Wednesday, October 16, 2013

#Kalimah Allah Dr. MAZA Beri Amaran Kepada @LatheefahKoya Dan Lain-lain!


Kita akan berasa malu jika gagal mempertahankan kesucian agama Islam dicemari oleh orang kafir... tapi berbeza pula dengan pendapat peguam PKR Latheefah Koya yang jahil ni.... Hormati dan patuh lah keputusan mahkamah Koya oii!


Kalau bukan kita yang hormati undang-undang, siapa lagi, dan kita kena ingat undang-undang digunakan untuk melindungi kepentingan awam keseluruhannya, bukan kepentingan satu-satu kumpulan agama tertentu sahaja.

Malang sungguh parti Pakatan Koyak Rabak ni.... "Harapkan pagar... pagar makan padi..."

Baca lagi disini...

Monday, October 14, 2013

KJ Ucap Penghargaan Kepada Penyokong Diatas Sokongan Padu @Khairykj #PemilihanUMNO #KJKP #01


"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana terus memberkati perjuangan saya dengan keputusan pemilihan Pemuda UMNO yang baru berlangsung. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para perwakilan yang telah mengundi saya pada Sabtu lalu seterusnya membolehkan saya kekal memimpin sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia buat satu lagi penggal.

Sokongan padu daripada para perwakilan di seluruh negara amat menginsafkan saya dan membuat saya sedar akan amanah dan tanggungjawab yang berat ini.

Sesungguhnya kepercayaan ini membuktikan para perwakilan akar umbi menyokong penuh agenda progresif dan politik penyelesaian yang saya amalkan selama ini. Kejayaan ini juga merupakan satu manifestasi bahawa sayap Pemuda terus utuh serta kekal bersatu. Saya yakin kesatuan ini akan memudahkan gerakkerja kita dalam mendekati dan menyakinkan generasi muda amnya.

Saya juga ingin mengalu-alukan para ahli jawatankuasa pusat yang baharu untuk sama-sama kita mengukuhkan sayap Pemuda berlandaskan ideologi progresif tanpa sesekali berkompromi tentang perjuangan agama, bangsa dan negara.

Marilah kita sama-sama berusaha mengukuhkan sayap Pemuda agar terus dapat memberi khidmat bakti yang ikhlas dan jujur kepada rakyat. Tak guna kita popular dalam parti tapi ditolak oleh rakyat. Akhirnya rakyat jua yang bakal menentukan kepimpinan negara. Mohon hidayah dari Allah SWT semoga kita berjuang dengan ikhlas dan terus utamakan rakyat agar UMNO kekal memimpin negara".

Kenyataan diatas dipetik menerusi laman facebook www.facebook.com/khairykj



Sementara itu di TL twitter sehingga kini kelihatan ratusan ucapan tahniah kepada KJ.


Begitu juga dengan aku.... Tahniah KJ! 

Khalid Samad Kecewa... Kerajaan Menang Rayuan, Herald Dilarang Guna Kalimah Allah


Sehingga hari ini Parti PAS yang mengelarkan diri mereka sebagai pejuang Islam gagal untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Bukan Islam.



Bernama - The Herald, penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah. Ini berikutan Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara di sini hari ini untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah “Allah” untuk merujuk kepada “Tuhan”.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.

“Mengenai keterangan di hadapan kita juga kami berpuas hati bahawa bahan rujukan yang mencukupi telah dipertimbangkan oleh menteri (dalam negeri) dalam melaksanakan tugas dan kuasa berkanun mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya.

Beliau berkata ia juga penghakiman mahkamah bahawa keadaan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam permit penerbitan Herald melarang The Herald daripada menggunakan kalimah “Allah” tidak melanggar mana-mana hak perlembagaan gereja.

“Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama “Allah” bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian,” kata Hakim Apandi yang membaca ringkasan keputusan itu. Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 16 Feb, 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada “Tuhan” dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sini undang-undang, tidak sah dan batal.