Saturday, October 12, 2013

#PemilihanUMNO Pemuda Kepong Pilih @Khairykj Dan @Jamawijaafar


Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kepong telah memilih Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda dan Jamawi Jaafar sebagai Naib Ketua.

Proses pemilihan sayap Pemuda UMNO Bahagian Kepong diadakan di Dewan Tun Razak di Dewan Serbaguna, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jinjang di sini hari ini.

#PemilihanUMNO Pemuda Hulu Langat pilih @Khairykj Dan Mohamad Iruan


HULU LANGAT: Penyandang Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin memperoleh undi untuk jawatan itu menerusi Pemuda Bahagian Hulu Langat.

Bahagian Hulu Langat turut memilih Mohamad Iruan Zulkefli untuk jawatan Naib Ketua Pemuda.

Terkini - KJ (3) Shahrizat (1) Mas Ermieyati (5) Azwan Bro (3) #PemilihanUMNO @Khairykj


Terkini: Keputusan Sayap Umno

Terkini Keputusan Sayap Umno. Datuk Shahrizat 1; Khairy Jamluddin 3, Mas Ermieyati Samsudin 5

Khairy, Shahrizat dan Mas Ermieyati Dahului Undi @Khairykj #PemilihanUMNO


Laman portal Rakyat.new hari ini melaporkan, sehingga jam 1.30 tengah hari ini, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memperoleh satu undi untuk jawatan Ketua Pemuda, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil satu undi (Ketua Wanita) dan Mas Ermieyati Samsudin dua undi bagi jawatan Ketua Puteri.

Khairy memperoleh undi pertama untuk jawatan itu menerusi Pemuda Bahagian Bera, Pahang.

Turut mengundi Khairy termasuk di Pemuda Bahagian Bukit Bendera

Bahagian Bera turut memilih Khairul Azwan Harun untuk jawatan Naib Ketua Pemuda.


Sementara itu Penolong Setiausaha Umno Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman yang bertanding melawan penyandang jawatan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin tidak hadir pada proses pengundian di Taman Tasik Pandan pada Sabtu.

Pusat pengundian dibuka daripada pukul 8 hingga 10 pagi.

Pusat berkenaan mempunyai 278 pengundi berdaftar namun hanya 212 orang yang hadir.


Friday, October 11, 2013

Hot: Masej Tun Mahathir Mahu KJ Kekal Sebagai Ketua Pemuda @Khairykj #PemilihanUMNO #KJ4KP


Memetik kenyataan bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas menunjukkan beliau mahu setiap perwakilan memilih calon yang boleh memenanggi PRU ke 14 akan datang!

Kenyataan ini memberi gambaran tepat dimana, YB Khairy Jamaluddin (KJ) adalah pilihan calon Pemuda UMNO yang dimaksudkkan oleh Tun M.

Bukan sekadar itu... Harus diingat juga bahawa KJ merupakan satu-satunya calon Ketua Pemuda UMNO yang bergelar "wakil rakyat' (YB) yang sudah pasti akan membawa kemenangan pada PRU ke 14 nanti.

"Calon yang menang dalam pemilihan UMNO kali ini menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan perwakilan supaya bijak membuat keputusan sebelum memilih pada 12 dan 19 Oktober.

“Ingat, ini bukan pemilihan di dalam UMNO saja. Kesan baik atau tidak (pada pemilihan ini) hanya akan dapat dilihat pada PRU-14 nanti.

“Kalau perwakilan pilih calon yang tak baik dan tidak sesuai, jangan harap PRU-14 kita akan menang,” kata Tun Mahathir pada sidang media selepas melawat Tapak Pembinaan Terowong dan Kerja Bawah Tanah Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Stesen Cochrane, semalam.

Justeru itu... Pemuda wajib memilih YB Khairy Jamaluddin untuk terus kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ini adalah kerana KJ satu-satunya calon yang terbukti diterima oleh rakyat.

Selama dua penggal KJ menjadi Ahli Parlimen Rembau, beliau telah membuktikan bahawa calon BN ini (PRU13) diterima baik oleh rakyat dengan kemenangan majoriti yang meningkat sebanyak tiga kali ganda.

YB Rembau ini juga mempunyai pengikut ratusan ribu di laman media sosial yang turut membuktikan beliau diterima baik oleh anak muda dari kawasan bandar dan luar bandar.



Akhir kata selamat bersidang kepada semua Perwakilan, ingatlah setiap undi anda akan membawa kemenangan di PRU-14

#PemilihanUMNO @Khairykj Taruh Keyakinan Perwakilan Rasional Buat Pilihan Esok #KJ4KP


Selamat Bersidang kepada semua perwakilan!

