Tuesday, September 17, 2013

Khalid Ismath Dangkal, Buta Sejarah


Tindakan aktivis sosial, Khalid Mohd Ismath mengangkat ‘perjuangan’ bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng seperti menderhaka kepada negara.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, sepatutnya Khalid berfikir secara matang dan jangan bersikap buta sejarah.


“Kalau ini pemikiran Khalid, kita amat dukacita kereana begitu dangkal sekali. Tindakannya itu menunjukkan beliau sebenarnya buta sejarah.

“Kalau Chin Peng dikatakan pejuang, tidak nampak kesahihannya, ini menunjukkan kedangkalan pemikiran beliau,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, beliau percaya pendirian Khalid itu hanya mewakili dirinya sendiri tanpa ada orang lain yang akan mengikutnya.

“Apa yang ditulisnya dalam laman Twitter itu tidak akan menarik perhatian kerana beliau seperti tidak tahu sejarah.

“Kita jelas tolak Chin Peng sebagai pejuang, jadi kita harap Khalid boleh kembali ke sekolah belajar balik sejarah,” ujarnya.

Semalam, Khalid memuat turun status dalam laman Twitternya yang mengangkat ‘perjuangan’ Chin Peng sebagai berkata ‘jasanya membuka jalan kemerdekaan di Malaysia tidak akan dilupakan’.-SH

~Menghabihkan boreh yo!!

Monday, September 16, 2013

Ketua Pemuda Umno... Akhramsyah Ukurlah Baju di Badan Sendiri!


Semalam Akhramsyah menyatakan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia yang disandang oleh Khairy Jamaluddin.

Beliau menyatakan hasratnya tersebut melalui laman sesawang blognya hehe... Blog Akram punya penuh dengan sesawang, lama tak update.

Berkelulusan kejuruteraan mekanikal, Akhramsyah, 39, berkata tujuan beliau bertanding adalah bagi "mengabdikan diri, berganding bersama kawan-kawan untuk mengembalikan kegemilangan Pemuda UMNO,".

Jangan aib terus sudah la....

Persoalanya layak ke akhram ni memikul tanggungjawab sebagai ketua pemuda? Sedangkan beliau dalam MYAC pun ada banyak masalah?

Malah, dikatakan rakan-rakannya dari dalam MYAC tidak bersetuju dengan tindakan Akram ni.

Baiklah, aku tak berniat jahat atau mahu memanjangkan cerita...

Tak salah bertanding, barulah demokrasikan.

Tapi... jangan la gelojoh sangat! Sepatutnya cubalah nasib sebagai Naib Ketua Pemuda dulu. (Itupun kalau lepas).

Sebelum bertanding Akhram, beri la khidmat pada Umno dulu dan beri sumbangan untuk parti di peringkat Nasional? Baru orang tabik brader!

Saturday, September 14, 2013

Kamarol tawar diri tanding Exco Pemuda


Hari ini abang brader aku tawar diri untuk bertanding exco pemuda, jadi aku menyeru rakan-rakan sekalian marilah kita bersama-sama memberi sokongan padu kepada abang brader!

Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan, Kamarol Salleh, 39, menawarkan diri bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO dalam pemilihan parti Oktober ini sekali gus menjadi satu-satunya wakil tunggal dari Kedah bertanding jawatan itu.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena berkata, kelebihan bekerja bersama Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam kerajaan memberi kelebihan kepadanya meneruskan visi serta misi transformasi terutama kepada golongan belia.

"Golongan belia merupakan tonggak utama kepada kelangsungan pentadbiran negara untuk masa hadapan. Mereka yang akan menjadi pengganti kepada pemimpin sekarang dalam membawa negara ke arah negara yang aman dan makmur.

"Tawaran untuk bertanding juga dicadangkan oleh seluruh peringkat akar umbi Pemuda UMNO Kedah dan saya menawarkan diri bertanding bagi menyahut seruan itu bagi memperkasakan golongan belia ke arah yang lebih baik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kamarol yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Putra Malaysia berkata, beliau cukup optimis para perwakilan sekarang cukup bijak dalam memilih dan yakin dapat melaksanakan tanggungjawab memperkasa Pemuda UMNO.

Katanya, beliau akan memberi tumpuan kepada pembangunan golongan muda di luar bandar dari segi pendidikan dan ekonomi agar mereka boleh berdaya saing dengan belia di bandar.

"Bagaimanapun tidak bermaksud saya mengabaikan golongan belia di bandar sebaliknya tumpuan lebih diberikan kepada golongan belia di luar bandar," katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan turut disaran tidak mengabaikan tanggungjawab membantu golongan belia di luar bandar dengan memberi peruntukan yang lebih kepada mereka.