Thursday, August 1, 2013

NKPUM - Pertandingan Adik Beradik

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin berkata UMNO kekal sebagai sebuah parti yang tetap relevan dulu, kini dan selamanya sekiranya terdapat ramai mereka yang ingin menawarkan diri dalam pemilihan parti tersebut nanti.

Namun beliau mengharapkan ruang yang terbuka luas itu diseimbangi dengan tunggak perpaduan supaya ianya kelak dapat mengekalkan perpaduan serta kestabilan didalam parti untuk kepentingan bersama.

Gambar ehsan McTheory

“Kalau pertandingan itu sihat kita akan melihat calon yang terbaik akan muncul dalam parti dan sekiranya niat tidak baik.. umpamanya mengacau dan sebagainya sesiapa pun tidak akan mendapat manfaat serta faedah.

“Kita bertanding seperti adik beradik… tak perlu taktik kotor atau serangan peribadi yang memalukan. Kita mesti pertahankan institusi Pemuda dan seterusnya ubah persepsi rakyat kepada kita,” katanya.

Khairy berkata demikian pada majlis berbuka puasa Pemuda UMNO di Masjid Asy-Syakirin di KLCC kemarin. Turut diraikan pada majlis berbuka puasa itu anak-anak yatim serta ibu tunggal dan mereka yang tidak berkemampuan.

Khairy seterusnya menambah bercakap soal transformasi ianya bukan sahaja dapat dilihat di dalam kerajaan malah turut melangkaui parti UMNO itu sendiri.

“Dengan demokrasi yang terbuka dan tidak ada halangan kepada mana-mana ahli untuk bertanding kita anggap ianya cukup positif. Siapapun boleh bertanding, tapi kena ingat ia adalah untuk kukuhkan parti… kalau semata-mata nak lepaskan geram, nanti akhirnya parti yang akan rugi,” katanya.

Dibawah adalah senarai bakal calon NKPUM :-

JAMAWI JAAFAR
Tenom, Sabah

LOKMAN NOR ADAM
Shah Alam, Selangor

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
Titiwangsa, WP

KHAIRUL AZWAN HARUN
Pasir Salak, Perak (KPUN)

Khairy Ucap Takziah Kepada Keluarga Mendiang Chua Boon Huat


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Chua Boon Huat yang meninggal dunia pagi tadi.

“Takziah kepada keluarga Chua Boon Huat, pemain hoki kebangsaan, yang meninggal dunia kira-kira jam 3.00 pagi tadi setelah mengalami kemalangan di LDP.

“Beliau seorang bintang hoki yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dan merupakan seorang atlet yang cemerlang, berdisiplin, sentiasa positif dan menjadi inspirasi kepada pemain-pemain muda.

“Terima kasih, Boon Huat. Jasamu akan sentiasa dikenang oleh negara,” katanya di dalam tweet terbaru beliau.

Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan selepas kereta dipandunya melanggar lori siram pokok di Kilometer 10.4, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Kelana Jaya, di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Jurucakap polis Petaling Jaya berkata kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air, di LDP dalam kejadian 2.25 pagi itu.

Beliau berkata Chua mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya.

Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Chua merupakan antara pemain hoki negara paling lama yang mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998.

Wednesday, July 31, 2013

Tomboy Video Raya Bersama Anjing Ditahan


Maznah Mohd. Yusof, jurulatih anjing yang dipercayai terlibat dalam rakaman video menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' ditahan polis petang tadi.

Wanita berusia 38 tahun itu ditahan di Bukit Beruntung kira-kira pukul 3 petang sebelum dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.