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menaruh keyakinan tinggi bahawa perwakilan pergerakan itu akan membuat pilihan yang rasional untuk jawatan diperingkat sayap UMNO berkenaan.

Beliau turut berharap seluruh ahli Pemuda dapat menjaga instutusi parti dan juga imej parti itu sendiri dengan memastikan pemilihan yang akan berlangsung esok berjalan dengan lancar yang sekaligus memperlihatkan UMNO mempunyai keahlian yang matang dan membuat pilihan dalam suasana kekeluargaan.



“Saya harap mereka yang dipilih esok pertamanya mereka ini rajin. Saya tak nak dipilih hanya orang yang rajin kempen tetapi rajin sepenggal yang akan datang. Saya rasa media UMNO pun tahu ada yang rajin…..ada yang tidak berapa rajin sebab kita pilih ini bukan setakat jumpa perwakilan dua tiga bulan lepas tetapi akan sentiasa bersama jalankan program bantu visi kepimpinan untuk empat tahun akan datang.

“Kita tak nak dipilih terus senyap…..terus hilang. Saya betul-betul berharap mereka ini rajin dan keduanya dari segi visi mereka mestilah progresif macam visi saya. Apa yang saya cuba buat untuk menarik golongan muda dalam UMNO…, orang muda di luar UMNO itu penting.

“Itu saya bawa pembaharuan dalam pemuda. Ada yang tidak faham dan ada yang kritik, tak mengapalah. Ada yang nak ciri-ciri kepimpinan zaman dahulu tetapi bagi saya ini adalah pembaharuan yang dituntut oleh orang muda pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara ekslusif bersama UMNO-Online, di pejabatnya sempena pemilihan UMNO 2013. Esok, Sabtu sayap UMNO akan mengadakan pemilihan masing-masing dan pada 19 Oktober depan, pemilihan diperingkat sayap dan Majlis Tertinggi UMNO.

Ketika ditanya mengenai jumlah mereka yang bertanding di peringkat Exco Pemuda cukup ramai serta semua jawatan dipertandingkan, Khairy melihatnya sesuatu yang cukup positif.

Katanya senario tersebut menujukkan kejayaan pergerakan itu sendiri sehingga dapat menarik minat Pemuda untuk bertanding di dalam kepimpinan tertinggi pergerakan tersebut.

“Saya melihat positif…, ramai yang bertanding dalam Pemuda UMNO. Kalau tak ramai bertanding maksudnya orang tak minat dengan Pemuda. Saya lagi risau kalau untuk jawatan Exco hanya ada 25 orang atau 30 orang bertanding.

“Tetapi bila kita tengok 77 orang dan yang paling ramai berbanding dengan sayap lain hatta dengan MT Pemuda pun paling ramai, ini menujukkan orang minat dengan Pemuda.

“Mereka nak menyumbang kepada Pemuda. Bagi saya itu adalah isyarat positif dan juga satu tanda kejayaan Pemuda bahawa Pemuda masih lagi dapat menarik minat begitu ramai untuk bertanding dalam kepimpinan tertinggi,” katanya.

Beliau seterusnya menambah pemilihan UMNO pada kali ini menujukkan UMNO jauh lebih demokratik.

“Kita dengan sistem ini ialah walaupun ada sedikt sebanyak kelemahan yang perlu kita perbaiki untuk pemilihan akan datang, tetapi melalui sistem ini kita buktikan kitalah antara parti yang paling demokratik di negara ini.

“Jauh lebih demokratik daripada DAP. DAP pilih jawatankuasa pusat dengan beberapa ramai yang terpilih. Itu pun nak pilih setiausaha agung dipilih dikalangan orang yang menang jawatankuasa pusat.

“Itu kalau kita buat analogi dalam UMNO macam Presiden parti kita dipilih oleh MT sahaja, bagi saya jelas kita paling demokratik dan yang lain kononnya hanya pejuangkan demokrasi sedangkan mereka patut belajar daripada UMNO,” ujar beliau.

Sambil mengucapkan selamat bersidang, beliau seterusnya berharap mereka yang tewas pada pemilihan nanti agar tidak berputus asa.

“Yang kalah jangan putus asa. Saya rasa semua tahu bahawa empat tahun yang lepas kita melalui jalan yang penuh berliku. Menang dalam parti tetapi tidak ada jawatan dalam kerajaan jadi sedikit sebanyak memberi satu kekangan kepada kita. Persepsi dan sebagainya tetapi saya teruskan juga dengan kerja saya.

“Jadi nasihat kepada yang tidak berjaya jangan putus asas. Empat tahun saya tidak dapat apa-apa tapi saya teruskan juga hingga akhirnya Pemuda dapat pengiktirafan selepas pilihan raya yang lepas,” ujarnya. – MediaUMNO