Saturday, September 3, 2016

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau 2016

Kini sedang berlangsung Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau 2016 yang bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan.

Mesyuarat di rasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Dato' Sri Utama Haji Mohamad Haji Hassan.

Manakala YB Dato Zaifulbahri, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rembau membawa usul politik di persidangan.

Foto: Adira Rembau

Friday, September 2, 2016

Demi ketelusan, Khairy serah pen drive kepada SPRM


Diatas kepentingan umum dan ketelusan Menteri Belia dan Sukan, YBM Khairy Jamaluddin hari ini menyerahkan pen drive dan senaskah salinan laporan teknikal berhubung isu bola sepak negara FAM kepada pihak SPRM.

Khairy tiba di perkarangan Ibu pejabat SPRM jam 11:15 pagi tadi. Beliau menyerahkan pen drive tersebut kepada Dato Azam Baki, Pengarah Siasatan SPRM untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Terdahulu Tengku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan pen drive tersebut kepada Khairy kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM.





Thursday, June 4, 2015

Felo Perdana buka ruang belia bekerja di pejabat Jemaah Menteri termasuklah #PMO @NajibRazak @Khairykj


Peluang masih terbuka untuk rakan-rakan menyertai Program Felo Perdana, tapi kena cepat! Kemaskini dan hantarkan CV, hantar gambar pasport, dan esei sebelum jam12 tengah hari ni!

Felo Perdana memberi peluang kepada pelajar universiti menjalani program latihan ilmiah di beberapa kementerian di bawah tunjuk ajar Jemaah Menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ianya bertujuan memberi anak muda Malaysia yang cemerlang dan berbakat pengalaman secara langsung dalam urusan tadbir negara menggunakan pendekatan yang mempunyai persamaan dengan ‘The White House Fellows Programme’.

Dimana peserta felo akan didedahkan kepada urusan penting dalam pentadbiran tertinggi kerajaan, selain berpeluang mencurahkan bakti menjayakan segala program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Program Felo Perdana adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan manakala Kementerian Belia dan Sukan pula berfungsi sebagai sekretariatnya.

Untuk memohon mengikuti program ini, calon mestilah warganegara Malaysia, sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi, dalam dan luar negara, mempunyai keputusan akademik yang memuaskan, berumur 30 tahun ke bawah, mempunyai kemahiran komunikasi yang kukuh, menunjukkan pembabitan aktif dalam aktiviti kokurikulum dan mempamerkan tokoh kepimpinan yang berpotensi tinggi.

Maklumat mengenai program itu boleh didapati menerusi laman sesawang http://www.perdanafellows.com/.

Rebutlah peluang keemasan ini untuk merasai pengalaman kerja dalam kehidupan sebenar di pejabat menteri!

Nota: Tak perlu nak ragukan lagi… Chip KJ sentiasa bekerja keras dan buat yang terbaik untuk PM! Bersuara bukan bermakna membenci tapi untuk perbetulkan keadaan dan perjelaskan kepada rakyat agar rakyat tidak keliru dangan dakyah pembangkang. So… tangan ghaib yang cuba nak cubit-cubit KJ tu please respect!