawal perjalanan kempen dan hari mengundi, sejak 12 Julai lalu.

Wednesday, July 24, 2013

Keputusan Rasmi PRK Kuala Besut: BN Menang Majoriti 2,592 Undi


BESUT: Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Rabu dengan majoriti 2,592 undi.

BN memperoleh 8,288 undi manakala PAS 5,696 undi.

Keputusan Rasmi PRK Kuala Besut: BN Menang 18 Saluran, Undi Pos


BESUT: Sehingga pukul 9.30 malam, Barisan Nasional (BN) mendahuli keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Besut dengan menang di 18 saluran dan undi pos.

BN menang bagi semua sembilan undi pos yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Barisan menang di saluran satu, pusat mengundi Seberang Barat dengan 316 undi.

Di saluran dua pusat mengundi Gong Kedak, BN menang dengan 266 undi manakala di pusat mengundi Sekolah kebangsaan Pulau Perhentian, BN menang di kedua-dua saluran dengan 222 dan 232 undi.

Sementara itu di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, sehingga kini BN menang di empat saluran.

Manakala di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Nail, BN juga menang di empat saluran.

Bagi pusat mengundi Sekolah menengah Kuala Besut, BN mencatat kemenangan di enam saluran yang diumumkan.-Mstar

PRK Besut: Keputusan Tidak Rasmi, BN Menang Dengan Majoriti 2583


Keputusan Tidak Rasmi, BN Menang Dengan Majoriti 2583

Jumlah mengikut pengiraan undi :
BN = 8279
PAS = 5696
Majoriti yg dimenangi oleh BN 2583

Gambar: PAS Guna Kanak-Kanak Untuk Merayu Undi


PAS sanggup gunakan kanak-kanak demi merayu undi simpati dari rakyat Kuala Besut.

Walaupun mereka tahu tindakan membabitkan kanak-kanak dalam kempen adalah salah disisi undang-undang, tapi demi mencipta provokasi terhadap pihak berkuasa. Mereka sanggup lakukan apa saja.

Sekiranya pihak berkuasa menahan mereka kerana kesalahan tersebut, memang itulah yang mereka tunggu-tunggu agar simpati rakyat dapat diraih.

PAS sememangnya tidak mampu berkempen cara yang bersih, walaupun setiap saat mereka berhujah tentang agama dan keislamannya.

Sumber gambar -Melanau blogger

Khairy: 'Syabas Pandalela, Mun Yee'


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan ‘syabas’ kepada dua penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee atas kejayaan mereka merangkul pingat gangsa di Kejohanan Dunia FINA ke-15 di Barcelona, Sepanyol, semalam.

Menurut Khairy, kejayaan itu sekali gus berjaya mengharumkan nama negara khususnya di peringkat antarabangsa.

“Syabas Pandelela dan Mun Ye. Meskipun gagal meraih pingat perak, tapi kita berjaya menduduki tangga ketiga di kejohanan itu dan ia sangat hebat.

“Kemenangan itu juga sekurang-kurangnya membuatkan kami bangga dengan prestasi kamu berdua,” kata Khairy di laman mikro Twitter miliknya.

Semalam, Pandelela dan Mun Yee meraih pingat gangsa dalam acara platform 10m seirama wanita di Kejohanan Dunia FINA ke-15 di Barcelona, Sepanyol.

Dalam acara final yang berlangsung di Montjuic Municipal Pool pada 5.30 petang waktu tempatan (12.30 tengah malam waktu Malaysia), gandingan itu mengumpul 331.14 mata untuk memenangi gangsa.

Sementara itu, pasangan dari China, Chen Ruolin dan Liu Huixia, seperti dijangka, memenangi pingat emas setelah mengumpul 356.28 mata manakala pingat perak menjadi milik gandingan Kanada, Roseline Filion dan Meaghan Benfeito dengan jumlah 331.41 mata.

Untuk rekod, Pandelela dan Mun Yee menyumbang kepada Malaysia pingat sulung mereka dalam kejohanan dunia dengan meraih gangsa dalam acara sama pada edisi 2009 di Rome, Itali.

Bagaimanapun, pada edisi 2011 di Shanghai, China, Pandelela dan Mun Yee berkesudahan di tempat keenam.