Tuesday, August 27, 2013

KJ Belasah Utusan Malaysia?


Tak de lah panas sangat pun pasal isu KJ belasah Utusan ni, cuma ada beberapa pihak suka mengambil kesempatan untuk memburukkan nama KJ.

Kononnya Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu mengkritik Utusan Malaysia berhubung tajuk muka hadapan kontroversi akhbar itu `Apa lagi Cina mahu?' beberapa bulan lalu.

Namun kritikan tersebut nyata tidak berasas kerana KJ pada majlis anjuran United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students di ibu negara itu hanya menjawab soalan daripada salah seorang mahasiswa yang hadir, yang dilihat sedikit liberal dan pro pembangkang.

Menurut salah seorang ahli UKEC, pelajar berkenaan telah bertanya adakah keputusan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Utusan menandakan kerajaan bersetuju dengan langkah akhbar itu yang seolah-olah menyalahkan sesuatu kaum (dalam kes ini Cina) berikutan prestasi kurang memberangsangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 lalu.

Sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO dan menteri Kabinet, sudah tentu KJ perlu menyatakan pendirian kerajaan yang tidak selari dengan tindakan mana-mana akhbar yang menyalahkan sesuatu kaum atau lebih teruk, cenderung melakukan provokasi terhadap kaum lain.

Adakah salah pendirian yang dinyatakan oleh KJ itu?

Kita semua tahu berita mengenai KJ dan Utusan itu telah dimainkan oleh meluas oleh portal propembangkang seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang dilihat bertujuan melaga-lagakan ketua sayap Pemuda itu dengan akhbar Utusan, apatah lagi pemilihan parti kini semakin hampir dan KJ telahpun menyatakan hasrat mempertahankan jawatan yang disandangnya itu.

Maka daripada berita propembangkang, blog-blog yang anti KJ menggunakan kesempatan untuk `spin' isu tersebut dan memburukkkan KJ.

Tidak terkecuali, pemimpin muda PKR, Nik Nazmi yang kini semakin lemas untuk kekal dalam barisan parti haprak itu juga tumpang sekaki untuk mengutuk KJ dan Utusan.

Lebih mengecewakan, NGO pro BN seperti Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) turut `tumpang tui' memburukkan Ketua Pemuda UMNO berkenaan.

Apa yang aku pasti, golongan ini tidak berada dalam majlis UKEC itu dan mereka juga sudah pasti belum lagi menonton video KJ menjawab soalan tersebut.

P/S:-JMM dan Adiwijaya jangan ghairah sangat, selesaikan isu PSSGM dengan ROS baru boleh cerita.

-Nik who? takde tempt dalam PKR ke?

Thursday, August 22, 2013

30,000 Peminat Penuhi Stadium Merdeka Demi Metallica Malam Tadi...


SELAMA tiga dekad gah berdiri sebagai band trash metal di persada muzik dunia, Metallica terus membuktikan faktor usia bukan masalah untuk mereka beraksi di pentas konsert.

Biarpun keempat-empat anggotanya sudah mencecah usia 50-an, namun faktor itu tidak sikit pun menghalang band yang dikenali dengan jolokan ‘Raja Metal’ ini membuktikan bahawa mereka masih punya stamina – masih ligat!

Buktinya, bertempat Stadium Merdeka Kuala Lumpur, band legenda Amerika Syarikat ini malam tadi melakar sejarah buat pertama kalinya membuat persembahan di hadapan hampir 30,000 peminat tanah air.

Selama 1 jam 45 minit beraksi tanpa henti, Metallica bikin peminat ‘menggiler’ dengan seleksi 18 lagu terbaik mereka dari album pertama hingga terkini.




Dianggotai oleh James Hetfields 50, (penyanyi, gitaris), Lars Ulrich, 49, (dram), Kirk Hammett 50, (gitaris) dan Rob Trujillo 48, (bassis), band ikon yang ditubuhkan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada 1981 ini membuka tirai Konsert Metallica Live in Malaysia 2013 dengan Master Of Puppets dan Fuel.

“Anda semua dah bersedia untuk terus berseronok lebih lama lagi? Hanya setelah 31 tahun baru kami dapat ke sini. Saya minta maaf pada anda semua. Tapi kami masih belum terlambat, bukan? Kami sangat teruja dapat beraksi dan berbesar hati dapat melihat wajah-wajah anda semua”, ungkap James dan kemudian bergema stadium dengan sorakan peminat.

Kemudian sekali lagi dia bertanyakan kepada peminat, “Anda mahu lagi? Anda mahu apa? Tak mengapa, saya tahu anda mahu apa. Dah 31 tahun anda semua menunggu, ini untuk anda semua…”, sambungnya James lagi.

Lalu arena terus digegarkan dengan lagu lain seperti Fade, Havester of Sorrow, Ride The Lighthing, Cyanide, Sanitarium, Sad But True, One, Orion, Blackened, Nothing Else Matter, Enter Sandman, Creeping Death, Baterry dan Seek & Destroy.

Hampir separuh daripada penonton yang menyaksikan konsert itu merupakan peminat Metallica yang berusia 30 tahun ke atas.

Momen paling mengujakan apabila sepanjang konsert dapat dilihat hampir keseluruhan daripada peminat kelihatan tidak segan silu mengangguk-anggukkan kepala ketika menghayati irama lagu-lagu berentak berat yang dipersembahkan.

Tak kurang ramai yang turut ikut menyanyi sama, bertepuk tangan dan bersorak.

Konsert yang berakhir sekitar jam 10.30 malam itu turut dihadiri beberapa selelebriti tempatan seperti Faizal Ismail (FBI), pelakon Dira Abu Zahar bersama suaminya, penyanyi Ruhil Amani, Mus (May) dan Bunkface.

Untuk rekod, kali terakhir Metallica singgah di Asia Tenggara ialah pada 1991 sempena promosi album Metallica di mana ketika itu mereka sempat mengadakan konsert di Singapura dan Jakarta, Indonesia.

Konsert Metallica Live in Malaysia 2013 dianjurkan oleh Galaxy Group.

Selepas Kuala Lumpur, band yang pernah menerima penghormatan tertinggi dalam industri muzik Amerika Syarikat apabila dimasyhurkan dalam senarai The Rock and Roll Hall of Fame ini akan mengadakan konsert di Singapura pada 24 Ogos (Sabtu) ini. – Malaysia Digest

Pissst.... dengar khabar pemuda PAS pun turut terhanguk-hangguk kepala kat luar stadium.....

Wednesday, August 21, 2013

Bas Jatuh Gaung di Genting Highlands - 32 Orang Dikhuatiri Maut


Maklumat terbaru Jabatan Bomba dan Penyelamat sehingga pukul 6.30 petang mengesahkan seramai 12 mangsa terbunuh dalam nahas kejadian bas pelancong terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.20 petang Rabu.

Sementara itu 16 lagi mangsa ditemui masih hidup.

Jumlah keseluruhan mangsa yang ditemui kini adalah seramai 28 orang.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa.

Sebelum ini Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail dalam kenyataannya menjangkakan sekurang-kurangnya 32 orang dikhuatiri mati dalam insiden tersebut. -Mstar